Nuffnang Ads

Saturday, March 18, 2017

ISLAM : Kita ini pendosa.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Seperti yang dijanji kan tadi, saya ada satu perkara yang saya ingin kongsi dengan semua.

Baiklah, siapa pandai fasal agama? 

Bila kita bercakap fasal agama Islam ni kan, tak semua mampu menjawab melainkan seseorang yang mempunyai ilmu agama. Ingat! Ilmu agama Islam adalah berkaitan dengan FAITH dan bukan LOGIK. Kalau agama berkaitan dengan LOGIK, itu bukan agama.

Ingat tak satu maksud berkenaan dengan IMAN.

Menurut bahasa iman berarti pembenaran hati. Sedangkan menurut istilah, iman adalah:

تَصْدِيْقٌ بِاْلقَلْبِ، وَإِقْرَارٌ بِاللِّسَانِ، وَعَمَلٌ بِاْلأَرْكَانِ.

“Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.”

Ini adalah pendapat jumhur. Dan Imam Syafi’i meriwayatkan ijma para sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut.

Ada tak dia cakap logik? Kalau logik macamni,

"Eh, kalau kita benarkan dengan hati, kenapa nak buktikan dengan lisan dan pergerakkan pulak? Dan benar kan?"

Itu adalah pure logik. Orang yang berfikiran logik akan selalu berfikiran seperti hendakkan bukti depan mata, kena ada bukti nampak dan macam-macam lagi lah. Kadang-kadang itu lah, LOGIK memang tak boleh dengan FAITH, KEPERCAYAAN.

Contoh FAITH adalah, kita tau oksigen itu ada, Kita hirup oksigen untuk hidup. Nampak tak oksigen? Tak nampak kan? Tapi kita percaya oksigen itu ada. Until Sains buktikan oksigen itu ada, barulah kita percaya. Itu mereka yang logik, kalau orang yang ada KEPERCAYAAN, dah tak payah penjelasan SAINS dah.

Nabi ada jelaskan tentang macam-macam, of course dengan bantuan Al-Quran dan Hadith. Tapi kita ni jenis konon tak percaya, nak jugak penjelasan Sains padahal dalam Al-Quran dah ada. Mengade.

Macam pengharam Khinzir. Uish, tak nak percaya kenapa khinzir tu haram. Ha.. bila sains cakap ada cacing yang tak boleh mati hidup dalam daging khinzir tu, mula gelabah. Ada sebab kenapa Allah haramkan Khinzir. Ada orang LOGIK tanya, 

"Kenapa Khinzir diciptakan sedangkan ia haram".

Haaaa... ni la permainan orang LOGIK yang sering kali seolah-olah cuba mencabar KEPERCAYAAN seseorang.

Ada sesetengah pendapat, Khinzir itu diciptakan sebagai perlambangan mereka yang degil. Degil dengan perintah Allah. Dah tau haram tapi buat juga.

Tapi apa-apa pun, fasal ada artis kita yang telah berhijrah dan EAGER to share her opinions on SocMed, well, go for it. TAPI! Berlapik lah, dakwah sentap ada masanya, dan ISLAM itu indah. Islam itu sempurna, yang cacat cela adalah penganutnya yang masih mencari-cari erti penghidupan.

Takde seketul manusia pun yang MEMAKSA orang lain berhijrah. HIJRAH dan HIDAYAH itu hak Allah. Kalau Allah nak bagi, Allah bagi. Sejahat-jahat manusia, akan menjadi sebaik-baik manusia apabila Allah bagi HIDAYAH. Tapi kalau kita meminta-minta HIDAYAH Allah, menunjuk-nunjuk ibadat kita, RIAK, TAKBUR, subhanAllah. Makin lamalah kita hidup di dunia ini. Menebus dosa.

Apa-apa pun, bukanlah nak kata setiap orang kena mind their own business, tidak. Tapi, ingat sekali lagi, ISLAM itu indah, ISLAM itu sempurna, ISLAM itu lembut sifatnya. Janganlah kita burukkan, cacatkan dan keraskan ia dengan sifat kita manusia, penganutnya yang jahil. 

Ingatlah, kita bercela. Cari jalan untuk diri kita dulu, sebelum tunjukkan orang jalan yang kita senangi. Mungkin jalan kita senangi, tak selicin jalan mereka yang lain. Ingat, tujuan kita satu, Allah SWT.

Assalamualaikum WBT

p/s: Hidayah Allah itu mahal. 


No comments:

Post a Comment