Nuffnang Ads

Tuesday, July 30, 2013

Sibuk Punya Fasal, Sampai Tak Sempat Nak Update Blog.

Assalamualaikum WBT,

Rindunya nak update, tapi malangnya sibuk sangat, tak lama nak raya kan? so, banyak perkara yang perlu saya settle kan. Tadi, saya pergi bayar bil tunggakan yang tertunggak selama beberapa bulan, urmm.. 5 bulan kot, Bill broadband, celcom Broadband. jumlahnya adalah RM129.15. Hahaha. sampai surat peguam bagai, hihu. tu yang ketar sikit tu, kalau tak, saya biarkan je. Biarkan bukan tak nak bayar, cuma, hehehe... okay, next cerita.

Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan yang tak lama nak meninggalkan kita, *sayu rasa hati. Ramadhan adalah bulan yang mulia, cuma, kadang-kadang, manusia yang tidak mulia. Saya akui, saya pun tidak seaktif dulu ketika bulan Ramadhan. Kalau dulu, kemain lagi ke surau untuk mengerjakan ibadah, tapi mungkin usia meningkat muda remaja, hati memberontak melalaikan diri ku ini? Entahlah, semoga Allah masih menyayangi hamba-Nya yang hina ini. Amin.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, saya sudah hampir menyiapkan baju kedua-dua anak sedara saya, baju melayu, yang seorang lagi tu, tak potong lagi, tapi insyaAllah, esok saya akan potongkan dengan kadar yang segera. Hehehe. They are my very first customers, ever! tengok lah, kalau depa suka pakai, depa pakai, hahaha. Selalunya hari Raya pertama akan pakai baju Melayu, tapi saya, rasanya, hari-hari nak pakai baju melayu, sebab tahun ni banyak sangat baju melayu yang dibuat tapi tak pakai, hihu.... sengal kan? Nak sedekah, mana ada orang lain saiz badan saya yang comel lagi taff ni. hahahha.. *urrwweeekkk...

Dah lah, saya ni nak menyambung jahit baju melayu ni, at least siapkan malam ni satu, cantum je.

Assalamualaikum WBT

p/s: Baju melayu teluk belanga jer. hehehe..

Sunday, July 28, 2013

Jurujual Kurang Hajar di Kuala Lumpur.

Assalamualaikum WBT,

Tadi akak saya baru cerita kisahnya di SOGO tempoh hari. 

Akak tanya sales girl kat SOGO tu, Kids Department dekat BEN 10 tu, my sister asked about the shorts for my nephew lah kan, then you know what the girl answered,

"Akak, semua seluar ni mahal lah.. takde yang murah."


*maaf lukisan agak buruk..hahaha
 
Bila akak cerita camtu, I'm like what?? di manakah saya ketika peristiwa penting itu berlaku. Iya lah kan, tak respect langsung, awak tu sales girl je pun, payah sangat ke nak jadi sales girl. I mean, to be honest, that kind of anwer is really rude. Sepatutnya sales girl tu tahu menjadi seorang sales girl memang kena baik, tak kisah lah apa yang terjadi kepada engkau kan. Whatever lah kan.

Kalau saya kat situ tu, memang panggil manager you lah, rude kot. Memang kami orang kampung je, tapi we do have money. Orang takkan pergi situ tanpa bawak duit berkepuk tau tak? Ada akak tu kat situ tu aritu, single resit bayar RM1200.00. Sapa nak jawab, BTW, unlucky sales girl, duit yang kita orang beli pakaian tu lah yang membayar gaji awak. Susah sangat ke nak jadi sales girl yang baik macam, ada akak yang kat toddler deparment tu, pergghh.. dia chubby je, tapi PR, memang terbaik!!! Saya salute akak tu. Memang dia terhebat. Kalau nak beli baju, cari akak tu, dia chubby2, kerja kat yang ada printed dress untuk baby, hujung sekali belah kiri, dekat dengat Hallmark. Memang dia terbaik!!! 

BTW, memang, memang kita nampak menjadi seorang jurujual adalah perkara yang mudah, tetapi, tanpa ada skill komunikasi yang baik, memang takkan menjadi. Seorang jurujual perlu ada ilmu untuk menjual, fashion sense, komunikasi, negotiation, common sense, komunikasi silang budaya dan banyak lagi. Letih memang letih, tapi itu kerja dan itu telah disign dan dipersetujui semasa menerima kerja tu kan? so, jangan nak masam muka sangat lah, tengok yang kerja kat bawah tu, yang menjual minyak wangi tu, kemain lagi pakainya, smart, cantik, bulu kening memang top kalau tengok, tengok komunikasi dorang camne dengan pelanggan? Potential buyers. Kan? Hebat!

So, kepada salesgirl yang cakap tu, awak bernasib baik sebab tidak berjumpa dengan saya, kalau tidak, manager awak lah saya panggil hihu... aritu ada my cousin, mulut dia boleh tahan jugak.. hahhaha..

*saya aritu memang nak gaduh dah dengan dua bitches yang saya cerita aritu tu yang cakap Melayu ****H tu. Dia yang himpit, salahkan orang. Hidup mereka cam sial! Sekian terima kasih.

Assalamualaikum WBT

p/s: Baju melayu i dan siap!!.. *potong.

Saya adalah Raja Typo!!!

Assalamualaikum WBT,
 
Alhamdulillah, saya baru je siap buat pola baju melayu tradisional untuk tiga anak sedara saya. InsyaAllah, hari ini akan siap sepasang baju, setidak-tidaknya siap sehelai baju. Hehehe.. banyak juga yang perlu dijahitkan, nasib baik seluar buat seluar biasa je, kalau berzip bagai, mampus den! hahaha, bukan tak pandai, tapi rumit sikit, hehhee..
 
 
Bila bercakap fasal typo kan, pergghhh.. memang saya adalah Raja Typo, sebab kalau menulis tweet ke apa, memang lah typo banyak. BTW, kepada saya nak follow Twitter saya, @adikqemall mesti ada nanti, kot, hehehe.. takpun, search akmallrazlan, pun mesti jumpa. Berbalik kepada typo tadi, kalau tulis blog ni, takpe, sebab huruf dia sebutir-sebutir, no problem, tapi kalau time nak bertweet je, mesti ada typo, MESTI! nak pulak saya guna Samsung Grand touchscreen tu, huhuhu.. tekan satu huruf, 15 huruf lain keluar, huhuhu.. kadang-kadang sedih juga, sedih sebab jari den dabak punya saiz. hahaha.. tapi padanlah dengan badan kan, kalau badan besar, jari kecil, ada masalah tuh. Tak normal.
 
Dah lah cerita fasal typo ni, banyak sangat tulis nanti, banyak pulak typonya kan? hehhee..
 
Assalamualaikum WBT
 
p/s: memang camtu typonya.

Saturday, July 27, 2013

Ribut Kencang di Kampung Jenud.

Assalamualaikum WBT,

Ya Allah, tadi kan, pada pukul 6.00 petang, ada ribut kuat di Kampung saya yang nyaris menyebabkan kerosakkan teruk dan ini sekarang pun masih hujan lebat. Saya sedang bermain dengan komputer berasa amat takut sekali. Sehinggakan saya menjerit La ilaha illah, muhammad rasulullah. Beberapa kali. Sungguh menakutkan, betapa hebatnya kuasa Allah, sesungguhnya kami adalah hamba Mu yang kerdil. 



Tadi angin kuat berserta dengan hujan lebat hingga menyebabkan rabung atap rumah kami macam nak terbang, nasib baik tidak kuat, kalau kuat, mungkin air masuk ke dalam rumah. Ya Allah, saya ada dalam bilik, dan semasa angin kuat tadi tu, saya nampak rabung rumah saya tu macam nak terbang, itu yang saya menjerit nama Allah tu, ya Allah, selamatkanlah kami. Saya takut. Iya, saya takut. 

Sekarang, hujan masih lagi mencurah-curah, kilat dan guruh ada, sungguh takut. Terasa betapa kerdilnya diri ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Risau, takut.

Jagalah Aurat Di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum WBT,

Memang menjadi lumrah manusia pergi ke Bazaar Ramadhan dengan pakaian, walaweh.. memang kaw-kaw punya menunjuk. Hahhaha... Ada sekali hari tu, rasanya saya dan cerita dah, tapi, biarlah, biar buat teladan. 

Saya pergi hari tu satu bazaar, ada akak ni, pakai tight light blue, badan ala-ala teddy besar queen size punya,,, so, *jangan bayangkan, takut batal puasa, lepas berbuka nanti baru bayangkan, Janganlah, camtu, kain kan banyak, takpun, pakai je skirt labuh tu, tapi beli saiz sendiri, jangan beli saiz anak jiran yang tadika tu, bahaya. Takat dosa lebih banyak. Saya tengok sekali je, lepas tu, terus, rasa pening. Iya lah, nak muntah, pening kepala dan pelbagai simptoms lain yang menyerang diri ini ketika masa itu. Terus rasa cam, wthell, pening. 

So, ada lah saya buat satu doddle ni, *harap maaf, tak cantik, tapi bolehlah... hihu...

 Huhuuuuu..

Pernah terjadi kepada diri anda. Yes, ia pernah terjadi kepada diri saya sendiri.

Harap maklum, ini adalah pengalaman sebenar.

Assalamualaikum WBT

p/s: hoohaaa...



 

Tudung Nampak Cuping Telinga dan Derma.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah, 

Hari Khamis haritu tak silap lah, saya ada tengok satu cerita ni, tak silap, cerita Maskara kot, ke entah hape, terlupa.

Pasang je tv, terus kuar citer tu, tengok je lah, then ada satu scene ni, pergghh!! wanita tu memang cantik *sebab nampak muka, putih *sebab nampak muda, body solid *sebab pakai cam jubah yang kain melekap kat badan tu dan bertudung *sebab nampak memang bertudung.

Okay, saya nak tegur sikit lah, yang bertudung tu, *dalam cerita tu lah, tau tak dia pakai tudung camne? camni,, sila tengok lukisan yang comel dibawah ini...

Memang tak dinafikan, sungguh style kalau cuping telinga keluar, nak-nak kalau ada anting-anting 16 kaki di cuping telinga tu, kan? Perrgghhh.. kot ye pun nak berlakon, agak-agak lah, nak berfashion pun agak-agak lah, takde style lain ke nak buat?

Bukan prejudis tu, tapi, TV1 yang pampangkan benda ni, so, hihu... 

Aritu ada tengok berita kejap, keluar lah, satu cerita ni, 

Menderma kepada anak-anak yatim ketika bulan Ramadhan. Tengok gambar ni, lebih kurang lah.
Perghhh.. wa cakap lu, memang niat menderma tu memang hebat dan tidak disangkal lagi akan pahalanya, tetapi, kot ye pun, tutup lah rambut jambul ajaib lagi keramat tu. Huhuhu, bukan apa, tak manis dipandang orang ketika bulan Ramadhan ni.

Dah lah, kurus lak pahala puasa saya kang dah sememangnya pahala kurung. Hari ni, mak saya buat pecal, ni dok bau kuah kacang yang sungguh wangi!!! raya nak mintak mak buat kuah kacang bebanyak lah, sedap sikit. 

Assalamualaikum WBT

p/s: berapa hari lagi kita puasa?

Mari Bershopping di SOGO, KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum WBT,

Mari, saya nak cerita sedikit pengalaman bershopping di SOGO, Kuala Lumpur. Despite the bad very small accident happened due to sickest two whore-bitches desperately need attention due to their lack of ability to think clearly, we had so much fun yesterday. Hehe..

Alhamdulillah, my sisters managed to find all of my nephews clothes, but my other sister has to buy baju kurung for my nieces at other places, at Raub perhaps. 

Well, here is the story. We went in to SOGO like 4.30 in the afternoon and we go out, *after shopping is done, like 7.15 at night. Yes, yes, and yes, I know, that long. Fuuhh... *I write quite well when I am angry. Seriously. hahaha, like the emotion brings the great in me. 

I was babysitting my 2 year-old nephew. It was like, halluuu.. 2 years old, boy, running, screaming, yes! I know, it was one of the hardest tasks ever given to me. It is not easy. i had to dukung him all the way, *well, except for on the escalator, where I have to let him play with the moving stairs. Yes. It is that hard. I carried him for like 30 minutes, and I am sorry, I had my exercise yesterday. And now, my right leg is swelling. Huhuhuhu,, like, I am having hard time to walk and run, *if I even kan, I do not know why, but usually, if I had pains, it would strike both legs, but thanked Allah, its not strike both this time. Hehehe..

I did not buy anything except for books, yes, two books, GLAM and GLAM Lelaki. Haa.. we too went to My Mum Chicken Rice by Linda Onn. Thanks for that amazing meal. *just saying, it wasn't free, we paid. Thank you very much. We were eating out at Tesco Extra Ampang. hehehe..

I am so sorry, there is no pictures to prove that we went to SOGO, but hey, I am telling you the truth, so, hehehhe.

Assalamualaikum WBT

p/s: Need to buy ground nuts and bee hoon, my mum wants to make pecal for this breaking fast. 

"Melayu memang B*D*H???"

Assalamualaikum WBT,

Tadi pergi Sogo sebab nak shopping baju untuk anak-anak sedara, *akak bayar lah, of course. 

But tadi ada incident yang berlaku, Ada satu kereta Viva ni tadi, himpit kitaorang sampai bergeser kereta. Kereta abang saya lah, Toyota Swift. Hello, kau betina dua orang tak sedar diri, himpit kitaorang macam hape, lepas tu, bila bergeser nak salahkan kitaorang, hurrm.. bitches, walaupun ni bulan Puasa, tapi kalau perangai korang dua bitches cam sial, so sial jugak lah korang sampai mampus.

satu ayat betina tadi tu cakap,

"Melayu memang bodoh".

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum WBT

p/s: tak kuasa saya layan betina camni, btw, dia MELAYU juga.
P/s: Betina tu cakap, bukan saya.

Thursday, July 25, 2013

Take Two : Volkswagen and The EDGE Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

How do you all doing? I hope you are in the bestest shape ever! Like, happy as always.

Well, I am writing these two amazing products because, Nuffie has given me amazing opportunity to increase my duit raya, *hope so. I would love you to know about these two amazing products. What are the products? Okay, here they are.

  
First, I would love to talk about Volkswagen.

Volkswagen Group Malaysia.

The Volkswagen brand is no stranger to Malaysians. Generations of Malaysians have grown up with their own or someone else's Volkswagen Beetle occupying a place of affection in their hearts and life stories. Till today, this hallmark of the Volkswagen brand's lasting quality and distinct character continues to enjoy a faithful following even as newer models from Volkswagen have started to spark off their own groups of fans in the country.
Volkswagen Group Malaysia was officially launched in Malaysia on 16 February 2006, with the Corporate Headquarters situated in Wisma Volkswagen, Bangsar. From here, it will control marketing, sales and after sales to cater and fulfil the Malaysian customer's wishes for individual mobility in all situations of life.
Well, we all know that Volkswagen has arrays of car models and obviously, Volkswagen has been in this world like, ever since. Volkswagen is from Germany and they started in year 1937. Volkswagen means People's car. 

To be honest, I do not like that new version of Volkswagen, but if they really kind hearted, and they want to give me one car, any car from Volkswagen, I would gladly accept it but if I were to choose, if I were given the chance to choose my favourite, it would be, nonetheless, this model!!


Yes! Volkswagen Type 2 T1, yes!! yes !! yes!! I really adore this amazing car. People say it ridiculous, hey! ridiculousness makes it unique and whatever it is, I love this car. I love it. Very much. If Volkswagen wants to give out car, I would love to have this one! yes! Type 2 Pleaseeee...


Do you know what The EDGE Malaysia is? Well, I personally hope that this explanation would give you great understanding about what The EDGE Malaysia is all about.
The Edge is a Malaysian financial and investment weekly published by The Edge Communications Sdn. Bhd. It was launched in 1994 to cater to corporate executives and the general public with interest in the Malaysian financial market. It is distributed nationwide in Malaysia via newsstands. Plans have been announced for an international expansion with a Hong Kong-based weekly business magazine.
Well, obviously, The EDGE is giving great news about financial and investment, weekly basis. So, for those who want to know more about financial and investment skills, you would better buy The EDGE and of course, read The EDGE Malaysia.Who knows, you might be able to be one of the best businessmen on earth. Right?

Assalamualaikum WBT

p/s: Thanks Nuffie for giving me these amazing BE. heheheh

Ramadhan 16! Esok Nuzul Quran.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, saya sihat sahaja. Hari ni baru dapat update entry di tengahari buta ni, tak lah noon sangat kan.. petang dah ni, dah pukul 2.10 petang dah.. hehehe..saya baru je lepas mandi, memang seronok, sejuk je. Sebab kat kampung saya sekarang ni, memang panas, terasa cam duduk dalam oven dengan heat yang agak slow lah. hahahha.. panas wehhh...

Tapi segala itu adalah ujian kan, so, tabahkan hati, kuatkan hati dan teruskan berpuasa. kan...gitu. *kata2 hikmah, gitu.. bulan puasa kan, harus lah.

Hari ni perniagaan diteruskan lagi dengan penghasilan beberapa juadah. Hihu.. mee kari, nasi lemak, kuih roti jala, kuih koci, kari ayam. banyakkan kan? tapi kuantitinya sikit-sikit je, bukan ahli perniagaan besar-besaran ni. hihu... agak-agak lah nak berniaga pun kan? hahahha..

George Alexander Louis, Prince of Cambridge. Hamekaw, biarpun orang makin lama makin modern, tetapi, nama tetap klasik. haa.. hebat kan? Tahniah the Royals on this baby. Nama classic. Hebat!

Dah la, mengarut dah saya ni.

Assalamualaikum WBT

p/s: lama lagi ke nak berbuka? huhuhuh... 5 jam lagi.. 

Kita Pinjam Je Dari Anak Generasi Akan Datang, FAHAM??

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, tak lama lagi nak puasa kan? Rasa sedih pulak nak meninggalkan bulan Ramadhan. sejauh mana kita di bulan Ramadhan ni, huuuu.. 

Alhamdulillah, saya hari ni agak sibuk, seriously, pepagi dah pergi ke reban ayam untuk bagi makan ayam, and today, saya pergi bersihkan bahagian reban tu dan juga melakukan sedikit pembakaran *memang, saya tahu jerebu ni kan? Sorry. Pastu, amik anak sedara dari sekolah, pergi beli barang kat Benta, then, tengahari tu pergi bawak ayah pergi pejabar Felcra, balik rumah. Okay, mandi2 jap, rehat, pukul 4.15 petang, pergi bawak mak dengan ayah pergi Bazaar Ramadhan Kuala Lipis. Huhu,,habis masa dua jap kat situ, then, balik, berbuka. Cam biasa lah. malam lak, menjahit baju-bajan yang ada untuk raya. Sibuk tak disitu? Sibuk kan? Iyaa.. sangat sibuk. Kala PA Menteri Kerjaraya. Iya lah.kerja,, lepas kerja, raya. gitu lah..

Baik, saya hari ni sempat siapkan baju kaftan aka baju kelawar untuk akak cik saya, nanti saya letakkan dalam blog, sekrang ni memang tak sempat, nak fitting dulu, then baru amik gambar, cam orang sekarang ni. Siap je sesuatu, terus amik gambar letak dalam blog or instagram. gituuwww...

Okay, korang mesti pernah dengar sal Penerokaan Balak Di Daerah Bera kan? Huhu. 400 hektar kot, dan informasi yang saya dapat dalam Sinar Harian adalah sedikit menyedihkan, ada beberapa pihak yang bercakap di dalam surat khabar tersebut seolah-olah menyalahkan orang lain *pihak berkuasa dan kerajaan negeri seolah-olah menyalahkan Pejabat Perhutanan dek kerana penerokaan tanah haram tersebut. Dikatakan penerokaan itu telah dua tahun dibuat dan dalam gambar tersebut sudah ada anak-anak kelapa sawit yang ditanam oleh pihak yang meneroka. 

Saya fikir, wow.. hebatnya, takkan lah orang kampung tak nampak langsung, dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa dalam tempoh dua tahun tersebut? 

Banyak sangat ke duit yang diberikan kepada pihak-pihak tertentu untuk menutup segala aktiviti mereka selama dua tahun tersebut? Dikatakan hanya dua kilometer daripada tasik tadahan air Bera. DUA KILOMETER WEh!!! Ingat jauh? dekat jerr... dan penerokaan tersebut adalah 400 HEKTAR, bukan ekar, tapi HEKTAR!!! gila ya amat.. huhu...

Jadi, jikalau benda sebegini boleh berlaku kepada Tasik Bera, tolonglah tengok pulak Tasik Chini, Tasik Kenyir, dan tasik-tasik serta sungai-sungai lain. Janganlah dianaktirikan dan di binkan atas nama pembangunan. Kesian anak generasi akan datang. Nanti, lintah pun dorang tak tahu apa, terpaksa tengok dalam museum, kesian mereka. INGAT! kita pinjam je Malaysia ni daripada generasi akan datang, jangan ingat Malaysia dan dunia ni kita punya sampai bila-bila. Sebagaimana kita amik dari nenek moyang kita, begitulah kita kena bagi kepada anak generasi akan datang. Penambahbaikan adalah terbaik, tetapi, pemusnahan alam diatas nama pembangunan adalah tidak boleh diterima!

Dah lah, nak tidur lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: Cahaya - Kris Dayanti.

Tuesday, July 23, 2013

Minum Banyak Air Masak Untuk Elak Jerebu.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, dah separuh bulan dah kita ni, tak lama nak menyambut hari kemenangan, Menangkah kita? *itu pertanyaan yang perlu kita sendiri jawab, tak perlu jawab kuat-kuat, jawab dalam hati sudah.

Okay, hari ni saya takde buat apa-apa sangat, cuma masa nak tidur semalam, saya minum banyak air dan time sahur tadi, saya minum lebih kurang 2 gelas air masak. Memang kalau minum air masak time pepagi buta, rasa dia cam tak berapa sedapkan? Dia rasa cam, entah, mineral water. hahaha.. camtu lah rasanya, tapi bila dah minum sekali, mesti nak minum lagi, itulah penangan air masak. Tapi air yang saya minum tu bukan air masak, saya minum air yang memang dah ditapis, lagi sedap! hahahah.. 

Hari rasanya tak lah panas seperti semalam. Yesterday memang pure hot punya hari, memang panas! Semalam saya driving kan, terasa cam nak terlelap jer, punya lah panas, huhuhuh.. nasib baik takde apa-apa yang berlaku. hehehe.. 

Alhamdulillah, walaupun jerebu makin lama semakin teruk, kat sini, masih lagi baik, tetapi isu-isu jerebu tu telah datang dengan cepatnya. 

Jadi, jap lagi saya nak sambung buat baju, nak g guna mesin jahit tepi mak andak jap, hehe..

Congratulations to The England Royal Families and also the all English, It's a boy!! Congratulations for having such a great baby boy.

Assalamualaikum WBT

p/s: rasa nak baring-baring jap.

Monday, July 22, 2013

"Allaaa... Ella tak pandai masak laaaa..."

Assalamualaikum WBT,

Last entry of the day lah kot.. dah gantuk sangat dah ni.

Masa saya belajar kat GIATMARA Raub aritu, kan ada MasterChef Selebriti kat Astro kan. Selalulah kami buat lawak bagai, masa tu, buat lawak tentang Ella, Bandi Amok dan ramai lagi lah. hahaha..

Salu kalau buat Ella, Ella kan memanja gitu, "alaaa.. ella tak pandai masak lahhh..." buat lah cam rambut ketepi-ketepi tu kan, cam ala-ala manja lah.. hahahah.. kelakar nak mampus.

Then, kalau untuk Bandi Amok lak, kan kalau nak masak, kena cakap nak masak apa kan? pastu buat lah suara garau sikit, buat cam tangan rock tu kan, "Bandi nak masak nasiiiii.." buatlah suara garau tu. Hahahha..memang kelakar. takpun, "Mana periuk nasi bandi!!!!???" *malas lah nak post video kat sini, takut kan kena sign ngn Metrowealth. hahaha.. taknak taknak...

Tapi, apakan daya, Ella memang pandai masak, di bulan yang mulai ini, Ella menjual kuih wehhhh.. korang jangan pandang ella sebelah mata je. Kuih dia bukan calang-calang, dia mendidik orang ramai dengan kuih dia, dia menghasilkan kuih kesihatan. Sejauh mana kesihatan kuih sihat beliau? Sila click link ini, ELLA.

Dah lah, mengantuk lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: Camne lak lau Mas Idayu masak, gelek sambil masak> kelas!

Kalau Tak Puasa, JANGAN MAKAN DEPAN ORANG!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti semua sihatkan? Alhamdulillah, saya pun sihat. Tadi saya naik giat kejap dan saya potong dah baju dan kain untuk baju raya makde. Hehehe.. cuma tinggal blouse dia aje, then esok nak pinjam mesin mak andak untuk jahit tepi. Hihu.. insyaAllah, segalanya akan siap tak lama lagi, saya cuma kena fokus untuk melakukan segala ini. Amin.

Baik, Kalau tak puasa, buat cara tak puasa okay? Harsh? Itu lah manusia, kalau harsh katakan terlampau harsh, habis tu, takkan nak berlembut kan? Bukan apa, otw balik tadi dari pasar ramadhan Dong, terserempak dengan beberapa orang anak muda yang selamba badak air kat Afrika makan kuih atas motor. Ya Allah, saya memang menyampah dengan perangai orang macam ni, kalau tak nak puasa sekali pun, JANGAN MAKAN DEPAN ORANG RAMAI!!! Okay? Please, behave. Kalau tak hormatkan orang sekali pun, Allah kan ada? Please.


Okay, pernah tak korang makan nasi ulam. Nasi ulam dalam rumah kami ni, kalau time puasa, memang syiok habis. Mak memang suka buat nasi ulam, hehehe... nasi ulam mak memang terbaik, apa-apa pun mak masak kan? mesti sedap, walaupun hanya telur dadar. Kan? Kan? Kasih sayang tu penting weh... 

Untuk nasi ulam kali ni, mak guna :

Daun manir
Daun serai kayu
Ikan masin
Garam
Santan 
Nasi

Haa... ini adalah resepinya. Nasi masak cam biasa, ikan masin digoreng cam biasa then carik-carikkan, amiklah isinya okay? Then, amik segala daun tu, dipotong halus-halus untuk kita tidak perlu menguyahnya dengan terlampau berkudrat sangat. Lepas potong tu, amik santan dan letakkan sedikit garam untuk rasa. 

Selepas itu, amik nasi yang dah masak tadi, letakkan ikan masin yang dah dicarik, daun-daun yang diricik halus, dan letakkan santan. Gaulkan bersama, jangan letak santan terlalu banyak, takut nanti, jadi bubur pulak, *tak sedap tau. Agak-agak sikit masa meletakkan santan. 

Bila dah siap, sedia untuk dihidangkan. kesedapan terserlah, tapi entahlah korang suka ke tak, tapi kalau saya, saya suka, mungkin saya budak kampung agaknya. hehehe..

Okay, esok akan potong baju lagi, insyaAllah, segalanya akan siap dalam minggu depan, 20 somethin ramadhan, siaplah baju-baju ni. AMin, doakan saya yer.

Assalamualaikum WBT

p/s: esok cam biasa, buat kuih. tolong akak, hehehe..

Sunday, July 21, 2013

'Suami malu dengan isteri gemuk???"

Assalamualaikum WBT,

Salam Ramadhan semua. Esok saya nak pergi naik GIAT jap, ada hal sikit. *tetiba maklum kan, macamlah artis. kwang2...

Baik2, pada bulan Ramadhan yang mulia ini, mesti ramai yang memperbanyakkan ibadah, alhamdulillah, bagus. Sekarang ni pun sudah ramai mulai insaf. Amin.

Ramai juga kan yang membelek-belek surat khabar dan ada dalam iklan tulis, "suami malu dengan isteri gemuk", I was like, Whuuuttt?? Tolonglah, apa yang saya sendiri nampak dalam iklan tu, si isteri tu takde la cam hauk sangat, tapi bila dia makan satu makan pelansing ni. dia jadi cam kurus, tak tutup aurat, pakai baju-baji yang semakin ketat-metat tak ingat akhirat. Gitu. Memang camtu eyh kalau iklan? Time gemuk pakai semua cover-cover sebab nak tutup lemak? then bila kurus *kununnya.. pakailah baju yang tak cukup kain dan boleh menjejaskan puasa camtu? woooo.. takyah lah. TAK PAYAH! Okay? Cari idea yang bernas dan mampu menarik orang, kalau kat US or Europe tu, dah lama dah kena saman dengan aktivitis. Sebab merendah-rendahkan kaum wanita. HIhu.. just saying. 

Lagi satu, kalau rasa nak kurus sangat kan? Saya mohon jangan lah macam minuman pelangsingan badan di waktu Ramadhan ni, susah, Sebab apa? Sebab kalau nak langsing, kena banyak minum air dan kalau puasa, camne nak minum air? kalau di hydrated camne? Susah kan? Kang tak fasal-fasal kena berbuka puasa. Rugi woooo... Lagipun, kurang kan makan di berbuka puasa, dan banyakkan minum air panas, dah okay dah. Tapi jangan lupa minum air masak banyak ketika malam or sahur. Iya lah, katanya jerebu akan kembali, so, jaga-jaga, banyakkan minum air masak tahu. hihu... *saya pun minum juga, kadang-kadang, sebelum tidur minum air tea o panas jugak, sedap! *aduh...puasa!

So, hari ni cam biasa, perniagaan di bulan Ramadhan diteruskan lagi dengan pelbagai juadah. Ada kuih yang saya sendiri buat, alhamdulillah, ala-ala ketuk-ketuk Ramadhan camtu, kan?

Dah lah, nak lelap jap, then bangun buat air.

Assalamualaikum WBT,

p/s: Decision making.

Saturday, July 20, 2013

Semoga Roh Mereka Ditempatkan Dalam Kalangan Orang Yang Beriman.

Assalamualaikum WBT

Apa khabar? InsyaAllah, semua akan sihat hendaknya.

Banyak perkara yang berlaku dalam dua tiga hari ni. Seriously. Tadi ada baca berita fasal kematian adik Iris yang sungguh tragedi. Mak dia terlupa yang anak dia berada di dalam kereta. Saya tidak dapat bayangkan betapa rananya hati emaknya tatkala melihat anaknya yang terkulai layu tidak bernyawa. Ya Allah, ampunkan dosanya, sesungguh dia terlupa akan anaknya, sesungguhnya tidaklah dia ingin anaknya sebegitu. Namun, Kamu lebih menyayangi Iris. Semoga emak dan keluarga adik Iris tabah menerima ketentuan Allah SWT, tambahan pulak sekarang adalah bulan Ramadhan, banyakkanlah berdoa semoga segala kesalahan diampunkan oleh Allah SWT. Semoga adik Iris ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Amin.

Begitu juga dengan peristiwa kerosakan lif. Adik Amir yang menjadi mangsa, Ya Allah, tatkala saya mendengar berita ini dan membacanya di dalam Sinar Harian, hati berkata, "Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa adik Amir ini kerana sesunguhnya, tidaklah dia ingin kejadian sebegini berlaku kepadanya". Saya turut merasa kesedihannya. Ya. Tidak juga saya dapat bayangkan betapa remuknya hati emak Amir yang melihat tubuh anaknya terbujur tidak bernyawa di dalam lif. Sampai pengsan maknya mendengar tentang berita kematian anaknya yang sungguh menyayat hati. Semoga emak dan keluarga adik Amir tenang dan terimalah ketentuan Allah SWT, sesungguhnya Allah lebih menyayangi adik Amir. Semoga adik Amir ditempatkan dalam kalangan hamba-hambanya yang soleh dan solehah. Amin.

Sesungguhnya banyak lagi berita-berita kematian dan musibah yang berlaku dalam Malaysia, khususnya dan dunia, amnya. Tetapi, kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa tabah menghadapi dugaanNya. Semoga kita diberikan iman yang teguh untuk menghadapi segala dugaan Allah. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: entah kenapa, hati ini sedih mengenang dua berita ini.

Hak Publish Comments adalah Hak Blogger?

Assalamualaikum WBT,

Salam Ramadhan ke 11, hari ni dah 11 Ramadhan kan? Alangkah cepatnya masa berlalu, tak lama dah 15 Ramadhan, then, 20 Ramadhan, then 25 Ramadhan, then 30 Ramadhan, then, Raya. Sungguh cepat masa berlalu, itulah, kalau hari-hari diisi dengan banyak perkara, memang kita tidak terasa masa berlalu.

Baik, saya ada terbaca tulisan IWong berkenaan dengan approve comment dan dia bercakap mengenai hak. Baik, saya ceritakan cerita saya dahulu, masa saya mula-mula berblog dahulu, saya tidak buat moderate comment sebab saya tidak tahu bagaimana hendak membuatnya. Then, bila ada kawan saya Ayuni cakap, "kena buat moderate komen, baru senang kita nak detect". Saya pun buat dan alhamdulillah, saya gembira.

Dan tidak lama selepas itu, Malaysia dengan Jalur Lebar serta banyak case-case slander berlaku dan ia juga terkena kepada blog. Dengan hati yang senang, nasib baik sebab saya buat moderate komen. 

Iya, kebanyakkan blog tidak buat moderate comment sebab iya lah, mereka ada banyak commenters dan mungkin dorang tiada masa untuk approve kan komen tu. Tapi ingat, bila buat moderate comment, secara tidak langsung, kita boleh baca apa blogger lain komen kat entry kita tanpa kita membuka page entry kita sendiri, kan? Itu adalah salah satu sebabnya, tetapi sebab yang paling utama saya buat moderate comment adalah, untuk mengelakkan daripada komen-komen yang tidak elok dan mungkin ada unsur-unsur tidak baik. Ini penting, sebab cuba anda buka blog-blog yang tidak menggunakan moderate komen, ada sesetengah daripada komentar (anon) menggunakan bahasa yang kesat dan tidak elok, namun, ada juga daripada blogger yang menggunakan bahasa yang elok, memang tidak dinafikan. Tetapi, sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik bukan?

Tapi, apa-apa pun, itu hak blogger penulis itu sendiri, macam saya, saya lebih suka baca apa yang ditulis oleh pengomen sebab itu lebih baik daripada publish saja-saja.

Tidak berniat untuk mengecilkan sesiapa, Ya Allah, tidak sekali, cuma, ini hanya pandangan saya. Kepada IWong, saya tidak sesekali ingin provoke ke apa, cuma inilah pandangan saya. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT

p/s: :)

Friday, July 19, 2013

Artis Bertudung Kahwin Lagi

Assalalamualaikum WBT,

Jodoh milik Allah, Allah yang berikan rezeki dan jodoh. So, tahniahlah diucapkan kepada seorang artis bertudung, bekas pelakonn badan beruniform yang sekarang telah menjadi pendakwa bebasdiatas pernikahan tersebut. Untung dapat ayam muda, pucuk muda dan segalanya muda. Dan kepada anak-anaknya, bersedia kalian untuk mendapat adik, amin, moga dimurahkan rezeki sebab ayah or daddy anda muda.

*entah, kenapa saya tulis cam diatas, mungkin di rasuk hantu kot, *eyh! mana ada hantu, kena ikat. huhuhu...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab diberikan nyawa untuk hari ni. Saya tidak sihat hari ni sebab cirit birit. Memang sakit perut sungguh, terasa cam berbunyi-bunyi. Dah dekat 4 kali dah ke bilik air, memang sakit perut. Huhuhu... Mungkin untuk membayar segala dosa-dosa kot, memang sakit, tadi rasa nak makan ubat, tapi tahankan juga sebab nak habiskan juga hari ni berpuasa. Hihu..kalau berbuka tadi, rugi lah kan. 

Tapi tadi alhamdulillah, sakit perut tu beransur pulih, tapi masih sakit. selepas sapu ubat, balm panas tu, sakit beransur-ansur hilang. Alhamdulillah, amin, terima kasih Allah. 

Ada banyak idea yang hendak di tulis kat sini, tapi itu lah, rasa cam letih lak, sebab sakit kan, so, jap lag lah, lagipun, ni jap lagi nak gi bandar jap sebab nak cari peluru with my dad.

Assalamualaikum WBT

p/s: bulan puasa, halang diri dari maksiat. Amin.

Wednesday, July 17, 2013

Bonus untuk Penjawat Awam?

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, hari ni dapat update awal sikit. Tadi tolong kak-kak dan mak buat kuih untuk jualan. Hari ni jual mee goreng, nasi lemak, roti jala, cucur sayur kuah sos pedas, kuih gulung, kuih koci, agar-agar hijau. Banyak jugak kan? Alhamdulillah, dapat juga saya belajar buat kuih.

Okay, hari ni saya bangun awal sikit lepas sahur, sebab nak pergi beli barang. Basuh pinggan semua, then terus buat adunan segala-galanya untuk jualan. hehehe, seronok, dapat belajar masak. Heewhewhew..*nak masuk MasterChef la katakan. hahahha.. 

Okay, pernah tengok tak cerita P.Ramlee yang Ibrahim Pendek main buah dadu tu? Ingat tak? Cerita Ali Baba Bujang Lapok kan? okay, time yang dia main dadu tu, dia menipu kan? Satu kali okay lagi, kali kedua takkan lah tak tau kan? Kena kali ketiga, please lah kan. So, kalau kita apply kan scene tu dalam dunia realiti, macamne?

Pernah tak cam korang kena tipu ke? cam rasa kena tipu ke? pernah, kalau pernah, cuba selidik betul2, mana tahu, kan? kena tipu cam main dadu. Hahaha.. 

Baiklah, saya nak rehat kejap, sebab sakit badan lah, tak tau kenapa, nak kena pakai PB yang Nur jual ni kot. hehehe. *Nur, kalau ko baca ni, jangan marah eyh.. saya promote produk ko.

Tadi duk dengar kajian akan dibuat untuk memberikan bonus kepada penjawat awam. Bukan hendak menidakkan kehendak dan keperluan penjawat awam, saya pun ada sedara mara yang menjadi penjawat awam, tapi, instead of giving those bonuses to penjawat awam or kaji those things kan, kenapa tak dikaji pemberian subsidi kenapa semua Rakyat Malaysia. Bukan hendak membangkitkan sebarang provokasi, tetapi rasanya itu lebih baik.

Okay, saya faham, pemberian subsidi adalah bersifat berterusan tetapi tidak pemberian bonus. Pemberian bonus adalah bersifat berjangka. Maksudnya, ia ada masa-masanya, dan ia tidak berterusan. Tetapi, mengikut pemerhatian saya, Pengerusi CUEPACS selalu meminta kerajaan untuk mengkaji pemberian bonus SETIAP KALI musim perayaan. Kan? jadi, ia seolah-olah menjadi bersifat berterusan, kan? Tapi itu mungkin bergantung kepada budi bicara dan kajian terperinci yang akan dibuat oleh kerajaan. Mungkin pemberian bonus adalah lebih relevan, jadi bonus lah yang akan dinikmati oleh HANYA kakitangan kerajaan. Kan? Takpe, kita tetap kena isi minyak petrol untuk menggerakkan enjin. 

Harga ayam pun naik, tapi saya tengok kat pasaraya Tunas Manja, okay lah jugak,. RM7.99 or RM8.00 per kilo. Jadi, pergilah ke Pasaraya Tunas Manja yang berdekatan.

Dah lah, dah dekat kol 7.00 malam ni.

Assalamualaikum WBT

p/s: Selamat Berbuka.
p/s: Teringat masa kat MATIC dulu, time ni lah update blog. hahaha. kat komputer belakang.

Tuesday, July 16, 2013

Senyum Itu Sedekah...

Assalamualaikum WBT,
boy smiling
Apa khabar anda sekalian. Alhamdulillah, tamat sudah seminggu, ada 3 minggu lagi untuk kita berpuasa, *Ya Allah, baju saya tak potong lagi, hehe... takpe, sempat! 

Baik, bercakap mengenai senyum. Okay. tajuk entry hari ini adalah senyum. Selalu tak berlaku cam ini, kita senyum kat orang yang kita rasa kita kenal, tetapi, bila kita senyum, orang tu tak senyum balik kat kita. Pernah tak? pernah tak? saya pernah, BANYAK KALI! Seriously, kadang nak senyum kat orang lain pun dah payah dah, sebab perkara yang pernah berlaku tersebut. 
male smiling
Then, kalau cam saya ni, jenis orang yang jarang sangat angkat kepala, *pemalu, jadinya, susah sikit lah kalau orang senyum. Hahhaa.. pemalu weh!! takkan nak senyum sangat kan. *even dulu, I was told by someone, jangan senyum sangat, nampak macam kerang busuk. *the heck? dulu marah lah, tapi sekarang, apahal lu nak cakap kat wa camtu kan, gituuu!! hahahah...
man smiling
Tapi sebenarnya, senyum itu adalah sedekah. Sebab apa? sebab kalau kita senyum, ia akan membuat hidup orang yang kita senyum tu lebih gembira, kita pun akan turut gembira sebab kita senyum, tak gitu? Walaupun muscles yang kita gerakkan untuk senyum adalah lebih sedikit daripada bermasam, tapi itu tidak bermakna kita tidak sihat kan? hehehe.. 

woman smiling
Sebenarnya, memberikan senyuman kepada strangers adalah lebih senang daripada memberikan senyuman kepada orang yang kita kenal or orang yang kita buat-buat kenal. Bukan apa, strangers tak kenal langsung kita siapa kan? So, senang lah nak senyum. Nak-nak kalau kita ada interest kat seseorang yang strangers tu kan, lagilah! hahahha.. senyum-senyum malu gitu, voley?? *tak malu!

Okay lah, hari minimal je berbuka puasa, as usual, buah tembikai dibuat pemanis mulut sebelum menjamah makanan lain, alhamdulillah. Nabi SAW pun suruh kita makan buah diawal makan kan sebab untuk mengelokkan pencernaan dan ia juga senang kenyang. Nak-nak kalau makan buah tembikai, senang sungguh saya kenyang. *harap-harap lah koros... hahahha.. *niat2...

Baiklah, dah larut malam ni, esok kena bangun awal sikit sebab banyak benda kena buat. 

Assalamualaikum WBT

p/s: pagi n tengahari panas, petang hujan. hihu...life.

Monday, July 15, 2013

Ayam yang saya pelihara.

Assalamualaikum WBT,

Kan hari tu janji nak letak gambar ayam-ayam yang saya pelihara tu kan? ni dia...

ni pun berani jugak...tapi tak seberani yg bawah...

ni ayam yang paling degil dan berani. Seyes, dia siap leh
nak panjat kat bahu saya, gilos! tak pernah jumpa ayam
camni lagi..
  



Tu ayam-ayam lain, nampak kayu bersandar tu, dorang takut tu,.

ni dekat je ngn pintu reban...

selepas 6 bulan baru kuar, lau tak..huhuh...

ni amik kat blog orang.. wish dorang bertelur camni...
 Seronok bela ayam ni, aritu ada 15 ekor, tapi malangnya, seekor ular telah masuk ke dalam reban dan menelan 4 ekor, *damn u ular, skang ular tu di alam barzakh. Then bela lah lagi, dan beberapa minggu lepas tu, mati sekot, then dua hari lepas, mati sekor lagi, disebabkan jangkitan kuman, seyes! saya tahu, sebab dia monyok je. then dia pun mati. Selamat! huhu..

so, tinggallah 9 ekor, alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan rezeki yang diberikan. Dorang suka sungguh makan nasi, dan saya bagi jagung jugak. Tapi dorang lebih suka makan nasi. Gembira je dorang. Saya kalau duduk kat reban tu, seronok, rasa cam tenang je tengok ayam-ayam tu, hehehe.. bukan apa, siap boleh pegang-pegang lagi, kalau dengan ayam orang lain, takde ler.. nak pegang-pegang, terus terbang je. haha..

Harap-harap, dorang dapat membesar sehingga menjadi ibu ayam yang sihat dan dapat menghasilkan telur-telur yang sihat dan anak-anak yang sihat! Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: tak bagi nama lagi...hahahah

Sekarang,


 

Salah Siapa Harga Ayam Naik?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Alhamdulillah, selesai sudah Ramadhan yang ke 6, sedar tak sedar sedara, esok kita dah masuk hari ke-7, maksudnya, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, dan esok adalah hari ke 7 Bazaar Ramadhan dibuka di seluruh negara. 

Pernah terfikir tak akan benda-benda ni,

1. Berapa tan makanan yang tidak habis dibuang ke dalam tong sampah?
2. Berapa tan plastik beg yang digunakan oleh rakyat Malaysia ketika ke Bazaar Ramadhan?

Cukup lah dua soalan tu, kalau banyak-banyak, susah lak nanti nak jawab. 

Okay, saya tidak tau akan berapa tan untuk kedua-dua soalan tersebut, maaf.

Tapi, satu lagi isu hebat diperkata SETIAP perayaan, kenaikan harga syiling setiap barangan kawalan, terutamanya, AYAM! Ya Ampun, hari tu, saya pergi beli ayam dengan kakak sebab nak buat nasi ayam kan, okay lah, tangan gatal, amik lah dua ekor ayam daging tu, satu besar dabak dan satu lagi agak diet sikit. Fine, timbang, dua ekor RM30++. Okay, takpe, dekat 4 kilo lah kot, gitu lah agaknya. Lepas potong-potong, dan dibersihkan, akak saya pun bayar, then, saya amik ayam tersebut dan tanya, "Berapa dik sekilo ayam ni?", dia jawab, "RM 9". Terkejut dan terus beredar.


Banyak pertanyaan bermain di dalam benak fikiran saya, kenapa mahal sangat? Sampai RM9 sekilo? Bukan ke aritu harga ayam RM7++ sekilo? kan? Sebaik sahaja saya sampai dirumah, berita pun keluar, "Kenaikan harga ayam berpunca.....", saya senyum sinis dan bercakap, "bukan tahun lepas alasan sama ke?"

Sedih juga kadang-kadang, bagi cam saya ni takpe lah, ayam di tak berapa makan sangat, kalau makan nasi ayam tu, makan lah ayamnya, takkan pesan nasi ayam takde ayam kan? So, kenaikan harga ayam telah mencetuskan huru-hara dalam kalangan lingkungan peniaga, pembekal, pembeli. Pembeli menyalahkan peniaga, peniaga menyalahkan pembekal dan pembekal menyalahkan kerajaan. Sebenarnya, salah siapa?

Saya jarang sikit makan ayam, tapi jawapan menteri, 'Jangan makan ayam' tu agak keterlaluan, memang ia bukan keperluan, tetapi cara jawapan menunjukkan kebijaksanaan. Betul, bukan senang hendak menguruskan kewangan dan aliran masuk/keluar wang negara, tetapi, kepercayaan diberikan oleh rakyat, jadi gunakanlah dengan sebaik mungkin. Jikalau tidak mampu, itu adalah common sense. Kan? Tahu jawapannya apa kan? Tetapi, ada lagi masa untuk perbaiki kesalahan, buktikan kepada semua, menteri tersebut mampu untuk memperbetulkan keadaan, bukan apa, tiada lantikan main-main dalam kabinet mahupun dalam dewan rakyat. Betul kan?

Tapi apa-apa pun, insyaAllah, harga ayam ini akan turun dan berapa turunnya, saya tidak tahu, tapi insyaAllah, ia akan turun. Amin, kita berdoa agar ia diturunkan. Berdoalah ketika bulan Ramadhan ni, dengan izin Allah, ia dimakbulkan.

Tapi ada jugak yang ingin melancarkan kempen boikot ayam, hehe, nak buat boleh. Sebab, kalau ikut dalam keluk ekonomi, kurang permintaan *ekoran boikot tapi ada banyak penawaran ayam *dari pembekal dan peniaga, jadi harga ayam akan turun, tetapi bila ada banyak permintaan tetapi penawaran ada sikit, itu yang membuatkan harga ayam melambung-lambung tuh. HUhuhu..

Baiklah, rasanya itu boleh dijadikan penutup untuk hari ini. esok sambung lagi yer.

Assalamualaikum WBT

p/s: Tadi beri mak minum air teh halia, sebab dia cakap, perut banyak angin. hehehe.. mak minum jugak, selepas dipaksa.

Kelebihan Bulan Ramadhan - Kuih Ketayap dan Kuih Roti Jala.

Assalamualaikum WBT,

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kan, ada banyak kelebihan. Kelebihan ibadah yang Allah SWT bagi tu sememangnya lah hebat, memang tiada tandingan dah tu, kehebatan yang abadi, cuma kita je nak cari ke tak kan? Hehehe..
 

Baik, ada banyak lagi kelebihan lain, salah satunya adalah, buku-buku resepi kuih muih serta segala jenis masakan dibuka kembali selepas 1 tahun ditinggalkan. Tak percaya? Tanya diri sendiri, takyah tanya diri orang lain. Hehehe.. hari ni saya belajar satu lagi adunan kuih, Kuih Gulung ataupun Kuih Ketayap, kalau diberikan nama dalam bahasa Inggeris, it would be Stuffed Roll with Sweet Coconut, okay lah tu kan? Takpun, Stuffed Pancake Roll. Tapi kalau nama English tu cam payah sangat, membuatkan anda berbuka puasa bagai, guna ke nama kuih ketayap or kuih gulung tu, senang! haaa.. kan?


Adunan kuih tu lebih kurang sama je dengan kuih Roti Jala cuma, roti jala diletakkan kunyit sedikit dan kuih ketayap tidak diletakkan kunyit tetapi diletakkan air daun pandan or pewarna hijau, tapi jangan hijau sangat sebab sesetengah orang tidak suka sangat kuih terlampau hijau. Kalau hijau pandan orang tak kisah sangat, tapi kalau hijau pewarna tu, huhu,.. orang takut sikit nak makan, iyalah, artifical kan.

Saya baru tau, omputis panggil roti jala tu Net/Lace Crepes, hahaa.. kalau saya tak search, tak tau lah sampai bila2. hahaha.. lace..net.. kau! haa.. hahahha.. sumpah saya tak tau dulu.

Sekarang ni kalau nak buat kuih untuk makan-makan tu, alhamdulillah lah, hehehe,,, boleh lah, insyaAllah. Amin.

Eh! nak g bank jap!

Assalamualaikum WBT

p/s: daaa..
p/s: Gambar adalah dari Blog di nama kuih. Thanks.