Nuffnang Ads

Saturday, April 8, 2017

Jahat-jahat nak ke mana? NERAKA?

Assalamualaikum WBT,

Ramai orang sekarang ni ada rasa dengki dengan orang lain. Kalau dengki yang membina takpe, meaning, kita jadikan kehidupan orang lain sebagai panduan dan try make our lives better. Ini tidak, dengki yang secara kejam. Setengah orang ada yang kena santau lah, guna-guna lah, itu la, ini lah... seram wehhh...

Mintak jauh la daripada perkara yang macamni.


Saya sering membaca posting orang yang menderita fasal benda-benda yang macamni. Macam petang tadi, saya baca fasal seorang lelaki menyantau orang yang dia minat tapi bila orang yang dia minat tu tolak cinta dia, dia marah. Dia santau orang yang dia minat supaya orang lain tak dapat. 

WHAT THE HELL?


Tak faham! Semua orang ada perasaan masing-masing, Cinta yang berteraskan ilmu syaitan, tak kemana. Percayalah. Hanya akan membuatkan diri anda tak senang duduk Rasa nak marah, semua ada.

Ada lagi tadi, bekas isteri yang menundukkan suaminya ketika kahwin dan menyantau bekas suaminya ketika suaminya telah berkahwin dengan wanita lain. Okay, ini berkaitan dengan tanggungjawab. Tanggungjawab suami untuk bagi anak-anak makan jikalau ada anak-anak yang masih kecil. Jikalau takde anak, hendaklah memberi nafkah kepada isteri, tapi jikalau isteri mintak cerai, maka tidak jatuh atas suami untuk memberi nafkah kepada isteri, jikalau itu pemintaan isteri dan jikalau si suami memberikan segalanya kepada si isteri. *haa... dah jadi ustaz pulak. Tapi itu lah, hati masing-masing kan, bak kata pepatah Melayu, "rambut sama hitam, tapi hati lain lain".

Kadang-kadang percakapan kita, perlakuan kita, posting kita dalam FB, IG, semua ini dilihat orang. Kalau orang tak suka, macam-macam yang orang boleh buat. Mungkin benci kita tak sedalam benci orang lain, tapi itu lah, orang lain punyai pendapat berbeza. Bila hati dah dipujuk syaitan, gunung pun boleh ditarah.

Okay fine, saya ni kadang-kadang mulut boleh tahan, tapi tu lah, bila orang usik kita, kita kadang-kadang marah la jugak kan, tapi tu lah, kadang-kadang orang yang tak tahan dengan kita, PADAHAL dia yang usik kita. What the hell? What do you expect? For me to be nice and hug you whenever I see you? Please, I am not that innocent.

Apa-apa pun, kita cuba la untuk menjadi baik dengan Allah dan diri kita dahulu sebelum cuba menjadi baik dengan diri orang lain. Bukan apa, kadang-kadang baik kita tu, kita nakkan sesuatu in return. Jadi! Cubalah dulu yea, mana tahu, kita boleh sama-sama berubah menjadi baik. Dan bila kita jadi baik, tidak terdetik dalam perasaan kita untuk buat perkara-perkara buruk TERHADAP orang lain! ok?

Dah lah, saya ni suka baca cerita-cerita mistik, seram tapi bila sensorang, mula teringat! Tu malas tu...

Assalamualaikum WBT

p/s: Tempahan Baju Raya by Akmall Razlan Atelier telah dibuka. Jangan malu, jangan segan, whatsapp me at 0139265385, kita bagi harga kasih sayang.

No comments:

Post a Comment