Nuffnang Ads

Friday, May 27, 2016

Tolong Ikut Peraturan Jalanraya.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Haaaaaa.. ni baru haa rasa dapat update guna komputer. Rasa nyaman sekali... hahaha...

Baiklah, sekarang ini, ramai pemandu yang bermasalah berada di atas jalan raya. Yang memintas di double line, beruk-beruk menggunakan lorong kecemasan, bongok apa?

Now, sebagai seorang yang memang mengikut peraturan jalan raya, saya amat mengutuk keras perilaku mereka yang memandu secara bongok ni. Ibarat kata, mereka tidak tau apa itu peraturan jalan raya.

Nak kata, dorang nak cepat ke destinasi tetap sama, cuma hanya dapat melambatkan perjalanan orang lain. Bukanlah nak kata saya tidak pernah melanggar peraturan, cuma, takde lah pernah sampai menyebabkan kemalangan kan. Please lah...

DAN!!!

Lagi satu, bagi mereka yang susah sangat nak bagi SIGNAL bila masuk or keluar simpang, please lah. Ubahlah perangai tersebut, bukannya susah pun. DAN!! kalau dah nampak jelas terpampang orang nak masuk, tugas kita sebagai orang yang berada di belakang kereta yang memberi signal nak masuk ke kanan, KITA ni kena bagi signal ke KIRI untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

Kita semua kan dah amik lesen, so, bertindaklah sebagai orang yang ada lesen dan pandai memandu kereta. SUSAH SANGAT KE?

tu je la bebelan di petang ini...

Assalamualaikum WBT

p/s: mengantukkkk...

No comments:

Post a Comment