Nuffnang Ads

Friday, May 26, 2017

Salaam Ramadhan semua.

Assalamualaikum WBT,

Apakah khabar anda semua?

Tak lama lagi kita akan berpuasa, esok je dah kita akan berpuasa. Ya Allah, sekejapnya kan?

Baiklah, marikan kita berazam untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Apakah kita cukup untuk menjadi Muslim yang baik? 

Jawapan saya, adalah tidak cukup. Dengan cara hidup kita sekarang, terdedahnya kita dengan dunia tanpa sempadan. Yes, kita mempunyai pilihan untuk memilih supaya kita menjadi seorang yang tidak terdedah dengan perkara-perkara sebegitu, namun, kita kembali semula kepada kita hanyalah seorang manusia yang hina.

Tetapi, apa-apa pun, marilah kita menjadikan Ramadhan Kareem tahun ini sebagai satu titik tolak kepada berbuat kepada perkara kebaikan.

Nak buat baik payah, sangat payah tetapi apakah daya, kita manusia. Buat jahat orang keji, buat baik orang sindir. Tapi, kalau kita dok dengar cakap orang tatkala kita berbuat kebaikan, sampai ke sudah kita takkan kemana.

Jadi, marilah. Saya mengajak diri saya sendiri, juga saya menyeru kepada pembaca sekalian, marilah kita menjadi Muslim yang baik. Kalau kita tak dapat menjadi baik seterusnya, baik sesikit dah lah. Kita betulkan diri kita sedikit demi sedikit. InsyaaAllah, kita akan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Masyarakat dan Negara. InsyaaAllah.

Sekian dulu,

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak cuba hidupkan balik Menu Ramadhan, tapi mungkin di Instagram di @qemallrazlan 

Monday, May 15, 2017

Salam Isnin.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar, selamat pagi semuaaa...

Okay, semalam adalah majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 *katanya. I am sorry, saya tak menonton pun, cuma tengok keputusannya sahaja. Entahlah kenapa, maybe dah tua kot. Hmmm...

Or, matang, ke?

Apa-apa pun, disebabkan saya dah lama tak mengikut perkembangan industri hiburan Malaysia secara avid, I must say that, industri hiburan Malaysia mungkin semakin better. I don't know, maybe,

So, bagi sesiapa yang membaca my writings, tolonglahhh... tolonglah... suggestkan topik untuk saya tulis, boleh?

Terima kasih.

Itu sahaja.

Assalamualaikum WBT

P/s: Salam Isnin!!!

Sunday, May 14, 2017

Jom, REMPIT.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Maaf kerana lama tak menulis, selalu tengok dan baca blog orang lain dalam FB dan di Website, tapi tu lah masa mencemburui. Kekadang, tatkala idea mencurah-curah bak air hujan, kita tengah menjahit pulakkk... macamne tuhhh? Adoi betoii...

Semua tahu yang saya adalah seorang tukang jahit untuk brand sendiri Akmall Razlan Atelier, harap semua tahu lah... hahahaha... kalau tak tau, boleh search and follow my IG @akmallrazlanatelier , saya juga amik jahitan baju untuk kanak-kanak perempuan, dan of course baju wanita dengan harga yang lebih berpatutan.

Kalau nak design pun bolehh, gituhh...

Apa-apa pun, puasa dah dekat dan of course, tempahan raya semakin banyak. Yes, memang banyak, now, banyak, aritu rasa macam tak banyak sangat, tetiba!! BOOM! banyak gilaa...

Rasa macam takut pulak. Adoi, takut tak sempat. Arrggghhh...kena rempit sikit lah, sebab manalah tau kan, kot banyak benda yang kena buat nanti. Kot.. kan?

So, oleh itu, makanlah sepuasnya untuk dua minggu akan datang ni, hahaha.. lepastu, berpuasa lah kita dan jangan la ingat berpuasa itu membebankan, ingatlah ia sebagai satu bulan latihan untuk kita menjadi orang yang lebih berguna dan sihat. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s; Sihat itu juga adalah salah satu elemen dalam Islam.

Wednesday, May 3, 2017

Keep Your Faith.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat tak? Saya, alhamdulillah, sihat.

Hari ini, saya nak berkongsi fasal REZEKI. REZEKI adalah perkara yang Allah tidak bagitahu kita, sama jugak seperti MATI dan ada satu lagi, saya terlupa. Hehe... maaf. Ingatkan saya kalau anda, pembaca semua tahu.

Baiklah, REZEKI adalah satu perkara yang kita tidak tahu. Kita boleh work for it, kita boleh berusaha untuk perkerjana yang kita buat dan kadang-kadang rezeki datang dalam pelbagai. Sebagai contoh, kita cuba berusaha untuk buat apa yang kita suka, tapi, kadang-kadang Allah datangkan rezeki lain untuk kita. Kadang-kadang kita tak suka sesuatu, tapi kita rupanya ada bakat mengenainya. Kan? Dan Allah datangkan rezeki kita di situ.

Rezeki juga adalah satu perkara yang ramai orang kurang percaya. Baiklah, saya suka sebenarnya mengajar bahasa Inggeris, saya cuba untuk menjadi seorang guru pada satu ketika dahulu, selepasa saya belajar di Uni, tapi tak dapat. Kenapa? Saya percaya pada rezeki dan usaha. Kalau kita usaha, tapi masih kita tidak dapat apa yang kita, maksudnya, takde rezeki kita di situ. 

Tapi ada setengah daripada, cuba juga berusaha dan akhirnya dapat. Dan mungkin itu rezeki usaha dia, adakah saya tidak berusaha? Mungkin iya, mungkin tidak. Tapi, itu lah rezeki, rezeki akan berubah jikalau kita berusaha gigih.

Apakah kita tidak bersyukur kepada Allah? 

Tanya diri kita sendiri. Adakah kita tidak bersyukur?

Ada juga yang diberikan istidraj oleh Allah. Itu hal lain.

Apa-apa pun, rezeki berasal daripada  Allah, usaha datang daripada kita. Usaha kita yang kuat untuk menghasilkan sesuatu untuk niat yang baik akan mendatangkan rezeki daripada Allah, dan percaya kepada Allah SWT adalah asas yang paling penting.

Jadi! keep your faith and trust Him.

Assalamualaikum WBT
p/s: Luv.