Nuffnang Ads

Saturday, January 21, 2017

Sakitnya Gout - Ada ke penawarnya???

Assalamualaikum WBT,

Dua tahun yang lalu, saya diserang dengan penyakit GOUT dan penyakit ini adalah titik tolak kepada saya dalam kehidupan ini. Saya rasa pelbagai benda terbatas sebab iya lah, sakit kan.

Sakit yang memang sungguh sakit. Rasa sakit yang menyucuk-nyucuk. Ibarat ribuan jarum dicucuk di tempat yang sakit. Kalau tak percaya, bertanyalah kepada mereka yang ada sakit gout, mesti benda yang sama mereka katakan.

Alhamdulillah, selepas hampir 2 bulan aktif bermain badminton dan mengeluarkan peluh, sakit gout saya berkurangan. Saya juga mengawal makan saya. Saya memang tolak ke tepi makan seperti :

1. Ikan Bilis
2. Kobis
3. Belacan
4. Budu
5. Makan laut seperti udang, sotong, ketam
6. Kicap, sos tiram
7. Kekacang\

dan banyak lagi sebenarnya, tetapi, itu lah, kadang-kadang saya rasa macam boleh ke saya hidup sampai tua dengan penyakit ni sebab banyak perkara yang saya sendiri tak boleh nak makan dan buat.

Alhamdulillah, sudah hampir 4 bulan gout tidak menyerang. Bukan hendak bangga ataupun riak, saya hanya hendak berkongsi pengalaman. Saya memang berpantang dengan ketat tetapi bila terasa ingin makan beberapa benda yang tak boleh makan, saya akan makan tetapi dengan kadar yang sedikit. cukup hanya merasa.

Lagipun, taste buds kita hanya di lidah dan tidak sampai pun ke perut. Jadi, makanlah untuk merasa, bukan untuk sekenyangnya. Tambahan, makan kekenyang sangat memang akan memberikan kita rasa tidak seronok. Kita rasa macam, it was bloated kan? 

Untuk cerita permulaan saya terkena gout adalah, saya makan terlampau banyak nasi kerabu. yes, it was too much. Then, it hit me. Bam! kena gout. masa mula-mula kena tu, ya Allah, memang sakit gila. Sakit gila. Kaki saya macam dipam-pam dengan jarum. Yes, jarum. To me the pain was unbearable. it was too much. Too much.

Lepastu, it was given just painkiller and a few other ubat. Tak ingat dah ubat apa, but within the 1 year of gout, it was memang sakit dan kerap je berlaku. But now, alhamdulillah, semakin jarang dan maybe sebab saya berpantang.

Apa-apa pun, kepada pesakit gout di luar sana, berpantang la sebab penyakit ni memang susah untuk diubati. Bagi yang mencuba makan itu ini, cubalah, tapi nasihat saya, banyakkan minum air masa/mineral dan berpantang. Jangan itu sangat selera tu, control sikit, insyaaAllah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Tak semua kena gout ni orang gemuk. ada je yang kurus kena. *itu FAKTA.

No comments:

Post a Comment