Nuffnang Ads

Tuesday, December 31, 2013

Entry terakhir...

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Ya Allah... keletihan melanda... kerja yang agak tidak putus ... tapi kerja tetap kerja kan? Biasalah tu... kan? Orang lain pun letih cari rezeki gak kan? So, nothing is wrong about it right?

Okay... sekarang saya sedang mencari idea untuk buat baju... and i am too fabric hunting and in shaa Allah, saya akan cuba memasarkan apa yang saya buat di this one place...tempat my cousin jual baju and stuff... so... anything.. i may..may... tell you.. hehehe.. or i'll just post it here, kan?

But for now.. i want to enjoy my new year... gitu... hahahaha..

So, i will try my very best to update more my mere blog.. thanks everyone for reading my writings and love you much.

Assalamualaikum wbt...

P/s: kimono top.

Tuesday, December 17, 2013

Perginya Seniwati Negara, Azean Irdawaty.

Assalamualaikum WBT,

Al-Fatihah dan Salam Takziah diucapkan kepada keluarga artis veteran Malaysia, Azean Irdawaty yang telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 


Kita semua maklum bahawa Seniwati yang dihormati ini bertarung dengan sakit kanser dan beliau seorang yang kuat melawan penyakit tersebut. Namun, malangnya, setiap permulaan ada pengakhiran, cuma pengakhiran beliau sudah kita ketahui, pengakhiran kita? Akan menjelma cuma tidak diketahui bila.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Beliau, Al-Fatihah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Teringat ungkapan "Lihatlah dunia!!"


Rangkuman Sepanjang Tidak Update Entry. SILA BACA!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Saya dah balik rumah ni... hehee.. so, menulis blog guna laptop lak pulak khen? gituu.. hahaha.

Okay, saya ni, untuk entry ini akan menulis mengikut apa fikiran saya sahaja yer. So, kiranya, minda keseluruhan untuk pemikiran saya lah, untuk beberapa hari saya tak update blog.

Baik, saya tengok Maharaja Lawak Mega kan, pada saya, ada lawak bangang yang dibuat yang LANGSUNG tak lawak dan ada jugak kumpulan-kumpulan baru membuat lawak, baru join Maharaja Lawak tapi lawak ada isi. Kita semua tahu, ada kumpulan-kumpulan lama, otai kononnya yang ada di MLM tu kan, tapi seperti biasa lah, OTAI tak semestinya bagus kan? dan kumpulan baru tak semestinya hauk ke laut.

Siapa kenal Sepahtu? Kalau dalam Sepahtu tu kan, kenal tak Jep? aah, pelawak yang menang anugerah lawak tu untuk Pelawak Lelaki tu kan? Kenal tak? Siapa tak kenal kan? Tengok tak masa Luna Maya nak komen kat persembahan Sepahtu? Tengok? KURANG HAJAR kan? Pada saya, itu amat kurang hajar, sebab apa? Agaknya si Jep tu ingat dia famous sangat sehinggakan dia boleh buat macamtu? Mencelah dan melawakkan Luna Maya tu kan? Nampak sangat kurang hajar dan nampak sangat kepala besar. BTW, all the rumours sebelum ni betul lah kan? Kan ada rumours yang mengatakan yang si Jep tu 'besar kepala',  so, betul sangat lah segala jenis khabar angin tu kan? So, fikirlah sendiri, gitu. Nak berlawak pun berpada lah, Luna Maya sebagai juri nak bagi komen pun kau buat macamtu, kononnya dia sorang je BERFUNGSI dalam kumpulan tu, NAMPAK sangat lah bangangnya!  Aku dah tak suka da si Jep tu, bajet bagus padahal. Sendu. Lepas tu bila dah di bagi bintang, dikatanya "Eh, kita nak komen bukan nak bintang, kita nak komen sebab kita nak improve". Aku jawab? BODOH BANGANG! itu je, Jep ni tak sedar diri agaknya, entah hape-hape. Konon hebat. Tapi bangang!

Kumpulan Boboi pulak gunakan teknik lawak sinis untuk berlawak. Macamni lah, kalau nak keluar separuh jalan, KENAPA KAU MASUK ON THE FIRST PLACE? Cuba jelaskan? Tu je.

Macam kumpulan lain seperti SYJ, Wala, Comey, Bocey, kumpulan-kumpulan yang baru, walaupun pelawaknya lama, tetapi nampak sangat mereka ada membuat research. Ada efforts nak buat orang senang ketawa, ketawa dengan senang but hanya ingin buat orang ketawa tapi dengan sakit hati. Menyedihkan.

Then, 11.12.2013 menyaksikan dua perkahwinan besar itu iaitu, Zain Saidin dengan Rozita Che Wan dan Jovian Mandagie dengan Nina Ismail Sabri. Hebat depa kawin kan? Tapi rasanya Jovianina lagi hebat kot sebab apa, sebab bukan senang nak buat perkahwinan dalam Muzium Diraja (Istana Lama), hebat kott.. kau mampu? Takde orang mampu selain mereka yang kaya-kaya. huhuhu... 

dengan hujan yang kembali lebat di beberapa negeri seperti Pahang (Kuantan), Terengganu, Kelantan dan Johor dan rata-rata paras air di tahap kuning, ia memang membimbangkan. Jadi, kepada mereka yang terlibat, mintak-mintak lah kamu berhati-hati dan ibarat kata Lisa Surihani "Jangan minum air banjir" kat iklan radio Suria.FM. Kau rasa??? 

Then kecoh satu Malaysia *peminat hiburan lah yang sebok sakit hati dengan kehidupan Nabila Huda yang sekarang sedang bercuti di Bali. Iya.. memang dia pakai seksi, korang pernah tak baca apa-apa nasihat yang mengatakan kalau nak menegur orang jangan didepan-depan? Kalau korang, pakai baju sesesak nafas kan? Pastu ada seorang hamba Allah yang mungkin tidak pakai tudung or lelaki pakai seluar pendek tegur korang, apa korang rasa agaknya? Apa yang korang nak jawab kat teguran orang yang menegur tu? Apa ye? Sila fikirkan.

Then, kenaikan tol di Kuala Lumpur yang memang membebankan. Iya, saya tak duduk di Kuala Lumpur, tetapi saya ada kawan-kawan dan saudara-mara yang duduk di Kuala Lumpur, berkerja di sana, mencari rezeki dan dengan kenaikan tol ni, ia jelas memberikan satu rasa tidak yakin kepada pemerintahan kerajaan sekarang. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Baik, tidak ada jawapan lain ke selain "Kalau tak nak bayar tol, sila ikut jalan lain"?. Saya rasa kan, para pemimpin ni tak pernah rasa membayar tol agaknya. Cuba selepas ini, kalau dorang nak pergi mana-mana, bayar tol jugak, tak payah naik copper je, tak payah. Kalau dari Putrajaya, nak ke mana-mana ke, cuba naik kereta sahaja dan rasa kesesakkan lalu lintas, rasa duduk dalam jam lelama, rasa naik jalan bertol, dan betapa ramai orang yang ada atas jalan tu? Pernah terfikir? Tak pernah kan? Sebab apa tak pernah? Sebab Najib tak dilahirkan dalam keluarga susah. Yup, itu sebabnya.

Dah, ini kena ada satu sesi kot untuk mengulas segalanya.

Assalamualaikum WBT

p/s: Serak lak suara saya ni..

Monday, December 16, 2013

Setelah sekian lama...

Assalamualaikum wbt..

Lamanya saya tak update blog.. lebih seminggu rasanya..banyak benda nam cerita nihhh...

Tapi memandangkan saya taip guna samsung ni..jadi tak berapa nak ada feel nih... sebab selalu guna keyboard besar bapak kan.. so bila guna kecil kemetotot ni.. banyak typo yang berlaku secara tidak sengaja. Ni pun berapa kali delete untuk mendapatkan words yang sempurna..  camn tuh?? Kenapa pakai Ipad kott.. hehehehe.. senang sikit..

Okay... sekarang ni saya ada di rumah sepupu saya di Selayang.. hehe.. tetolong dia buat pelamin.. aritu ada buat hantara untuk pernikahan anak menteri.. kau rasa??? Hehe..takley nak gtau banyak2..takut kena sue.. hhahaha.

Ni nak post gambar ni..

Assalamualaikum wbt..

P/s: makan di Coffee Box Gombak.

Monday, December 9, 2013

PROJECT ARA : Maternity Maxi Dress dan Kaftan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, saya sihat walafiat...

Semalam, takde entry pun kan? Nak tau sebab apa? Jap.. eh.. ini yang saya buat semalam sampai takde satu entry pun yang singgah di blog saya.... hihu....







Iyaa...
Ini lah hasilnyaa....

Assalamualaikum WBT,

p/s: satu cam maxi dress maternity camtu..satu lagi kaftan... hihu...

Saturday, December 7, 2013

Entry PertamaKu... Anda??

Assalamualaikum WBT,

Siapa pernah terfikir,

"Rasanya hari ni pergi tengok Entry dedulu lah.. baik start dengan entry pertama".

Lepas baca je entry pertama, bertanya pada diri,

"Apa benda aku tulis ni? Kenapa tak mature ni? Kenapa? kenapa?"

Iyaa.. itulah yang saya sendiri rasa. Memula, excited ni nak tengok entry memula saya tulis, lepas tengok, then baca, then baca beberapa entry pada tahun 2010 tu, *memula diperkenalkan dengan dunia blogging. Ya Allah, kenapa lah sungguh tak matang tulisannya. 

Iya... kita belajar dari kesilapan kan? Memang belajar dari kesilapan sungguh. I wrote things yang memang entah apa-apa. Tapi sekarang sudah berubah, I still have this ridiculousness in me, but takde la banyak sangat kan, mungkin pemikiran sudah sedikit berubah. 

Nak tengok entry saya?


Korang pulak? Macamne? saya masih ingat masa mula-mula saya berblogging tu. I have not enough materials, nak cari materials nak tulis pun tak tahu macamne, nak relate dengan keadaan pun tak tahu macamne. Punya lah naifnya saya.

Tapi bila banyakkan membaca dan banyakkan berfikir, I managed to get good entries and I managed to capture my readers. Ada juga saya bertanya kepada satu dua bloggers yang juga masih memulakan warkah penulisan mereka sendiri, macam kawan kelas saya, Kak Yuni , dia memang bagi petunjuk yang bagus. Thanks.

Lagi sorang blogger adalah Abang Ben Ashaari, saya pun banyak bertanya pada dia. Kalau tengok entry pertama dia, Januari 2008, dia start-start dah nampak caranya kan, saya ni buka blog sebab nak buat kerja sekolah *uni, then saya tukar dari blog PR ke personal blog. Alhamdulillah, beribu jugak lah saya dapat.. Bukan duit... tapi entries. hahahahha..

Dua blog ni la yang selalu menjadi rujukan saya. Yuyu pun saya rujuk juga, tapi dorang jenis pandai, saya ni tak pandai sangat, sesikit boleh lah. Sebab followers saya sikit je kalau nak bandingkan dengan dorang. Tapi, takde la saya nak bragging about it so much kan, mungkin pada memula-mula saya berblog, saya tertanya,

"ada ke orang baca blog aku ni?"

Kalau selalu bukan dashboard tu, terus tengok followers, punya lahh... hahahha.. mereka penting supaya blog kita dibaca, kalau buat blog tapi tak dibaca, apa guna kan? hehe.. begitulah pentingnya followers dan readers.

Tapi ingat, kita juga memikul tanggungjawab sebagai pembaca, kitalah blogger, kitalah pembaca, kitalah yang komen kat entry orang, dan kitalah yang click ads kat blogger lain tu.. paham tak disitu? 




Ni antara blog header yang saya pernah guna... hahaha.. kelakar kan?


Jadi, cuba korang tengok entry korang yang memula-mula sekali. Apa korang rasa?

Entry saya?

Saya sendiri rasa keliru... hahahha...

Assalamualaikum WBT

p/s: pening kepala baca entry sendiri pun ada... hahahah

Takziah kepada Mangsa Banjir.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Salam takziah kepada mangsa banjir. 

Alhamdulillah, saya baru je lepas makan tengahari. Mak masak biasa-biasa je hari ni, mak saya masak Gulai Lemak Pucuk Ubi dengan Tulang Ikan Masin, Ayam Goreng Biasa, Rebus Kacang Botol dan Terung Telunjuk, Budu dan Peria Goreng.

Yup, I am now with bloated tummy. 

Masa makan tadi terfikir pulak, macamane lah mangsa banjir tu, dapat ke dorang makan. Hurrmmm.. kenyang ke dorang. Saya terfikir macamtu, sampai macam tu tadi. Kesian dorang kan. Huurrmmm... my thoughts are with them.

Iya lah, kira bersyukur lah kita ni dapat makan, kalau mangsa banjir tu camne lah, saya tak dapat nak berfikir. Kerisauan mereka terhadap segalanya, rumah, barangan, pakaian, tv, duit, i/c, semua lah...

Mungkin kepada yang tak kena banjir ni boleh cakap apa-apa kan, kita tak rasa. Mungkin tak rasa camtu, tapi bila rasa, macamne agaknya? Semua nak marah kan? Nak marah ke pemimpin, nak marah ke sebagainya lah... tapi itu lah, bagi mereka yang rasa, macam-macam rasa yang dorang rasa. 

Tapi apa yang kita boleh cakap adalah, bersabarlah.

Assalamualaikum WBT

p/s: HUjan tempat saya ni makin lebat, Air kampung sebelah dah naik...

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? kat tempat saya ni hujan balik lah.. lebat sungguh, dan beberapa hari lepas ada lah jugak sinaran mentari untuk menjemur kain baju, but today, takde langsung. 

Dan, salam takziah kepada semua mangsa banjir yang berada di beberapa buah negeri di Malaysia, Pahang, Johor, Terengganu, Melaka. Semoga semua mangsa mematuhi segala peraturan yang disediakan, dan sebolehnya, cuba bersabar sebanyak mungkin. Iyaa.. semua tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak dinafikan.


Mangsa banjir di tempat-tempat pemindahan banjir meningkat kan? Bersabar lah...

Assalamualaikum WBT

p/s: Kami di Raub ni pun ni dah ada notis banjir 1 bulan lepas, dan Pegawai Daerah dah mintak list nama yang tempat possible banjir dan mereka yang berkemungkinan besar terkesan dek banjir. I know, because my dad is a head village of my kampung.
p/s: Sumber

Friday, December 6, 2013

Peluang Perniagaan dengan Nur Fadzliah!!! Johhooommm!!!

Assalamualaikum WBT,

Baik, di pagi hari Jumaat ni saya nak kongsi satu perkara yang amat penting.

9/10 rezeki adalah berasal dari perniagaan.

Jadi, kepada yang berminat untuk menjana diri dan mencari sumber pendapatan lebihan, boleh bertanya kepada kawan saya ni. Tuan badan ni dulu adalah seorang kakitangan kerajaan, tetapi, dia memilih untuk berkerja sendiri dan dengan keyakinan yang dia miliki, alhamdulillah, sekarang dia sudah berjaya dan ingin mencari mereka yang ingin menjadi seseorang yang ingin memperbaiki diri.

Siapakah dia yang disebut-sebutkan ini kan? Ni dia, sila click banner ini.

http//www.nurfadzilah.com/


Kalau nak click banner yang kat iklan saya tu pun boleh, sila kan.

Nur Fadzliah ini juga adalah seorang net-terpreneur, iaitu seorang yang menggunakan internet dan social media sebagai medium perantaraan. Cara ini adalah salah satu daripada cara modern yang digunakan tetapi, menarikanya, mereka masih juga mengamalkan cara tradisional (group discussion, meeting dan face-to-face communication). Menarik bukan?

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui sesuatu yang menarik tentang perniagaan yang Nur Fadzliah ceburi? click pada banner tersebut. Anda pasti akan gembira.

Assalamualaikum WBT

p/s: sebarang pertanyaan, sila SMS or Whats App dia di nombor yang diberikan.

Bahasa Rojak.

Assalamualaikum WBT,

Beberapa hari lepas saya dengar anak-anak sedara saya main tepuk-tepuk tu kan...

Aahhh.. tepuk-tepuk yang ada dua orang lepas tu nyanyi sambil tepuk tu. Saya tak ingat lah lagu nya.. dan lagu mereka menjadi lebih maju dan menerima unsur-unsur bahasa Inggeris. Hebat? Okay, lagu dorang camni lah.. lebih kurang..

"Sep sep father, sep sep mother, sep sep father mother"

Lebih kurang lah, anak sedara saya main. Amboih, bagus kan? Dedulu, zaman saya guna Bahasa Melayu kuno gitu... hahahaha..takde lah... bahasa Melayu biasa je.. cuma takde pengaruh bahasa Inggeris. Hehe...

Okay, bercakap fasal bahasa, bila dicampurkan ia menjadi bahasa rojak. Iyaa... bukan rojak petis atau rojak ayam, tetapi  bahasa Rojak. Tau rojak? kalau rojak tu ada banyak campuran, ada letak mee, ada letak sayur, kacang, timun, sengkuang, taugeh, kalau yang lebih hebat tu, letak 'kodok tepung', lobak merah dan macam-macam jenis lagi. Memang hebat sungguh lah. Tak sangka kan jadi camtu? Hahaha...

Tapi kalau dalam bahasa, unsur rojak digunakan kerana percampuran bahasa yang melampau cuma, beza bahasa rojak dan rojak (makanan) adalah rojak adalah sedap dan bahasa rojak tidak sedap didengari dari segi tatabahasa tapi maklumat sampai dari segi komuniti.

Dari segi komunikasi, ia menjadi satu kesalahan sebenarnya, sebab apa? Tidak semua tahu menggunakan bahasa rojak. Yup, tidak semua orang tahu menggunakannya. Tambahan, ia bukanlah satu kemahiran yang perlu dipelajari pun. Tak tahu pun takpe. 

Jadi, bagaimana kategori bahasa rojak? Contoh bahasa rojak itu sendiri? Baik, mari saya tunjukkan. *ini mengikut pemahaman saya sendiri lah...

"Ida, you nak pergi mall ke? BTW, I dengar the road nak ke sana ada roadblock lah, car I ada tinted tebal, so, kalau we go with your car takpe kan?"

Ayat di atas difahami bukan? Tapi, rasanya kalau ia digunakan untuk komunikasi tidak rasmi/informal, tiada masalah. Kalau ia digunakan dalam dalam keadaan rasmi/formal, ia adalah menjadi satu kesalahan besar.

Kalau untuk rasmi/formal, pilih hanya satu bahasa.

"Ida, jalan ke pasaraya tu ada sekatan, kita pergi dengan kereta awak ye, kereta saya ada masalah".

atau,

"I heard there is a big roadblock on the way to the mall, so can we just go there by your car?"

My English version may not be the best because every single one of us has different cognitive abilities. 

Jadi, itu lah bahasa rojak, itu baru di'rojak'kan dengan satu bahasa, *bahasa dasar adalah bahasa Melayu, jadi, kalau bahasa lain di'rojak'kan lagi, macamane la bunyinya agaknya ye?



Assalamuaalaikum WBT

p/s: Informal communication wise, we understood the meaning, but formally, its totally wrong.
p/s: I just think that above picture has great meaning.

Mimpi Ngeriiiiii!!!

Assalamualaikum WBT,

Waaaaa... malam ni rasa cam buat orang mimpi ngeri je...hahahha

nah!!!



Nak original size, sila click pada gambar. hahahaha..

Btw, saya tak handsome, mana ada orang nak curi gambar ni kan? hihu...

Assalamuaalaikum WBT

p/s: tu muka demam...huhu
 

Thursday, December 5, 2013

Blogger dan Politik (Ibdillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO)

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Seperti yang dijanjikan tadi, ada isu agak berat yang ingin saya kemukakan, Blogger dan Politik.

Okay, semua tahu, kalau sebut fasal politik ni, semua pihak rasa mereka betul dan musuh adalah salah dalam semua segi. Agak tidak cerdik kan politik ni? Tapi, itu yang harus dilakukan sebab negara Malaysia adalah negara yang berpolitik dan dari segi pemahaman saya, Malaysia mengamalkan Demokrasi, tetapi Tan Sri Muhyiddin bin Yassin berkata dalam Perhimpunan UMNO dan sayap gerakan bahawa dunia masih tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Demokrasi, instead, they recognise Bhutan *among others, as Democratic country. Kenapa ye? Pernah tak terfikir wahai Tan Sri?

Tapi bukan itu yang saya ingin perkatakan. Orang kata, kerana pulut santan binasa kerana mulut, badan binasa, in this case, your credibility and yourself. 


Ada banyak jalan yang boleh dilalui oleh seseorang tetapi this person telah radically menjerumuskan ke dalam lubang yang digalinya sendiri. Tidak lain tidak bukan, saudara Ibdillah Ishak, EXCO Pemuda UMNO. Hebat kan dia? dia juga adalah Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO, *just don't ask me lots, I do not know anything about him.

Jadi, apa isu nya sehinggakan dia menjadi nama terkenal hanya dalam masa dua, tiga hari? Baik, dia ada mengeluarkan kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai singkat akal. Sebab apa? Mari tengok antara kenyataan-kenyataan yang diberikan,

1. Kurangkan berpolitik, lebihkan aktiviti yang melihatkan kerajaan membuat kerja.
2. Membayar blogger ada satu kesilapan
3. Saluran maklumat dan bermesyuarat dengan PMO
4. Meluaskan media maya ke Instagram dan Twitter
5. UMNO gagal dalam media baru

Semua ini adalah intipati dari kenyataan dia. *saya tidak akan menggunakan gelaran Beliau, gelaran tersebut terlalu tinggi untuk dia. Baik, ramai blogger yang pro-kerajaan merasa TERHINA dengan kenyataannya yang kedua.

Saya bukanlah penulis tegar dan penulis blog pro-kerajaan. Tidak dinafikan, segala yang dibuat ada kesan positif dan negatif kepada setiap orang. Tetapi, tidak lah saya menolak bulat-bulat usaha kerajaan dalam cuba membangunkan Malaysia. Tetapi, akhir-akhir ini, saya merasakan bahawa apa yang kerajaan buat, terasa seperti agak cuba untuk menindas rakyat sendiri. Iya.. memang banyak bantuan yang diberikan, tetapi, ia hanyalah dalam kadar sekali sahaja, tetapi, kenaikan barangan keperluan adalah bersifat berterusan dan ini amat membimbangkan.

Berbalik kepada kenyataan saudara Ibdillah itu, rasanya, banyak kesilapan di kenyataan kedua tersebut.

2. Membayar blogger adalah satu kesilapan.

Okay, kita semua tahu, dalam rakyat yang agak kesempitan hidup, tidak semua mempunyai kemudahan kewangan yang hebat dan hendak pulak ada mereka yang bertarung nyawa ketika banjir, kenyataan ini adalah amat-amat menyakitkan hati.

Ini sebenarnya boleh mendatangkan pemikiran yang agak melencong. Baik, persoalan pertama, 
dari mana UMNO dapat duit untuk bayar blogger untuk melobi kerajaan? 
Siapa yang mendapat bayaran tersebut? 
Sebanyak mana bayaran tersebut? 
Dari tahun bila bayaran tersebut dilakukan? 
Sudah berapa lama blogger dibayar? 
Siapakah blogger tersebut?

Pertanyaan ini akan terus bermain dan ia semestinya menjadi mainan politik hanya kerana kenyataan yang boleh dianggap 'bodoh' dari saudara Ibdillah ini. Kesian dia kan? Mungkin dia terlepas cakap, tetapi, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya". Jadi, sekarang, padahnya telah menimpa diri. Susah nak buang padah ini sebab "whats on internet, stays forever".

saya juga membaca luahan hati Mazidul Akmal Sidek yang juga merupakan blogger pro kerajaan bersama beberapa lagi nama yang besar. Mari saya listkan.


Rata-rata mereka meluahkan rasa tidak puashati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Ibdillah. Kalau para pembaca ingin membaca, silakan klik nama blog diatas ini, saya sudah link kan dan kamu semua dapat membaca betapa mereka sakit hati. Mereka ini adalah pro-kerajaan yang menulis mengenai kerajaan atas dasar perjuangan Melayu, tetapi bila mereka dilakukan sebegitu, mesti lah marah kan? Jadi, sila lah baca.

Saya nak komen lebih-lebih pun, saya bukanlah blogger hebat dan bukan seorang yang sangat aktif dengan politik ni, tetapi boleh lah setakat pemikiran ikhlas.

Assalamualaikum WBT

p/s: pemikiran ikhlas dari saya mengenai isu ini. Terima kasih.
 

Tom Hiddleston! I hate you...

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? 

Baik, semua tahu cerita Thor dan berbagai lagi kan? Kenal tak yang jadi Loki tu?? iyaaaa... dia adalah Tom Hiddleston dari England. Iyaa... dalam Thor movies tu dia jadi jahat kan? Baik, he is one of the handsome villains ever created. Seriously. Hahahahaha...

Whatever it is, dia sebenarnya ada beberapa movie yang dia berlakon yang agak menyerlah, tapi kebanyakkannya, the Avengers and Thor movies je lah.. 

Tom ni aktif tahun 2001, mainstream lah. Movie, tv, radio semua dia sapu dan he grabbed a few awards in her.. did I say her? sorry, his hands. Hahaha.. He is too feminine. Apologise. Even in Loki's costume she.. sorry.. did I say she? Its he actually, he looked a little bit on the feminine side. What ever it is, he look dashing all the time. With great looks, he attracts many girl and housewives fans... trust me. Want to see his pictures? Here it goess...






Isn't he adorable looking man? hahaha.. well, whatever it is, he is a good actor. I too watched him on War Horse and damn, he was good too in that movie. Great job Tom!

eh? Tercakap omputis lakkk... hihu.. malu saya..

Dah caruts, jap lagi ada isu panas yang akan saya tulis, ia berkaitan dengan Dunia Blogger dan Politik, nantikan..

*cam rancangan lak buat camtu kan? hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: im into Dragons...

Baju Kami Tak Keringggg...

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, hari ni kat tempat saya, ada lah tanda-tanda cahaya matahari menyinari kami dan alhamdulillah juga, kain baju yang kami jemur tadi mengering, walaupun hanya sekejap, tapi cukup lah untuk keringkan baju.

Ni nanti, ni baru je tadi jemur kain baju, in shaa Allah, kalau tak kering, jap lagi buat ampaian lagi dalam rumah, bawah kipas. Biar lantak penuh kat dalam rumah, hahaha... pasang kipas lelaju... nenanti kering lah tu, takde arah nak buat lah, itu je la cara yang boleh mengeringkan baju, nak antar dobi, nak mampus? Hujan-hujan ni, lagi lah... berkilo-kilo baju nak dihantar, itu ada lagi lebih kurang dua mesin nak di putarkan, dah 3 mesin dah jemur nya.. tengok lah camneee...*huaaaa.. pening kepala, baju tak keringgg...

Tapi iya lahh.. orang tempat lagi lagi teruk masalahnya berbanding dengan saya baju tak kering kan? Di Kuantan nun lagi teruk, usah kata baju, harta benda semua habis... 

Ada beberapa perkara yang saya ingin perkatakan, tapi lepas ni lah, sebab sekarang saya ada perkara nak buat. Hihu.. nak menjahit kejap. Hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: main permainan naga kat Samsung saya.. perghhh.. addictive gila.. padahal main perlihara naga je...

Tuesday, December 3, 2013

Saya Pening.

Assalamualaikum WBT,

Sekarang saya berada di dalam bilik dan ayah saya tengok ucapan Perhimpunan UMNO  2013.

Iya... saya bukan tak menyokong orang Melayu, tetapi dengan apa yang berlaku, kenaikan harga minyak, gula, taarif elektrik, dan sebagainya, kesan-kesan rantaian yang berlaku, terasa macam, 

DO YOU REALISE WHAT JUST HAPPENED? I MEAN, WHAT THE HELL HAPPENED TO MALAYSIA NOW? 

Ini ke yang diperkatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

Iya, Rakyat bayar dulu semua cecukai dan pencapaian negara dengan menggunakan duit rakyat diutamakan. Serioulsy, saya menyokong perjuangan untuk menaikkan penguasaan orang Melayu, tetapi, jikalau begini caranya, bagaimana Melayu sendiri hendak hidup?

Cuba cakap?

Saya kadang-kadang, pening. Pening dengan keadaan politik Malaysia yang begini, entah di mana silapnya dari Pemimpin-pemimpin atasan sehinggakan seolah-olah tidak menghiraukan keadaan ekonomi rata-rata rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Saya pening, sejujurnya. 

Saya malas la nak cakap panjang sebab apa-apa pun yang terjadi or apa yang saya tulis tidak mungkin akan dibaca oleh pemimpin-pemimpin lain, tapi apa yang ingin sampaikan adalah, cuba fikirlah dulu. 

Cuba kalau mak ayah awak, wahai para pemimpin Malaysia sekalian, jikalau mak ayah anda diminta untuk membayar bil elektrik, membeli petrol, membeli gula, apa agaknya yang mereka akan katakan, jikalau anak mereka bukan para pemimpin? jikalau anak mereka bukan berkeja di pejabat? jikalau anak mereka terpaksa menanggung hutang PTPTPN, jikalau anak mereka tidak ada suara untuk di dewan-dewan besar? jikalau anak mereka tidak mempunyai kuasa politik?

Apa yang mereka akan katakan? Iya?

Assalamualaikum WBT

p/s: tak perlu jawab, tanya diri sendiri.

Jaga Diri Ketika Banjir.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Yaa.. banjir sedang melanda beberapa buah negeri. Pahang, Johor antara negeri yang sekarang telah terjejas. Negeri-negeri lain, seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, masih tidak dapat dikenal pasti. 


Tapi apa-apa pun, kepada mereka yang terjejas dek banjir tu, tolonglah dengar cakap pihak yang bertanggungjawab dan mereka yang berkuasa, sebab apa, kalau dia kata berpindah ke pusat-pusat pemindahan tu, tolong lah ikut, janganlah berdegil, sebab apa, nyawa kita bukan murah, janganlah cuba buat sesuatu menyusahkan diri sendiri.


Betul, semua orang sayangkan rumah, sayangkan barang-barang. Iya, semua tahu barang-barang dalam rumah tu bukan murah, bukan lepas banjir boleh orang datang ganti kan? Iya, memang bukan, tapi sekurang-kurangnya dapat selamatkan nyawa sendiri. Nyawa bukan boleh dibeli dimana-mana.

"Hai tokey!!! NYAWA 3!"

Takde weh.. takde. Hargailah nyawa, bukan senang kita nak hidup atas dunia ni. Okay? Kalua ada bebanjir-banjir, cuba sebaik mungkin untuk berhati-hati. Okay? 

Tempat saya ni, alhamdulillah, agak tinggi, tak sampailah air sungai ke rumah. Syukur kepada Allah sangat-sangat. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: budak-budak ni boleh nyanyi lagu Hafiz dalam rumah ni... adoyaiii!

Monday, December 2, 2013

Panna Cotta yang tak menjadi.

Assalamualaikum WBT,

Bila gatal kan.. ha.. camtu lah...


Tidak, camni, saya buat Panna Cotta tadi. Haha.. Panna Cotta ni sebenarnya cam agar-agar susu lah, cuma orang Itali letak bahan-bahan yang bukan macam selalu kita buat normal agar-agar. Kalau agar-agar kita cam keras sikit kan, but this Panna Cotta ni, cam ada texture yang agak lembut tetapi terbentuk. Camne nak cakap tah. Haha..

Saya buat lah tadi, improvise la kononnya. haaa.. padan muka den. Kwang-kwang. Tambah gula satu cawan dalam dua cawan susu dan masukkan satu pek serbuk puding yang dah sedia manis, susu tu dah ada rasa manis. Kau bayangkan betapa bangangnya saya. Bengong! hahah.. bila dah masuk semua, baru perasan dan kebangangan melampau.


Then, after a few hours, *four hours exactly, the panna cotta or agar-agar susu tu menjadi la, bila rasa, MAMPOS!!! manis ya amat teramat sangat.. saya rasa cam, what the hell happened? *konon-kononnya buat tak tahu... hahahaha...

Kalau nak resepi Itali ni, banyak sangat kat internet, saya da satu ni, Chef Shawn, saya takde la lagi nak buat cam guna heavy cream tu kan, tapi tu lah, lain kali lah kot, but for the panna cotta yang saya dah buat yang ada dalam peti sejuk tu, saya guna susu segar then masakkan. Cuma kalau Panna Cotta yang betul-betul punya version, ia ada cam coulis sikit, tapi saya takde masa nak buat coulis nya lah. tak kuasa.. hahaha.. lagipun panna cotta yang ada dalam peti tu rasanya patut dibuang jew.. huhuhu.. lain kali nak guna gelatin je lah.. malas nak guna benda lain. *aka serbuk puding tu...

Lain kali la yer saya tunjuk hasil yang saya sendiri buat, untuk kali ini, saya tunjuk yang orang lain buat dulu, okay?

Assalamualaikum WBT,

p/s: ada a few meters of kain ni, nak buat bajusss...hehehe

Hari Hujan, Perut Asyik Lapar.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Errkk..kekenyangan lak perut ni. Hari ni takde lah makan hebat sangat cuma, kalau dah hujan-hujan ni kan, semua sedap. Nak-nak kalau makan lauk kampungan jew... memang lah kekenyangan. Hehe..

Padahal mak saya masak Gulai Lemak Maman dengan Ikan Kembung Pelaling je, Ikan Kembung Pelaling Goreng, Sambal Tempoyak dan saya buat Acar Mantah aka Salad Timun. Hahaha.. biasa-biasa je, tapi makan, macam tak makan seminggu. Hahhaa. takde lah, melampau sangat lak kan. cuma nak cakap betapa hebatnya kalau bab makanan.

Sorry lah, takde gambar, tak sempat amik gambar, lauk dah habis. Hahaha...

Dah, saya nak pergi bawak mak ke klinik jap, nak beli ubat dia.

Assalamualaikum WBT

p/s: Hujan tak berhenti dari semalam.
p/s: saya buat Panna Cotta, nanti saya tunjuk. hehee

Sunday, December 1, 2013

Macamane kalau saya FAMOUS nanti???

Assalamualaikum WBT,

Kadang-kadang pernah saya sendiri terfikir,

"Ada ke orang baca blog saya ni?"
"Orang suka ke bahasa dan cara yang saya gunakan?"
"Tak meluat ke orang baca blog saya ni?"

Kadang-kadang ada juga terfikir.

Tapi ada yang lebih saya fikirkan... Okay, saya ada juga cadangan nak masuk Master Chef Malaysia yang ke terbaru *yang bukan untuk selebriti tu, kalau ada lah kan, nak juga saya ujibakat gitu kan.

Then, bila fikir balik, saya ni menulis blog. Menulis blog ikut sesuka hati mak nenek saya je kan, then, sebagai contoh, contoh lah.. kalau lah terkonon-kononnya, saya terpilih untuk masuk dalam TV tu kan, Astro, camne? Adakah saya perlu menutup blog saya atau saya teruskan dan biar orang baca apa yang saya tulis mengenai apa yang komen fasal orang lain. Sebab apa, bila kita famous *verangan kau ye jemah!!!, hahaha... famous kau, jauh pemikiran... bila famous, semua orang akan cari setiap apa yang kita punya flaws or apa-apa yang kita pernah tulis terhadap orang lain, dan disitulah bermulanya gossip mossip mak jemah radioa Era, gitu??? entah lah jemah...

Saya bukan apa, itu pemikiran saya lah, sebab banyak saya baca blog hiburan, kaw-kaw kena hendak, tapi guna anon or ID nama orang lain, cakap pom pang pom pang, tapi menyorok. Haha..kelakar, ibarat dah berak busuk, lari, pastu guna nama orang. Bodoh kan?

Berbalik kepada citer famous menfamous saya tadi tu, bukanlah saya ni gila glamour ke apa, cuma, iya la, kalau berpeluang nak masuk Master Chef tu, at least, I boleh tonjolkan bakat kan, tapi iya lah, saya ni pemalu, camne nak masuk TV kan? Badan dah la gemuk chubby comel tahap sailormoon kuasa bulan penuh, camne kan?

Tapi setelah membuat fikiran secara mendalam, saya akan fikir lagi camne jalan untuk dilalui. gitu.. hahahaa.. jadi takde keputusan akhir lagi la kan?

Habis, kalau saya buat camni, sapa nak pakai, kan???
dah mencaruts, nak tidur pulak, esok ada hal.

Assalamualaikum WBT

p/s: nak cari kain sok, hehehe

Hujannnn... makan Ubi Kayu rebus jom!!

Assalamualaikum WBT,

Salam Ahad, hari ni hari Ahad, kalau dua tiga minggu lepas, kalau hari Ahad je, memang sunny, tapi sekarang dah masuk bulan 12, musim tengkujuh dah start sejak November lagi kan? hihu, jadi, hari ni Ahad yang suram dan hujan. Keadaan menjadi lembap, basah dan sejuk tetapi tetap saya berkipas. Hahaha...

Sebab apa berkipas time sesejuk ni? Takde lah, kalau berkipas time sejuk basah ni, okay sikit, boleh keringkan baju-baju, kan? Tak gitu hahaa..

Okay, semalam saya berhujan, hari ni rasa nak demam dan kerongkong ni cam tersekat je camtu... pastu, hari lak hujan bak dicurah-curah. Aduhhh... saya tetap bersyukur Ya Allah, tapi hihu.. sejuk ni... rasa cam duduk London dah... Scotland... gitu...sejuukkk jeeewww...

Kan best kalau hujan-hujan ni makan ubi kayu rebus dengan ikan masin. Fuuhhh.. memang makanan favourite saya,walaupun jarang makan, tapi kalau dalam makan ubi kayu memang. Okay! nak cari ubi kayu, mungkin petang ni, then nak rebus makan dengan ikan masin or parut kelapa!!! waaahhhh kecur air liur saya dahhhh...

Dah mencaruts, nak do something jap.

Assalamualaikum WBT

p/s: Semakin hari semakin hari...

Saturday, November 30, 2013

Master Chef Malaysia All Stars 2013 - Pemikiran Ikhlas.

Assalamualaikum WBT,

Hari ni rasanya nak taip gedik lah! hahahha..


Okeyh semue... mak jemah hari nak citer lah sikit kan.. wah wah wah.. kemain uols.. tadi mak jemah tengok marathon Master Chef Malaysia All Stars, amboih-amboih, molot masing-masing uols!!! macam mintak seleparrrrr *sembur air liur jew chuols!!! vavavah!!! kemain seseorang. Macam mintak sangattt jeew.. MENYAMPAH tengok!!!

Okeyh lah uols.. mak jemah bukan apa. Mak jemah suka jugak masak-memasak niew, tapi takde la cam drama kemain macam Master Chef Malaysia All Stars tu *mak jemah rasa panjang sangat lah, jemah singatkan okayhh? MCMAS 2013. Okeyh uols... jemah suka sangat tengok orang masak-memasak ni, jemah tengok jugak Master Chef Australia, Masterchef USA, dan kalau jemah nak compare dua ni uols... MC Aus ni lebih sopan dan chef-chefnya pun lebih friendly *peserta uols!!! sorry, kalau MC USA ni pulak, molot-molot judges tu cam haram! Memang jenis mintak seleparrr jepunnnn jeewww.. padahal buat makanan je pooonnn.. nak tegas sangat, masuk haskarrr lah weeiii!!!

Kalau MC Malaysia pulak, contestants ala-ala Diva, *kalah jemah uols, semua nak jadi macam Diva Mak Hayam Azwan Ali, gitu! jemah takde la pulak kata salah kan, memanglah setiap produksi ada cara tersendiri untuk menarik penonton khen? tapi tu lah, takkan lah sampai nak censored kan perkataan kau? Takde hadap kew?? kew memang percakapan harian kaw memang macamtuew? Eiii.. uols, takkanlah cakap dengan hahli kuarga sendighi camtu uols? *goyang-goyang badan jemah taip entry ni sebab nak dapatkan mood gedik mintak seleparrr jehepon tuh!!! *haip! *tunduk.

Okay-okay, tapi sebenarnya, macam Ah Hong cakap lah, banyak karakter dalam kumpulan dia *sajian luar PBSM, retis-retis memang confirm-confirm lah karakter besar kan? MASUK TV UOLS!!!! takkan nak kecik-kecik, kemut-kemut ala-ala muslimah sejati tengah dating makan agar-agar durian kan? mesti lah nak jerit sana, jerit sini, rayu sana, rayu sini sebab nak dapatkan perhatian kan? Lama tahan dalam MCMAS ni lama lah seket peluang uols nak stay kat kaca tv jemah kan??? Astro pon... pandai tau, strategi-strategi.. curlasss!!

Tapi khen, selain Che' Lah, *orang cantik pun pandai masak tau... *pandai ke?? kelass... yang bukan retis-retis tu, takde lah nak gediks-gediks ke kan, Along dengan Zamir tu ala-ala coverina gitu kau, hahaha. takde lah. jemah saje je, jemah rasa, Along tu nak jerit pekik macam Tarzan lain kan, cuma tu lah, ingatkan tv, orang tengok, nak mampus! balik rumah, kau nak jerit, jerit lah sampai habis suara... tapi dalam TV, kekaver sikit..bukan apa, orang memerhati dek non. gitu kan? 

 most of them have big personalities..

Lagi satu, jemah menyampah betul dengan perangai si apa nama tu, ehm.. Michael Ang. Amboih-amboih, bajet pandai masak la kononnnya? Terdengar sebab dia kembali ke MCMAS 2013 ni, Chef Zubir rasanya cakap, "Komplen, komplen, komplen, masuk pantry takde barang itu, takde barang ini". Amboi kau? takkan semua barang nak disembah sujud kat kau Ang?? puhluessaaahh lahhh... kan? Nama pun cabaran, kalau semua barang yang ada dalam dunia ni ada dalam pantry tu, TAK SEMESTINYA KAU MENANG Ang, please lah.. adapt okay?? adapt. Paham??? gituuhhh.. katanyah!!! 

Letih weh jadi jemah ni, saya bukan apa, nak jadi karakter lain dalam menulis ni sebenarnya best jugak, lagipun, memang betul pun ada yang saya cakapkan tu. hehehe..

dah lah, sudah la mencarut, pening lah. nak muntah.

Assalamualaikum WBT

p/s: siap makan dinner. Alhamdulillah.
p/s: terasa cam sengal je taip camni...hahaha

Selamat Hari Lahir Kepada Mereka Yang Lahir Pada Bulan November.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? mesti semua sihat kan?

Entry ni saya nak tujukan kepada beberapa orang yang lahir pada hari ni, 30 November.



 Pertamanya, kepada Abang Ben Ashaari, daddy kepada Qhaliff dan blogger terkenal serta banyak lagi gelaran beliau. Tahniah Abang Ben, ni dah 3 series kan? ke 4 series? takpe, rahsia okay. hahaha.. 

Keduanya, sepupu saya, pemilik Ratio Design, Zul Mazrie. Very hard working man. Selamat ulangtahun Along.

Ketiganya, kepada kawan saya, Kak Yuni yang memang seorang yang hebat dan komited. Tahniah, kak yuni ni classmate saya dulu. 3 Series dah kan kak yuni? tetap anggun dan cantik.

Haa.. ramai kan yang lahir pada november ni. Tahniah, tahniah, dan saya ucapkan selamat ulangtahun kepada yang lahir pada november. Kalau dalam tepon saya, ada saya buat date untuk tarikh lahir tu kan, ini lah mereka yang lahir pada November.

1 November
Nadhirah Ahmad ( BEN Classmate, Usahawan, Student)
Xuan Mei Fan (FBK frenz, TESL, photographer)

2 November
Jagjeet Singh (FB fren, English Native Speaker)
Nur Aina Mardhiyah

4 November
Nrl Najwa (MaTiC Fren,)

5 November
Dean Yeo (BEN Classmate, MA, Unpowered Ministry)

6 November
Adam Nadra (FBKer, Ex-TESL, BENs)

8 November
Munirah Zulkifly ( Cikgu Bakery GIATMARA Raub)

9 November
Erna Safikah (GIATMARA Raub fren)

10 November
Hezreen Nadia (FBKer, ex-TESL, BEN, penari)

19 November
Amal Amzar Awang (BEN, humanity work)

21 November
Liey Adli (FKI, Ustaz, Atlet, Kawan)
Sharifah Fadlullah (Kawan MaTiC, akak, TA)

24 November
Nurnasihah Rashid (Seha) (Sengal, Ex-TESL, BENs, Melaka)
Puvanes Puva (BEN, JR, Convo)

25 November
Iman Zulhamad (FB Fren, Cosmopoint T'ganu, Muslimah)
Jia Xin Jess (Foodtech, U fren)

26 November
Izzan Izzatie (ex-tesl, budak baik, kecik, MSU)

28 November
Jaa Hashim (Super JR, BEN, baik budak ni)
Liza Rusli (akak, MaTiC, baik )

29 November
Nur Fadzliah (yang ni panjang sikit boleh, TLC, Sabun, Sengal, #takpernahjumpadepandepantapimacamjumpalama budak baik, UITM, English, kawan drama, minat Omar Borkan)

30 November
Haqita Liyana (GM Raub Fren)
Nadia Abdul Rahman (STPM Fren, SMKD )
Zul Mazrie (Cousin, Ratio Design owner, hardworking)
Nik Ayuni (komited, akak, fren, kelam-kabut)
Ben Ashaari (Daddy Blogger, Qhalif, BENASHAARI.com, The Influencer)

Haaa.. rasanya boleh kenal lah kot melalui tag nama dorang tu, hehehe.. 

kepada semua yang lain, those tags tu yang popped on my mind. Itu yang saya ingat tentang anda. Thanks.

Assalamualaikum WBT

p/s: pergh, terpanjang pulak entry hari ni..