Nuffnang Ads

Sunday, March 26, 2017

Kesibukan Melampaui Batas.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Alhamdulillah, saya sihat wehhh... ni tengah stress sebab terlampau sihat. Adoiii.. pening.

Okay, ada yang bertanya,

"Mall, ko tak buka kedai ke? Selalu tengok tutup je"

Adoi... macamne nak jawab eh. 

Ada je sebenarnya, cuma ada masa-masa, saya ni seorang yang amat sibuk. Ni esok nak ke KL sebab bawak makcik pergi follow-up dengan Doc untuk Chemo treatment. Yes, mak cik ada Ovarian cancer, tapi dah buang dah. So, now adalah untuk chemo treatment. Mak cik saya makan jugak all those jus pegaga asli, segala jus sayuran lah... macam-macam. Gamat pun makan. InsyaaAllah, kita ikhtiar, Allah yang menentukan segalanya kan?

Okay, saya ni sebenarnya adalah seorang tukang jahit merangkap seorang AJK JKKK, seorang cikgu Bahasa Inggeris dan juga seorang anak kepada mak dan ayah saya. Tanggungjawab ni memang dipecah-pecahkan mengikut keperluan dan keutamaa. Haha, macamane tah nak cakap. Haha, tapi macamtu lah. 

Hari saya kekadang bermula awal, kekadang lambat, but lately macam lambat sikit sebab maybe tidur lambat kot. Lepastu, bangun je ada la benda kena buat, masa tu bilik dah tak kemas dah. Ni dekat dua minggu tak kemas bilik, so, macamtu lah. Sibuk weh, ni pun tadi sempat pergi menjahit baju customer, nasib baik alteration je. Kalau nak jahit full baju, memang kena cari masa untuk buat semua tu.

InsyaaAllah, dalam next week dah kena potong beberapa baju yang dah dihantar oleh customers. Bak kata kawan saya, kerja-kerja jugak, customer jangan lupa. Iya lah, bayangkan, kalau dorang dah hantar baju then percaya yang kita akan buat segala, tetiba, kita tak buat. Takke naya tu namanya kan?

Jadi, insyaaAllah, dalam masa terdekat ni, akan potong, jahit tepi dan cantum segala baju yang ada. Itu belum lagi baju yang hendak dibuat secara pukal tu... adoiii.. pening weeehhhh!!!

Dah-dah, ni rasa nak pitam sebab banyak kerja kena buat. Adoiii...

Assalamualaikum WBT

p/s: esok kena bangun awal...sebab nak HKL... jumpa di sanaaaa

No comments:

Post a Comment