Nuffnang Ads

Thursday, January 26, 2017

RANDOM NEWS 26012017

Assalamualaikum WBT,

Beberapa hari ni sering betul dengar berita berprofil tinggi di mana :

1. Eksekutif FELDA kena tangkap sebab kes ikan Sturgeon *btw, tak sesuai kot tempat kita ni, maybe tempat perairan sejuk. Sabah, maybe.

2. Anak syarikat Tabung Haji pecah amanah. *mampus betul...

3. Orang JKR ditahan sebab bagi projek kepada kroni. *ohohoiii...

Ni antaranya lah... banyak lagi berita yang sedemikian rupa dan mungkin lebih pelik... seperti :

1. Dato Jamal berhimpun dan protes di depan Pejabat Kerajaan Negeri Selangor dengan membawa katil, tilam serta memberi ais krim percuma kepada yang hadir. *bongok ke hape? Kalau bawak katil ke mangsa banjir kan bagus. Otak mana otak?

Apa-apa pun, saya tak nak menyempitkan dan mengecilkan pemikiran kita dengan isu-isu ini, tetapi kita kena amik tahu juga. Ok?


Saya nak mengucapkan salam takziah kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Perak. InsyaaAllah, selepas hujan pasti ada pelangi. Semoga kita terus sabar dalam menghadapi dugaan Allah.

Bagi masyarakt Tiong Hua yang akan menyambut Tahun Baharu Cina yang tak lama lagi ni, bagi yang terkesan dengan musibah banjir, saya mengucapkan takziah dan bawak banyak bersabar menghadapi dugaan ini.

Itu sahaja daripada saya untuk Random News *segmen baharu!!! ini. InsyaaAllah, akan saya update lagi berita-berita Random untuk anda pembaca tegar.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak tulis fasal tajuk Orang Asing. Tungguuuuu...

No comments:

Post a Comment