Nuffnang Ads

Thursday, December 8, 2016

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Bapa Kekal Selamanya

Assalamualaikum wbt,

Salam Malam Jumaat... adakah malam anda akan menjadi satu malam yang indah atau ngeri? anda penentu segalanya... hahahaha

baik. kita semua maklum, menjadi seorang wanita adalah satu tugas yang mencabar. Dalam al-Quran ada satu surah dikhaskan untuk wanita, Surah An-Nisa'. Macam-macam diceritakan dalam surah tersebut.*rajinkan membaca Al-Quran.

Apatah lagi menjadi seorang Isteri. Sungguh besar tanggungjawab tersebut. memang selepas kahwin, si isteri wajib mengutamakan suami dalam segala hal.

sebagai contoh, jikalau si isteri mempunyai keluarga dan maybe salah seorang daripada parents tersebut sakit. apakah si suami tidak mempunyai belas sedangkan ibu si isteri sudah menjadi ibu mertua?

dalam Islam, ada banyak perkara yang dilembut dan dibelaskan bagi mengelakkan kita dari menjadi derhaka.

Ya Allah, derhaka pada ibu memang hidup tak ke mana dik. nauzubillah. janganlah kita sesekali menderhaka kepada ibu. mungkin sesetengah ibu mempunyai sifat yang berbeza tapi ibu tetap ibu.

mungkin salah kita kalau ibu kita marah. mungkin kelakuan kita membuatkan ibu kita sakit hati. mungkin.

tapi sejauh mana kita melangkah, langkah pertama di mata ibu. langkah pertama kita dengan ibu. jadi, hargai ibu sebab ibu adalah syurga dunia dan akhirat.

biarpun sudah berkahwin, kalau masih ada ibu, baliklah, jenguklah ibu dan bapa anda. kalau payah sangat, telefon! cakap dengan ibu bapa anda. apalah nilai kredit jika hendak dibandingkan dengan nilai kasih sayang ibu yang pernah dicurahkan tanpa gagal. hubungi ibu bapa anda. masih belum terlewat.

Assalamualaikum wbf

p/s: insyaaAllah.

No comments:

Post a Comment