Nuffnang Ads

Sunday, July 31, 2016

Rosmeh : Si Wanita Rajin.

Assalamualaikum wbt,

Selamat Pagi Ahad semuaaa... alhamdulillah, masih bernafas.

Saya ada satu cerita yang hendak di ceritakan.

Rosmeh (bukan nama sebenar) adalah seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang biasa sahaja, tiada yang istimewa cuma dia adalah seorang wanita yang cukup sifat. Rosmeh adalah seorang yang sangat rajin, dia juga seorang anak yang taat kepada ibu dan bapanya.

Namun, apabila dia meningkat dewasa, mula bercampur gaul dengan orang ramai, perangainya mula berubah. Kerajinannya semakin menjadi-jadi, bukan kerana ikhlas, tetapi kerana nama.

Nama Rosmeh semakin dikenali dek sifatnya yang teramat rajin.

Dek kerana sayang, ibu Rosmeh, Mawar menegur sikapnya itu, 'Meh, janganlah begitu, kamu rajin kerana nama....berubah lah Meh'.

'Mak, Meh rajin salah, kalau Meh malas lagi terok mak, mak, dulu Meh takde kawan pun, sekarang kerana Meh rajin, ramai yang suka dengan Meh, Meh pandai masak, semua suka Meh', bentak Rosmeh.

Mawar terus senyap dan tidak mampu berkata apa-apa.

Semakin hari Rosmeh semakin rajin dan semakin terkenal. Apakah dugaan Rosmeh mendatang? Nantikan sambungannya.

Assalamualaikum wbt

p/s: Rajin membawa padah?

No comments:

Post a Comment