Nuffnang Ads

Friday, February 17, 2017

Bahagia kita berbeza - Mall Razlan

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, sudah ramai kawan-kawan saya telah mendirikan rumahtangga. Rezeki masing-masing, siapalah kita nak menidakkanya kan?

Baik, bercakap mengenai rezeki. Rezeki ni Allah datangkan dalam pelbagai jenis bentuk. Ada yang dari segi kesihatan, rumahtangga, duit, makanan, minuman, ilmu pengetahuan, harta benda, ibu bapa, kawan-kawan, dan lain-lain lagi.

Tapi kita manusia ni selalu je rasa tidak mencukupi. Yes, sebab bila kita tengok orang lain lebih daripada kita, kita mula rasa cemburu. Kalau cemburu itu membuatkan kita lebih berusaha untuk menjadi lebih baik, takpe. Ini tidak, sesetengah daripada kita mempunyai cemburu yang lebih terarah kepada membenci dan mengadu domba untuk mendapatkan pendapat orang lain sama dengan pendapat kita. Cemburu yang lebih kepada mengeji. Jenis yang macamni, susahlah nak hidup senang dalam dunia, mungkin susahnya sampai ke akhirat.

Bagi yang mempunyai tahap redha yang tinggi, alhamdulillah, kita akan berasa lebih rendah diri dan cuba reflect diri kita tang mana yang kita kekurangan. Tapi itu lah, kadang-kadang kekurangan yang kita rasa diri kita ada membuatkan kita lebih rasa sedih berbanding gembira. Kadang-kadang kita sendiri rasa macam tidak disayangi, kita lebih tertanya-tanya sebab kita banyak kekurangan.

Kalau macam saya, saya ada apa orang lain ada, tetapi kenapa saya tidak dapat apa yang orang lain boleh capai? saya tertanya-tanya. Tetapi bila saya sendiri reflect diri saya sendiri, saya rasa, 

"hmmm.. Allah mempunyai perancangan yang lebih dari ini".

Adakah itu ayat untuk membuatkan saya rasa sedikit gembira?

Mungkin.

Adakah itu ayat untuk membuatkan saya rasa sedikit senang?

Mungkin.

Tapi apa yang pasti, bila kita berasa begitu, kita redha dengan apa yang akan terjadi. Bukan senang itu redha dan orang lain sekeliling kita akan berasa seperti kita tidak kisah dengan apa yang berlaku. Itu bukan niatnya. Itu adalah perkara yang amat berbeza.

Akan tetapi, pandangan orang lain mungkin berbeza, nak buat macamne kan?

Tapi itu lah, bahagia kita mungkin berbeza dengan bahagia orang lain, jadi, janganlah kit mencaci dan mencacai bahagia orang lain berbeza dengan bahagia kita. Dan begitu jugalah harapnya untuk orang lain.

Assalamualaikum WBT

p/s: Bahagia dicari, insyaaAllah berjumpa.

No comments:

Post a Comment