Nuffnang Ads

Friday, July 14, 2017

Salaam Kembali!!!

Assalamualaikum WBT,


Ya Ampunnn... lama sungguh tak menaburkan kata-kata di blog saya ni. Memang dah berhabuk, bersawang bagai lah....

Baiklah, 

Assalamualaikum WBT, apa khabar semua? Semoga semuanya sihat hendaknya belaka. Saya ingin meminta maaf kepada semua pembaca sebab saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada blog saya ni, walaupun internet connection ada.

Bukan takde isu yang hendak diketengahkan, cuma, terdapat kesibukan dan kekangan masa yang amat begitu mencemburui diri ini. Sebagai contoh, masa Ramadhan aritu, ingatnya buat Diari Ramadhan, MALANGNYA, diari entah ke mana, Ramadhan tetap adalah. Saya amat sibuk menyiapkan tempahan baju raya dari pelanggan yang ada. Alhamdulillah, rezeki tetap ada, rajin ke tidak je.

Business pun bukan lah besar, ala tomei-tomei je. Tapi, rezeki, Allhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah SWT. Terima kasih. Biarpun masih banyak pengalaman yang diperlukan dan masih banyak ilmu yang perlu ditimba, insyaaAllah, saya akan cuba teruskan langkah dalam bidang ini. Doakan saya.

Ramai yang bertanya, 

"Mall, butik ko kat mana? Ko dah buat butik kan?"

Jawapannya, TAKDE butik dik, kita ada kedai ataupun workshop je, takde butik pun. Kedai kampung biasa je. Kalau tempaha online boleh lah, takde masalah, cuma kalau jauh-jauh tu, saya tak dapat nak pergi lah, tu je lah. Cuma kalau kos perjalanan dipersetujui dimasukkan dalam total kos, takde masalah, saya boleh je gagahkan.

Tapi apa-apa pun, segala perancangan masa hadapan tetap ada. Memang ada untuk memperbesarkan perniagaan, tetapi, kita merangkak dahulu untuk mencari rentak.

Itu sahajalah, coretan pertama selepas beberapa bulan. *eh, iya rasanya, dekat dua bulan dah....kosong tanpa coretan. ke sebulan?

Assalamualaikum WBT

p/s: mengantuk sebab badan terlampau letih.

No comments:

Post a Comment