Nuffnang Ads

Monday, March 13, 2017

Homemade Chicken Nuggets.

Assalamualaikum wbt,

Tadi saya terdengar Abang Brian di Suria FM bercerita macamne nak buat Homemade Nugget Ayam.

Kalau cara saya, lagi senang, beberapa bahan je.

Bahan-bahan :

3 keping dada ayam *amik yang sado-sado sebab boleh dalam banyak.
1 setengah cawan tepung Spicy Bestari
1 cawan serbuk roti Putih
2 biji telur
Garam
Minyak masak

Cara-cara:

Basuh dan potong dada ayam sado tersebut dari kepada dadu dalam 1 inci dan letakkan setengah cawan tepung Spicy Bestari.

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dengan sedikit garam dan pukul.

Susunkan Tepung Spicy Bestari, Telur dan Serbuk Roti di dalam mangkuk yang berbeza.

Panaskan minyak di dalam periuk. *untuk memudahkan memasak nugget kita.

Coatkan ayam tadi dengan tepung Spicy Bestari sehingga kena semua tempat, dip kan dalam telur dan sekali lagi coatkan dengan serbuk roti dan masukkan ke dalam minyak yang panas tadi.

Masak sehingga kuning keemasan. Dalam 5-7 minit waktu memasak. Api jangan terlalu besar.

Sesudah masak, bolehlah makan dengan sos cili.

Selamat mencubaaa..

Assalamualaikum wbt

p/s: sedap oiii...


No comments:

Post a Comment