Nuffnang Ads

Tuesday, January 29, 2013

Mengundilah untuk Masa Depan anda!

Assalamualaikum WBT,

Ya Allah, susahnya untuk saya dapatkan line kalau nak update blog. Kenapa lah saya susah sangat nak dapat line broadband  ni??? Kata menuju Wawasan 2020, kalau macam ni? Sumpah saya TAKKAN percaya akan Wawasan 2020 tersebut, eh! ke orang ramai dah lupa sal Wawasan 2020 ni? Iya lah.. asyik 1 Malaysia ni, DS Najib, DS Rosmah Mansor, dah beberapa lagi perkara yang perlu diingati untuk meneruskan hidup di Malaysia ni?

~~Satu Malaysia~~ *itu lagu yang saya perlu belajar dan nyanyi setiap pagi di perhimpunan. Hehe..

Saya bukan apa, kadang-kadang, I am tired of this mainan politik yang tak ke mana dan kadang-kadang langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan seharian sesetengah orang. Yes, we tired actually. I am pretty sure jugaklah ramai yang bersependapat dengan saya kan?

Well, saya tidak membangkang, mahupun menyokong seratus peratus setiap parti yang ada di Malaysia ni, yes, mainan politik MEMANG kotor, kalau sapa kata politik itu tidak kotor, contoh, "Saya tidak main kotor, parti politik kami bermain secara bersih". Stop! Stop lying around and pretend that you know everything. Bullshit! I say Bullshit! Penipu la kalau kata bermain politik secara bersih. Please, setiap manusia ada minda dan fikiran yang cukup untuk berfikir.

Betul, kemenangan majoriti yang diagung-agungkan oleh Kerajaan sekarang sudah terhakis, kerana apa? Kerana, kemenangan majoriti tidak boleh diberikan secara sewenang-wenangnya kerana, ia akan membuatkan Kerajaan akan leka, dan ini ada kuasa pengundi dan Rakyat yang jelas sekali mahukan apa yang diingini. Lihat sahaja negeri yang dikuasai dari dahulu sehingga sekarang, Kelantan, mereka mengundi Pas dan mereka juga masih mendapat dana dari kerajaan pusat, bukan? So, macamtulah how things work, actually.

Tapi, saya bukan nak start blog politik di sini, cuma, kadang-kadang rasa tidak puas hati itu perlu diutarakan untuk mengubat hati yang lara.  Iya lah, Projek Kampung Tanpa Wayar tu pada pendapat saya hanyalah satu pembaziran, kenapa? pemancar ada, bapak besar, internet connection tiada! Apahal? dan saya terpaksa menggunakan broadband untuk online. Mengeluh? MEMANG! Sakit hati? SUDAH PASTI! Bengang? YES! I AM!. Kerajaan? Please lah!

"Esh! Dia ni, asyik salahkan kerajaan je, cuba la usaha". Saya usaha? Dengan apa? Letak kuali besar kat atas bumbung lepas tu mengharap internet connection masuk? What are you? Crazy stupid? please lah. Kita kan tahu, Kerajaan adalah sebagai gate keeper and as gate keeper, they should take action on this. Please lah. *see that, berapa banyak saya cakap please.

Dah lah, banyak lagi kerja yang perlu dibuat, it is going to be a very busy day tomorrow. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Life is tough!

Monday, January 28, 2013

Tough Decision, Indeed.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan?

When we are comfortable with things, life is getting tougher. Really. I have nothing to be posted and also to be written here, I would rather think about my life right now, I have this thing that might jeopardy my over all efforts. I am quite sad actually. I am.

Well, ready or not, I am going to try first then, let see where would the route drives me or should I just drive my car on my route that I have planned?

Tough decision eyh?

Assalamualaikum WBT

p/s: really tough decision.

Mengejar Impian!

Assalamualaikum WBT,

Tadi kan saya tengok cerita ni, dua tv programmes, 2 Broke Girls and also Project Runway All Stars, excited sungguh saya, iya lah.. dua rancangan kegemaran.

Okay baik, tetiba nak cakap sal mengejar mimpi/impian. Saya merasakan kan, dalam kita mengejar mimpi ataupun impian, ia tiada had umur, selagi mana kita tidak mencapa impian, atau apa yang kita mahukan, kita kena selalu berusaha untuk itu, betul kan?

Contoh, kalau kita hendak menjadi penyanyi, mestilah memiliki suara yang mampu memukau orang ramai dan kita kenalah menghantar demo-demo tape ke syarikat rakaman bukan? So, macamtu lah juga untuk impian yang lain.

Tapi, janganlah kita terbuai dek impian sendiri, betul tak? Kalau tak boleh capai impian tersebut, cuba cari jalan lain untuk mencapainya selagi mana ia tidak mengganggu tugasan harian anda. Kalau yang dah bekerja tu, lagilah kena atur jadual baik2, kan?

Eh! saya dah mengantuk sangat ni, esok nak belajar, so, 

Assalamualaikum WBT

p/s: lepas makan ni, rasa menyesal lak!

Sunday, January 27, 2013

Saya akan berkursus Haji.

Assalamualaikum WBT,

rasanya semalam saya tak update any entry kan? Well, hehehe... semalam saya menghadiri satu kenduri di Bentong dan saya tidur di rumah bapa saudara, so, takde lah internet nak update, tapi takpe, semalam pun saya rasa macam letih je, so, takpe lah kan?

Hari ni adalah hari Ahad, hari Ahad adalah satu hari sebelum hari Isnin, esok adalah hari Isnin, so, selalunya hari ini adalah hari 'istimewa' buat semua, iya lah... ramai yang curse hari isnin, tapi tak pasti lah esok, rasanya ada negeri cuti kan? Sebab Perayaan Thaipusam jatuh pada hari ni, so, selalunya, bagi negeri yang amik cuti, Isnin adalah hari cuti, kan? Correct me if I am wrong, kan? Gitu...

Okay lah.. selalunya saya agak bersemangat untuk pergi belajar, tapi hari ni, rasa macam tak bersemangat je untuk esok, mungkin sebab letih kot... takpe, malam ni saya akan tidur selama yang mungkin dan esok, InsyaAllah, dengan izin-Nya, saya akan menjadi lebih segar dan bersemangat untuk pergi belajar! InsyaAllah.

Saya ada satu berita yang gembira yang saya nak kongsikan bersama, anda semua tahukan, pada waktu sekarang ni, kalau nak pergi ke Mekah, bukan suatu yang senang kan? Walaupun ada duit, tapi ilmu tak cukup nak buat apa kan? Jadinya, minggu hadapan, pada hari Sabtu, insyaAllah, saya akan menyertai ibu bapa saya sama-sama berkursus haji. InsyaAllah, dengan izin-Nya saya dapat belajar banyak benda, InsyaAllah.

Aritu, ayah saya ajak saya, so, terbuka hati ingin pergi sama-sama berkursus haji. Bukan tahun ni kursus, tahun depan dapat pergi, saya, daftar haji pun belum, tapi at least, saya belajar kan. Ingat balik perkara yang perlu dingati dan belajar apa yang perlu belajar, mungkin my week is getting tougher, but its okay, insyaAllah, segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah.

So, saya nak berblogwalking ni. 

Assalamualaikum WBT

p/s: dah dinner. korang?

Saturday, January 26, 2013

It gets better.

Assalamualaikum WBT,

Dah selamat pagi Malaysia dan dunia, apa khabar? Mesti anda semua sedang bergembira melakukan aktiviti masing-masing kan? ada yang berenang, ada yang merehatkan diri di spa, ada yang merehatkan diri di rumah masing-masing, dan mungkin juga ada yang bekerja? wow... take a rest brothers, sisters, you should rest for a while, and why should not you right? Takpe, esok ada lagi, esok hari Ahad, so kepada yang mungkin tak sempat nak berehat pada hari ni, sila lah kosongnya hari anda pada esok hari dan berehat lah sepuas-puasnya. Itu adalah yang paling baik!

Okay, untuk permulaan hari ini, saya takde apa banyak benda nak cakap pun, iya lah, baru bangun, *eh, tak, saya tulis entry ni dah lama da, cuma baru published. hehehe... kadang-kadang, bila baru bangun dari tidur, rasa macam takde idea, tadi tengok tv kejap, pun tak dapat idea yang dikehendaki. Hurrmm.. payah sebenarnya nak mendapatkan idea ni, mungkin saya kena tidur lagi untuk mendapatkan idea, bukan senang.

So, untuk entry kali ini, saya nak mencari idea dulu, then, lepas ni saya akan tulis balik dan insyaAllah, it gets better. It will.

Assalamualaikum WBT

p/s: hehehe...

American Idol Season 12. Randy,Keith,Mariah and Nicki.

Assalamualaikum WBT,

Do you watched American Idol Season 12? Before I go any further, lemme give you the names of the judges first, okay, for this Season we have Randy Jackson, Mariah Carey, Nicki Minaj and Keith Urban, before this, the American Idol producer mentioned Kanye West's name to actually fill in the last spot of panel but then, it was Keith Urban to be in the panel of judging. Cool? yes!

This time around, the panel of judging has various music backgrounds, we have pop, hip hop, country, and surely, the panel of judging has talents! yes, they have. Amazingly!



Okay, before this, I was not really a big fan of Keith Urban but watching him on AI 12, he was adorable and he is funny. In Lousiana Audition, in the last audition, he was like really active and like, so adorable. hahaha.. am i allowed to say that? hahaha.. Nicole Kidman, he is still your man. hahaha...

But then, to be honest, this time around, I am able to watch the latest audition episode and I am very happy to actually see many new faces, new talents, new amazing voices came to audition. I'm like, woooo, you all have great voices, amazing, powerful, unique voices. 



Despite the glamour-divas-dramas between Mariah Carey and Nicki Minaj, the talents who went to audition were crazy! *both incredibly good and extremely bad. Both Randy and Keith were fine, like them both, and to be honest, among those four, Keith was the only judge who gave positive comments and very constructive comments, I like him a lot. Plus, the way he said it made the contestants felt amazing, *i guessed.

This time, I chose not to put Randy's picture, hey, everyone knows him, he is like the Sr in American Idol S1 - S12, he is always be there.

 Well, I wish good luck to all the contestants who actually got the golden ticket to Hollywood and the judges, good luck on judging this crazy talents! 

Toodles!

Friday, January 25, 2013

Letih tapi Seronok!

Assalamualaikum WBT,

Okay hari ni Jumaat, so esok Sabtu dan lusa Ahad. Cuti!!!

Tak sabar untuk qada' tidur, letih woo,, bangun pagi, balik petang, tapi demi ilmu dan keinginan hati, saya harunginyga juga. Alhamdulillah, minta-mintalah semuanya akan menjadi baik, insyaAllah.

Maaf, entry pendek untuk kali ni.

Assalamualaikum WBT

p/s: dinner!

Thursday, January 24, 2013

Kehebatan Negara-negara Asia Tenggara.

Assalamualaikum WBT,

Tertarik saya untuk komen salah satu daripada artikel yang saya baca dari satu blog ni, tapi saya tak ingat tapi saya masih ingat isinya ia berkenaan dengan betapa Kerajaan Singpura menggalakkan rakyatnya untuk menambah populasi kerana apa? Kerana mereka ingin mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing yang sekarang jelas sekali mendominasi ruang pekerjaan di Singapura. Hebat bukan?

Well thought of those particular problems, I am impressed actually. I am. Memang Singpura adalah sebuah negara yang kecil tapi sebenarnya ruang untuk membangunkan negara dek kerana kecil itu adalah tinggi, dan mereka juga mendapat sokongan USA yang sering kali meletakkan kecanggihan dan kemewahan negara tersebut di dalam artikel mereka. When they talked about Asia, there will be several countries that will be mentioned, like, Singapore, Indonesia, China, Thailand, Japan and also Taiwan. These negara selalu disebut kerana particular reasons, lemme, like, give you some insights on that, okay?

Singapore

Selalunya nama negara ini disebut sebab kepesatan pembangunan dan kehebatan beberapa bangunan buatan mereka, seperti Marina Bay Towers, Sentosa Island and the famous Universal Studio Singapore. Memang famous and selalunya Singapore juga adalah transit untuk penerbangan jauh, so, no wonder mereka famous. Kan? Well, Goh Tong dari Singapura.

Indonesia.

Borobodur, Bali, Bandar Besar Jakarta, Pulau Lombok adalah antara keindahan Indonesia yang menjadi keistimewaan yang mendapat perhatian masyarakat Dunia. Pelancong ke Bali kerana mereka ingin meluncur dan juga melihat keindahan pantai Bali dan pulau-pulaunya. Candi Borobodur yang adalah juga salah satu daripada calon 7 Wonders of the World menjadi kehebatan tamadun yang telah lama berakar di Indonesia. Hebat bukan?

China

Kehebatan negara terbesar Asia ini memang tidak dapat disangkal lagi, Olimpik 2008 telah menjadi satu tanda kehebatan mereka di mana, China melabur banyak Yuan dalam meletakkan namanya dalam kalendar Dunia. Majlis perasmian yang tiada tolok bandingnya, mendapat perhatian semua media dunia. Panda yang menjadi maskot mereka adalah juga kebanggaan mereka. Kehebatan mereka memang tidak dapat disangkal lagi. Dengan beberapa monumen-monumen yang ada di China seperti Square yang terbesar di Dunia, China has a lot to offer in years coming. Trust me.

Thailand

Angkor Wat yang terletak Negara Gajah Putih ataupun Negara Bebas (Thai bermaksud bebas) telah memberikan satu impak yang besar terhadap negara ini. Phuket, Bamgkok, dan beberapa ratus Pulau yang cantik, telah menggamit pandangan pelancongan dari seluruh pelosok dunia untuk datang ke Thailand. Negara yang mempunyai sceneries yang cantik. Walaupun beberapa incidents yang berlaku, seperti pergolakkan politik. Tsunami (2004) mungkin sedikit sebanyak menjatuhkan sedikit ekonomi mereka tetapi mereka tetap kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan.

Japan

Mendapat jolokan Negara Matahari Terbit, Jepun memang diakui kehebatan mereka, Tokyo, bandar metropolitan yang selalu mendapat perhatian dunia, dan kehebatan seni bina mereka yang hebat tetapi masih berpegang teguh kepada nilai-nilai ketimuran *sejauh mana kenyataan ini sekarang, saya masih tidak dapat tentukan. Negara ini juga mempunyai beberapa events yang menyebabkan rakyat mereka sengsara, tidak lain tidak bukan, bencana alam. Gempa bumi, Tsunami, Ribut, Taufan selalu menghentam negara ini, namun, mereka juga tabah dalam menghadapi dugaan tersebut,walaupun mereka sering di hentam, mereka tabah dan cepat bangun untuk meneruskan kehidupan.

Taiwan

Mungkin kita tidak banyak tahu tentang negara ini sebelum ini, namun, semenjak dua menjak ini. Taiwan mendapat perhatian dunia, kerana? Dek kerana kecanggihan pembuatan dalam bidang elektronik, mereka membina nama dalam bidang ini. Keindahan Taiwan juga tidak dapat disangkal lagi. 

Ada banyak lagi negara yang hebar sebenarnya di Asia ini, tidak termasuk Asia Barat lagi, di Asia Terenggara sahaja, terdapat negara-negara yang hebat! *tengok ayat tunggang-langgang sebab letih. Korea Selatan, Korea Utara, Vietnam, Filipina, Kemboja dan the one and olny MALAYSIA.

Untuk Malaysia, saya akan ceritakan di lain masa, kerana ia lebih dekat dihati, maka, it deserves one great entry. Yes! Untuk itu, 

Assalamualaikum WBT

p/s: Esok Jumaat, esok Gotong Royong dan selamat malam.

Kenapa ada banyak bahasa?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua pembaca? Sihat? Alhamdulillah, mesti semua cuti kan? Iya laa.. hari ni kan Maulidur Rasul, alhamdulillah. 

Saya hari ni pun cuti, so, saya takde buat apa-apa lah, cuma saya duduk rumah dan watching tele, hehe... doing nothing and just rest. Yup, berehat, memang cuti sungguh bermakna, now sekarang saya belajar, rasanya hari cuti adalah hari yang paling best, seriously!

Sebenarnya, tadi ada satu perkara terlintas di minda, ia mengenai Bahasa. Pernah tak anda terfikir akan kenapa ada banyak bahasa? Kalau ada satu, dua or tiga sahaja bahasa dalam dunia ni kan best. So, senang lah nak berkomunikasi, ini, dalam setiap benua ada terlampau banyak bahasa, dan sehinggakan sudah ada bahasa yang pupus seperti Sanskrit. No one speaks using Sanskrit now. I believe so. Bayangkan kalau hanya ada Arabic, English and Chinese, contoh, mesti senangkan nak berkomunikasi. *jangan fikirkan bahasa lain, cuba bayangkan hanya ada tiga bahasa ini sahaja. Mesti seronok kan? Mesti takde salah faham, kesalahan bahasa or something like that. Kan?

Mesti seronok. Tapi, hakikatnya, ada banyak bahasa dalam dunia ni, sehinggakan kadang-kadang menimbulkan permasalahan komunikasi yang teruk, kan? 

Tapi apa-apa pun, ada banyak bahasa menunjukkan kita kena belajar banyak kan? so, apa tunggu lagi, pilih bahasa asing yang anda hendak belajar, then, belajar je melalui internet, kalau ada orang yang hendak tolong ajarkan lagi bagus. kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: mengantuk sangat mata saya ni, lain macam je.

Wednesday, January 23, 2013

Joan and Melissa Rivers.

Assalamualaikum WBT,

How do you do tonight? Happy? Sad? Well, don't worry, smile and be happy! Okay?

I just watched a tv programme called Joan and Melissa Rivers on E! Channel, it was good and do you know what, to be established is not that easy. As for Joan, she had to face challenges and god! the challenges were so damn tough. She started her career at the age of 32 years old and that is actually not a great age to started a career in entertainment industry, but what did she do to actually excel in her life? Trust and hardwork.

She was married and unfortunately, her husband committed suicide and she was left with her one and only daughter, Melissa. At first, they were struggle to actually bind and find life, but then, they managed to get together and love each other until now. 

Joan, she is a tough cookie, well, in a good way of course, she is tough. She was actually banned from Late Night Show but then, recently, she was invited by Letterman and guested the show. Amazing huh? She is.

Joan also has a show called Fashion Police along with Giuliana Rancic, Kelly Osbourne and George Katsiopolous and the executive producer for the show is Joan's daughter, Melissa Rivers. Joan has more ups than down but then, now, she is bigger than ever. She has the sharpers tongue of all, and she has amazing sense of humours. Love her very much. Fashion Police has never failed to amazed me, really.

I too was inspired by Joan's amazing tough life, she fought for her life and looked where it gets her? Right? She even won a Emmy for Best Talkshow.

Toodles.!

Kesabaran adalah satu Nikmat Allah SWT.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua pembaca? Alhamdulillah, esok kita akan menyambut Maulidur Rasul, bersyukur kerana kita dipertemukan dengan masa untuk menyambut hari besar, hari kelahiran Nabi kita, Muhammad SAW. Alhamdulillah.

Saya pun cuti esok dari belajar, sebenarnyakan, tadi pagi saya okay je, then tetiba-tetiba, hati rasa panas dan rasa nak marah je. Sumpah, saya tak tahu kenapa. Then, daripada marah-marah dengan keadaan, saya diam seribu bahasa. Alhamdulillah, tiada yang terkesan, cuma Yani, Mona dan Fiena je yang tahu keadaan saya, thanks you three. Mungkin sebenarnya, panas kot then letih sebab melipat bendera yang beratus kaki yang bongok tu! YA Allah, nasib baik dah siap jahit. Terima kasih Allah sebab berikan semangat yang kuat. 

Tapi, tadi memang rasa nak marah, dan panas je.. tak tau kenapa... saya minta maaf lah sebab jadi macamtu tadi, memang kadang-kadang terasa macamtu, so, saya terpaksa senyap sebentar dan amik udara ke luar. Alhamdulillah, saya dapat siapkan kerja saya sedikit, so, sambung hari Jumaat pulak nanti. 

Saya bawak kereta pun tadi rasa tak bersemangat, then rasa sangat letih, ni rasa nak tidur dan lelapkan mata, tapi dah senja, orang tua kata tak baik tidur waktu senja, nanti setan senang masuk. So, saya update blog untuk mengelakkan daripada mengantuk.

So, esok cuti, kawan-kawan, jumpa Hari Jumaat okay, Hari Jumaat pulak ada gotong-royong perdana untuk bersiap-siaga untuk beberapa events yang akan diadakan oleh GiatMara Malaysia dan GiatMara Raub, insyaAllah akan menjadi tuan rumah. *wah, dah macam PR person dah saya nih..

Assalamualaikum WBT

p/s: apa-apa informasi, nanti saya inform balik. hehehe

Tuesday, January 22, 2013

Selamat Hari Lahir Emak!!

Assalamualaikum WBT,

hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran ibu saya, Aminah binti Ishak yang ke 58. Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memberikan ibu saya nyawa dan saya masih dapat bermanja dengan ibu saya. Amin.

Baik, untuk entry kali ini adalah berkisar tentang jasa ibu. Untuk ibu-ibu seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Kalau nak dikirakan jasa ibu ni memang banyak dan tak terhingga, ada ibu yang baik, ada ibu yang tak berapa baik, ada ibu yang tidak menyokong anak-anaknya dan ada mungkin ibu-ibu yang terlampau sayangkan anak-anaknya sehinggakan sayang untuk meninggalkan anak-anaknya. Itu semua ada.

Saya pun mungkin pernah tersasar perkataan, terkasar bahasa, saya akui, dan saya minta maaf dalam cara saya tersendiri, tetapi yang paling penting, kita bertegur dengan ibu sendiri. Contohlah eh, kalau kita baik dengan ibu mertua, tapi kita tak berapa baik dengan ibu sendiri, boleh ke macamtu? Saya tak tau, mungkin sesetengah orang fikir benda tu baik dan mungkin benda itu adalah benda yang paling baik pernah dilakukan oleh anak menantu, berbaik dengan mertua sendiri, tetapi pernah terfikir akan perasaan IBU SENDIRI yang melahirkan dan membesarkan kita? Yang memberi makan, minum, sekolah, sampai ke peringkat tertinggi? Mungkin? Adakah ibu mertua itu memberikan anda makan sehingga anda besar? Adakah ibu mertua anda membujuk anda ketika anda merajuk? Adakah ibu mertua anda memberikan anda gula-gula? ada?  Kalau tak pernah, sayang! Allah berikan anda pemikiran untuk berfikir, bukan digunakan untuk berfikir benda yang negatif. Kesian, dan sayang. 

Biarpun, perkataan seseorang ibu itu menyakitkan hati, tidak ada jalan untuk kita membenci ibu sendiri, ingat! Doa ibu adalah mustajab, jikalau ibu sakit hati dengan anda, sekali anda lukakan hati ibu, jikalau hati ibu itu berpaling dari apa yang selalu didoanya, berhenti sahaja ibu berdoa untuk kebaikan anda, sampai bila-bila lah hidup kita tidak akan tenang. 

Alhamdulillah, saya masih ada ibu, dan saya sayang ibu saya dengan cara saya yang tersendiri. Pesanan, jikalau ada kata bahasa anda yang boleh dikatakan kurang hajar, minta maaflah awal-awal.

Jadi, apa-apa pun, sayangilah ibu anda sementara masih ada.

Assalamualaikum WBT

p/s: Hidup ini ibarat roda, sumpah!

Monday, January 21, 2013

Kawan-kawan di GiatMara Raub!

Assalamualaikum WBT,


Seperti biasa, tatkala tiada idea, saya jarang update, tapi bila ada idea mencurah-curah, kadang-kadang 2-3 entries dalam satu jam. Boleh? hahaha...

Okay, memandangkan saya selalu je cerita fasal GiatMara Raub dan Fashion and Dressmaking aka FND, so, saya nak gtau sorang demi sorang kawan saya. Boleh? 

Baik, saya akan bermula dengan kawan yang mempunyai meja yang dekat dengan saya. Okay, mereka adalah Yani, Fienna dan Mona, kiranya mereka bertiga kawan seumur dan mereka bertiga ni rapat gak lah dan yang paling seronoknya, dorang ni hoo-haa macam saya jugak. Contoh, macam tadi, kami ketawa dari awal kelas hingga akhir kelas, like, memang ketawa je. tapi! kerja jalan okay. hehe..

Baik,group sebelah pulak adalah group yang sedikit besar seramai 6 orang, mereka adalah, Shira, Jiha, Syahira, Eton, Zeera dan Ummi Sofina. Saya pulak selalu je bercakap dengan dorang, nak-nak Shira dengan Jiha, memang bercaaaakap je tak berhenti, dah lagi hebat! kerja kami siap okay! hahahah.. Eton? Selalu je usik dia, dia ni sebenarnya comel sangat, like suara dia macam comel sangat! kiut giler, kalah saya! okay fine! hahaha...

Then, group yang jauh dari saya adalah Ema,Ida, Ain (H) dan Ain (R). Individu yang paling menonjol dalam group ini adalah tidak lain tidak bukan, Ema!!!! Dia punyai badan yang kecil tapi suara!!! Ya Allah ya Tuhanku, gamat satu GiatMara tu, nyaring, Ya Tuhanku! Memang nyaring giler weh!! memang nyaring, senyaringnya! Pening tapi kalau takde dia, sunyi. baik ada daripada takde kan? :P Yang lain-lain tu, saya okay je. kadang-kadang lawak saya harsh tapi, hey, that men;s do, they joke harshly. Hehehe...

Then group depan saya, group ni kadang-kadang loud, kadang-kadang senyap sunyi sepi, mereka adalah Sheila *my primary school classmate, Zirah, Rosma dan Erna. Saya takde masalah langsung dengan dorang ni, dorang ni happy go lucky, kalau saya bercakap dalam kelas, dorang ketawa je. Itu je la kerja dorang.. hahahah... Peace yo..

Then, group last sekali, group yang dekat gak dengan group kami, sebenarnya, my ex machine ada kat situ Juki, mula-mula saya tak pandai guna dia, so tukar dengan Ekin, so sekarang saya guna Siruba, laju tapi best! hehehe.. okay, kawan-kawan yang berada dalam group ni adalah, Ekin, Aliff, Farid dan Nadia, *dua lagi lelaki yang ada dalam class ni, aritu takde tapi dah ada ni, best pulak, ada kawan. hahaha..

Last but not least, The Umi, kitaorang panggil dia Umi sebab dia suruh, kalau tak saya dah lama panggil kak niza..nama dia Norniza. tapi takpelah, dia suruh panggil Umi, so, saya dan kawan-kawan lain panggil Umi lah.. no problem. At All! hahahha.. *tangan ke dada, mata ke atas.

Untuk guru pulak, ada dua orang cikgu untuk course kami, dua orang guru yang memang berwibawa dan memang best! Cikgu Ina dan Cikgu Izam. Dua orang cikgu ni memang best! Kami semua suka. Love you both., :)


So, itu lah... ramai kan, masakan saya tak gembira pergi belajar, gembira sangat! saya suka!, One of the best moments in my entire life! Love you all, love you all. Thank you for being my friends. :)

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok wooo..

Saya dipandang rendah??

Assalamualaikum WBT,

Masih cerita berkisar dengan tanggapan manusia. Apa tanggapan tersebut? Hendak dijadikan cerita, tadi masa saya baru balik dari Giat Mara Raub, pergi lah diri ini ke TF *satu supermarket yang famous di Raub ni.. everyone knows it very well, yes, very well. Well, that is not the story, the story is, terjumpa la saya dengan seorang kawan lama, well, saya kenal dia pun tak lama pun, lebih kurang dalam 2 tahun je, lesser maybe.

*saya berjalan-jalan di TF, dan terlihat satu muka yang familiar, saya tegur

Saya : **&)$ *nama dirahsiakan, eh, beli apa? beli kuih ke?

**&$* : A'ah, ko kat mana sekarang ni? Dah habis belajar dah kan?

Saya : A'ah, dah habis belajar dah, cuma sekarang aku*guna aku cakap ngn kawan, amik course kat Giat Mara, sijil jahitan 6 bulan.

**&$* : Ha?? *muka penuh tanda tanya, *babi! ini macam mintak tangan saya je ni!.. Dari Ijazah yang well, tinggi ke sijil? *masih muka tanda tanya.

Saya : *bersabar dan jawab, A'ah lah, Ijazah tu well, education kan, but masuk Giat Mara ni sebab nak perfected skills dalam jahitan and I am going to launch my own line and a boutique nanti.

**&$* : Butik? Owh, okay.

Saya : *berlalu pergi. 

Malas la nak bercakap lebih-lebih, main bercakap, makin benci aku dengan dia! ugh! Not about the question, but the way the question was asked to me. Please! Please bitch! *btw, the person is not a girl, I just like calling him bitch!

Ini lah orang Melayu kan? Kalau orang nak belajar Sijil, dipandangnya rendah dan dikecam sebab seseorang dah ada Ijazah? Tak semua orang suka makan gaji, dan tak semua orang suka berniaga. Allah SWT dah rancang hidup saya ni, saya belajar Ijazah, bukan tak berjaya, berjaya, Alhamdulillah, tapi, mungkin takde rezeki so, saya amik jalan lain, belajar Sijil then, insyaAllah, lepas habis ni nanti. saya memang hendak membuka sebuah perniagaan. InsyaAllah, God willing.

Tapi itu lah, banyak sangat suara-suara sumbang mambang serta bangang cuba menjatuhkan semangat saya. InsyaAllah, selagi mana nyawa ini dikandung badan, tidak terkesan dek kata-kata nista, Trust me! My uni life has taught me a lot, like, a lot! Trust me! Saya pernah kena lagi teruk dari ni, trust me.

Lagipun, saya belajar di GiatMara bukan setakat belajar, sebenarnya, saya juga mengajar my classmates to speak in English, I corrected their pronunciation. How's that? Easy task? No! Fun? Hell yeah! 

So, lain kali jangan pandang rendah kat orang lain, tak baik berdosa, cuma, kalau yang kita pandang rendah tu  memang pendek, nak buat macamne, kalau nak bercakap kenalah pandang rendah kan? hehehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: InsyaAllah...I love being there.

2 Broke Girls Series is the best series now!!

Assalamualaikum WBT,

Saya tadi tengok this series, best giler, tajuknya 2 Broke Girls.

The airing date kalau kat Malaysia ni di 8TV every Sunday and the series is actually hilarious! So hilarious. Kate Dennings? Like amazing!!! 



Kalau nak ikutkan sinopsis cmni, Caroline ni anak orang kaya, tapi sebab kan ayah dia ditangkap sebab fraud kan, dia jatuh muflis dan dia terpaksa merempat lah, so, dia jumpa dengan Max Black yang bekerja sebagai waiting tables kat dining sebuah seorang Korean dining lah, so, dorang jadi kawan dan buka bisnes cupcake sebab Max pandai bake and Caroline pandai marketing dan selling cupcakes lah kiranya. So camtu lah.. then dorang ada jiran *but upstairs jiran lah.. Sophie, Polish woman yang berhijrah ke US dan bekerja sebagai maid and dia dah jadi Senior Maid dah, sebab dia ada ramai pekerja dah.. ahhaa.. 

there was one episode, masa tu the series nak kenalkan Sophie lah, so, Max and Caroline like, cam, suspek yang Sophie ni cam ibu ayam dan like, menjual wanita lah kononya, tapi sebenarnya tak! tapi the way the comedy and the dialogues tu memang seriously kelakar dan saya suka sangat, I could just watch this series over and over again. hahahha..

Hebatnya, this series actually nominated at Emmy Awards 2012 and actually won an award which was "Outstanding Art Direction for a Multi-Camera Series". How's that? Amazing huh? I pun wonder, camne lah dorang tahan ketawa dornag, kalau saya tu, dah lama dah ketawa jeee sepanjang masa and what not.. hahaha.. that 'whatnot' tu telah disalahgunakan....hahaha...

So, u you have masa ke, try lah cari this series, saya tengok kat 8TV je..so, kena tunggu weekly lah..hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: hehehe...

Sunday, January 20, 2013

Setiap hari kena bersemangat!!! Happy Monday!

Assalamualaikum WBT,

Esok Isnin!!! Yaaa, tak sabar rasanya nak pergi belajar, iya lah, setiap hari kena fikir positif kan? Tak gitu semua, tak kiralah anda bekerja, belajar, kerja kampung, kita sebenarnya kena fikir akan kehidupan akan datang, contoh, kalau yang bekerja, kena fikir fasal bil kena bayar, makanan, minum, elektrik kena bayar dan banyak lagi, itu belum nak bayar kereta lagi, so, saya respect mereka yang bekerja.

So, saya sekarang belajar, sama jugak lah dengan bekerja sebenarnya, kena ada semangat tiap-tiap hari untuk ke tempat belajar/kerja. Saya ada semangat yang saya telah simpan di tempat saya belajar, sebab? saya belajar benda yang saya memang suka sejak dari saya umur 13 tahun lagi, memang suka. Memang dari umur 13 tahun saya memang hendak menjadi fashion designer, making clothes for women and men, love it so much but then when I got into sekolah menengah agama, I did not have the chance to explore my interest, so, I kept it down, then form 6, university, at the age of 22, I started making my own clothes, baju melayu for raya, few of then already. Pants, and latest, I sew a baju kurung for my mum. Love it so much. So, these 6 months, I will be doing my very best why? BECAUSE I LOVE DOING WHAT I AM DOING NOW. Yes! I am. 

Hehe..tetibe tercakap English language pulak, sebenarnya, ramai je yang nak belajar berbahasa Inggeris dengan saya, tapi saya hanya senyum. Sebab apa? sebab, hendak belajar ni kena ada kehendak dan keinginan DAN TAK BOLEH MALU. ini, kalau nak becakap BI, kena tease sikit, dah terasa hari, kena ejek dek kawan, hey! korang ingat dengan macamtu, boleh improve? no way girls/boy/men/women, tak boleh malu, dan kena fikir akan diri sendiri.

Kalau kata nak belajar English kena ada cikgu, well, memanglah, tapi to be honest, when I was 7-12 years old, I did have teachers, the attention given in primary school was not as much as I managed to get during my uni life, to make it worse, when I was in secondary school, the attention given was terrifying, why? the students were given like 4 hours/week and to master English language, 4 hours a week is not doing any justice. But then, UNISZA has given me strength  to actually learn English language even thought the surrounding was not that helping but I am really thankful to Allah for giving me that amazing wonderful experience. Love it so much and 4 years there have given me a lot! And most of all, my English is getting better. Thank you UNISZA and FALCOMM.

Jadinya, nak belajar tak boleh malu, kalau malu, tak kemana kita. Okay? for those who want to learn English language with me boleh, I will teach you but then, you have to be confident to speak up, okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: memang lah, writing dan speaking lain, tapi cuba lah eh?

Sunny Sunday!!!

Assalamualaikum WBT,

Seperti biasa, hajat tak kesampaian nak post nyanyian sendiri, takpe, nanti2 saya post.. ehehhe..kat Youtube eyh.. *berangan dah nak jadi manusia famous.. *famouslah sangat.. tangan ke dada, mata ke atas..

Okay baik, tadi saya beli surat khabar, both Berita Harian Edisi Ahad dan Utusan Mingguan *saya tak tau yang tu, lama tak beli... okay, takpe, so, buka lah surat khabar, kononnya nak skimming kan, alar, skimming and scanning, ingat tak? Scan punya scan, ada lah beberapa perkara yang saya ingat, antaranya, Tun Mahathir cakap, jangan terlampau taksub,kalau taksub, nanti hancur bangsa sendiri lebih kurang camtu lah... lepas tu masuk lak bab hiburan, yang paling ingat adalah Mimi One Nation Emcees, katanya, dia 'huru-hara' dan dalam keadaan 'tin-tong' di satu majlis. Syed kata lah.. saya tak tau, saya baca je.. hehehe...

Then, ada satu sisipan dalam surat khabar Utusan rasanya, dengan tajuk "Pupuskah surat khabar?", lebih kuranglah rasanya, pada pendapat saya, tidak! ia tidak akan pupus sebab apa? sebab saya masih memerlukan surat khabar, biarpun ia mempunyai sedikit ketidakadilan dalam menyampaikan maklumat tetapi saya lebih memberikan tumpuan kepada artikel-artikel yang lebih memberikan manfaat seperti tulisan mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang-bidang tertentu dan semestinya ia menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk menulis blog dengan lebih giat lagi. Kan?

Jadinya, mungkin kepada mereka yang gemar membaca electronik newspapers, surat khabar yang realiti tidak lagi menjadi keutamaan mereka, tetapi bagi saya yang masih mengharapkan surat khabar yang dalam bentuk objek, kepupusan surat khabar tidak sepatutnya menjadi satu isu. Surat khabar telah menjadi bahan rujukan ramai orang dalam mendapatkan berita terkini, sebab tak semua ada kemudahan internet untuk memuat turun e-newspapers kan? 

Jadinya, macamtulah, sedikit sebanyak news yang saya baca, so, sekarang saya nak baca thoroughly surat khabar yang dibeli tadi. 

Assalamualaikum WBT

p/s: panas hari ni, tapi rasanya petang nanti ujan.

Saturday, January 19, 2013

Jom Clubbing!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Moga semua pembaca setia baik hendaknya. Amboi, mementanglah malam ni malam Ahad *Sabtu malam Ahad,gitu.. mesti ada yang pergi clubbing kan? Kalau kat banda-bandar besar dunia mahupun dalam Malaysia ni, nak-nak Kuala Lumpur, mesti ramai je di kelab-kelab malam menikmati dan kononnya berhibur hati dengan menari dan mendengar muzik kan? Entah lah..

Saya pun aritu masa praktikal pernah je rasa nak masuk club, bukan nak menari ke apa, cuma nak tau apa yang ada dalam kelab tu, sebagai contoh, kan aritu saya praktikal kat Malaysia Tourism Centre Kuala Lumpur (MaTiC), kebetulan bersebelahan dengan MaTiC tu ada Zouk, kelab malam yang sungguh famous di KL, semua orang tahu Zouk kat mana kan, dan kat belakang tu, penuh lah kelab-kelab malam yang penuh dengan lautan manusia, kalau setiap pagi tu, saya lalu, ya Allah, bau arak, menusuk hidung dan kalanya saya nak termuntah dek bau yang busuk tu. Eiii..mintak jauh.

Tapi mungkin niat saya salah kot, hehehe.. tapi saya ingin masuk kelab tu bukan sebab nak bergembira, cuma nak tengok apa yang ada dalam kelab then keluar lah, bukan nak lama pun. Haaa.. camtu boleh? hehe...

Dah2, apahal cerita fasal kelab malam ni, nasib baik kat Raub ni takde kelab malam, kalau ada, saya tak tau lah.. hahaha.. bandar kecil je.. takkan ada kelab malam and to be honest, the real reason why clubs diadakan adalah untuk the tourists tapi malangnya, ada je rakyat Malaysia yang berangan menjadi tourists di negara sendiri dan menggila dalam kelab. Banyak je sebenarnya laporan fasal salah laku dalam kelab ni. Kelab itu diserbu, kelab ini disita, tapi esok lusa, masih beroperasi. Iya lah, tak larat jugak penguatkuasa nak buat rush tiap2 malam kan, nak mampos? hahaha...

Pada saya sebenarnya. going to club ni menghabiskan masa juga, point dia sama dengan melepak, which saya tak pandai sangat nak buat. Camne lah nak melepak, tak pandai, kalau ke luar, ada kawan cakap "eh, jom lah lepak-lepak, jom lah", Nak jawab takpe kang, Kawan kan? ikut je lah.. tapi sebenarnya, saya tak pandai nak melepak tapi kalau menonton wayang or berbowling, itu adalah bukan melepak! Kalau berbowling, itu adalah bersukan, kalau menonton wayang, itu pula adalah release tension. Lain kan? Kalau melepak,cam duduk-duduk area Sogo, do nothing, tengok orang lalu lalang, then, pandang kiri, pandang kanan, tengok jam dah pukul 6 petang, then balik, takpun g pulak melepak kat taman KLCC. What the heck? banyak lagi kan benda yang boleh dibuat selain melepak.

Contoh, kemas rumah, alang-alang hari ni hari Sabtu, apa kata kemas rumah, kemas bilik, basuh kereta, cuci tingkap takpun, belajar memasak, ini tidak.. melepak. Bukan nak katakan melepak tu tak boleh, sebab apa, sesetengah orang menganggap bahawa melepak itu adalah satu aktiviti yang sihat lagi mendatangkan faedah. Well, obviously, not for me. Iya lah, nak buat macamane, itu hanyalah pendapat individu yang memang ada fikiran tersendiri, kan?

Apa-apa pun, kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi. Ciao!

Assalamualaikum WBT

p/s: Kawan-kawan GiatMara saya tau tak yang saya ada blog? huurrmmm....

AKU TELAH JATUH CINTA!!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua sihat walafiatkan? Alhamdulillah,

Untuk entry kali ni, saya nak luahkan perasaan gitu. *perasan tuh.. hehehe..

Okay, pernah tak anda alami perkara macam tetibe jadi gedik tak bertempat, tetibe control macho, control ayu semua.. pernah? Kalau anda pernah mengalami perkara sedemikian, tahniah! anda normal! sebab apa? Mostly, memang manusia jadi macamtu, manusia jadi cam retarded sikit kalau jumpa orang yang mereka suka. Dan saya? adalah dalam golongan tersebut!

Okay, ada satu kajian di US, kalau tak silap saya, mengkaji reaksi manusia dalam perhubungan. Contoh, A dan B adalah dalam satu kelas yang sama, dan hari-hari jumpa, tetapi A akan act 'normal' kalau berjumpa dengan B. Mesti B rasa weird kan? but to A its normal sebab apa? sebab A merasakan dia berkelakuan seperti orang lain sedangkan sebenarnya dia berkelakuan tidak normal. So camtu lah lebih kurang.

Sebenarnya, itu semua berpunca daripada hati. Kalau pakar motivasi dok cakap ada banyak sakit hati, well, in this case, it is not sakit hati, but SUKA HATI, iya lah.. when we like seseorang, tak kisah lah sesiapa pun kan, kita AUTOMATICALLY become someone yang kita harap orang tu suka. Seriously! kalau korang tak pernah jadi macamni, alamatnya korang bukan manusia normal. Hahaha.. so, I'm normal lah kan? hehehe...

Okay, saya admit, saya pun ada seseorang ini yang saya suka, tapi saya takut nak confess *word confess means a lot to me, trust me, my close friend knows better, hahahha.. okay. memang takut nak confess, tapi iya lah.. gi GiatMara nak pergi belajar kan? bukan nak pergi bercinta cintun, eh! tetiba, siapa lah insan istimewa yang berjaya menambat hati suci kudus saya ini? hahaha.. Biarlah rahsia..~~~

Assalamualaikum WBT

p/s: mengada tak?

Jangan sampai aku....

Assalamualaikum WBT,

Seperti biasa, when I bumped into my primary school teacher, he always brings this stupid question, one stupid and yet hurtful question. What would be the question? "Eh, sambung belajar ke?' and my answer of course, "urm, not yet cikgu, tapi sekarang saya amik course kat GiatMara Raub, yang atas bukit tu, amik course menjahit". The look, then "Laa.. kenapa awak tak sambung Master, awak dengar cakap cikgu, awak amik Master, lepas tu, awak amik jadi Tutor then, dah lepas Master, awak jadi lecturer' and the conversation was being heard by my dad and he said "kan ayah dah cakap".

Done! that's it! I had enough with this thing. I have better things to do and I have banyak paths dekat depan mata saya then I have to choose and I have choose this path then takkan saya nak berhenti dan terus masuk dan follow what my teacher asked me to do. People could just give advice kan? Tapi yang amik Master tu sapa? Kalau bukan saya? Jikalau lah saya yang amik Master, then, saya terpaksa melalui pelbagai cabaran, nak amik Master bukan sama macam nak amik Bachelor, kata lecturer saya, ia makin susah dan tiga kali lebih susah daripada apa yang dilalui di Bachelor. To be honest, I am not that kind of person yang suka sangat dengan numbers, memang research ada quantitative dan qualitative, memang! saya pun tahu benda tu, tapi I am not good in research. Please, do not burden me with this kinda of thing! I don't like it. Truly.

I am trying my very best to actually pursue what I really want, and I am enjoying myself in my class right now at GiatMara Raub, Fashion and Dressmaking course, I love it very much. I have wonderful friends, I have wonderful teachers and I have great times there. I am enjoying myself. And to be honest, I don't give a fuck about my primary teacher told me. Please, mind your own business. Not that I am not taking criticism but hey, I have my life not, may not be perfect and may not be what people want me to be, but, I actually enjoying myself.

Jangan sampai saya bertindak untuk berbuat sesuatu yang tidak elok, mungkin lari dari rumah, worse, kill my self. May not be the best resort, but if it is the one and only resort, saya tidak teragak-agak, lagi senang kan? Takde orang nak bercakap lepas tu.

Assalamualaikum WBT

p/s: .........

Aktiviti Sabtu.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di pagi Sabtu yang indah lagi nyaman ini. Takde mentari? kan, takpe, kalau baju tak kering, letak bawah kipas kuat takpun, esok ada lagi, mesti kering punyalah.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kita panjatkan doa kepada Nya kerana masih memberikan nyawa untuk satu hari lagi, kan? Kenalah bersyukur sebab kepada sapa lagi selain Allah SWT untuk kita panjatkan doa kesyukuran kan? :)

Baiklah, hari ni, perjalanan aktiviti saya simple je rasanya, sebab tak banyak aktiviti yang akan saya lakukan, sebab.. sebab... diri ini rasa nak rehat je, eh! jap! ala... bilik kena kemas lah, dah dua minggu tak kemas bilik, so, banyaklah sesawang *bukan laman sesawang eh,, bukan! sampah sarap kecil2.. then almari kena kemas sebab banyak pakaian yang berlipat tapi diletak cmtu sahaja. So, kena kemas tu...

So, ada banyak jugaklah perkara yang saya kena buat kan? Jadi, untuk itu, bermula lah hari ni....

Assalamualaikum WBT

p/s: kena kemas!! toodles!

Tahniah Jozan!!! Juara Maharaja Lawak Mega 2012!

Assalamualaikum WBT,

As promised, saya kan nak letak satu lagi entry kan sebelum tidur.

Banyak perkara yang berlaku dalam Maharaja Lawak Mega 2012 tadi, dengan bersaksikan puluhan ribu rakyat Malaysia, kehebatan Jozan diakui dengan dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2012 dan tempat kedua jatuh kepada Jambu, ketiga Shiro, keempat Boboi dan kelima Saywho.

Sememangnya tempat-tempat ini telah boleh diagak oleh para peminat MLM 2012 kerana sejak dari mula, Jozan memang tidak dapat disangkal memang boleh menjuarai MLM 2012 dengan mudah, namun, itu tidak menjanjikan apa-apa kerana Jozan yang terdiri daripada dua anak muda yang mempunyai bakat yang besar, Johan dan Zizan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan persembahan. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan, kepercayaan penuh peminat mereka kukuhkan dengan memberikan persembahan yang kreatif saban minggu. 

Di tempat kedua, Jambu yang juga pesaing hebat bagi semua kumpulan mengesahkan mereka juga diterima oleh rakyat Malaysia dengan lawak-lawak yang mudah dan simple namun masih memberikan kesan yang mendalam. Masihkah anda ingat insiden nasi tersembur oleh Yus? itu adalah kekuatan mereka, mereka mempersembahkan lawak dengan kadar yang minima namun dengan kesan yang maksima. Kehebatan mereka memang terbaik. Jambu yang terdiri daripada Yus dan Tauke kedua-duanya adalah dari program Raja Lawak Musim Pertama, dan untuk pengetahuan semua, begitu juga dengan Zizan dan Johan, keempat-empat mereka adalah peserta dari Raja Lawak Musim Pertama, hebat bukan? Mereka adalah peserta asli Raja Lawak. Syabas!

Ditempat ke tiga adalah Shiro. Nama masih baru, pengalaman masih cetek namun, mereka berjaya meraih tempat ke tiga dan saingan yang diberikan juga amat hebat. Betul kata Wulan, jikalau dibuatkan graf, dari minggu pertama hingga minggu final, graf mereka adalah menaik dan perkembangan dan improvements yang diberikan adalah yang paling hebat sekali. Tidak dapat dinafikan, Shiro yang berasal dari Johor amat berpuas hati kerana dapat menghiburkan orang kampung mereka sendiri dan tahniah Shiro! Keep up the good work!

Ditempat keempat adalah Boboi, permulaan yang agak rough di awal edisi MLM 2012, namun, pada malam ini, malam penentuan, Boboi, pada saya, telah melakukan lawak yang sememangnya nilai asli yang terdapat dalam diri setiap ahli Boboi. Mereka melakukan perkara yang amat bertepatan dengan nilai Boboi sendiri. Kedua-dua lawak pada malam ini adalah lawak yang terbaik sepanjang musim ini. Lawak Hang Li Po dan Lawak Ujibakat Yuna Mencari Penyanyi adalah dua lawak yang memang bagus dan saya sejujurnya suka dengan lawak sebegini. Tahniah Boboi, anda masih mempunyai nilai kreatif yang tinggi. Boboi terdiri daripada Afdlin, Harun dan Nabil memberikan saingan yang sengit pada musim ini. Kelainan memang selalunya sukar ditelan, namun, itulah cabaran.

Ditempat kelima adalah Saywho. Saywho yang berasal dari Indonesia dan merupakan satu-satunya kumpulan yang berasal dari luar Malaysia telah memberikan saingan yang sengit dan telah berjaya menambat hati peminat-peminat lawak di Malaysia. Nama Saywho sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Tahniah Saywho, anda sebenarnya sudah berjaya dalam industri di Malaysia ini. Tahniah.

Dihoskan oleh Dato' AC Mizal dan dengan barisan juri yang hebat-hebat belaka yang terdiri daripada Awie (Lagenda Rock Malaysia), Wulan Guritno (Selebriti Indonesia), Najip Ali (Pengacara hebat Singapura) dan Lisa Surihani (Pelakon Wanita hebat Malaysia). Jelas, para juri juga terhibur dengan persembahan hebat dari peserta-peserta MLM 2012.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Astro dan Astro Mustika HD kerana membawakan program MLM 2012 dengan baik sekali. Tahniah.

Saya juga gembira dengan kemenangan Jozan di MLM 2012. Tahniah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nilai hadiah keseluruhan adalah RM 965 000.00 Banyak tu!!

Friday, January 18, 2013

Psstt.. Dengar Kata...

Assalamualaikum WBT,

Sebenarnya saya nak menulis tadi, tapi tetiba terlupa apa yang hendak ditulis. Maaf yer, takpe, nanti selepas Maharaja Lawak Mega habis, saya akan update satu entry, kalaulah connection bagus, kalau tak bagus, alamatnya, tunggu esok je lah... hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Dengar kata 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia?
p/s: Dengar kata March adalah General Election?
p/s: Dengar kata Jozan Juara Maharaja Lawak Mega Musim ke 2?
p/s: Dengar kata BN nanti menang tipis?
 

Juara Maharaja Lawak Mega adalah....

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua pembaca blog saya yang setia dan followers sekian? mesti semua dalam keadaan sihat dan gembira kan? iya la. sebab hari ni dah hari Jumaat dan dah weekend!!! yeay,,, sabtu ahad dah cuti kan?

Bercakap fasal Jumaat, hari ini banyak perkara yang berlaku dan akan berlaku kan? Dan yang paling besar adalah Jumaat adalah hari kaum lelaki Muslim pergi sembahyang Jumaat. Tak kira la di masjid mana pun kan... hehehe... then, yang akan berlaku adalah, malam ini adalah malam Finale Maharaja Lawak Mega yang akan diadakan di Johor Bahru. Kenapa Johor Bahru? Sumpah, saya pun tak tahu, kena ask Astro tu kenapa kat Johor Bahru. 

Of couse, peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada Saywho, Jambu, Jozan, Boboi dan Shiro. Ini adalah 5 nama kumpulan yang akan bertanding dan merebut sejumlah hadiah yang amat lumayan. Semua mesti dah tau kan? so, tak nak la sebut.. hehehe... Dan sudah semestinya tumpuan akan diberikan kepada pasangan Zizan iaitu Johan yang sudah dua minggu tidak menyertai Zizan dalam persembahan di kedua-dua tempat, Terengganu dan Perak. Apakah benar Zizan hilang magisnya jikalau ketiadaan Johan? Saya tak pasti, cuma apa yang saya tahu, mereka berdua sebenarnya saling memerlukan. Jozan ibarat Kaki, memang ada dua kan, cuma kalau tadi salah satu kaki, masih boleh berjalan, cuma tidak stabil. Macamtulah lebih kurang. So, Johan ada masalah koyak ligamen kerana bermain futsal, hurrmmm.. kenapa lah main futsal waktu2 ni.. hahha.. jangan marah eh Johan.. 

Sebenarnya, memanglah peratusan undian amat membantu Jozan dalam mempertahankan no 1 sepanjang Maharaja Lawak Mega tetapi kena ingat, dengan persembahan konsisten dari Jambu, Shiro dan Saywho, tidak mustahil ketiga-tiga kumpulan ini mampu membuat kejutan.

Mungkin tidak menyengat untuk edisi kali ini, tetapi kumpulan Boboi juga mempunyai pengalaman yang lebih dan lebih mengetahui selok-belok pertandingan dan mungkin juga menggunakan Save the Best for the last, mungkin. Mereka juga akan melakukan kejutan dan tidak mustahil, tempat pertama yang terlepas pada edisi lalu, jatuh ke tangan Boboi. Itu semua mungkin.

Tapi apa-apa pun, jangan lupa malam ini Maharaja Lawak Mega musim Ke 2 akan menobatkan Maharaja Lawak yang baru, siapakah Maharaja Lawak itu? Adakah Saywho? Adakah Jozan? Adakah Boboi? Adakah Shiro? ataupun Adakah Jambu? sama-sama kita saksikan malam ini, Finale Maharaja Lawak MMeeeegggaaaaa!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: nak catch traffic ni.. hehehe...

Thursday, January 17, 2013

American Idol Season 12 Grand Primere on StarWorld.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Maaflah fasal video semalam, di entry Test Suara sebab ada error kan? Sorry lah, mungkin sebab file tak habis download kot. Sorry.

Alhamdullillah, sekarang saya telah menghabiskan lebih kurang dua minggu di Giat Mara kan ? Dan seminggu meminum Diet Gold dari D'Herbs, tapi tak sampai hari Jumaat lagi kan? So, tak boleh nak bagitau pengalaman.

Sebenarnya tadi saya menonton American Idol, alar macam kat Malaysia di suatu ketika dahulu ada Malaysian Idol kan, Jaclyn Victor MI 1 and Daniel Lee MI2 winners kan? Ingat tak? Tapi yang American Idol ni lebih gah, lebih konsisten dan lebih banyak bakat yang luar biasa, bukan kat Malaysia takde bakat cuma, mungkin ruang industri yang kecil membataskan bakat-bakat besar yang ada. Malaysian Idol juga melahirkan Dina Nadzir yang mempunyai suara yang teramat hebat tapi kerana tiada lagu yang baik dan bagus, bakar beliau didivertkan ke bidang lain, iaitu, disc jocking-ing. hehehe... tapi saya akui Dina memang mempunyai suara yang tersangat best dan saya amat suka sekali! eh salah! suka banyak-banyak kali!!! 

tapi apa yang ditunjukkan oleh peserta yang pergi audition di paparkan oleh American Idol Season 12 adalah satu yang boleh dibanggakan. Dari pengurusan,judges, peserta itu sendiri. Memang ada yang macam menangis bila tidak diterima oleh judges tapi ada juga yang positive dan akan mencuba di tahun yang akan datang. SO that is a promise for next season kan?

Tapi memang ada yang berbakat besar dan tak kurang juga yang tidak berbakat langsung. hahaha. Saya memang nak ketawa kalau ada yang over confident masuk depan judges then claimed boleh menyanyi dan menjadikan Nicki Minaj and Mariah Carey as their idols, what the heck. Kau nyanyi pun lintang pukang, nak tiru Nicki and Mariah.. hahaha... please...

Tapi apa-apa pun kan, keberanian dorang memang tidak boleh di sangkal lagi lah... keberanian itu penting untuk memastikan dorang berjaya kan? sama lah dalam hidup kita pun, keberanian dalam memilih peluang dan ambil peluang.. hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: kena tidur awal, walaupun esok tak pergi Giat tapi kena bangun awal jugak sebab my dad ada appointment dengan Doktor kat hospital Temerloh. Jauh tu...

Wednesday, January 16, 2013

Hilang Dara???

Assalamualaikum WBT,

tetibe lak rasa malam ni nak post banyak entries. hehehe,... takde lah... tebus beberapa hari aritu tanpa entry kan... bukan apa, bukan senang nak jadi blogger terkenal ni...*verangan. hahah.. takde lah.. kadang-kadang, hati, tangan nak je menulis cuma otak dan minda kata, "Eh, takde idea lah nak tulis, nak tulis apa eh?", gitu.. selalu je benda tersebut berlaku kepada saya pun... hehehe...

Baik, saya nak bercakap fasal program tv yang ada di dunia ni.. banyak program tv yang bagus dan baik kan?  Banyak jugak yang entah hape2.. tak payah pergi jauh lah, tengok je tv kat Malaysia ni, banyak je program yang entah hape2 kan? Bukan nak menidakkan kerja keras dan titik peluh mereka yang bekerja di sebalik tabir untuk menghasilkan pelbagai program tv yang terbaik untuk hiburan para penonton, cuma, kadang-kadang ideanya tak masuk akal. Program tv ni bukan setakat program show or talk show ke.. ini merangkumi semua. Drama, telemovie, semua lah..

Okay, baik, tapi kita kat Malaysia ni, program tvnya masih ada tapisan lah.. bayangkan kalau Malaysia jadi macam US yang takde penapisan filem tu... ffuuuuhhh.., makin banyaklah perkara-perkara tak elok berlaku. Bukan semua rakyat Malaysia mampu berfikiran baik2 kan? so, thanks LPFM (Lembaga Penapisan Filem Malaysia). 

Korang tau kan GLEE? Saya memang minat giler dengan GLEE ni, cuam beberapa hari lepas saya ada tengok satu episodenya lah.. then Rachel was talking to her friends (Santana, Quinn, Brittany and Tina) about losing virginity ataupun hilang dara. I was like, what? kenapa? hilang dara is not in Malaysia's culture, seriously. Ia bukanlah satu benda untuk dibanggakan, please ler, okay, for those yang mengikuti cara-cara camni, hentikanlah, saya pun ada juga ikut cara hidup barat, macam makan roti di pagi hari *haram, tak kurus jugak saya!, cuba untuk bersenam di pagi hari, *tak larat mak dek non!!!, cuba untuk buat sit up di malam hari, *ya Allah, kenyangnya... dan pelbagai lagi. Okay, mana yang baik dah boleh diikuti, kita ambil dan mana yang tak elok tu, kita tolak dalam gaung kat Bukit Tinggi tu kan... 

Ha..memang lah, bukan senang nak ikut or hentikan, but at least, if you have that kesedaran, then, kita dah ada satu langkah dalam perubahan kan? so, apa salahnya, bukan setakat budaya Barat je yang menular dalam Malaysia ni, korang ingat Budaya Jepun, Korea tu semua baik lah? tak semua baik, cara berpakaian dorang pun bukan baik sangat jugak kan? so, jangan ikut lah okay?

*saya pelik lah.. kan Korea tu sejuk. tapi kenapa yang penyanyi perempuan dorang pakai seluar pendek sampai paras peha? panas sangat ke Korea tu? huurrmm...

Assalamualaikum WBT

p/s: haaa..mengantuk dah saya!!

Test Suara....

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di malam yang hening lagi sejuk ini? Mesti semua sedang menikmati dinner memasing kan? Well, saya dah dinner dah tadi, balik dari belajar tadi terus amik dinner, kebetulan mak masak gulai asam tempoyak tulang *serta sedikit daging cincang. Hehehe.. itu memang idea saya sebenarnya.. hehehe, yesterday saya beli bahan tersebut dah hari ni, my mum masak, enak tak terhingga. hahaha.. memang best. saya suka, tadi makan panas-panas, lagu lah terserlah keenakan masakan tersebut. Kalau kat luar tu, mahu mahal seketul, so, baik saya beli je bahan-bahan then suruh mak masak. hehe.. lagi murah dan lagi sedap dan enak.

Saya sebenarnya tak boleh makan banyak sangat, sebab dieting kan... soo..hehehe...

eh! sebenarnya ada benda nak post ni.. tapi rasa cam malu je pulak... hehhe.. saya kan suka nyanyi, so I am going to add this voice recorder, yang saya telah nyanyikan, jikalau sudi, dengarlah, kalau tak sudi, takpe.. skip je..hahahha..


ni dia, tapi saya tak tau lah best ke tidak.. hahahha...

Assalamualaikum WBT

p/s: kalau tak boleh main, abaikan sahaja...