Nuffnang Ads

Monday, January 16, 2017

Hantuuu!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa agaknya topik malam yea? Kalau malam-malam ni, saya suka merepek sebenarnya. Kadang-kadang merepek benda yang entah hape-hape. Ada satu malam aritu, saya nak tido, tapi biasalah, tengok IG dulu.

Duk scroll-scroll IG, tertengok la satu video antu tertangkap dalam kamera cctv kat sebuah pintu automatik. Bongok betul, sampai saya tak boleh nak tido tau dak! Hati nak tengok, tapi minda takut. Hahaha... sampai sekarang ingat lagi.


Bila kita cakap fasal antu, syaitan, jin, mereka ni memang ada dalam kalangan kita. Kalau kita tidak percaya, tidak sempurna lah iman kita, kan? Jadi, kita wajib percaya tetapi tidak lah taksub. Saya pun percaya, tapi kadang-kadang takut jugak tapi tu lah, beranikan diri jugak lah. Hehe...

Kalau nak diikutkan hati, memang la takut. Tapi nak buat camne, kita hidup dalam dunia ni, memang kena berkongsi, kadang-kadang perangai manusia lebih hantu daripada hantu itu sendiri. Bunuh sana sini, rogol sana sini, potong orang sana sini, takut tau dak! At least tak pernah lagi dengar hantu membunuh orang, tapi manusia membunuh manusia! memang ramai. fuhhh.. seram dengar. 

Apa-apa pun, kalau dalam FB tu, ramai sangat orang cerita fasal antu ni, macam Abang Mat Gebu, kak Azura Rahman, dorang lebih berpengalaman. Saya ada juga pengalaman sendiri, macam kena tegur, bunyi dia macam  "hoh!" masa senjakala. Time tu saya nak balik dari buang sampah, mak suruh. huhu... seram jugak tapi nak buat camne, saya nak buang sampah. Wajib la buat sebab mak suruh, kan? mana penting, hantu ke mak? Of kos la MAK! please lah.

Well, apa-apa pun, insyaaAllah, jikalau iman kita kuat, faith kita terhadap Allah akan lebih lagi. Moga kita dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak baik. Amin.

Assalamualaikum WBT.

p/s: Baca doa tidur sebelum tidur tau.

No comments:

Post a Comment