Nuffnang Ads

Sunday, April 2, 2017

Musim Tak Menentu, Jaga Keselamatan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat ke?

Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada mereka yang berada di Melaka sebab terbabit dengan banjir kilat. Sekarang ni musim memang tak menentu, di tempat saya ni sekarang hujan lebat dan semalam ribu kuat, memang menakutkan.

Tapi, kita hanyalah hamba dan semoga Allah SWT tidak menguji kita dengan ujian yang besar, amin.

Baiklah, hari ni dah 2 April 2017 dan result MUET saya akan keluar pada awal bulan Mei. Semoga saya dapat result yang terbaik dengan usaha yang saya buat semasa menjawab peperiksaan. Amin *I really want to get a Band 6 for that. Really!

Now, kepada yang membaca, saya ingin berpesan kepada semua supaya menjaga keselamatan semasa musim hujan yang agak tidak menentu ini. Tutup semua plug sebab hujan berserta dengan kilat amatlah berbahaya. Jaga anak-anak supaya tidak bermain hujan kerana AIR adalah KONDUKTOR yang terbaik bagi kilat. Ingat tu! Sains tu, jangan lupa. Jaga pemakanan. Jangan makan makanan yang tidak di masak. Minum air masak yang banyak supaya kekal hidrasi. *hidrasi yea, bukan DEhidrasi. Yeaa, neelofa? Luv.

Jadi, ingat pesanan saya tu!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Jaga keselamatan.


No comments:

Post a Comment