Nuffnang Ads

Tuesday, April 4, 2017

Kedai Makan Angah, Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa...

Bersiaran lagi kita di Makan Di Mana? Saya sekarang berada di sebuah kedai di Bandar Raub.

Kedai Makan Angah.

Premis yang berada di Pusat Perniagaan Raub adalah sebuah kedai makan Bumiputera yang baharu. Kedai yang berasaskan makanan Melayu kampung adalah menyediakan makanan yang enak dan menepati selera anda.

Hari ni mereka menyediakan Gulai Lemak Daging Salai. Mana nak cari oiiiiu... sedap hamat pulak tu...

Ada telur masin, ikan keli goreng...ada gulai asam tempoyak patin... apa lagi mauuu??

Datanglah ke Kedai Makan Angah Raub yang beralamat di No.48, Pusat Perniagaan Raub, 27600,Raub,Pahang.

Jommm makannn...


No comments:

Post a Comment