Nuffnang Ads

Sunday, June 30, 2013

Fashion Designer??

Assalamualaikum WBT, 

Apa khabar di waktu malam ni? Okay, esok Isnin. Hehehehe....

Memandangkan saya dan rakan-rakan sudah habis belajar tetapi kami mesti pergi jugak untuk menghabiskan pelajaran. Ada beberapa benda yang perlu kami sudahi. 

InsyaAllah, minggu depan mula lah untuk mengukur, memotong dan menjahit baju SENDIRI!!! InsyaAllah, saya akan memulakan diri dalam industri ini, Fashion yo!! Tapi masih banyak saya perlu belajar, so, dengan adanya internet sekarang ni, say akan mencari sebanyak knowledge untuk menceburkan diri dalam industri ini. 

I too have friends who really into fashion industry and I am so proud to do what I love the most. Fashion. I may do not have formal education in fashion but I do have the heart of John Galliano, Elie Saab, Alexander McQueen, Chanel, and so many other fashion designers in the world. I just need time to convince people about it. Convincing people without knowledge is useless, therefore, I need knowledge, darling. I have the knowledge in my own way now, but not Fashion knowledge. Hehehe... 

Therefore, the need for me to learn more is crucial. Hehehe..

Saya nak berehat sekejap, then jap lagi kol 12.03 on TLC, saya nak tengok Project Runway Season 10. Talking about knowledge, international standard darling!! hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya nak muntah jap!!

Saya hanya blogger kecil.

Assalamualaikum WBT,

Terbaca satu tulisan daripada seorang blogger terkenal, beliau juga adalah seorang wartawan sebuah stesen television.

Terbaca satu entry beliau yang seolah-olah Kerajaan kita ini betul. Kenapa macamtu, takkan sampai tak boleh nak kritik langsung. Di negara lain pun begitu juga, kata kita mempunyai kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi yang baik, kenapa langsung tidak boleh mengkritik, maksudnya, saya juga menyokong Kerajaan Barisan Nasional, tetapi takkan langsung tak boleh sentuh, kadang-kadang, kritikan perlu dalam penambahbaikan. Bukan berniat untuk menjatuhkan, tetapi berniat untuk membina, Itu sahaja. Aduh, payahlah macamni, sampai tak boleh sentuh. Kesian kat kerajaan nanti.

Tapi siapalah saya kan, hanya blogger kecil yang tiada nama, saya pun bukan seorang wartawan, bukan seorang blogger famous, bukan. Saya hanyalah seorang yang ingin menulis, menulis untuk diri sendiri tetapi dengan harapan ada yang membaca. Susah? Iya, hidup memang susah. Harap maklum. 

Alhamdulillah, sekarang hari ni panas, insyaAllah, hari akan panas sampai ke petang, moga-moganya lah. Amin. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Cuba menjadi baik untuk semua.

Perancangan jangka panjang???

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di pagi ahad yang hening ini. Ramadhan dah tak lama dah, esok lusa dah ramadhan, apa eyh persediaan kita? Kakak saya dan buat persediaan dengan bangun seawal 5 pagi untuk bersedia membuat persediaan untuk bersahur. Mak saya minggu depan dah nak bersiap sedia untuk persiapan sahur. Saya?? Aduh... hahaha. mungkin macam selalu kot, awal-awal, makan nasi, pertengahan minum milo dan pengakhiran tak bangun terus. hahhahaha.. bengong kan? tapi takpe, insyaAllah, kita boleh ubah benda tu, Janji hati mahu kan?

Seperti mana yang anda semua maklum, saya sudah habis kan. Semalam, mak cik saya balik dari KL, then, dia cakap, "jom lah g KL, kerja kat boutique, boleh belajar lagi". Terkesima kejap, iya lah, agak terkesima lah sebab baru 6 bulan skill ni, dah nak bekerja di boutique, aduss... bukan hebat sangat lagi.

Iya, saya tahu, semua orang tidak hebat dipermulaan, cuma, ada banyak perkara yang perlu saya fikirkan untuk melangkah, Sekarang saya sudah melangkah kecil, takkan terus nak melangkah besat tanpa ada apa-apa persiapan. 6 bulan tak cukup untuk melangkah besar, lagipun, skills need to be perfected and perfecting skills is not an easy task. Trust me. When my first time using the industrial machine, man! It was not easy and but then, now I manage to control machine. Alhamdulillah. 

So, sekarang, saya mula memotong baju dan menyiapkan baju untuk keluarga. Iya la, family first kan baru lah berkat. Kalau keluarga suka, baru kita buat untuk orang lain, kalau keluarga tak suka apa yang kita buat, in my case, pakaian, so, do you expect orang luar suka apa yang kita buat?? Buat ke pakaian yang kita buat tu tak sedap dengan orang lain, camne? Tak ke payah nak convince orang tu datang dan be regular kat tempat kita? kan? haaaaa.. camtu lah.. so, family first yay!!

Sokongan family saya memang hebat!! saya suka, mereka pun suka dengan apa yang saya buat.

Teringat kata kawan tadi, dia post kat FB,

"If you do not want to commit, then, do not jump into it" - Nadhirah Ahmad.

Assalamualaikum WBT

p/s: Need to breath.

Saturday, June 29, 2013

Hormati Cikgu??

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat walafiat kan? Alhamdulillah, saya pun sihat.

Orang selalu cakap, 

"Hormatilah guru, sebab guru itu telah memberikan awak ilmu dan mintak halal kesemua ilmunya".

Okay, dari satu sudut, ia amat betul, tapi cuba pandang dari sudut ini pulak, kalau seorang guru tersebut membiarkan anak muridnya terkapai-kapai macamne pulak? Adakah dia perlu meminta halal segala masa yang terBUANG dan segala penat lelah anak muridnya yang, maybe, mendaki bukit or berhabisan sebab nak belajar? *tambang bus, minyak kereta, minyak motor, makan dan sebagainya disebabkan nak menghabiskan modul? Adakah beliau juga perlu mintak halal?

Itu adalah satu pertanyaan. Pertanyaan kadang-kadang perlukan jawapan, tetapi, kadang-kadang, tak perlu pun jawapan, cuma simpan dalam diri masing-masing. Sendiri tahu, sendiri take action kan? Habis cerita.

Saya sekarang, alhamdulillah, sudah habis latihan, dan sekarang saya nak fokuskan terhadap kerja menjahit, dan saya insyaAllah, akan menjahit baju keluarga, baju kurung, baju melayu dan lain-lain. Untuk diri sendiri, saya akan buat beberapa baju lah, insyaAllah. Ingat nak pakai seluar slek yang dibuat, MALANGNYA, SENTENG! bodohkan? menyampah!

Alhamdulillah, Cikgu Izam yang ambil alih tugas, terima kasih cikgu. Saya berada di sisi cikgu, ada hari-harinya cikgu pening, migrain, banyak fikir sebab banyak perkara yang perlu disettlekan. Iya lah kan, ada orang tinggal tahi, kita lah juga yang kena sapu. Tapi ingat, orang yang tinggalkan tahi tu, mintak-mintaknya punggungnya tak berbasuh, biar berbau sampai MATI!

Cakap pun tak guna, Biarlah, Allah SWT ada.

Assalamualaikum WBT

p/s: Terima kasih Cikgu Izam!!!

Friday, June 28, 2013

Tamat sudah Latihan di GIATMARA RAUB!!!

Assalamualaikum WBT

Apa khabar? Hehehe.. alhamdulillah, saya dan rakan-rakan telah menamatkan zaman bujang... hehehe.. tak lah, kami telah menamatkan 6 bulan di GIATMARA Raub dan saya ambil Kursus Fashion dan Dressmaking dan saya sudah habis!!

Okay, baik, sekarang saya buka tempahan untuk baju raya. *verangan lebih. Takdelah, saya sekarang masih dalam proses belajar dan sekarang sedang mencuba membuat baju kurung dan melayu untuk diri sendiri dan keluarga, insyaAllah, lama sikit lagi, saya akan cuba amik tempahan.

Nak tahu my biggest critique sapa? Of course lah my family, kalau orang lain, mereka mungkin akan merasakan respect ke, tapi dalam keluarga, memang takde, bukan tka respect, cuma pendapat keluarga adalah yang paling jujur sekali. Seyes! hahaha.. that day, saya buat baju melayu modern warna pink *kain tu je ada, then, letak lah tribal pattern pada poket, akak saya cakap, warna dah cantik pink tu, tapi poket pelik! hahaha. i was laughing and did not say anything, Kalau dalam FND tu, kalau buat salah sikit, jawapannya adalah fashion. hahaha. sampai ke sudah fashion. kelas! hahaha

Kekdahnya, sebenarnya kami tak habis lagi, sebab ada exam yang perlu diambil. Bukan nak menyalahkan sesiapalah kan, tapi kalau rasa modul tu tak berapa nak habis, jangan pandai-pandai sangat, itu lah, ini lah, menyampah! menyusahkan orang lain!!! tau tak perkataan menyampah derived from the word 'sampah', okay, kalau tak tau, meh nak bagitau, perkataan menyampah derived from the word sampah, and sampah orang simpan tak? No no no, sampah orang tak simpan, sampah orang buat dalam tong sampah or tak pun, bakar terus, biar hilang di makan api, Huhuhuhu.. so, tapi kalau dah berhenti nak buat camne kan,..  ha? cakap sal sapa? Takde sapa, cakap sal kucing depan rumah yang dok berkeliaran ni, gatai sungguh, cam sampah! hahahah...

*as long as I did not mention any names, so, hahaha..

Baik, sepanjang saya berada di GIATMARA Raub, saya bukan hanya menjadi seorang pelatih GIATMARA Raub, saya dengan bangganya menyatakan, *riak!! hahaha,. takde lah, saya juga menjadi Setiausaha bagi Badan Perwakilan Pelatih, kalau kat U tu, jadi ca, MPP ar,, hehehe.. tapi skop dia lebih kecil, tapi tanggungjawab sama berat, serious! Memang berat! Dan tadi, saya sekali lagi dianugerahkan oleh tenaga pengajar sebagai Pelatih Terbaik Kursus Fashion and Dressmaking, Criteria?? Berbudi bahasa, hormat orang tua, calon suami, dan baik paras rupa! hahahaha. takde lah!! saya pun tak tahu, dengar-dengar criterianya adalah, pandai bersosial, tidak pemalu, suka bercakap, suka berlawak, ceria, baik, cantik, body menarik, *ehhh!!! tetiba! hahahaha...

Tak percaya? Meh tengok sijil yang disediakan oleh, *disediakan oleh amat penting yer, takut nanti kerja orang lain, orang lain tulis disediakan oleh, ibarat kata Lembu punya susu, sapi dapat nama, gitu ar. hahahha.. Yang menulis surat tersebut adalah, Puan Harmiza binti Zakaria,Kerani Eksekutif Tahap 3, ingat tu, walaupun dia adalah kerani, tetapi, ibarat kata, dia pemegang kunci GIATMARA Raub, *memang dia pegang kunci GIATMARA Raub pun, hahahaha... kalau takde dia, memang tak masuk la!! tengok, betapa pentingnya dia, and kalau takde dia, takde lah cikgu-cikgi serta staff2 nak tuntut claim. Nganga je laa...ngaaaaaa..... hahaha...

Okay, nak tengok gambar tadi kan?? ni haa...

Pelatih terbaik uolsss...hahaha

Jadi SU BPP.. hehehe
Okay, nak tidur lak, esok kena naik GIATMARA Raub jap, ada tugasan untuk disiapkan, nak kemas bengkel then sapu-sapu dan finishkan kerja yang tidak sempat disiapkan tadi, okay? hehehe..

Sambil-sambil tu, kalau rasa nak tempahan, baju, boleh lah PM saya, *hahahaha. tade-tade,, saya tipu je, saya masih tak yakin dengan kebolehan saya, tak perfect lagi, bila saya dah yakin nanti, saya iklankan eyh... ada kawan mintak buat jubah cecantik dan ala-ala muslimah gitu, insyaAllah, saya akan cuba usahakan. Jangan risau! Saya akan cuba...

Assalamualaikum WBT

p/s: Terbanyak bebel lak malam ni. heheheh

Thursday, June 27, 2013

Persamaan Encik BEN dan Encik MAT di Dunia Blog.

Assalamualaikum WBT,

Bercakap fasal Copy and Paste, hurm.. mesti banyak perkara yang terlintas di fikiran anda kan? Iya,  kita berblog bagai nak rak, tulis ilmu, tulis perkara-perkara yang hebat, berita dan cerita lain-lain, alih-alih, isi kita diambil dan dicolek dan diratah-ratah oleh orang lain, itu adalah perkara yang terakhir untuk kita fikirkan kan? hehehehe... TIDAK!! Sebenarnya, copy and paste isi blog lain adalah sebenarnya satu kesalahan, NAMUN, ia tidak menjadi salah jikalau ada backlink, bukan apa, at least bagi lah credit sikit kan, sebab, bukan awak yang tulis entry tersebut.

Tapi pada sesetengah orang *yang meng-copy tulisan orang lain tanpa backlink, itu adalah perkara biasa

"Eh! takyah letak backlink lah, lagipun, dia dah famous".

Haa.. ni nak cakap sikit, yang dah famous tu lah yang bahaya, *bukan bahaya apa, bukan, cuma buat kalau orang yang famous tu hati cam saya, sikit-sikit nak saman,hahaha, ha? Tak ke naya, Ingat! awak berdaftar dengan blogspot or wordpress dan lain-lain, dan setiap email yang awak buat, ada maklumat diri, lain lah kalau awak buat 600 email untuk diri awak sorang, *psycho!! 

Contoh mereka yang sering di copy adalah Encik BEN, sehangat Teduhan Kasih diri beliau. Gambar FB dia, nama dia, dikopi dan dipastekan, dan, ada sesetengah menyamar menjadi dirinya, Apakah anda tidak yakin dengan diri anda sendiri? Please! Yakinkan diri dan gunalah identiti diri sendiri, okay? Kesian encik BEN, nama elok-elok, nanti orang lain buat salah, dia yang kena buruk...tak baik!! DOSA!!!

lagi seorang blogger yang sering mendapat perhatian, of course lah Encik Mat dari Dapur Tanpa Sempadan dan ada beberapa kali dia meluahkan rasa tidak puashati sebab hasil kerja dia diciplak dan ada yang lebih berani mencilok gambar milik beliau dan meletakkanya di dalam majalah masakan!! TAK MALU WOI!!! TAK MALU!!! please lah, jangan lah buat camni, susah sangat ke nak amik gambar makanan? 

Okay, memang susah lah kan, kalau editor majalah tu sendiri tak masak kot, sebab tu ada yang sanggup mengambil gambar dari Cik Mat, ohhh.. tak malunya.. kalau saya tu, malu wehhh.. malu!!!

Tapi cakap banyak pun tak guna kan? Bukan apa, ramai je peng-kopi diluar sana yang saje je tutupkan mata dan pekakkan telinga dan terus mengkopi tanpa rasa bersalah. 

Dah lah, mengantuk, esok nak fokus dan esok jadual pack, maklumlah, hari last! hahahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: keletihan. Bukan senang nak jadi Usahawan Fashion ni...

Hari-hari terakhir sebagai seorang pelatih GIATMARA Raub

Assalamualaikum WBT,

Ya Allah, dah bersawang da blog ni, selalunya saya tak miss nak letak satu dua entry di papan screen anda sekalian, gitu! hahahha.. 

Okay, malam semalam, kami di GIATMARA Raub telah mengadakan satu majlis khas untuk Encik Mohd Nazari bin Leman dan juga para pelatih CNB (Confectionery and Bakery) dan FND (Fashion and Dressmaking) .

Encik Mohd Nazari akan berpindah ke Pejabat GIATMARA Negeri Pahang dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Pahang, tahniah Encik!!! Cayalah!!! 

Para pelatih CNB dan FND pula akan menamatkan latihan mereka pada esok hari!!! 28 Jun 2013.. cayalah jugak!! setelah 6 bulan, tidak sia-sia kita terbabit dengan pelbagai jenis event, pilihanraya dan macam-macam kenangan yang tidak akan dapat dilupakan, segala kenangan manis, pahit akan dijadikan pedoman dan kompas buat kami di masa hadapan. Hehehe. *puitis sikit.nak tengok gambar??

Dato' Shahiruddin bin Haji Abdul Moin pun ada datang ke majlis kami semalam. Seronok, saya nyanyi lagu Cek Mek Molek, *bapak tinggi lagu tu rupanya.. dengan live band wa cakap lu!!! Memang tangkap lentok habis!!! saya suka lah nyanyi dengan live band, lebih terasa artis gitu... hahahha. *pedulik tak saya suara saya camne..hahahha.. wek!

Saje letak.. hehehe..

Nyanyian bersama...

Pelatih? basuh pinggaannn...hahahha
Haa.. boleh dikatakan, ini adalah majlis yang paling meriah, nak-nak pulak atas bukit, memang meriah lah. GIATMARA Raub sememangnya diatas bukit dan kalau live band tu memang dengar la orang bawah-bawah nun kan.. tapi tengok juga, kalau banyak kereta, tak dengar jugak kan? hahahha...

Okay2, I will write later, nak mencari bahan jap!

Assalamualaikum WBT

p/s: Esok hari last kami di FND...tata!!!

Sunday, June 23, 2013

Esok Hari Pertama untuk Minggu Last!!!

Assalamualaikum WBT,

Mata saya sekarang gatal-gatal lah!!! Aduh, pedih bagai, ini adalah kesan daripada udara yang bercampur asap yang diterbangkan dari Indonesia. Menyampah betul!!

Tapi tak tau nak salahkan sapa kan? hahahha, bukan apa, ada satu tahun aritu kecoh gak kan ada jerebu sampai ke Malaysia ni dan ada pihak cakap ia berpunca daripada tindakan satu pihak bank di Malaysia yang membakar tanah untuk ditanam KELAPA SAWIT. Sejauh mana kebenaran itu, sumpah saya tak tahu. hehehe.. tapi bukan menyebarkan fitnah ke apa, cuma menyatakan khabar angin. *tak sama kan? hahahaha. 

Dah lah, sebenarnya, takde apa pun nak dipostkan kat sini, mengantuk dah ni, esok adalah hari pertama bagi minggu terakhir kami di GIATMARA Raub, wish us luck!!

Assalamualaikum WBT

p/s: salam nisfu syaaban!! tak lama nak puasa!! yeay!!

New Print on Baju Kurung Traditional.

Assalamualaikum WBT,

We were given homework and I just finished doing my homework. The home was Fashion Sketching. Hehehe.. my all time favourite.

Well, my dad asked me just now,

"are you really into sewing and fashion?"

I was in silence, may be I just do not know what to say. I was stunned with that question. hahaha..

Well, I have practice my drawing skills and I did get some feedbacks from my friends. Here is the picture.


This is just the print design, the cutting just the like the baju kurung traditional. Hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: comment plese.


Friday, June 21, 2013

Reboosting the energy!!

Assalamualaikum WBT,

Good evening everybody. I do not know why, I just feel writing in English, so, English language it is.

Well, tonight, I have nothing much to be posted because I have posted my 'anger', 'sarcasticmness' and 'bitchiness' in last post, make sure you read my every post eyh? Thank you.

I need to sleep as early as I could tonight, because tomorrow, we will be having a class at GIATMARA Raub with our beloved teacher, Puan Sarizam bin Mat Adam or we called her, Cikgu Izam. 

The class that we are going to attend tomorrow would be the replacement class and GOD!!! I hate that another teacher, you literally made our lives miserable. No kidding, I am not kidding. Please. There is no joke about you, you know why? Because, our talks are not BULLSHIT like yours. 

Well, whatever it is, since that we actually manage to get a lot of things done in these six months is actually a great achievement. Yes, it is. 

To be honest, Cikgu Izam taught us a lot and I am glad to know her better, I love all my colleagues and most of all, GIATMARA Raub has a lot to offer. I really hope that the new environment would lead to better future for the students of GIATMARA Raub.

Assalamualaikum WBT

p/s: I am wondering, when would be the new GIATMARA Raub would done?

Let's talk about responsibility guys!!

Assalamualaikum WBT,

Good afternoon everybody. It feels like like, so damn tired and I am like so want to sleep, but I still want to watch television. I need some entertainment, well, obviously, my entertainment would be from television. hehehe..

Well, before that, I need to post one small, tiny thing.

Do you what is responsibility? Well, if you know, then, great, 10 great marks for you, but if you don't, then great too, I will tell you what is responsibility with examples.

Okay, let say, I am studying at GIATMARA but then, I had one teacher who taught me and my friends fashion and dressmaking, but then, that 'amazing' teacher said that "you need to come to class, otherwise you'll not be able to catch modules that we have planned', but then, amazingly, that very teacher DID not come to class and teach, instead, she wondering around town and do nothing, well, she does something, opening outlet eyh? Amazing.

I still remember about this saying of hers, she said,

"I love my students, I love you too, I want all my students to finish all the modules and in fact, we need to speed up to finish our modules, I love my students so much".

BULLSHIT??? hahaha,,yes, bullshit, everything that came from her mouth is bullshit. She said a lot of things that really do not make sense. She said she love her students and she wants to finish all the freaking modules, but then, like, almost a month, she did not come to GIATMARA Raub and teach us. Is that love? or just makan gaji buta? Is she really a human with heart. Obviously, she is a human, just human, with no heart. Sorry to say.

That one day, she came to GIATMARA Raub and I asked her,

'Hows your health? Is it okay?"

She answered,

"Yes, I am fully recovered and I am healthy as pink but I want to finish my general leave".

Im like? What?? Responsibility, HELLO!!!

Okay, back to our topic, responsibility, she does not have that character. She said she is a entrepreneur and she wants to lead her mentee under her to success, well, with that 'amazing' attitude, does she really have the qualification to even become a mentor? *please.

Last but not least, I have lost my respect towards her looong time ago, well, about two month after I enrolled to GIATMARA Raub. Yes. Sorry to say. 

Assalamualaikum WBT

p/s: I may say bad thing about her, but she already picked my name in her letter, so, I am not picking her name here, but everybody knows what her made of.

Thursday, June 20, 2013

"Eh, awak tak nak kahwin ke?"

Assalamualaikum WBT,

Orang selalu tanya saya,

"Eh, awak ni dah umur berapa? 25 kan?, takde awek lagi ke? girlfriend ke?"

Pada mulanya, iya lah, orang tanya kan, saya malu-malu nak jawab, tapi as usual, practice and proactive makes perfect kan, dah banyak kali orang tanya, jawapan saya, makin lama makin hebat. hahahha.. nak tahu jawapan saya apa?
 
"Saya bukan tak nak ada girlfriend ke apa, cuma, takut nanti tak boleh nak beri komitmen terhadap benda lain, iyalah, saya tengok orang lain, ada yang 24 jam tepon, ada yang 24 jam bermessage dan ada juga 24 jam kena report apa-apa benda nak buat. Mungkin itu cara dorang, tapi tidak saya, saya masih ada banyak benda yang hendak saya buat. Mungkin saya anggap berkasih ni cam ekor burung cawi, kena berkepit sokmo, tak bosan ke?, Lagipun, saya ni mana kerja lagi, takkan kuar nanti nak guna duit aweks kan? Tak gentle lah.. hahahha.."

Itu jawapan saya, kalau korang? camne? Mungkin berbeza dengan saya, baguslah, Allah ciptakan manusia berbeza-beza, cuma kita je yang cuba menyamakan manusia ni. Please. 

Takpe, kalau dah jodohkan, takkan kemana. *kelas tak jawapan saya? hahahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: ku mencari, ku mencari,, apakah salahku... hahhah

Wednesday, June 19, 2013

Christina Aguilera dah kurus!!!!!

Assalamualaikum WBT,

Hello!!!! Apa khabar semua?

Siapa nak tahu siapa yang telah menghilangkan beratnya? Siapa? siapa? siapa boleh teka? sesiapa yang mempunyai kehebatan meneka tersebut, dipersilakan kehadapan! hahaha. 

Baik, kakak saya yang saya amat sayangi, *please, telah berjaya menghilangkan or menurunkan berat badannya lebih 20 pounds!!! hebat gilosss!!! siapa? haaa... meh saya nak tunjuk gambar... saksikanlaaaaahhhh~~~~

Early 2012
present

present

present
 Amazing huh? YES!! Christina Aguilera!!!!! She is my sister! hahahhah.. kami ada suara yang lebih kurang je.. hihu.. suara saya kurang sikit je control daripada dia.. hahahahaha.. *buek..

Hebat dia kan, mungkin sebab pressure from media and also words from Joan Rivers, dia membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dan tada!!! she made it darling, she made it!!!

So, adakah saya ingin seperti ini? Aduh, baru je makan 4 ketul gulai asam ikan patin tadi.. huhuhuh,. camne tu?

Assalamualaikum WBT

p/s: kurus. kurus.. kurus....

Tuesday, June 18, 2013

Kursus dah nak habis, modul tak HABIS LAGI!! Aduh!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Mesti anda semua sihat kan? Alhamdulillah,

Baik, hanya tinggal beberapa hari sahaja saya dan kawan-kawan GIAT akan berada di GIATMARA Raub, ini kerana, kami akan tamat belajar tak lama lagi, TETAPI!!! masih ada beberapa modul yang tidak habis, sebab ada cikgu yang tak mengajar, 

Adakah perlu langkah extreme lagi drastic dilanjutkan ke GIATMARA Induk di Kuala Lumpur?

Ada saya terfikir akan menulis sesuatu mengenai hal yang sedemikian, tetapi, hati ini masih diberitahu supaya tunggu supaya dia berubah. Tetapi, mungkin orang seperti ini tidak boleh dan tidak mahu berubah. Aduh, pening kepala.

Kalau hendak dikatakan takde masa untuk mengajar, jauh sekali, beberapa kali terserempak di luar. Hebat? Mungkin, tapi Allah SWT ada, jangan lupa. 

Dah lah, bersedia je lah yer.

Assalamualaikum WBT

p/s: hajat untuk belajar dengan ikhlas, tetapi begini jadinya, nasiblah kau.

Monday, June 17, 2013

Fashion Terbaru 2013.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan?

Well, as we all know kan, Tribal is in Malaysia. Lambat sikit kan? Maklumlah, fashion bermula di negara Barat kan, nak sampai Malaysia ke main lambat. Sekarang kita boleh tengok banyak prints yang berasaskan Tribal. 

Sebenarnyakan, tribal prints or unsur-unsur tribal ni memang dah lama dan Dunia Fashion ni. Bukan baru sekarang, dan memandangkan Tribal prints baru sampai Malaysia ni, *well, tak silap saya, Tribal dah 2 -3 tahun lepas, kalau tak silap lah, tapi fashion ni sebenarnya bersifat recycle. Ia jenis yang berulang, contoh, peplum, dulu dah ada, zaman datuk nenek kita kan? cuma, sekarang, difamouskan balik dan now everyone knows what peplum is. Hebat tak media? Hebat!

Okay, sekarang kehangatan baju lelaki disuntik oleh banyak pereka fashion (both couture dan ready-to-wear), cuma, sekarang kan musim agak panas kan, so, kebanyakkan mereka menggunakan fabric cam wool, light wool untuk diadaptasikan supaya mudah dipakai dan tidak against the nature lah, gitu.

Ada juga yang menggunakan fabric cotton jersey untuk mendapatkan drop yang baik pada baju, pemilihan fabric sebenarnya terpulang kepada pereka dan team. Tapi kalau kat Malaysia ni, cotton jersey dan wool adalah yang pilihan fabric yang terbaik. 

Dan sekarang, ada trend tunic untuk Male sebab cuaca panas, senang untuk dipakai dan fits all sizes. Tapi ada juga male designers yang masih mengekalkan jacket,  long trousers dan structured garments, masih ada dan ia tetap menjadi ensemble pilihan ramai jejaka di luar sana. 

Simple cutting shirt is back! TUnic is back dan ia on men to choose to be fashionable. Boleh sebenarnya, tanpa berbelanja besar. DIY pun boleh kalau nak mengikut trend lah, cuma, berhati-hati sebab kadang-kadang, terlampau nak mengikut trend, had berbelanja di pejamkan, hati-hati okey? 

Mari tengok semua gambar ni.


Christopher Kane

Christopher Kane




Nak trend dan fashion terbaru??? Pergi ke laman web ini, HommeModel  

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok buat baju.

Sunday, June 16, 2013

Lawatan Sambil Belajar Pelatih GIATMARA Raub Sesi Jan 2013 ke Kuantan! Seronok sekali!!!

Assalamualaikum WBT,

Sudah sampai saya di rumah, selepas 2 hari 1 malam di Sanctuary Resort Cherating bersempena Lawatan Sambil Belajar Pelatih GIATMARA Raub Sesi Jan 2013 ke Cherating, Kuantan. Alhamdulillah, rata-rata semua berasa seronok dan jelas sekali, keeratan kami semakin bertambah erat.

Tenaga-tenaga pengajar yang turut serta juga menjadi penyeri dalam program tersebut, tanpa anda sekalian, program seperti ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Amin. Alhamdulillah. 

Hari-hari kami di sana agak meletihkan tetapi disebalik keletihan yang dilalui, jelas terpancar ke keseronokan yang ada di wajah setiap para pelatih yang pergi menyertai program ini. 

Esok, Pengurus GIATMARA Raub dah cakap, datang giat, wajib! sebab esok ada Assessment GCPA. Okay> saya pun nak menidurkan diri, tak tau lah bangun pukul berapa tapi insyaAllah, saya tidak akan lewat, hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok!!!

Hari Kedua : Sukan Erat Lawatan Sambil Belajar Pelatih GIATMARA Raub di Cherating, Kuantan.

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar? Hari kedua dan hari terakhir kami di Sanctuary Resort, Cherating.

Hari kedua ni, kami bersukan di pagi hari... seronok weh!!!  Kami bermain bola tampar, makan epal dan belon air. Hahahaha.. seronok.. memang seronok arr...

Sekarang ni kami sedang main belon air. Seronok!!!

Enjoy gambar di bawah ni.

Assalamualaikum wbt

P/s: jap lagi nak main polo air lak!! Saya nak main air jer..hahahah

Saturday, June 15, 2013

Mandi manda di Sanctuary Resort..

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar? Semua sihat kan? Sesudah sampai di Sanctuary Resort, Cherating, kami duduk-duduk rehatkan diri. Ada yang bermain sukan air, dan saya? Saya duduk dalam bilik dan sekarang ni baru je lepas mandi. Seronok sangat, tapi kena simpan tenaga sebab main air ni memang letih dan menghabiskan tenaga.

Jadi saya kena save tenaga sikit sebab letih. Hihu.. sekarang saya duduk dalam bilik jer. Hahaha... letih sangat.. naik bas.. orang lain takpe lah... dorang memang banyak tenaga... not me darling..  not me.. hahhaha..

Nak tengok sukan apa yang mereka mainkan? Jom!

Assalamualaikum wbt

P/s: seronok.

Sudah sampai ke Sanctuary Resort, Cherating.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, sudah sampai ke Sanctuary Resort, Cherating. Hehehe..

Bercuti seketika di sini. Huahuahua...

Assalamualaikum wbt.

P/s: nak masuk bilik. Hahaha..

Lawatan Sambil Belajar Pelatih GIATMARA Raub Sesi Jan 2013 ke Kuantan.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Kenyang sudah dah agak letih sebab perjalanan yang agak panjang. 4 jam kot.. lebih kurang.. hehehe...

Okay,mesti ada yang nak tau saya pergi mana kan? Baik, saya sekarang berada di Cherating, Kuantan. Kami sekarang sedang mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuantan. Kami akan duduk di Sanctuary Resort, Kuantan. Hehehehe... ibarat kata bercuti lah, tapi ia lebih bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim kami, pelatih GIATMARA Raub.

Ramai jugak yang dapat hadir, alhamdulillah, cikgu-cikgu yang turut serta adalah, cikgu izam, cikgu munirah, kak miza, pengurus encik nazari pun ada. Hehehe.. insyaAllah, ini adalah rombongan yang terbaik.

Lagipun, saya dapat menulis kertas kerja untuk lawatan ni. Alhamdulillah, lawatan ini adalah dari pelatih dan pengurusan kepada pelatih. Alhamdulillah. Amin.

Nanti saya update lagi eh?

Assalamualaikum wbt.

P/s: nak menuju ke resort tepi laut weh.. ini rombongan mak datin... bukan rombongan cik kiah. Hahahha

Friday, June 14, 2013

Famouskan diri dulu baru jadi PELAKON? OK?

Assalamualaikum WBT,

Nampaknya, nak jadi artis sekarang ke famous dulu, buat lah kontroversi dulu ke, then dah famous, baru amik keputusan jadi artis, tak gitu TV3? Hebat kan?

Bukan apa, terbaca artikel di mStar Online ni, Click Sini

Kalau camtu kan, kesianlah artis-artis baru nak naik tu, betul cakap  Izham Omar
"Tambah Ahmad Izham, walaupun sering memilih nama-nama popular, pihaknya tidak pernah mengabaikan bakat-bakat baru sebagai cara perkenalan kepada penonton."
Betul lah tu kot, sebab jarang no tengok pelakon baru kat TV3, hihu.. Tapi considerlah jugak, taulah Gatekeeper kata something kena ikut kan? Tapi takkan langsung takde suara dalam tu kan? Aduh...

Tapi iya lah, nak buat camne, Media Prima adalah satu-satunya Station TV swasta *apakah makna swasta jikalau camtu? kat Malaysia ni, so, kalau nak buat cam telemovie ke or short stories ke, sila buat youtube account then post je kat Youtube, guna camera biasa pun takpe, janji feel dapat. kan? hihu...

Dah lah, nak kemas, sok nak jalan.

Assalamualaikum WBT
 
p/s: Ada ke orang nak ada saya punya tulisan ni? ahhaha

Wednesday, June 12, 2013

Tujuan Belajar Menjahit yang sebenarnya...

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya menonton cerita The Rachel Zoe Project or The Rachel Zoe kat beTV, best, tersangat best sebab menepati ciri-ciri yang saya suka. Lagipun, memang saya suka sangat benda-benda fashion tu, bukan apa, dapat tengok pun jadilah kan.. tahu diri tak berkemampuan. hahahaha.. sebab tu amik jahitan, so I could design for myself make clothes for myself. Hehehe.. nampak tak tujuan utama kat situ.

Okay, ada sebab kot saya suka menjahit dan ingin belajar menjahit. Okay, saya seorang yang berbadan yang besar dan dari dulu lagi, mencari sepasang baju adalah satu perkara yang mencabar dan adventurous. Memang mencabar sebab selalunya payah cari baju. Nak-nak cari kasut. ya Allah, fine, kaki saya saiz 11-12, ikut cutting kasut lah. Kalau time nak buka sekolah je, sampai ke KL cari kasut, paling dekat Bentong, semata-mata nak mencari kasut sebab saiz kaki besar. Bayangkanlah, mana lah ada kedai jual kasut sekolah saiz 12? kan? BATA pun takde wehh.. pening sungguh... saiz 10 pun kadang-kadang pun saya beli juga, dah takde saiz. nak buat camne kan?

Okay, berbalik kepada baju tadi, saya mempunyai badan yang agak besar, bukan agak lah kot, besarlah senang sikit, kadang-kadang bangga dengan badan, most of the time not. hehehe... selalunya nak cari baju melayu, masa dulu kan, takde lah nak hantar ke tailor ke apa ke kan... so, nak beli lah kat kedai baju cam orang biasa-biasa lah kununnya, selalunya abang saya dapat je baju yang fit dengan badan dia sebab dia dulu kecil, tapi kalau time saya lak, memang jarang dapat. Ada sekali tu, kena pilih baju kat tempat orang dewasa sebab memang takde saiz kat budak-budak under 12. Malu? Ada juga kadang-kadang sebab dulu orang cakap, 

"eh, baru 12 tahun, saiz baju dah beli orang besar."

Masa kecil dulu senyum je lah kang, tapi cuba cakap sekarang ni, memang free-free je lah saya jawab,

"eh? nak tanya sikit, mak bapak kau, bagi aku duit ke beli baju ni??"

Kan? harsh sangat ke? Please, takde yang kurang hajar kalau mulut orang lain camtu, please. Okay?

Itu lah dilemmanya, tapi memandangkan sekarang saya alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya sudah pandai buat baju sendiri, cuma, mesin and other equipments lagi yang masih takde, tapi insyaAllah, raya ni, satu rumah ni akan dapat baju baru, insyaAllah, doakan kejayaan saya yer. 

Kalau difikirkan zaman dahulu, memang la kan? hahaha.. banyak perkara yang tidak difahami, bukan tak faham kot, cuma tak tercapai akal minda serta fikiran. hehehe.. Camtu lah..

So, ingat masa dulu untuk panduan masa sekarang dan masa depan. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: design clothes. nak buat clothing line sendiri. hahaha

Tuesday, June 11, 2013

Persamaan saya dan Rozita Che Wan MasterChef Selebriti Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? saya pun sebenarnya pun dah nak tidur dah tapi selepas menonton MasterChef Selebriti tadi, teringat akan kata-kata Michael Ng,

"tak kisah lah kita ni warna apa pun, bangsa apa pun, saya gembira dapat join MasterChef Selebriti ni. Kita semua sama sahaja, yang membezakan kita adalah kepercayaan (agama)".

Simple dan dalam maksudnya.




Tapi apa-apa pun, ada drama sikit tadi sebab Cik Ta (Rozita Che Wan) berasa dia sepatutnya pergi bersama Mike (Michael Ng), tapi ada kebenaranya apa yang Mike cakap tu, kita tak pernah tahu pun apa yang Cik Ta rasa, iya, semua orang ada rasa skeptical terhadap Cik Ta, iya, dia cantik, tapi ramai yang meragui bakat memasak dia kan? memang ada pun kan? Jangan nak tipu. 

Sebenarnya, saya pun pernah merasai benda yang demikian, oleh itu, saya sendiri dapat rasakan apa yang Cik Ta rasa, orang pernah tanya saya,

"Eh, masuk GIAT ke? Amik apa?"

Saya jawab,

"saya amik jahitan."

Orang tu cakap balik,

"Ha? badan besar camni amik jahitan? Perlu belajar juga ke jahitan tu? Bukan potong kain dan terus jahit ke?"

Apa perasaan saya masa tu? nak marah? memang ada. Rasa nak tumbuk, semestinya tapi kita fikir balik, manusia boleh cakap apa-apa pun, selagi mana kita tak berjaya, selagi itulah mereka akan cakap macam-macam kat kita, tapi bila kita dah berjaya, ramai pulak yang akan cuba menjatuhkan kita. Itu biasa, apa yang kita perlu ingat adalah, kita ada Allah, tempat kita mengadu nasib kita. Banyakkan berdoa.

Bila diingat kembali, salah ke orang besar macam saya ni menjahit? salah ke? hanya kerana fizikal tidak sama dengan seni yang diambil, pemikiran skeptikal perlu disebarkan sebegitu rupa? Berapa ramai pereka pakaian lelaki dalam dunia ni? Berapa ramai seamstress dalam dunia ni? Berapa ramai creative director dalam dunia ni? Dan berapa ramai wanita dalam dunia fashion? well, model tak termasuk, please. Lagipun, kalau saya cakap benda-benda creative directors, fashion, dan lain-lain, berapa ramai je yang tak melopong kan? 

Nak-nak pak cik yang cakap kat saya tu, haram tak tau benda-benda tu semua. hahahha, geli hati pula melihat telatah bodoh pak cik tu. Kesian.

Assalamualaikum WBT

p/s: Takziah diucapkan kepada Haniff Sidek diatas permergian ayahanda tercinta. Al-Fatihah.

Saya TAK SUKA Kucing sebab...

Assalamualaikum WBT,

Eiii... menyampah betul dengan satu makhluk Allah ni, nak benci rasa tak patut, sebab kita sama-sama makhluk Allah, nak disayangi, aduh.. siapalah saya kan?

Tapi, memang tak suka lah, ibarat kata, apa yang makhluk ni buat, memang menyakitkan hati je. Tapi ramai je yang suka makhluk ni, kadang-kadang, siap ada page sendiri kat Facebook. Menyampah!!! mereka ni sebenarnya, tak boleh dibuat kawan.. sebab apa? sebab, dorang ni TERLAMPAU KIUT...

Mencik lah. dorang ni memang kiut, kalau saya pun jumpa, rasa nak cubit-cubit je pipi mereka, nak gomol2 je mereka, nak pegang mereka, nak belai mereka, rasa eeeiiiiiiii.. menyampahnya!! sebab terlampau kiut, menci sangat!!! Kadang-kadang tu, kalau dorang lalu je, rasa nak tangkap dan letak dalam beg bawak balik. hahahha...

nak tengok gambar mereka yang kiut-miut ni?

"jilat telinga diaaaa..."

" aik? kenapa terbalik tu?"

"Mana aku tau lantai tu baru letak simen!!!"

" Kenapa comel sangat ni?"

" Kami selalu makan sekeluarga itu saiz"

"Okay, muka surat ni tak penting sangatt"

"Sejuk lah maaa"

Nak tengok lagi gambar tucing yang tomey-tomey ni?? Sila lah ke Dunia Kucing kat situ korang boleh tengok gambar kucing-kucing yang kiut miut dan memang cooommmeelll!!!! sangat!!! aaarrrggghhh...stress... hahahaha.. sebab comel sangat!!

Haaa? kalau korang search kat FB pun banyak gambar-gambar tiut miut ni.. try lah.. saya dah tak sanggup dah, dorang ni kiut sangat!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Suspen tak?

Kami Mulut Puaka! *selfproclaimed

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, sudah habis belajar di hari Selasa. Hehhee.. beberapa hati sahaja lagi kami akan belajar di GIATMARA Raub, nanti selepas habis belajar, saya akan buat review baik buruknya ye? okay tak? Ada cam rasa blogger top sikit. Hehehe..

Okay, kawan saya, Belle, ada post fasal, Orang yang mulut jahat tak semestinya jahat, tetapi orang yang mulut manis tak selalunya baik. Untuk pengetahuan ramai, ya, saya juga sebenarnya mempunyai mulut yang sangat puaka, tetapi, sepuaka-puaka mulut saya, saya tidak akan bercakap benda buruk JIKALAU orang tersebut tidak berbuat buruk.

Ada jugak setengah orang, muka nampak, baik, manis, sweet je nampak, tapi mulut! Ya Allah, ya tuhanku, kalah Wan Maimunah, *kenapa Wan Maimunah disebut? Tetiba terlintas. Kenapa tak Khatijah Tan? *Jangan bebankan minda anda okay? Kadang-kadang, yang mempunyai mulut jahat tu, baik orang nya. *maaf, bukan nak puji diri sendiri. Kawan-kawan saya di U dulu pun ramai yang mulut jahat, puaka tahap 10 pun ada. Okay, mulut puaka ada 10 tahap, saya tak sampai situ lah lagi, hahaha... tapi dengan training, insyaAllah, saya akan sampai. *apahal???? pening. hahaha..

Kalau yang mulut puaka kalau kat U dulu adalah, saya, Belle, Siti Aminah, Siti Zakiah, ni memang mulut-mulut kaw-kaw punya jahat, tapi tidak sampai mengata orang belakang-belakang, No main belakang okay? please. *aduh, mengarut lagi... betul,tak ramai yang boleh tahan dengan mulut kami ni, Bukan nak berbangga diri, tapi itulah diri sebenarnya. Takkan nak berpura-pura. Control boleh, tapi kalau dan berjumpa, apakah ertinya kan? Takkan masing-masing nak senyap dan tak tunjukkan true colours. kan? please. Be yourself kan.

saya pun kat GIAT pun mempunyai mulut yang akan lancang tetapi dengan orang-orangnya lah juga. Selalunya budak dalam kelas saya je, kalau kat luar-luar tu, takut dorang tak dapat terima kepuakaan mulut ku ini. Iya lah, 4 tahun train,. kan? hahaha.. Kalau dalam kelas, yang selalu kena adalah Umi. Umi umur dia 43 tahun, nak kata rapat, tak lah rapat sangat, nak kata tak kenal, menipulah. Cuma, saya suka mengenakan dia, sebab dia selalunya tak berapa kisah dengan mulut saya yang lancang ni. hahahha.. *kurang hajar mulut saya ni sebenarnya, tapi, saya dah cuba kurangkan dah.. dengan menyanyi. hehehe..

Dah lah, terlebih banyak pulak cakap. Nak makan. Dinner.

Assalamualaikum WBT

p/s: Mulut Puaka.
p/s: RM 350,000.00 wooo.. banyak tu pendapat Abang Nara.

Monday, June 10, 2013

Derma atau Tajaan?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda sekalian? Selalu tanyakan khabar kan.. seronok. 

Hari ni adalah hari yang agak gembira, sebab satu banyak kerja perlu dibuat, dua, hari tak berapa panas dan ketiga, tiada tekanan yang memuncak. Alhamdulillah, seronok. 

Tadi cakap-cakap dengan kawan, terkeluar dua istilah yang berlainan dan saya percaya, maksudnya juga amat berbeza bukan? cuba baca penjelasan saya dengan menggunakan akal fikiran sendiri dibawah ini...

'Sponsor' dan 'derma'.

Pada pendapat saya, sponsor adalah satu perkara yang diiktiraf manusia sedangkan derma ikhlas adalah satu perkara yang diiktiraf oleh Allah SWT. Sama? Fikir kembali, mana sama manusia dengan Allah SWT, kan? Kalau ada yang kata sama, bawa mengucap, banyak-banyakkan beristigfar. Dosa.

Mari kita bincangkan lagi, sponsor ataupun tajaan adalah satu perkara yang memerlukan iktiraf manusia, tetapi, jikalau sponsor tersebut tidak diuar-uarkan, maka ia jatuh pulak dalam kumpulan, derma. Derma ikhlas kerana Allah SWT mendapat pahala, tetapi jikalau sering disebut-sebut, maka ia jatuh pula dalam kumpulan riak dan ia hanyalah amalan sia-sia. Elok-elok dapat pahala, dosa pula menerpa muka. Nauzubillah.

Baiklah, kalau hendak dibincangkan isu ini memang panjang, tapi ambil lah mana yang baik dan buatlah kebaikan, tapi jikalau kebaikan dibalas kejahatan, atau peribahasanya, susu dibalas tuba, makanya, berhati-hatilah, rambut kita ni sama hitam, hati? Lain-lain weh. Bukan cakap sal warna hati tu, cakap sal hati tu sendiri. Okay? faham? Bagus.

Dah lah, saya nak buat kerja sikit, jap lagi saya update benda lain,

Assalamualaikum WBT

p/s: gatal muka lak!!

Sunday, June 9, 2013

Apakah ertinya?

Assalamualaikum WBT,

Tertanya,

Adakah manifesto kehidupan terlaksana?
Adakah tulisan selari dengan perbuatan?
Adakah ia hanya tarikan semata-mata?
Adakah padi ditanam dapat dituai?
Adakah lalang melata tumbuh disemai?
Apakah erti pegar menjaga padi?
Apakah erti ubat jikalau virus menyerang?
Terlindungkan diri?

Apakah erti penghambaan diri kepada Allah SWT jikalau hanya dimulut?
Jikalau hanya dijari jemari?
Apakah ertinya taubat jikalau masih melakukan perkara yang sama?
Apakah ertinya keluhuran jikalau terdapat sekelumit benci?
Apakah ertinya keikhlasana jikalau hati tersakiti?

Persoalan yang boleh mendatangkan muhasabah.

Assalamualaikum WBT

p/s: ...