Nuffnang Ads

Saturday, January 14, 2017

Biodata Saya.

Assalamualaikum WBT,


Alhamdulillah, sekarang saya menggunakan laptop untuk update saya blog. Lama sungguh tak berceloteh dalam blog. InsyaaAllah, kalau diberikan peluang, selepas ini saya akan menjadikan blog lebih baik dan mungkin update bebanyak supaya dapat saya menjadi blogger terkenal macam abang Ben, abang Mat, cik Lulu dan lain-lain blogger otai dalam industri ini.

Baiklah, memandangkan sudah lama saya tak update dan untuk tahun  2017 ni, ini adalah kali pertama untuk saya update post. Jadi, saya ingin memperkenalkan diri saya kembali *Biodata budak sekolah rendah stail.

Nama : Akmal bin Razlan

Nama glamour : Akmall Razlan ( DUA LL sebab nak badan jadi dua LL)

Nama Blog : New Interesting Manuscripts (found masa saya belajar di UniSZA dahulu) 

Alamat : Kampung Jenud, Sega 2, 27660, Raub. (Saya duk kampung je dikk... hikhik)

Pekerjaan : Tidak bekerja tetap tetapi sedang menjalankan beberapa perniagaan seperti jahitan, pembekalan dan bakery (masih dalam perancangan, banner baru buat)

Minat : Makan, suka membaca, suka kartun dan suka berinspirasi (which kadang-kadang tak jadik pun,,,tengok lah nak kurus, tapi tak kurus-kurus jugak!!!)

Impian : Menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara, insyaaAllah. Amin.

Apa lagi eh,

Makanan kegemaran : sejak kena gout ni, banyak makanan yang saya tak boleh makan. so,,, saya sekarang makan ikan, ayam dan sayuran sahaja!

Minuman : air kosong, kopi O dan tea o ais limau.

Cita-cita : layak ke lagi? hahaha.. cita-cita nak jadi seorang yang berjaya. haha...cliche dek.

Itu sahaja lah, apa-apa pertanyaan untuk isi borang kahwin, boleh anta ke akmallralzan@gmail.com

hahaha!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: mengade.

No comments:

Post a Comment