Nuffnang Ads

Friday, January 20, 2017

TN 50! Aspirasi Orang Muda.

Assalamualaikum WBT,

Bicara tentang TN50 yang disampaikan secara santai oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak bersama moderator, YB Khairy Jamaluddin, mengupas pandangan atau aspirasi anak muda tentang Transformasi Nasional 50 (tahun 2050).

Rata-rata pendapat anak muda menginginkan PENDIDIKAN yang lebih sempurna, fleksibel. Saya ingin menambah satu lagi iaitu, KEKAL. Kenapa kekal? Kekal bermaksud, tidak ada campurtangan politik. Ini kerana, sebagai negara yang menginginkan anak-anak didiknya berjaya, campurtangan politik dalam sistem pendidikan adalah amat-amat tidak diingin. 

Cuba lihat, berapa kali dasar pendidikan diubah sebegitu rupa dengan menjadikan anak murid sebagai tikus makmal. Ini amat tidak sempurna. Jadi, pada pendapat saya, adalah tidak wajar jikalau murid-murid dijadikan tikus makmal, yes, standard piawai akan diturunkan sedikit dalam skema pemarkahan untuk melihat keberkesanan sesebuah polisi. Please, stop! Apa yang ada sekarang ditambahbaik dan JANGAN DIUBAH. Deritanya kita tidak tahu. Sekarang, semakin banyak sekolah mengejar cita-cita untuk menjadi terbaik TANPA menjadikan fleksibility anak-anak murid dalam belajar dijadikan keutamaan. Stay with what we have and fix it if its broken; don't change it. 

Kedua, rata-rata anak muda menginginkan jurang antara Bandar dan Luar Bandar dirapatkan. Alhamdulillah, rata-rata di Semenanjung, jurang ini semakin rapat daripada sesetengah sudut, namun, masih ada dari beberapa sudut yang mana ia masih lagi mempunyai jurang yang agak jauh. Seperti contoh, keyakinan dalam membawa diri masing-masing. Keyakinan ini agak berbeza dengan mereka yang belajar di sekolah bandar. Mungkin penerapan nilai berbeza. Yes, we are living in the same country where we ate rice and fried chicken, but sometimes, education can be a little bit cruel. Anyhow, sebagai pendidik, kita seharusnya mendidik anak-anak supaya berani mencuba. salah jangan digelak dan dipijak, berjaya jangan dijulang setinggi awan. 

Ketiga, ada juga dalam kalangan anak muda yang menginginkan kesamarataan dalam pengagihan bajet. Ini kerana, masih terdapat eksklusitiviti dalam Kerajaan Pusat. Seperti yang disuarakan oleh seorang Doktor dari Sabah. Dia juga ingin melihat negerinya mempunyai kemudahan kewangan yang lebih, peluang pekerjaan, pusat pendidikan yang lebih hebat. Ada juga yang menginginkan pendidikan yang lebih bertaraf antarabangsa. *well, aren't all?

Seorang dari ramai menyatakan aspirasi tentang Nilai Bangsa itu sendiri. Nilai Malaysia atau rasa ingin melihat Bangsa Malaysia itu lebih terkehadapan berbanding Nilai Kaum. Aspirasi yang menarik, yet, it is quite hard to achieve looking at the political climate at present time.

Anyhow, it is told that Wawasan 2020 sudah berkubur dan Transfomasi Nasional 50 mula mengorak langkah pertamanya.

To be honest, do what ever YOU have to do, but please, do not destroy Malaysia and, I want to see Malaysia still have it togetherness spirit. I still hope for the best.

Assalamualaikum WBT

p/s: well, what do you think?

No comments:

Post a Comment