Nuffnang Ads

Wednesday, November 2, 2016

Masa Depan Anak-anak Kita?

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? sihat ke tidak? selamat pagiii....jarang benar saya menulis dan mengepost apa-apa tulisan pada waktu pagi, tapi kalau untuk buat perubahan, apa salahnya, kan?

Now, saya semalam ada dengar Suria FM, segmen Gebang Petang, kelolaan Tyzo dan apa lagi sorang tu, lupa, Linda ke apa ...tak ingat sungguh.

Dorang bergebang fasal umur anak yang paling sesuai untuk dimasukkan ke sekolah. Now, ini bergantung sepenuhnya kepada kewangan ibubapa, kalau mereka mempunyai kewangan yang kukuh, why not anta anak ke tempat yang lebih dikenali seperti Brainy Bunch and whatnot.

Tahukah anda, kita mampu mempengaruhi minda anak-anak seawal dalam perut lagi dan untuk anak-anak seawal 2 tahun kita sudah mampu untuk menerapkan pengajaran bahasa asing?

Yes, minda anak-anak adalah seperti span. Mereka akan menyerap semua ilmu yang diberikan, samada sengaja ataupun tidak oleh sesiapa sahaja. Jadi, bagi ibu bapa yang inginkan minda anak mereka berkembang secara kreatif, maka, jinakkanlah anak-anak anda dengan perkara yang kreatif seperti bermain piano, alatan muzik.

Tetapi, jika anda mahu anak-anak anda hebat dalam bahasa, maka jinakkanlah anak-anak anda dengan phonetics, phonology of words.

Jikalau ibubapa mampu untuk memberikan pelajaran sendiri untuk anak-anak, maka, sediakanlah. Tetapi, jikalau inginkan seperti orang lain, maka, berkorbanlah. Hehe...

Apa-apa pun, pilihan untuk anak ditangan ibubapa, bukan dimulut mereka yang berfikir. Luangkan masa untuk tengok potensi anak-anak, kita sekarang berada di zaman IT dan serba canggih, tetapi otak kita adalah elemen yang tercanggih pernah dicipta. No one could deny that.

Good luck and think the best to develop the potential.

Assalamualaikum wbt

p/s: The future of your kids depends on you (parents).

No comments:

Post a Comment