Nuffnang Ads

Monday, February 27, 2017

Coret-coret Hujung Mingu : Segmen Baru.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Maaflah la, lebih kurang seminggu jugak tak update blog ni, maklumlah, bila banyak hal, sana sini, kadang-kadang hal lain pun tak sempat nak update.

Hari Sabtu lepas, saya sempat pergi ke satu Karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan yang bertempat di Pekan, Pahang. Kami pergi ke sana menaiki bas dan majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Baiklah, sesampai je di sana, hari hujan lebat, air bertakung sampai ke paras buku lali di sesetengah tempat.

Masa DS Najib berucapa merasmikan event tersebut, hujan berhenti untuk beberapa ketika, lepastu, bila siap je DS Najib berucap, hujan turun balik renyai-renyai. Tak tau la apa yang dorang lakukan, tapi itulah lumrah.

Baiklah, bercakap mengenai program tersebut, ia amatlah baik sebab bukan sebab ucapan tu, sebab kalau nak dengar ucapan, boleh buka TV3, setiap Buletin Utama ada. Cuma nak cakapnya, promosi barangan daripada Kawasan Rukun Tetangga serta persatuan-persatuan Komuniti yang amat memberangsangkan. Ini juga membangkitkan beberapa idea dalam diri saya untuk diketengahkan, tetapi, ia mugkin agak makan masa tetapi insyaaAllah, dengan perancangan yang tepat, saya mungkin akan dapat membantu beberapa penduduk Kampung saya dalam memajukan ekonomi mereka. InsyaaAllah.

Tapi, apa-apa pun, memang terdapat banyak program-program kerajaan yang dibawa ke kampung-kampung dan ada juga beberapa projek-projek yang dibawa ke kampung-kampung dengan niat memajukan ekonomi setempat. Alhamdulillah, bagi yang mengambil peluang, memang berjaya tetapi untuk berjaya, memerlukan komitmen, kewangan, kerjasama dan semangat bagi memastikan perusahaan yang dijalankan mendapat perhatian pihak yang berwajib.

Di dalam Raub ni, terdapat beberapa perusahaan Kampung yang menjadi perhatian seperti Dodol Gula Kabung Ulu Dong, Pusat Pelancongan Pamah Rawas, Chalet / Homestay Sungai Pasu serta pelbagai lagi contoh-contoh mereka yang berjaya, tetapi itu lah, mungkin disebabkan jenis perusahaan tersebut sudah diceburi, maka, terdapat rasa tidak ingin meniru dengan cuba untuk membuat perkara lain yang lebih kreatif, mungkin. 

Apa-apa pun pada saya, menginspirasikan orang lain dan mengambil inspirasi orang lain adalah tidak salah. Jikalau rezeki itu telah ditulis oleh Allah SWT, siapa kita sebagai hamba untuk menidakkannya? Kan?

Berusahalah untuk menjadi lebih baik di zaman ini. Mencabar sungguh zaman ini, ilmu agama dikotak-katikkan, dijual sana sini. Subhanallah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Politik,politik jugak, Islam jangan diketepikan.

No comments:

Post a Comment