Thursday, June 10, 2021

ONLINE TRAVEL VS VACCINE.

Assalamualaikum wbt,

Pernah tak anda buat "Online travel"? Okay, sebelum saya bagitahu apa perasaan saya mengenai isi yang akan saya kongsikan, izinkan saya berkongsi apa itu maksud "online travel". "Online travel" adalah satu term di mana ia digunakan untuk seseorang yang melihat tempat orang lain menerusi website, online, video dan juga tulisan orang lain yang mengalami atau merasai tempat orang lain tersebut. Saya boleh katakan bahawa diri saya adalah seorang "online traveller", di mana saya mendapat ilmu mengenai sesuatu tempat tersebut TANPA pergi ke tempat tersebut. Kesian? Haha, memang, I know my place was so, saya tak malu nak cakap I am an ONLINE TRAVELLER, lagipun COVID19 sekarang ni membuatkan kita lebih menjurus kepada ANYTHING online, kan?

Selepas virus COVID19 melanda pada akhir tahun 2019, bermula MAC 2020, kita Malaysia, Movement Control Order (MCO) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan buat kali pertama. Selepas itu, pada Jun-Julai kes jangkitan COVID19 dalam kalangan penduduk Malaysia telah menurun hingga ada satu ketika, kita mempunyai 0 KES. YES, KOSONG! Tetapi, semua orang tahu apa yang terjadi bukan? Second MCO dikenakan semula dan sebermulanya incident tersebut, kes COVID19 di Malaysia bagaikan tiada penghujungnya. Bermula 1 - 14 Jun 2021, PKP 3.0 dikenakan dan sesungguhnya, ia amat memenatkan.

Semua orang penat. Sangat penat dengan semua ini. Ramai yang menyuruh daftar untuk program vaksinasi, ramai yang berdaftar namun, ia hanya difokuskan kepada bandar-bandar besar yang mempunyai kes jangkitan COVID19 yang tinggi seperti di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, even vaksin AstraZeneca yang ditawarkan untuk rebutan habis dalam masa yang sekejap dan ia hanya ditawakan di bandar-bandar di negeri-negeri yang saya tulis tadi. Well, everyone wants to get vaccinated, and macam saya sendiri, saya sudah berdaftar dengan apps MySejahtera dan COVID Pahang, namun, masing menunggu. Dan menunggu.

Well, I am sorry, menyimpang pulak daripada cerita sebenarnya pos ini. Haha, ONLINE TRAVELLER. Disebabkan COVID, kita semua hanya boleh melihat pengalaman orang lain dan mungkin video-video lama di Youtube sahaja, namun, di negara-negara lain, rata-rata rakyat mereka sudah mendapat vaksin dan sudah tentu mereka sudah boleh pergi ke tempat-tempat yang ingin mereka pergi dengan menjaga SOP mereka, kan? Dibawah adalah kadar vaksinasi penduduk di Malaysia,


Seramai lebih 2.6 juta telah divaksin dan seramai lebih 12.7 juta telah mendaftar untuk vaksin, which means, jikalau penduduk Malaysia adalah seramai 36 juta, untuk mendapatkan 80 peratus kadar vaksinasi, kita memerlukan 28.8 juta penduduk untuk menerima vaksin.  Jika kiraan 28.8 juta - 12.7 juta maka ada lagi 16.1 juta penduduk perlu mendaftar untuk program vaksinasi. huuuu..ramai lagi kan? Macamane kita hendak mendapatkan herd immunity kalau macamni dan jikalau tak cecah, macamane kita nak berjalan ke negeri-negeri lain seperti biasa? Malah, nak ke luar negara, mesti tak berapa nak dapat sebab rata-rata negara hendakkan pasport vaksin nanti, kan? or something yang menunjukkan anda sudah menerima vaksin.

Alaaaaa... nak jenjalan!!! Macamane nak jenjalan kalau tak vaksin! Yihhh!

Anyway, kembali kepada Online traveller tadi, tengok jela tv or youtube untuk mendapat feel yang korang pergi ke luar negara or even melancong ke dalam negara sendiri. Saya pun buat benda yang sama, sebab now, memang takde lah nak ke mana-mana. Susah.

Kepada semua yang belum daftar untuk program Vaksinasi Negara, Daftarlah! Daftarlah! Vaksin ini adalah penting kepada negara kita, malah ia adalah kunci kepada kemajuan negara serta ketakatan ekonomi negara. Daftar vaksin! Free je! Saya pun sudah berdaftar dan sekarang menunggu untuk menerima vaksin. InshaaAllah, ia telah terbukti bahawa once you get vaccinated, banyak kebaikan berbanding keburukan yang akan anda dapat.

JOM DAFTAR VAKSIN!

Salam!

No comments:

Post a Comment

PDPR BERMULA ESOK!

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang biasa-biasa ini. Selamat berhujung minggu, esok dah Isnin kan? E...