Nuffnang Ads

Friday, January 27, 2017

Berubahlah Kerana Allah SWT.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat kan di hari Jumaat yang sungguh indah ini? *haaa.. puitis tak kita? Gituuhhh...

Baiklah, memandangkan hari ni hari Jumaat, saya rasa nak menulis perkara-perkara yang baik-baik je lah eh...

Korang tau tak apa itu Nikmat? Bukan nama orang eh, NIKMAT ni adalah sesuatu yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai orang Islam. Kita fokus dalam Islam dulu ye. Baiklah, saya bukanlah seorang alim ulama yang mampu mengeluarkan hadith-hadith sohih untuk backup segalanya, saya hanyalah seorang yang hendak berkongsi seterusnya berpesan kepada diri saya sendiri agar tidak kufur dengan nikmat Allah.

Nikmat Allah ini adalah pelbagai jenis. Boleh dikatakan semua yang baik itu adalah nikmat Allah dan yang buruk itu pilihan kita sebagai manusia yang lalai. Kita ni sebenarnya selalu lupa tentang nikmat Allah.

Pernah tak kita terfikir bahawa Kentut itu nikmat Allah? Cuba bayangkan kalau kita tidak kentut. Ye, memang nampak kecil, tapi impactnya kepada kehidupan seharian kita adalah besar. Subhanallah, memang siksa kalau tidak dapat kentut. Ibarat macam sakit gigi, sakit gigi adalah salah satu daripada sakit yang boleh dikatakan mempunyai tahap kesakitan yang agak tinggi. Itu adalah salah satu daripada nikmat Allah juga sebenarnya. 

Sakit adalah nikmat Allah. Sakit menyucikan dosa kecil. Berguguran seperti dedaunan jatuh ditiup angin. Tapi janganlah harapkan sakit sebab benda wajib tu memang wajib buat lah. Kan?

Sihat adalah nikmat Allah. Dapat makan adalah Nikmat Allah. Dapat tidur adalah nikmat Allah. Musibah dan dugaan adalah Nikmat Allah. Apa lagi kita dustakan?

Cuma, kita sebagai manusia ni, mudah lalai dan lali dengan kelalaian. Malu toksah cerita lah, memang malu kalau melakukan kesalahan tapi hamba ni, adalah hamba yang hina. 

Tapi, kita sebagai hamba-Nya seharusnya mencari jalan untuk memperbaiki diri kita sendiri. Yes, kita jadikan apa keburukan yang kita ada sebagai sempadan dan kita perbiki diri kita supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa yang akan datang. 

Susah? memang susah tapi manisnya kita akan rasa apabila kita berjaya berubah. Allah ada, Dia sentiasa akan memberikan dugaan kepada hambaNya apabila hambaNya hendak berubah. InsyaaAllah, dugaan dan cabaran hanyalah bersifat sementara dan apa yang kekal? Zat Allah. 

Semoga kita mampu berubah dan berubahlah kerana Nya. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment