Nuffnang Ads

Monday, January 16, 2017

Jagalah Keselamatan Anda!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Dah petang kan?

Baiklah, hari ni saya nak komen sikit fasal keselamatan. Keselamatan ni memang satu topik yang amat general dan ia amat merangkumi ke semua aspek. Keselamatan di rumah, tempat kerja, awam, dan di tempat-tempat yang istimewa.

Namun, apa yang saya ingin kupas adalah keselamatan di tempat awam dan istimewa. Apa itu tempat awam? Tempat awam adalah tempat yang digunakan oleh orang ramai seperti mall, laluan pejalan kaki, lrt, stesen bas dan tempat istimewa adalah tempat-tempat seperti hutan simpan, taman-taman, wetlands dan bermacam lagi.

Kalau keselamatan di tempat awam, seperti yang berlaku baru-baru ini, di mana beberapa pelajar universiti telah memanjat dengan sewenang-wenangnya ke sebuah mercu tanda di sebuah negeri. Apa tujuan mereka? Apa yang mereka dapat ? Itu hanya mereka yang tahu. Biarpun sudah meminta maaf kepada khalayak.

Okay, baik, ini pendapat saya lah yea. Perbuatan mereka itu extreme tetapi jika hendak dikajikan dari segi Islam, berdosa lah sebab membahayakan keselamatan diri DAN jikalau JATUH, boleh dikira kecuaian dan berdosalah kan? Sama macam merempit. Tapi mungkin setiap orang ada pandangan masing-masing. Memang salah perbuatan mereka dan ia menjadi satu pengaruh kepada anak muda lain untuk mencuba. Macam raver-ing. Bodoh dan ramai yang ingin mencuba menjadi seperti itu. Kesian kan? Menganggu ketenteraman orang lain.

Selepas itu adalah keselamatan di tempat istimewa. Tempat istimewa ini adalah tempat seperti dalam hutan, dalam air, udara, sebab langkah-langkah untuk keselamatan itu adalah lebih daripada tempat biasa, tempat awam. Jadi, jikalau kita hendak pergi ke tempat-tempat seperti ini, jadikanlah amat sibukkan dengan keselamatan satu amalan kerana ia amatlah mulia. Hehe... bukan apa, kalau masuk hutan, macam-macam benda dalam tu kan, haiwan lah, bukan haiwan lah, macam-macamlah. Tu sebab istimewa tu.

Okay, kalau dalam rumah pun kita kena jaga keselamatan. Senang? Susah weh, sebab dalam rumah la mempunyai macam-macam bahaya. Iya lah, kadang-kadang terhantuk lah, kaki kena meja lah, kaki kena kerusi batu lah... tapi bila kita dah jaga keselamatan, kalau nak kena jugak, tak boleh nak buat apa lah... hihu... at least kita cuba elakkan kan? Kalau nak jadi juga, itu adalah takdir Allah. Kita sebagai hamba-Nya, kenalah redha. Amin.

Baiklah, itu sahaja untuk petang ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Salam Maghrib!!

No comments:

Post a Comment