Nuffnang Ads

Wednesday, August 31, 2016

Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-59 tahun.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? sihat tak? kalau sihat alhamdulillah,

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Tahniah dan semoga apa yang kita kecapi sekarang dapat dikekalkan dan dapat ditingkatkan untuk menjadikan kita sebuah negara yang harmoni, zero bully zone, zero racist zone and negara Malaysia yang bebas dari Pendatang Asing, amin.

Pada pagi tadi, saya menyertai perarakan hari kebangsaan peringkat negeri Pahang di Padang Kemunting, Kuantan. Perarakan yang disertai oleh kontinjen dari pelbagai agensi itu adalah satu tanda aras kebersatuan kita Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Pahang dalam mencapai negara maju.

terdapat pelbagai agensi yang menyertai perbarisan tersebut. Seramai hampir 8000 orang menyertai acara itu. seronok dan amat menggembirakan.

tahniah saya ucapkan kepada yang menang dan kepada kontinjen yang tidak menang, persiapan awal seharusnya diberikan perhatian dan beberapa perubahan perlu jikalau inginkan kemenangan. insyaaAllah.

Jumpa tahun hadapan.

Assalamualaikum wbt

p/s: Sehati Sejiwa mampu dicapai dengan kefahaman antara kita.

No comments:

Post a Comment