Nuffnang Ads

Thursday, March 9, 2017

The Hanif Barbershop Raub. Jom gunting rambut!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabarrrrr?

Baik untuk entry kali ini, saya ingin membawakan anda satu perusahaan yang diusahakan oleh seorang anak muda Bumiputera di Daerah Raub.

Sebuah kedai gunting rambut bersebelahan dengan Maybank Daerah Raub adalah kedai gunting rambut yang mula mendapat perhatian ramai di Daerah Raub.

The Hanif Barbershop adalah kedai gunting rambut anda. Untuk pengetahuan semua, di Raub ni memang agak susah untuk cari kedai gunting rambut yang diusahakan oleh lelaki Bumiputera. Jadi, The Hanif Barbershop adalah kedai gunting rambut anda.

Sebenarnya, saya masih belum berkesempatan untuk ke kedai ni, tapi insyaaAllah, saya akan ke sana untuk merasai sendiri guntingannya sebab saya diberitahu oleh sumber-sumber yang amat boleh dipercayai bahawa taukey mempunyai skill gunting yang bagus. I would love to see u cut my hair.

Jadi, kepada yang berminat untuk maybe cuci rambut, atau gunting rambut anda bolehlah berbuat demikian di The Hanif Barbershop di Bandar Raub. Sekali lagi, premis yang berdekatan dengan Maybank Daerah Raub, memang senang untuk parkibg tapi pergi la waktu malam sikit sebab iya la, senang kan. Waktu senggang senang nak rehat, parking semua. Sekarang ni siang, panas sangat.

Waktu perniagaannya adalah
Sabtu hingga Khamis 11.00 AM - 9.00 PM dan dia cuti pada hari Jumaat.

Harga yang berpatutan. Amat berpatutan, okay!!! Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi 0142166562.

Jadi, apa tunggu lagi, jom support produk dan perkhidmatan Bumiputera. Jom!!

Assalamualaikum wbt

p/s: Nak try petang ni lahh..


No comments:

Post a Comment