Nuffnang Ads

Sunday, April 9, 2017

Merapu Berisi.

Assalamualaikum WBT,

*masih menulis blog ni sebab memang ini la tempat luahan perasaan dan buah fikiran yang PALING baik dan setaraf dengan Twitter. Yes, I tweet.

Baiklah, hari ni adalah hari Ahad. As usual, hari Ahad adalah hari yang panas. Tak tau la panas sampai bila, tapi selalunya, panas macamni mengundang hujan. Tapi kalau hujan tanpa angin takpedehal, tapi lately, hujan yang disertakan dengan angin kuat, almost ribut like angin. Takut sebenarnya, iya lah, duduk kat area Kampung, ada banyak pokok-pokok yang agak besar. Tapi nasib baik dekat dengan area rumah takde pokok besar dah, sebab aritu, pokok macang tu dah kena tebang. Sebab angin tulah... takut timpa ke rumah.

Sebenarnya, saya sekarang ni masih mencari sesuatu yang betul-betul hendak saya tulis. Bukan saya nak spesifikkan blog saya ni, tapi kadang-kadang tu lah, idea takde kan.. terpaksa tulis benda yang merapu. Tapi kadang-kadang, yang menarik fasal merapu ni, ia menerbitkan satu idea yang boleh dikatakan bernas dan mempunyai isi. Tulisan tanpa isi, bila orang baca pun menyampah kan? Tapi itu lah, kena ada isi, biarpun merapu. Haha...

Baiklah, semalam saya menonton sebuah video mengenai seorang Mathematician bergelar Dr. dan juga seorang Model, Pietro Boselli. 



Cerita dia ni dah lama dah, tapi tu la.. bila orang famous kan, cerdik plak tu.. siapa tak suka baca kan? Menariknya, dia habiskan Bachelor's Degree dia, first class honour, terus buat PhD, dik...PhD!!! Kau rasa?

Terus stress.

Apa-apa pun, kalau rajin, search la dalam website, berlambat gambar dia as model, as teacher, as mathematician, Ok?

Assalamualaikum WBT

p/s: nak berehat jap... baru lepas bagi anak-anak sedara makan nasi... lambat sikit...

No comments:

Post a Comment