Nuffnang Ads

Sunday, March 12, 2017

Spicy Drumstick Chicken with Honey Glaze

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Salam Ahaddd. Baiklah, untuk entry kali ini, saya nak share dengan semua satu resipi yang saya cuba-cuba buat. Hahaha..

Spicy drumstick chicken with honey glaze.

Chicken drumstick 15 ketul
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 6 ulas
Kepingan cili *beli dalam plastik tu je jenama Meriah
Halia 2 cm
Garam
Gula Merah
Sos Chili Thai
Hoisin sos
Kicap manis
Kicap cair
Kicap pekat
Madu

Cara-cara membuat perapan:

Campurkan semua bahan dalam satu bekas besar dan kacaukan dan masukkan drumstick ayam. Perap untuk semalaman.

Esoknya, panaskan oven dan bakar.

Dalam 30 minit untuk suhu 250'C, ayam akan masak dengan jayanya.

Siap je, boleh makan.

Untuk bahan sos.

Ambil lebihan daripada perapan ayam tadi, masukkan dalam kuali dan tumiskan dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan bahan yang seperti di atas untuk menambah perasa lagi. Sejukkan seketika dan kisarkan bahan. Masak dan masukkan air sedikit untuk banyakkan kuah. Masukkan sedikit black pepper kisar untuk kepedasan. Masak dan siap!

Senang weh masak benda-benda macamni. Sekejap je. Cecampak je, terus perap then masak lah...hahaha

so, kalau dah cuba, gitau ehhh.. kita kongsi resepi sesama.

Assalamualaikum wbt

p/s: nanti nak g resepi peria pulakkk ...hahaha


No comments:

Post a Comment