Sunday, June 13, 2021

PDPR BERMULA ESOK!


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang biasa-biasa ini. Selamat berhujung minggu, esok dah Isnin kan? Esok juga adalah permulaan kepada PDPR murid-murid sekolah. Jadi, apa persediaan anak anda? Dah siap ke kerja sekolah yang cikgu-cikgu bagi aritu sebelum cuti sekolah? Ke dah lupa? Ingat lagi tak korang ada kerja sekolah? Ohh no, oh no, oh no, no no no….  Kalau korang lupa, masih ada masa untuk anda buat kerja sekolah anda. Bercakap fasal lupa, teruskan membaca untuk mengetahui beberapa tips untuk mengelakkan anda lupa akan perkara-perkara penting.


1.BUAT NOTA DALAM BUKU NOTA

 

Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan dalam memastikan anda ingat apa yang anda ingin diri anda ingat. Mungkin jikalau anda seorang murid, anda perlu mengingat pelbagai jenis kerja rumah kan? Jadi anda patut ada satu buku nota untuk anda tulis apa yang anda perlu buat ATAU anda juga boleh tulis apa hal penting yang berlaku pada hari tersebut. Nampak remeh kan tetapi sebenarnya ia amat menyenangkan diri anda sendiri.

 

2.BULETIN BOARD

 

Buletin board ni macam board yang kita letak pelbagai reminder notes. Sebagai contoh, kalau kita ada meeting esok, kita boleh letak dekat situ dan anyone boleh tolong remind kan. Senang bukan? Jadi, Bulletin Board ini amat sesuai diletakkan di tempat-tempat yang senang dilihat seperti pada peti sejuk, disebelah pintu utama atau di bilik bacaan. Mudah bukan?

 

3.STICKY NOTES

 

Sticky Notes adalah cara yang paling popular yang digunakan oleh ramai orang untuk mengingatkan diri sendiri mengenai sesuatu. Sticky Notes adalah satu nota kecil yang mempunyai gam sementara padanya dan ia boleh diletakkan pada apa-apa permukaan. Ia juga digunakan untuk memberikan info kepada diri sendiri juga orang lain mengenai sesuatu. Sebagai contoh, kita nak tinggalkan pesan kepada rakan sekerja, selain menghantar email, kita boleh gunakan sticky notes dan tampalkan pada computer atau pintu rakan sekerja anda.

 

Jadi, apa cara anda untuk mengingatkan diri anda akan sesuatu?

 

Terima kasih kerana membaca.

 

Salam.

No comments:

Post a Comment

MILD ANXIETY

 Assalamualaikum wbt, Apa khabar semua? Bila dah lama-lama PKP dan ada yang kehilangan ahli keluarga, sahabat handai, keluarga rakan-rakan k...