Nuffnang Ads

Monday, January 23, 2017

Juara AJL 31 - Lelaki Teragung .

Assalamualaikum WBT,


Tahniah diucapkan kepada lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasyah dan lirik dari Iman Imran dendangan Dayang Nurfaizah, juga memenangi Vokal Terbaik AJL 31.



Semalam, semasa penganugerahan tersebut, Iman Imran ada menyebut betapa penting lirik lagu ini dalam hidupnya. Lirik ini ditulis dan ditujukan kepada arwah Abahnya.

Apabila saya tengok kembali liriknya pada hari ni, 


Ku sesali 
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini 
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa 
Cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih

Kembalikan 
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia 
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan 
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga



Setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza tetapi, alhamdulillah, setiap daripada kita mempunyai ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya dengan acuan yang telah dibentuk.

Iya, kita adalah pemberontak. Kita pemberontak. Ibu bapa kata A, kita kata B. Mereka suruh kita solat, kita jawab 'nantilah'. Yes, pengalaman sendiri. Kita ni pendosa, tetapi, ibu bapa adalah mereka yang mendidik kita tanpa henti. Di hantarnya kita ke sekolah untuk ilmu, dijemput dari mengaji untuk ilmu agama. Dihantar ke Universiti untuk mengubah kehidupan kita supaya kita tidak susah seperti mereka. Mereka SENTIASA inginkan yang terbaik dalam kehidupan kita. 

Tapi kita?

Kita belajar tapi separuh hati. Kita mengaji tapi terpaksa. Kita ke universiti tapi kita ada agenda lain. Kita nak duit beli buku tapi kita pergi karaoke. Banyak! Tak terhingga dosa yang kita lakukan, tapi bila kita tahu betapa susahnya mencari duit, ketika itu lah terbit rasa berdosa, rasa bersalah. Rasa ingin kembali ke zaman itu untuk memperbetulkan kesalahan. Apakan daya, hidup cuma sekali, zaman itu sudah berlalu.

Begitu juga lah, bait lirik dari Iman Imran yang sungguh dekat dengan hati saya. Alhamdulillah, saya masih lagi ada insan untuk dipanggil ayah, untuk dihormati, untuk disayangi. Alhamdulillah. Masih dapat berbakti kepada mereka dengan hanya kudrat.

Ayah ini adalah seorang insan yang pelik. Pelik seorang ibu, pelik lagi seorang ayah. Mereka takde masa untuk tunjukkan emosi mereka, tapi bila menasihati, berderai air mata. Mak pulak, bila nasihat, marah-marah tapi ada masa marahnya sebab sayang. Tiada ibu bapa ingin kan anaknya menjadi bualan orang, tidak yang ingin anaknya menjadi bola dicampak ke sana ke sini. Tiada. Mereka sentiasa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam hidup.

Hmmmm...maafkan adik sebab sentiasa menjadi insan yang ingkar dengan nasihat ayah dan mak. Adik akan lebih berusaha untuk menjadi seorang yang baik dan lebih mendengar nasihat ayah dan mak.

Assalamualaikum WBT

p/s: Iman Imran, you memang hebat!!!

No comments:

Post a Comment