Nuffnang Ads

Sunday, April 9, 2017

Projek Perpustakaan Mini Kampung Jenud.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sedang sibuk menonton Anugerah DFKL 2017 kan? apa-apa pun, saya jarang tengok drama Melayu, jadi, memang tak pandai sangat.


Baiklah, untuk entry kali ini, saya ingin mendapatkan perhatian anda terhadap satu projek yang saya ingin buat. Projek ini adalah memulakan sebuah Perpustakaan Mini di kampung saya, oleh itu, saya ingin memohon jasa baik anda yang mempunyai buku-buku akademik, ataupun ilmiah yang sudah tidak tahu mana nak letak, anda bolehlah dermakan kepada saya supaya saya dapat memulakan projek saya ini.

Tujuan Projek Perpustakaan Mini Kampung Jenud :

1. Untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak Kampung Jenud.
2. Memastikan anak-anak Kampung Jenud mempunyai kadar literasi yang tinggi.

Mungkin kalian mempunyai buku-buku yang sudah kalian tidak mahu dan tiada tempat yang hendak di letakkan, kalian boleh hantarkan kepada saya di alamat,

Akmal bin Razlan
Kampung Jenud, Sega 2,
27660, Raub, Pahang.
018-9807556

Kalian juga boleh Whatsapp saya di nombor tersebut.

Alhamdulillah, saya sudah mempunyai beberapa buku dan saya hanya perlu membeli beberapa rak untuk meletakkan buku yang saya ada. InsyaaAllah, jikalau kalian, rakan-rakan, terbaca akan entry ini, saya mohon kalian pertimbangkan projek saya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum WBT

p/s: Tolong pertimbangkan.

No comments:

Post a Comment