Nuffnang Ads

Tuesday, July 5, 2016

KEBAHAGIAN RAUB TERCEMAR DEK PAIP???

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaaa?

Sihat ke? kalau sihat alhamdulillah... baiklah... hari ni adalah hari terakhir untuk bulan Ramadhan.. maknanyaaaaaaaa... esok adalah hari Rayaaaaaaa...

Esok adalah hari raya pertama...tapi belum lagi...berbuka malam kang baru boleh fikir untuk raya. gituhhh..

bergembira-bergembira juga tapi jngan lupa bagi yang tiada. hmmmm... cakap mengenai bagi yang tiada ni... saya nak cakap fasal bekalan air. Umum tahu bahawa air adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan.

Tetapi, disebabkan beberapa masalah, sumber air bersih ini tidak dapat disalurkan kepada rakyat dengan sebaiknya.

Jadi, terlanjur menulis, saya hendak menulis tentang permasalahan bekalan air yang melanda antara Daerah 'Paling Bahagia' di Malaysia.
Masih bahagia ke?

Baik, jikalau hendak disebut satu persatu masalah yang melanda daerah Raub memang banyak tapii!!  masalah paling Bahagia yang melanda Daerah Raub adalah KETIADAAN BEKALAN AIR BERSIH.

Iyaaaa... kenapa? Entah, saya pun tak tau. Dikatakan Empangan Klau telah siap, loji Kuala Keloi juga susah hampir siap, NAMUN, mungkin itu hanyalah janji-janji mereka yang mempunyai kepentingan dalam bidang-bidang tertentu, kan.

siapa yang jadi mangsa? jika kita ajukan soalan seperti ini, mereka ada jawapan. sentiasa ada jawapan. apa jawapannya? 'Kesulitan masa kini adalah untuk kesenangan anda masa hadapan'.

masalahnyaaaaaa... jikalau masa hadapan samar-samar dalam pemerintahan umat tertentu, apakah cerah mentari untuk anak cucu?

berbalik kepada bekalan air dari PAIP tadi, memang ada mereka yang menghantar bekalan air tapi sudah dua hari person in charge ni tak hantar air. saya malas sebut nama sebab everybody here knows. Dan, my sister dah call this person tapi alasan dia, dia cakap dia cuti semalam, tapi hakikatnya, ada je saya tengok dia bawak lori. ke hantu yang bawak lori tu? hari ni akak saya call lagi, untuk mintak air tapi dia masukkan dalam aduan.

Tadi, saya called pejabat PAIP, saya tanya kenapa takde orang anta air, person in charge cakap, orang yang anta air tu anta air untuk orang yang memerlukan. jadi, kiranya di sini, akak saya tidak memerlukan air la, itu pemikiran mereka. huhuhu...

jadi, saya dah letih dengan PAIP, nak kata tak bayar bill, bayar sangat. Entah la... pelik. PAIP, PAIP,...

dulu masa zaman dedulu, takde masalah pun dengan bekalan air. masa tu zaman JBA, kalau ada masalah pun, cepat je selesai. ini sekarang, lambat bukan main. entah laaaa... pening... hawau..

dah laaaa...kurus pahala puasa.

ni, dah dua tiga kali lori bekalan air lalu. entah apa dorang buat. halal ke tidak gaji dorang... kan?

Assalamualaikum wb

p/s: salam lebaran.

No comments:

Post a Comment