Nuffnang Ads

Tuesday, December 6, 2016

Hati Gatal.

Assalamualaikum wbt,

ni entry tengah malam. selalunya, kalau entry tengah malam ni, entry mengarut, haaaaa.. ni memang mengarut jugak la.

Ia soal hati.

well, semua ada hati kan? semua tahu yang hati ni adalah rasa yang paling pelik dalam dunia. bila minda kata tidak, hati kata iya, makanya begitula seterusnya.

apa yang saya nak celotehkan adalah fasal hati yang gatal. apa itu hati yang gatal? hati gatal atau hafi gedik adalah sejenis hati yang mengada-ngada dalam membuat keputusan. sekali iya, sekali tidak.

jadi gatal apabila ia berkaitan dengan crush. iya, crush. apa itu crush? crush adalah kegatalan hati yang merasakan bahawa kesukaan kita adalah boleh kita terima sedangkan kadang-kadang ia hanyalah mainan hati.

saya pun selalu ada crushes. yes, its plural. kenapa ada crushes? berbalik kepada hati gatal dan gedik. maklumlah, hati ni gedik, maka bila terlihat mata akan mereka yang menepati citarasa di mata, tanpa memperlihat keadaan diri, di sinilah kegatalan hati bermaharajalela.

carutan demi carutan ditabahkan untuk menghilangkan rasa suka, kadang-kadang, kita sendiri yang tersuka. konon rasa diri bernyawa tatkala melihat crushes. perasan kau wahai hati. ada ke yang suka kau?

apa-apa pun, mainan hati adalah mainan biasa bagi kita si manusia biasa. biasa biasa dengan keadaan tatkala ada yang benar mengetuk pintu hati, mungkin diterima sejarah lama dan dilupakan hitam berwarna. diwarnakan semula dengan si putih bernyala, diwarna mengikut citarasa.

mungkin, atau hanya dibuang ketepi kerana hati sudah patah. hanya berfikit untuk meneruskan hidup dengan apa yang dimiliki.

haha...

Assalamualaikum wbt

p/s: sudah ku bilang, mengarut di malam hari tentang hati.

p/p/s: i like u... but i 'll let it to myself only. or maybe one day, i'll tell u.

No comments:

Post a Comment