Nuffnang Ads

Monday, February 27, 2017

Demam : Seram Sejuk.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? 



Ni nak cerita perkara minggu lepas. Saya demam secara tiba-tiba last week. No kidding. Memang secara tiba-tiba. Sebaliknya saya daripada tempat gunting rambut, saya tiba-tiba je rasa sejuk, seram sejuk then demam. Saya tidur dalam bilik saya lepastu saya pegi dekat mak.

*Yes, saya anak mak. Sekian. Hahaha...

Saya pergi kat mak saya, lepastu mak saya picit badan saya sebab memang tak tahan sebab sejuk sangat. Lepastu, panas, lepastu, sejuk. Pelik woii...memang all of a sudden. Takut jugak sebab memang secara tiba-tiba berlaku benda tu. Entah lah.. memang pelik. 

Tapi takde la kejadian yang pelik ke apa, cuma saya demam je lepastu, malam tu baik jugak after makan ubat, mandi semua. Memang pelik, tak tipu punya pelik wehhh... hahaha...

Jadi, sebagai pesanan, bagi yang mungkin suka berjalan jejauh ke, suka pergi ke tempat-tempat yang mungkin ada penghuni lain ke, macam, hutan ke, jalan yang sunyi ke, kan. Sejurus sampai ke rumah basuhlah kaki dahulu, SEBAB itu orang lelama ada bekas besar di luar rumah untuk letak air buat basuh kaki.

Sebab kalau dah masuk rumah, tanpa bagi salam, orang kata, syaitan akan masuk sekali dalam rumah dan memporak-perandakan rumahtangga kita. Jadi! ingat pesanan tu, k? Jangan tak basuh kaki pulak, lepas basuh kaki, eloklah mandi terus sebab better, penat-penat jalan jauh, mandi untuk segarkan badan sebab syaitan suka masuk dalam badan kita kalau kita letih dan lesu. Masa tu badan kita lemah.

Lepas mandi tu, eloklah ambil wudu', lepastu sembahyang. Lagilah syaitan takut, ok?

Itu sahajalah buat pesanan bersama. Pengalaman tetap pengalaman.

Assalamualaikum WBT,

p/s: jangan main-main, kita bukan duduk sorang dalam dunia ni.

No comments:

Post a Comment