Nuffnang Ads

Tuesday, April 11, 2017

Sukan atau Akademik???

Assalamualaikum WBT,




Apa khabar semua? Sihat ke? Saya baru je lepas ada program tadi kat kampung saya ni. Program Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan Peringkat Kampung Jenud 2017. Alhamdulillah, acara okay je.. tak ramai sebab ada kematian semalam, jadi hari ni rata-rata pergi memasak ke rumah yang ada kematian. Al-Fatihah. 

Baiklah, hari ini saya terasa nak berkongsi pandangan mengenai SUKAN atau AKADEMIK?

Apa pendapat anda?

Pada pendapat saya, sukan dan akademik seharusnya seiring. Maksudnya, cemerlang sukan = cemerlang akademik dan begitu juga sebaliknya, tetapi, ada yang cemerlang sukan, tapi akademik hancur dan ada jugak, cemerlang akademik, tapi sukan ke laut Hindi. Kan?

Tapi, apakah pandangan kita terhadap hal ini?

Ada yang mengatakan, 

"alah, takyah bersukan sangat lah, bukan menjamin kehidupan pun, jangka hayat kerjaya tu sekejap je".

Okay, tapi ada juga yang kata,

"Bersukan lah, tapi kena balance dengan akademik, jangan lupakan akademik".

Okay... macamane tu?

Baiklah, pada pendapat saya, bersukanlah sebab ia akan membuatkan kehidupan kita lebih sihat tetapi, jangan lupakan pelajaran. Dua-dua penting, ada ramai ahli sukan yang berjaya dalam akademik, dan ada juga yang ahli akademik yang tak dapat kerja, huhu.. itu rezeki dan usaha.

Tengok Dr. Shazril, ala yang Doktor kat Hospital Terengganu tu, dia bersukan, maksud saya, bina badan tu kan, tu bersukan juga . Dr. Pietro Boselli, ahli akademik dan juga seorang model, ramai lagi contoh-contoh yang boleh dijadikan contoh untuk menjayakan niat bersukan tu.

Tengok Lee Chong Wei, dia dulu seorang pemain bola keranjang, tapi rezeki dia, dia jadi pemain badminton, tapi dia tidak lah duduk sahaja, tapi dia berusaha dan sekarang dia adalah pemain terkemuka dunia. Sapa tak kenal Lee Chong Wei, kan? 

Tapi tulah, sistem sekolah sekarang ni berbeza sikit dah, ada KPI bagai, dulu ada juga, tapi sekarang ni lebih ditekankan kepada pencapaian sekolah itu sendiri. Maksudnya, kalau sekolah tu tinggi pencapaian akademik, maka sekolah tersebut ada nama. Kalau untuk pencapian sukan, sebab rata-rata sukan adalah benda yang sikit je orang minat kan? Lagi satu, fasiliti tu kurang, bukan takde, kurang sangat. Kalau sekolah-sekolah luar bandar, bakat banyak, disebabkan pendedahan kepada murid tu kurang, dek fasiliti yang kurang, maka, bakat itu terbakar begitu sahaja.

Berapa ramai bakat dari luar bandar yang diketengahkan? 

Ada sesetengah cakap,

"Kau nak, kau pergi lah".

Yes, dek, budak-budak kita bukan macam budak-budak bandar yang dipupuk dengan keyakinan. Nak cakap depan kelas pun takut, ini pulak nak bersaing dengan mereka yang lain di tahap yang lebih tinggi. Kenapa kurang yakin? Itu lah, kurang pendedahan. 

Saya ingat lagi, saya diketawakan masa masuk satu pertandingan membaca poem bahasa inggeris. Did my level of confidence goes down that time? Yes, sebab apa? Sebab saya tak familiar dengan keadaan tersebut. I was not ready with all the bullshit monkeys words when people laughed at me. But then, look at me now, I can speak, write and proud with my English language knowledge. Eat that? B!

Anyways, berbalik kepada Sukan atau Akademik? itu tadi, jadi, kepada guru-guru sukan di sekolah-sekolah, teraplah nilai-nilai kesukanan dalam diri anak murid anda. Sebab bagi ibubapa yang tiada pengalaman dalam sukan, kami hanya tahu menonton, segala teknikal issues, guidance, adalah daripada pihak anda.

Ramai yang berbakat, insyaaAllah, tidak akan tandus industri sukan negara jikalau ada pihak yang betul-betul mahukan  anak-anak ini berjaya dalam sukan. Lagipun, sukan membantu menjadi creative,  bijak menguruskan masa dan menjadikan anak-anak lebih sihat dan fokus.

Di zaman dunia tanpa sempadan, internet di hujung jari, memang susah untuk memulakan sesuatu, tetapi , bila dah berjaya, u can get ur name shines with them too. Trust me teachers.

Apa-apa pun, dunia sekarang amat mencabar, SUKAN atau AKADEMIK, akan selalu menjadi perdebatan, tetapi ingatlah, buatlah pilihan tepat, NO. Tiada pilihan tepat sekarang, sebab semuanya datang dengan USAHA. Berusahalah!

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya pandai main badminton je, tapi kaki sakit, pandang je la...huhuhu

No comments:

Post a Comment