Nuffnang Ads

Saturday, January 14, 2017

Faiz Subri, Anugerah PUSKAS 2016

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar malam ni semua?

InsyaaAllah, seperti yang dijanjikan, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menulis dengan sebanyak mungkin. Untuk entry kedua ini, saya hendak mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan olehnya. Saya adalah insan yang bertuah kerana diberikan segalanya yang saya perlukan. Amin. Semoga Allah juga memberikan apa yang kamu perlukan.


Baik, saya hendak mengucapkan sekalung tahniah kepada Faiz Subri atas anugerah Puskas yang diperolehinya. Saya bukanlah seorang ahli fizik, mahupun seorang pemain bola sepak tetapi apabila anak Malaysia memberikan sesuatu untuk dibanggakan, saya turut berbangga dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Saya juga seronok apabila anak Malaysia berjaya di mata dunia, despite apa kontroversi lain yang famous yang melanda Malaysia.

Gol yang cantik tersebut dihasilkan ketika Pulau Pinang menentang Pahang. Gol yang dikatakan melanggar hukum fizik tercipta dengan penuh elegant. Hebat kaki Faiz Subri ni. Gol yang melencong tu satu hal, boleh pulak di melencong sekali lagi ke dalam gol. Nampak tak? Nampak tak? Saya pun tak boleh nak fikir betapa hebatnya gol tersebut.

Masakan tidak hebat kan? Ramai dari serata dunia mengata gol tersebut setaraf LEGEND. LEGEND eh!! LEGEND. Faiz Subri is one of the LEGENDS in producing great goals. Dia sebenarnya ada collection of goals yang baik, baik amik sepak penalti ataupun, sepakan depan goal biasa.

Tetapi, ada juga cakap-cakap kosong yang mungkin tidak kena dengan selera mereka, or goal yang mereka hasilkan lebih Puskas daripada sepakan Faiz Subri, mungkin. Tapi, sudahlah, apapun yang terjadi, dah terjadi. Be better dan better yourselves. ah, lagi satu, ucapan Faiz Subri, to be honest, I am proud of him. Yes, his English is not as good as an English teacher or english lecturer but hey! He tried his best. Tau tak yang iPhone moment itu the most talked about during his speech. Dik, dia berdiri depan ramai yang mempunyai reputasi tinggi dalam bola sepak, dan dia hanya dikenali SELEPAS terhasilnya gol tersebut. Bayangkan, berdepan dengan Ronaldo, Cristiano Ronaldo, President FIFA dan ramai lagi, kalau kau? Camne? Tak ke gagap? haha.. 

Kalau saya tu, entah ler. Mungkin kita hebat dalam bidang kita, tapi ada orang lain lebih hebat. Dalam kes Faiz Subri, yes, his English is not good, but his kick is. Yes, it still is. 

Dah lah, nanti saya tulis lain lagi eh.

Assalamualaikum WBT

p/s: Muah! Excited sebab dapat menulis kembali.

No comments:

Post a Comment