Nuffnang Ads

Sunday, February 5, 2017

Alhamdulillah, doakan yea.

Assalamualaikum WBT,

Salam Ahad *malam Isnin. 

Alhamdulillah, selepas 5 jam doktor-doktor di HKL membedah mak cik saya, ketumbuhan dalam abdomen mak cik saya telah dikeluarkan bersama-sama beberapa lagi organ dalaman lain yang tidak diperlukan oleh badan mak cik saya. 

Mak cik saya sudah berumur 58 tahun dan tidak berkahwin. Jadi, mak saya, kakak kepada mak cik sayalah yang menjaganya. Kami sebagai anak saudara hanya mampu untuk menyediakan hal yang lain-lainnya.

Alhamdulillah, dipanjangkan umur oleh Allah untuk menempuh segala dugaan dan cabaran. Setiap manusia mempunyai cabaran mereka yang tersendiri. Ada yang getir, ada yang senang sedikit, semua itu mengikut kemampuan dan tahap iman masing-masing. 

Tapi takpe lah kan, setiap dugaan ada penghargaan diakhirnya.

Kawan-kawan, tolong doakan mak cik saya cepat sembuh yea,

Assalamualaikum WBT,

p/s: Amin.

No comments:

Post a Comment