Nuffnang Ads

Monday, February 20, 2017

Sayangi Haiwan Peliharaan Anda.

Assalamualaikum WBT,

Selamat petang semua? Hi, apa khabar?

Baiklah,  saya sebenarnya suka tengok Youtube. My latest favourite adalah menonton video anjing. Bukan anjing yang biasa-biasa, anjing yang di dera dan bila ada manusia baik hati yang kesiankan mereka, perubahan pun berlaku. Mereka diberikan kasih sayang yang secukupnya.

Baik, kita sebagai orang Islam, menyentuh anjing untuk suka-suka adalah dilarang, ini kerana, anjing mempunyai jumlah kuman berbahaya yang banyak. Berbeza dengan kucing. Jadi, anjing juga mempunyai kuman berbahaya di dalam air liurnya, which berbeza dengan kucing yang tidak mempunyai kuman berbahaya. * correct me if i am wrong.

Saya bukan nak berceramah tentang kita boleh/tidak boleh pegang anjing ke tidak, NO. Saya nak cakap fasal, compassion, passionate dan kasih sayang. Tau tak kalau kita start berniat untuk memelihara haiwan, nyawa mereka adalah dalam tangan kita. KIta kena jaga mereka, bagi makan, bagi minum, sayang mereka. Itu adalah persetujuan secara tidak langsung kita buat dengan Yang Lebih Berkuasa.

Allah tidak menyuruh hamba-Nya memelihara binatang, tetapi, secara logiknya, jikalau kita hendak memelihara haiwan, seharusnya kita menjaga mereka seperti kita menjaga diri kita sendiri. Dimandikan, diberi makan, dijaga minum, tempat tinggal. 

Yes, kalau kucing, kita boleh biarkan mereka berkeliaran di merata tempat sebab kalau macam rumah saya yang berada di perkampungan, kawasan yang tidak mempunyai kejiranan yang terhad, alhamdulillah. Tetapi, perkampungan kami yang 100% Muslim, tiada mereka yang memelihara anjing.

Tetapi, bagi mereka yang boleh memelihara anjing atau kucing, atau apa sahaja, TOLONGLAH! PLEASE, saat kita terniat dalam hati yang kita hendak memelihara anjing, kucing atau apa sahaja haiwan peliharaan, JAGALAH MEREKA! JAGALAH MEREKA seperti kita menjaga diri kita sendiri! PLEASE.

Ini kerana, ada yang saya tengok manusia yang membuang ibu kucing bersama anak mereka (MASIH MENYUSU) di kawasan yang tidak sepatutnya. Ya Allah. Kenapa lah ada yang berfikiran sebegini?

Yea, saya ada kucing dan kadang-kadang apabila mereka berak di tempat yang tidak sepatutnya, muntah di tempat yang tidak sepatutnya, saya marah sebab itu lumrah. Marah apabila benda yang tidak betul dibuat. Tetapi, ingat! Mereka adalah haiwan! Haiwan yang tidak diciptakan minda. Tidak dianugerahkan akal fikiran. Tapi tidaklah kita sebagai yang mempunyai akal sewenang-wenangnya membuang mereka apabila mereka sudah tidak diperlukan! Itu bukan manusia, itu binatang. Even haiwan pun mempunyai perasaan sayang akan keluarga yang memelihara mereka.

Tengoklah Youtube, searchlah fasal Dog Rescued by Human, Dog Transformation, macam-macam ada. Even ada anjing yang menangis apabila tuannya meninggalkannya di shelters.

Kesian sungguh.

Apa-apa pun, please, jangan buang kucing, anjing, atau apa-apa haiwan. Dosa weh. Dosa lain tak tertanggung, fikirlah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nabi pun sayangkan haiwan.

No comments:

Post a Comment