Nuffnang Ads

Monday, February 27, 2017

RANDOM NEWS 27022017

Assalamualaikum WBT,


Selamat malam. Sekarang untuk RANDOM NEWS.

1. Sultan Salman dari Arab Saudi hadir ke Malaysia untuk lawatan kerja selama seminggu.

2. Kes pembunuhan Kim Jong Nam masih berjalan dan pelbagai info-info lain berkaitan dibongkar oleh pasukan penyiasat. *memintaklah selesai dengan cara yang baik. 

3. Tunku Mahkota Johor dikatakan akan bermain untuk pasukan bola sepak JDT. *berbakat TMJ ni, bagus, ni la baru pemimpin sebenar. Main dan tahu keperluan bola sepak.

4. Siti Sarah dan Shuib Sepahtu bersanding buat kali pertama selepas beberapa tahun berkahwin. *rezeki di mana-mana dik, ini baru contoh untuk relationship goal.

5. Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah selamat diijabkabulkan di dalam sebuah majlis tertutup beberapa hari lepas. *alhamdulillah, senang kan? Nak cakap, taknak cakap. Tahniah Jep, semoga murah rezeki lepas ni.

6. Skandal rasuah berjumlah RM15.5 juta melibatkan anak dan pegawai khas kepada pegawai kerajaan Johor antara enam yang ditahan oleh SPRM. *wow, gila betul.

7.Nabil Ahmad mengacarakan Red Carpet di Oscars pada acara yang berlangsung pagi tadi. Dia sempat menemubual Jackie Chan, dan ramai lagi artis Hollywood yang terkenal. *tahniah Nabil!!

8. Moonlight memenangi Best Picture di Oscars mengalahkan calon-calon filem yang lain. Pengarah La La Land adalah pengarah termuda menang anugerah Best Director di Oscars. *tahniah yang menang. 

9. Emma Stone dan Casey Afleck masing-masing memenangi Best Actress and Best Actor di Oscars 2017.

10. Tahukah anda bahawa LAUTAN kita sekarang semakin tercemar?? 71 % daripada permukaan Bumi adalah lautan dan sebanyak 96.5% daripada semua air di BUMI dan 100% sampah adalah perbuatan jijik MANUSIA. Jadi, selamatkan lautan dan jangan buang sampah.

Itu sahaja untuk RANDOM NEWS.

Salam.


No comments:

Post a Comment