Nuffnang Ads

Saturday, August 31, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56!!! Tahniah.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Salam Sabtu dan most important, Salam Merdeka. Iya, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 tahun. Alhamdulillah, walaupun Malaysia ni masih belum aman, tetapi boleh dikira sebagai negara yang stabil.

Itu dari apa yang saya lihat lah, tak tau lah pulak dari segi lain sebagai contoh, ekonomi, perpaduan, masyarakat, perfileman, hiburan dan lain-lain sektor lah. Saya percaya, anda mampu untuk berfikir dengan lebih lagi kan? Amin.

Saya sebenarnya takde la pergi menyambut kemerdekaan ke padang-padang tetapi dalam hati saya, tetap berasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tiada peperangan, tiada rusuhan, tiada kepincangan. 

Dan tengahari tadi, saya masak lunch untuk keluarga saya. Nasi putih, Ikan kerisi masak asam pedas, ikan cencaru bakar dan mak saya buat kangkung masak sayur putih (santan). Makan? saya makan sikit je, diet lah katakan. hahahhaha.. Tapi sebenarnya, saya memang suka makan ikan, ikan senang dimasak dan sedap. Untuk pengetahuanlah kan, ikan kerisi ada satu bau yang enak sebenarnya, ia memang sedap untuk dibuat asam pedas. Yup! Dan sememangnya ikan cencaru adalah ikan yang sedap untuk dibuat bakar cicah pulak dengan kicap manis letak bawang dan lada. Memang makanan sedap! hahaha.. 

Cuma tadi, asam pedas saya tak berapa kick lah. Dia cam terlebih air dan bahan-bahan tumisnya tak banyak sangat, tapi my dad loves it. Abang Fahim pun kata best tadi, cuma warna tak menarik, kakak saya? Dia kata bahan-bahan tu kalau blend, lagi sedap, lagi terserlah rasanya. Okay, lain kali buat, segala tips-tips tu akan diambil kira. Hehehe.. 

Pastu kakak saya kata, "haaa.. mesti lah komen, kata nak masuk MasterChef.. kalau tak komen, nanti makanan tak sedap". Gitu.. ayah saya pulak cakap, "Laahh.. nak masuk MasterChef pulak, kata nak berniaga menjahit, lepas ni pergi buat sijil dengan Risda, habis belajar, buat pinjaman dan buka kedai". Lallalalala... pening saya. hahahah.. MasterChef tu sedap jugak, idea ayah tu, bernas juga. Pokok pangkal, pilihan saya kan? dan membuat pilihan bukanlah satu perkara yang saya minati.

Hehehe.. gila glamour sangat.. hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Merdeka, Merdeka, Merdeka!!

Friday, August 30, 2013

Thank You Belle. :)

Assalamualaikum WBT,

Baru dapat update entry. Hehehehe.. alhamdulillah, everything went well. Dapat jugak akhirnya siapkan benda yang sepatutnya disiapkan. 

Tadi saya baca coretan nukilan my dear best friend, Belle, *click to read more. Blog dia dalam bahasa Inggeris, hope y'all understand lah apa yang ditulisnya, Ala, bukan susah pun, baca je okay? hehehe..

To be, memang you are my best friend ever, and angah too. Orang kata, best friend patut ada satu je. Why? Sebab the best? tak, sebenarnya, kita boleh ada banyak best friends, in our case, kami bertiga adalah best friends. Seronok, masa mula-mula masuk U dulu, kami tak rapat sangat, tapi bila dah lama, mulut memasing cam hape je kan... hahhaha.. sebab tu click tu. I still remember, almost all the classes that we attended, kami semua dalam satu kelas yang sama. Cuma, last sem kot, saya dan Belle diasingkan, sebab? entah, mungkin fakulti jealous dengan kerapatan kami kot. hahahahha. takde lah, saje je. takpun mungkin sebab bising sangat kot kalau kami berdua. Hahahaha..

Kalau Angah lak, saya rapat dengan dia pun sem 2 kot, kalau tak silap lah. Hehe, angah selamber je. dalam three ni, Angah and Belle adalah anak kedua, saya? anak bongsu, sebab tu selalu kena buli. hahaha. takde la cam buli pukul2, gile? nak mampus buli pukul2 dengan saya? hahahaha.. takde, saya ni jenis yang agak pemalu sikit kan, kalau dorang usik, muka saya akan jadi merah padam, *merah gelap lah, takde merah padam sebab saya gelap. hahaha.

Yes, interpretasi best friend mentioned by Belle tu memang betul, Apa guna best friend kalau tak boleh ditegur kan? apa guna best friend kalau tak boleh menegur, apa guna best friend kalau makanan tak kongsi,. *eyh? tetibe! *saya tak makan KFC, saya boikot Israel tup tup... *saya dengan Belle je faham joke ni..

Yup, saya dan Belle, amat rapat, kadang-kadang, kami just boleh pandang dengan mata je, like, psychic la, gitu lah. pastu ketawa! hahahahha.. ada sekali aritu, time tu kelas malam, Aisyah, our classmates cakap, "korang ni, gile ke apa? pandang-pandang lepas tu ketawa.." we were like, hahahahah.. *ketawa lagi. Selalu jadi mangsa dalam kelas adalah, Yana, Kak Nik, Nadz, Ayie well.. almost everyone kot. hahahah... kadang-kadang kami make fun of each other. kwang3...

Tapi all those jokes sebenarnya jokes semata-mata. Takde berniat pun, eyh! ada niat, niat untuk menceriakan hati-hati kering dalam kelas! hahaha.. 

And now, everyone is following their own path. Yes, kadang-kadang, ada yang cepat, ada yang lambat, and ada yang berlengah cam saya. Trying my very best to figure things out and alhamdulillah, Allah is Merciful and He always listens. He does.

 
kalau dalam gambar ni,, ibarat Angah kat tepi kiri, saya tengah dan
belle kanan sekali..kelas!!!
Nak cerita banyak lagi? 4 tahun wehh... buat filem lah kot. tapi camne nak buat filem 4 tahun punya masa dalam 2 jam? NO no no.. kalau nak buat pun, buat cerita drama bersiri. hehehhe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Thanks Belle.

Tuesday, August 27, 2013

Sakit Gusi!!!

Assalamualaikum WBT,

Sakit gigi adalah satu perkara yang teruk tapi lebih menyakitkan adalah sakit gusi! And I am having it now. OMG! sakit sangat!! cam, nak korek je gusi tu biar sakit tu keluar! aarrgghhh.. tak tahu nak makan ubat apa, tak tahu nak sapu ubat apa, tak tahu nak letak apa kat gusi tu.

Gusi gigi bawah depan. Tak tau kena apa, tapi rasanya tadi masa saya menggosok gigi, it kena berus gigi dan it was darn painful! Memula, tak rasa sangat, tapi bila dah lama sikit, kesakitan tu terasa, lepas tu, saya tekan dengan jari. Huhuhu.. lebih sakit. Nak nangis pun ada dek kesakitan yang melampau tuh. huhuhuh... 

Ni nasib baik boleh update entry kalau tak! huhuhu.. dah la tadi pening kepala sebab makan budu. Huhuhu... lagi lah. Sakit kepala plus sakit gusi equals kesakitan melampau.

Dah lah, nak gosok mak jap.

Assalamualaikum WBT

p/s: masih sakit.

Monday, August 26, 2013

Syiah di Kelantan sahaja ke denda? di Tempat lain?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Maaf sebab tak buat entry. Saya pegi kursus dua hari aritu, 24-25 Ogos tapi saya ada post sikit je kan, tapi after that, saya letih sangat dan tak berapa nak sihat mungkin sebab kena aircond tu kot, sejuk giler!! Sampai, terasa ada something tersangkut kat tekak. Sakit lah tu. Sejuk. 

Tadi saya tengok berita, bukan tengok lah, saya terdengar, Berita di TV1, nak marah pun ada, sedih dengan penyampaian berita yang sungguh menyedihkan.

Tajuk beritanya, "Penganut Syiah di Kelantan akan didenda".

Aduh.. kesiannya, kenapa kat Kelantan je? Kalau penganut Syiah kat negeri lain akan dimanjakan ke? akan di pupuk dan di belai manja? Gitu? Tolong lah, kita semua tahu Syiah adalah satu perkara yang bukan main-main. Boleh pulak dipolitikkan. Pening saya. Kan bagus kalau tajuk dalam berita tu ditukar, "Penganut Syiah akan didena or diambil tindakan" ke kan? Ini tidak, dibuatnya camtu.

Kot ye pun nak membeza-beza kan, jangan lah camni, mentang-mentanglah, berita pukul 10, takde sangat orang nak tengok, boleh korang buat camtu? Please lah, kalau nak respect dari orang, bukan camni. Bukan! 

Kat seminar pengguna tu ada cakap sal hak pengguna dan salah satunya adalah hak untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Jadi!! ini bolehlah dibawa ke tribunal pengguna ke? camtu? 

Tapi apa-apa pun, jangan lah camni. Okay? kalau nak sampaikan berita tu, sampaikan lah dengan intergriti dan penuh kewibawaan, ini tidak. Penuh syak wa sangka dan negativiti. Sedih sangat!

Dah lah, nak update benda lain lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: Syiah bukan AGAMA!!

Sunday, August 25, 2013

Majlis Penutup Kempen Kuasa Pengguna 2013, Raub.

Assalamualaikum wbt,

Sekarang saya dalam Majlis Penutup Kempen Kuasa Pengguna Daerah Raub 2013.

Malas nak tulis bebanyak, tak santun kang. Hehehe..

Assalamualaikum wbt

P/s: nak balik dah..

Kempen Kuasa Pengguna 2013, Raub.

Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi.. tak pernah sungguh saya update entry sepagi ni kan? Hahahhaha...

Tapi apa-apa pun, memang dah tugas saya. * perasan diri blogger top. Bahahahah..

Okay, dari semalam lagi saya telah pergi ke Hotel Jelai Raub untuk menghadiri satu kursus. Kursus ini diberi nama Kempen Kuasa Pengguna 2013.

Kempen ini sebenarnya bertujuan untuk memberi panduan terhadap hak-hak pengguna di Malaysia.

Kempen ini dianjurkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Sri Perdana, Kuantan dengan Kerjasama Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Raub.

So, hari ni dah masuk hari kedua dan hari terakhir kursus. Semalam lebih kepada pengenalan Tribunal Tuntutan Pengguna, fungsi, visi, misi mereka dan malam penceramah memberi skop terhadap penipuan gores dan menang, skim cepat kaya dan lain-lain. Kami juga diberitahu fasal hak-hak pengguna.

Dah...dah masuk dewan pun.

Assalamualaikum wbt

P/s: orang kata perut kenyang, suma hati. Erkk..

Friday, August 23, 2013

Happy Birthday untuk Kami!!! 22 August 2013.

Assalamualaikum WBT, 

Alhamdulillah, semalam 22 August 2013 adalah ulangtahun kelahiran kami. Mesti ada yang terkejut sebab kenapa saya cakap kami kan? hahaha, memang, sebab kami ada merujuk kepada saya dan Kembar saya, Saufi bin Razlan. 



To all readers, ni la kembar saya. Mungkin ada yang berpendapat, saya menipu. Tak kuasa saya nak menipu korang weh, ni la kembar saya, masa saya dalam kandungan tu, saya kongsi perut dengan dia. Bayangkan dalam kandungan mak saya, 5 kilo untuk dua-dua. Mau terbalik perut. hehehe.. kami dah 25 tahun sekarang, dan kami langsung tak seiras. Seriously, semalam buat lesen, orang JPJ tu cakap, 'eh, kembar, tapi kenapa yang tu besar yang ni kecil".

Nak je cakap, "akak memang suka eyh keje kat sini?" selebihnya, fikir sendiri. hahahahah..

Alhamdulillah, sudah 25 tahun hidup dalam dunia Allah yang ini, insyaAllah, saya akan cuba berubah sedikit demi sedikit. amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: makan KFC jer..hahhaha

Thursday, August 22, 2013

Tips Elak Penipuan Online!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? 

Kembali menghangatkan wall-wall di Facebook, bicara berkisar tentang Penipuan Pembelian di Online. Memang dari dulu lagi benda ni ada penipuan. Kita jangan pandang Jepun dan Korea Selatan yang memang tidak mempunyai masalah dalam penipuan online ni. Kalau ada pun, mungkin rate dia jauh lebih rendah daripada kita. *or mungkin kita sendiri nampak yang baik je kot.. huahuahua.. 

Baik, saya sebenarnya, tak pernah beli barangan online. Entah, tak pandai satu, tak tau satu, dan tak minat satu. Satu cara untuk mengetahui bahawa penjual tu elok ke tidak,

1. Mintak email, contact number or apa-apa yang boleh dihubungi.

2. Mintak dia post gambar sebenar produk.

3. Message dia dan tanya berapa lama sudah berkecimpung dalam bidang jualan online ni.

4. Cuba check kat FB or media socialnya kalau-kalau ada komen-komen yang mencurigakan.

5. Kalau ada fans yang liked, mesti ada pembelian kan? cuba Private Message dorang dan tanya sama ada barangan yang dibeli menyamai produk yang diiklankan.

6. Kalau tak jalan juga, so, jangan beli, habis cerita. Beli kat tempat yang real punya.

Haa.. okay tak tips2 tu?  bukan apa, saling membantu amalan mulia, gitu! hehehe..

Tapi siapalah nak dengar daripada seorang yang tak pernah membeli online kan? phew..

Assalamualaikum WBT

p/s: kenyang dah!

Wednesday, August 21, 2013

Nasihat Untuk Mengemas Barang Yang Banyak Nak Mampus!

Assalamualaikum WBT,

Untuk melepaskan barang yang kita punyai memang sesuatu yang payah. Sebab apa? Sebab setiap daripada barang yang hendak kita lepaskan ada sentimental value yang kita sendiri ingati.

Contoh,

Nak mengemas dan nak letak barang dalam plastik untuk diderma, ternampak satu frame gambar yang usang,

"alaaa.. ini lah yang si polan yang bagi. Dia ex aku dulu, hurrrmmm.. kesian lak kat frame ni, *tangan pegang dan letak atas meja yang penuh dengan frame dah".

Yang lain pulak, ternampak pakaian yang agak usang tapi dalam hati boleh pakai lagi..

"ehh!!! ni abang angkat aku bagi nih.. aduh..sayangnya..abang tu dah lah handsome, takkan aku nak buang baju ni camtu je, mesti dia terasa hati nanti, *tangan amik baju then cium pastu letak dalam almari".

Apa???
 
 aduh, please lah, sebenarnya,cerita kat atas adalah rekaan semata-mata, takde yang betul pun. Saya, kalau mengemas barang or I usually called, De-cluttering, saya akan buang je. Mula-mula, tengok barang yang hendak dibuang or derma, then, takde fikir-fikir, terus jalan! bukan nak ingat-ingat dah! sebab tu, sebelum buang, kena grade dulu, saya grade barang camni,

1. Sangat sayang dan perlu
2. Sayang 
3. Perlu
4. Tak perlu
5. Tak sayang

So... haa... camtu lah saya grade barang yang saya ada..hahahha.. giler? memang, kalau baju-baju yang kecik comel dan tak berapa muat dengan saya, saya bagi kat ahli keluarga jer.. hahaha.maklum lah, perasan artis, baju pakai beberapa kali jer, then, bagi je la dorang..hahaha.. *sedih

dah lah, kepaa sesiapa yang nak amik grade barang saya ni, dinasihatkan, kalau nak betul-betul buang barang, sila fikir betul2 dulu, sebab kalau dah buang and letak dalam plastik buang, takde maaf bagi mu dah, sila redha je lah..hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: mengantuk.

Kemalangan di Genting Highlands.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Petang tadi kita dikejutkan dengan satu kemalangan ngeri di Karak, Bentong yang membabitkan semua bas sarat dengan penumpang.

Saya ada baca beberapa blog dan juga online news dan rata-rata masih menantikan berita sahih daripada pihak yang ada di situ. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, lebih 30 orang maut dan lebih 15 orang lagi cedera dan telah dibawa ke hospital terdekat.

Dan beberapa hari lepas, ada sebuah kereta kemalangan di jalan besar berdekatan dengan kampung saya, kemalangan tersebut terjadi di Kampung Jeruas. Dikatakan, pemandu cuba untuk memotong sebuah bas namun, tidak lepas, dan kereta tersebut melanggar bas dan kemalangan. Bas tersebut tiada apa-apa tetapi pemandunya cedera. Tetapi, kereta Mercedes yang dinaiki oleh sebuah keluarga yang berasal daripada Kampung Cina Jerkoh, Benta mengalami kerosakan teruk. Katanya, hanya seorang wanita selamat dan 4 lagi maut. Saya tak tau berita keseluruhannya, tapi tadi ada kakak saya cerita, pemandu kereta tersebut hancur. Kesemua mangsa adalah berbangsa Cina.

Mendengar berita sebegini, saya rasa takut. Iya la, malam tak berbau kan, tapi kalau boleh kita elak kemalangan, kita cuba dengan memandu dengan berhemah, kalau mengantuk jangan memandu, kalau rasa cam letih, berhenti di RnR sekejap, rehat, jangan memecut. Slow pun takpe, tapi pastikan di lorong yang betul. Okay?

Kepada keluarga mangsa, bawak bersabar. 

Assalamualaikum WBT

p/s: takut.

Tuesday, August 20, 2013

Mari Makan!!!! Lunch, Jom!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, saya sihat dan sejahtera. 

Saya dah lunch da, lebih kurang sejam yang lalu. Huhuhu.. hari ni saya masak...

Nasi putih
Gulai Asam Tempoyak Daging dan Tulang
Sotong masak sambal
Sayur Air Daun Cemperai
Cencaluk
Telur Masin
Sambal belacan
Sambal dan tempoyak

Perhh!! banyak kan? itu lah, kalau dah memasak, memang banyak dapatnya. hihu.. ni tengah kenyang lagi. Nasib baik banyak makan lauk, kalau banyak makan nasi, mampus! huhuhu.. ni dalam proses menguruskan badan, walaupun ! kan! hahahahha..

Ni sambung kemas bilik sebenarnya, memang macam tongkang pecah dah, nak menangis saya melihatkann bilik yang sungguh, amat, "kemas", "suka" sangat. Mencik!!! Nyampah!! tapi apa boleh buat, almari den takdo, so, rasanya kena letak dalam bag yang bapak tu, then beli box yang boleh tutup tu, rasanya okay lah..hahaha.. malas la beli almari, bilik kecil, tambah almari, lagi la, kemetot.

dah la, nak sambung kemas. Nanti mak saya marah.

Assalamualaikum WBT

p/s: malas la nak post gambar,, payah...huhu

Monday, August 19, 2013

I HATE ISRAEL !!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? Tapi ingat, berdoalah supaya Mesir selamat!

Korang nak tahu tak, apa yang berlaku sekarang adalah salah satu daripada usaha besar ISRAEL laknatullah. Sebab apa? Sebab mereka ingin menakluk Makkah dan menghancurkan Makkah, tempat suci orang Islam. 

Iya! Cuba korang baca ini. Suatu Perjalanan Maya. Ini semua adalah usaha mereka, usaha KAFIR yang cuba menghancurkan orang Islam. 

Saya pun sebenarnya sedih dengan apa yang berlaku kepada Mesir dan negara-negara yang pernah di jajah dan berperang seperti Iran, Afghanistan, Iraq dan ia rata-rata didalangi oleh Israel laknatullah. Mereka tidak pernah putus asa untuk menjatuhkan orang Islam. Iya! Memang! Mereka memang berusaha untuk membunuh orang Islam. 

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui, dan dengan Zat-Mu, Ya Allah, Engkau selamatkanlah nyawa-nyawa mereka yang berada di Mesir, mereka Islam dan mereka yang menegakkan agama-Mu, Ya Allah. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: I HATE ISRAEL!

Menu Lunch! Korang makan apa lak?

Assalamualaikum WBT,
 
Alhamdulillah, saya dah lunch!! huahuahua..
 
Menu lunch saya pada hari ini adalah...
 
Nasi putih
Sotong dalam tin masak sambal (sedap!)
Sayur campur (bunga kobis, lada bengala (merah &hijau), leak) dan sotong masak sos tiram
Sambal belacan dengan timun
Ikan sepat masin
Sayur lemak labu
Air sirap
 
Pergghhh!! kuantiti jangan tanya berapa banyak. Tapi saya makan nasi sikit je, lauk sayur2 tu banyak giler. Maklumlah, tadi pergi Supermarket (TF kat Raub tadi), lepas beli sotong, saya ternampak satu longokkan bahan sayuran yang sememangnya murah! Satu bungkus RM1.00, bukan rejected items tapi items yang mungkin dah lama tapi masih boleh dimakan. Saya memang suka bab-bab camni, lagi murah lagi bagus, nak-nak cam sayur kan, kita bole pilih dan tengok mana yang elok dan mana yang tak elok, cuma kalau orang jual telur murah-murah, jangan lah beli sebab takut telur tu dah rosak. Kalau telur rosak, sapa nak makan. Kalau sayur ni, kalau rosak sikit takpe, ada bahagian yang boleh dimakan lagi. SO, saya beli tadi banyak benda, timun, lada bengala, bunga kobis, leak semuanya HANYA RM8.00. Memang jimat, tadi tu tak habis lagi, banyak hari boleh makan lagi. HUahuahua...suka sangat!
 
Orang kata  
 
"ala, nak jimat apa, beli je la yang elok sikit".
 
Well, I'd say, 
 
"Kalau masak tak sedap, beli lah items sefresh mana pun, tetap tak sedap!!!"
 
Hahahaha...
 
Tapi takde la sampai beli yang betul-betul tak elok tu kan? Melampau lah... saya beli yang ada diskaun tu je sikit... hahahaha..
 
Assalamualaikum WBT
 
p/s: Kenyang jugakkk...

Sunday, August 18, 2013

Menu Malam ini!! Korang makan apa?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Petang ni tempat kami hujan lah... Yup, ni tengah lebat tak tau lah bila akan reda tapi alhamdulillah, at least buleh duduk dalam rumah kan. hehehe..

Jap, lagi nak masak lah rasanya, tapi tak tau lagi nak masak apa, tapi ada dah idea dalam kepala.

Menu malam ini.

Nasi putih
Santan Durian
Gulai Asam Tempoyak Ikan Kembung Pelaling
Jeruk Maman
Air Tea O / Air Masak

Haa.. okay tak menu diatas tu? Nak tahu serba sedikit sal menu kat atas tu?

Nasi putih cam biasalah, guna beras biasa pun takpe, kalau ada yang nak guna beras Siam yang panjang lagi cantik serta putih tu, dipersilakanlah, tidak lah menghalang. Huahuahua..

Santan Durian, pernah dengar tak tentang masakan santan durian ni. Technically, santan durian ni tak perlu masak, cuma, santan tu je yang diperah dengan air suam. Okay, amik durian, dengan ulas-ulas durian tu, masukkan dalam satu bekas, mangkuk pun okay, lepas tu masukkan santan kepala yang sedikit cair, takyah lah masukkan santan yang pekat sekali tu, kang terlampau lemak lak. Then kacau, masukkan secubit garam, Tapi, kalau korang rasa, cubit korang tu tak berapa berasa, masukkanlah lagi garamnya, bukan susah pun, then taste. Kalau cukup rasa garam tu, makan lah apa lagi.

Gulai Asam Tempoyak Ikan Kembung Pelaling lak, cam biasa, Ikan dipotong dua, amik cili padi, kunyit, garam kasar, dan tumbuk sampai lumat. Then masukkan tempoyak, tumbuk sekejap je. Lepas tu, letakkan ikan dalam periuk then masukkan bahan ditumbuk tadi, masukkan sedikit lagi tempoyak, then masukkan air. Lepas tu masak atas dapur sehingga masak. Then makan lah!!! hahahah..

Jeruk Maman. Korang tau tak maman tu apa? Urm, kepada yang tak tahu, memang susah sikit lah saya nak explain, sebab takde lak gambarnya dengar saya. Maman ni ditumbuh cam biasa je, cuma selalunya mak saya tabur di tempat membakar, so, gebu lah sikit maman tu. Maman ni boleh buat banyak cara, gulai lemak dengan ikan pun sedap, dijeruk pun sedap! Okay, kalau nak buat jeruk maman, maman tu kena jemur dulu, then lepas jemur, diramas dengan garam kasar, then baru letak dalam bekas selama dua malam, at least, then baru ley makan. Sedap! tapi pada sesetengah orang, dorang tak suka jeruk maman, sebab bau di yang sedikit busuk, tapi seriously, sedap! hahaha...

Minuman lak, tea o, eh>? ada yang nak mintak resepi tea o ke? Takde kan? so, itu sahaja lah untuk entry kali ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: sejuk!

Amazing Garden in England! Cantik wooo...

Assalamualaikum WBT,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 

Mesti ada yang bertanya, kenapa la post camtu, kat dah habis raya. SIAPA CAKAP? Siapa cakap raya dah habis? hihu.. raya tak habis lagi sebab apa? Tak salah meraikan hidup kita yang sekejap ni. Betul tak? tapi jangan lah sampai terlupa semua, ingat-ingat jugak lah kan? Gitu.. 

Saya selalu nampak orang tulis dan kata, 

"Laaah, apa salahnya beraya, setahun sekali je kan kita beraya".

Maaf lah, saya sangat TIDAK SETUJU dengan ucapan ni, dalam Islam kita beraya banyak kan? Ada Aidilfitri, Aidil Adha, Nisfu Syaaban, Awal Muharam, banyak lagi, tak salah rasanya raikan, tapi yang ayat minta maaf, zahir dan batin tu, hari-hari takpe, itu lagi penting daripada meraikan hari raya. Betul tak? 


Eh, saya ada tengok gambar satu backyard kat England, Ya Allah, cantiknya..korang nak tengok? memang ia menjadi sumber inspirasi kepada saya sebenarnya to turn my backyard to this amazing garden. I am love looking for things to be put at my backyard and i am clearing and cleaning my backyard. hehehhe.. wait for it ya..





Kalau nak tengok lebih besar, boleh lah klik kat gambar tu. Pasangan ni habiskan masa 30 jam seminggu untuk trim rumput karpet tu sepanjang 55mm. hihu... kelas!

dah lah, nak cari bunga-bunga dan ubi kayu untuk garden. hahahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s:  sambil tu boleh keluar peluh.

Jangan Mengainaya Haiwan!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Maaf, lambat update hari ni. Tapi hari ni dah hari baru kan. InsyaAllah.

Baik, setiap orang ada favourite dorang masing-masing kan? Ada yang suka kucing, ada yang tak suka kucing, ada yang suka harimau, ada yang tak suka harimau, ada yang suka bela haiwan, ada yang tak suka bela haiwan. Baik, itu adalah kemahuan masing-masing, takde sapa yang boleh halang.

TAPI! TAPI! TAPI! 

Yang mempunyai akal seperti kita, manusia ni, yang dijadikan Allah, ada akal fikiran, pergi seksa binatang tu apahal???? Saya mengaku, saya bukan tak suka kucing, dan tidak juga menyukainya sampai memelihara haiwan tersebut. Bukan apa, kami dulu pernah bela kucing, tapi ayah saya tak berapa suka kucing, jadinya, untuk mengelakkan apa-apa berlaku, kami memutuskan untuk tidak membela kucing. Tapi, tidaklah saya membenci kucing sampai membuat perkara-perkara yang tak masuk dek akal fikiran seperti  yang dipaparkan di Blog Que Achmad . Saya memang takkan tengok lah video-video camni, kepada yang kuat semangat, hati cekal, mampu untuk melihat kekejaman manusia yang kononnya membunuh dan menyiksa kucing untuk tujuan hiburan, dipersilakan. Tidak saya menghalang, tapi kepada yang lemah dan tidak mampu, jangan! Jangan sesekali tengok, click boleh tapi jangan click video tu. 







Saya memang tak terbayang menyembelih kucing untuk suka-suka. *maaf, sembelih ayam dan haiwan untuk makan itu lain. Jangan persoalkan yang itu. Saya yang pelihara ayam ni pun sayang kat dorang, tak terbayang kalau dorang disembelih. Lama dah saya bela, huhu.. dari kecil sampai sekarang. Dorang dah jinak dengan saya, tak tau la camne nanti. 

Baik, untuk pengajaran, kita semua hidup dalam dunia ni ada tujuan masing-masing, tapi tujuan utama adalah untuk beribadat kepada Allah tetapi jangan dilupa, kita hidup dalam dunia ni, bukan manusia sahaja yang hidup, ada haiwan dan makhluk-makhluk Allah yang lain hidup dalam dunia ni. Kucing, anjing juga adalah makhluk Allah, jadi, kalau dorang tak kacau kita, yang kita nak kacau dorang untuk suka-suka tu APAHAL????? ha? takde otak? ke otak korang kena sedut dek kucing tu? kena sedut dek anjing tu? Please lah, dorang pun nak hidup.

Ingat balasan Allah.. kalau siksa makhluk Allah, *kucing and anjing adalah easy target, so, korang nantikan balasan di sana nanti. Yakinkan diri, yakinkan bahawa Allah tu ada, nescaya, kamu akan takut.

Assalamualaikum WBT

p/s: Mengantuk dah.

Saturday, August 17, 2013

Jangan Terus Dibuang! Ingat Balik!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Haa.. amacam raya? *walaupun hari raya ke 10 dah tapi tetap, ada lagi yang merayakan bulan Syawal. Orang kata, kita balas sama balas, 30 puasa, 30 syawal lah kita bantai. Pulak?? Ikutlah, janji tak membazir. Saya rasanya dah habis raya dah. Alhamdulillah, raya pun ala kadar sahaja, takde lah cam fancy giler-giler kan, takde lah. Memang bersederhana jer, takde darjat-darjatnya.

Okay, hari ni saya nak tulis fasal Malaysia. Malaysia kita ni sebenarnya aman dari segi tertentu sahaja. Ingat tak yang kes tembak-tembak di serata Malaysia minggu lepas? Yang tiap-tiap hari ada kes tembak tu? Ingat tak? Kalau ingat bagus. Ingat tak ada kes simbah asid yang wanita bawak kereta kena tu? Ingat tak? Kalau ingat bagus. Ingat tak budak yang dikatakan kena culik dari Perak dibawa ke Rawang tu? Ingat tak? Ingat tak kes polis yang didakwa mencabul wanita tu? Ingat tak? Ingat tak kes penganut ajaran sesat Syiah yang menular ke Malaysia? Ingat tak? Ingat tak resort yang kat Johor yang dicemari tu? Ingat tak? Or ingat tak fasal kes Lahad Datu? or ingat tak fasal kes bot karam di sebuah sungai di Sarawak? Masih ingat tak lagi fasal kes Islamic Fashion Show yang ada tulisan kat kain di badan model tu? ke ramai yang tak ingat dah? 

Kalau ingat bagus, bukan apa, semua itu menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita supaya menjadi insan yang lebih baik dan elok. Dan jangan terus dilupa perkara-perkara yang buruk telah berlaku kepada Malaysia, kenangkan kembali dan amik iktibar

Perkara buruk bukanlah SAHAJA datang dari parti-parti politik kat Malaysia ni, tapi ada jugak yang datangnya dari individu yang cuba merosakkan keharmonian Malaysia. Pemimpin-pemimpin dan isteri mereka pun ada juga yang buat onar, jangan nak tipu.

Dah lah, letih je menulis, macamlah blog saya ni dibaca ramai.

Assalamualaikum WBT

p/s: jom makan kundang.

Friday, August 16, 2013

Dah Tengok GONE??

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya tengok cerita Gone(2012) diarah oleh Heitor Dhalia. Sebenarnya cerita ni takde la cam bagus sangat tapi lakonan Amanda Seyfried as Jill memang baguslah. Mula-mula, adik dia hilang, then it took back to her experience yang dia juga pernah diculik tapi the police, Oregon did not believe the story, dorang cakap, ia adalah satu cerita yang diada-adakan. *to be honest, its getting better, I mean the stupidness of the Oregon police, in the story lah, of course. 



Then, Jill cari adik dia cam nak gila. Dan dialog tu disogok pulak dengan Jill yang mengada-adakan cerita, menjadikan penonton rasa, "memang Jill ni gila kot.. nampak sangat putar-belitnya". Rasanya, itu yang director hendak dari penonton, jump into silly conclusion. Tapi! Jill memang tak putus asa and she looked for her sister, Molly like crazy. She tracked the kidnapper down till habis lah. 

Cerita ni sebenarnya cam belaku dalam masa sehari semalam. Memang sehari semalam. The minute she knew that her sister, Molly was kidnapped, she looked for the her straight away. No turning back. Akhirnya, dia berjumpa dengan penculik dia dan adiknya. She was right, memang dia kena culik along with other girls. Kesian. Tapi cerita dia tidak dipercayai oleh pihak polis. Pihak polis kata, itu semua ilusi dan hanya bayangan sebab they said Jill was crazy. 

The best part is, when Jill killed the kidnapper, Digger, when she got back home, the police were at her house along with her sister, Molly who was found in the basement. Then, Powers *the police asked Jill about the kidnapper and do you know what Jill said? *this is the best,

"No, there is no kidnapper, its all illusion, it was all in my head".

And the looks on the policemen were PRICELESS!! hahahaha.. LOL! no kidding. It was priceless. It is like, they numb, cannot move, they cannot say anything. And the last scene said it all, when the police got a mail, and in that mail, there were tonnes of pictures and Jill's picture was in that mail. 

Haha!!! and Jill killed the kidnapper already in the same hole and she was in. Priceless!

sebenarnya, sekarang pun ada cerita cam tu kan? kadang-kadang pihak berkuasa tak mahu ambil tahu fasal things happened padahal bukan kehendak kita pun. Kadang-kadang memang orang yang jahat buat things yang jahat to certain people and when we called the  police, they went to the cases but then it was disappear in thin air. Just like that... 

So? moral of the story? Be a good cop. Okay? Sometimes, crazy person is not crazy, they too have sensible sense. Please. hahaha..

dah lah, malas dah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Batuk lak!!! aduh..

Thursday, August 15, 2013

Sajak untuk Mesir.

Assalamualaikum wbt

Saya ada satu sajak untuk Mesir dan semua mereka yang melakukan kezaliman.

Manusia mempunyai lidah,
Namun dilatih berdusta,
Manusia mempunyai tangan,
Namun dilatih menzalimi,
Manusia mempunyai hati,
Namun dilatih menyembunyi,
Alangkah kasihannya kita.

Kita ada media,
Media kita menipu kita,
Kita mengharapkan berita kebenaran,
Penipuan diberikan,
Disaji dengan syak wa sangka,
Disaji dengan perkara penipuan,
Menutupi kebenaran,
Menghancurkan perpaduan,
Menggelapkan hati-hati manusia,

Alangkah baiknya jikalau sentaja itu mampu berkata-kata,
Alangkah bersyukurnya peluru didalam badan-badan syuhada mampu berkata-kata,
Alangkah hebatnya jikalau sampah dijalanan mampu berkata-kata,
Alangkah sejahteranya dunia jikalau dahan-dahan,
Batu-batu,
Pasir-pasir kecil, 
Kain-kain,
Mampu untuk berkata-kata,
Nescaya Ya Allah, mereka tidak akan mendusta walaupun sekelumit.

Assalamualaikum wbt

P/s: #saveegpt

Kematian Tidak Mengenal Usia, Status, Masa.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Alhamdulillah, saya sihat sahaja. 

Bila bercakap mengenai kematian, ramai yang takut dan ramai juga yang berani sebab ada diantara kita yang sudah bersedia untuk menghadap kematian. Mati tidak mengenal usia, mati juga tidak mengenal status, kalau Allah nak cabut nyawa, maksudnya, tiada awal tiada lambatnya. Dan mati juga tidak mengenal masa, kadang-kadang, tengah tidur pun ada yang mati.

*mungkin penggunaan word mati agak kasar di situ, tetapi itu lah. Sebenarnya, kebenaran itu menyakitkan. 

Assalamualaikum WBT

p/s: entry pendek di pagi ini.

Tuesday, August 13, 2013

Jom Makan Lemang!!!

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, hari ni mak masak lemang!!! yeay!! lemang weh.. lemang, iya di hari ke-6 Syawal, mak masak lemang sebab esok mak cik nak balik KL, kenyang saya makan lemang. Kali ni mak cik saya buat Rendang Pindang dan rendang jenis ni tak perlu pakai santan, rasanya tetap sedap dan senang untuk dibuat cuma kali ni, mak cik tak dapat agak kot sukatan bahan yang diperlukan, jadi rendang yang dibuat sedikit kurang sedap tapi saya dah habiskan almost semangkuk kecil dah! hahahaha *dalam tak sedap tu.. hahaha bengong!

of course la lemang dibuat menggunakan beras pulut, so, saya sebenarnya ada masalah dengan pulut ni. Yes, ia membuatkan saya mengantuk! Yes, sekarang ni saya cuba sedaya upaya untuk tidak tidur, ni dok menguap bagai dah!! huhu. *tak nak tidur petang!!!

Okay,okay, tadi saya ada sesuatu menarik untuk saya post, tapi, terlupa pulak. Hehehe... Seyes, memang ingat tadi, tapi lupa dah. Takpe lah, nanti kalau saya teringat topik tersebut, nanti saya buat entry lain pulak. Okay?



Haaaa!! dah ingat! baik, siapa pernah buat kebun? I mean, like, tanam getah ke, tanam sawit ke, or something like that, takpun, siapa yang pernah gardening, like, tanam sayur-sayuran? Pernah? Okay, kalau pernah, mungkin korang akan faham apa yang saya cuba sampaikan. 



Okay yer, kalau kita tanam-menanam ni, kita akan ada banyak musuh, manusia ke, haiwan ke, tapi selalunya haiwan lah. Seriously!, takyah cakap sal manusia tu, kita cakap sal perihal haiwan je. Baik, kalau berkebun getah, selalunya yang menjadi musuh adalah haiwan seperti kera, beruk, babi *or bahasa sopannya khinzir. Memang haiwan seperti ini menjadi musuh hebat kepada tanaman. Contoh eyh, selalunya, kalau babi, dorang ni akan makan daun or makan terus batang getah kecil tu, memang takde tinggal lah, kadang-kadangnya lah, tapi ada jugak yang setakat lalu sebab nak pergi ke tempat lain. TETAPI, kalau kera or beruk, depa ni lagi ganaih, dorang makan pucuk anak getah tu sampai daunnya hilang, takde, langsung! TAKDE! tapi, kalau babi yang makan, kita akan nampak kesan di tanah tapi tidak kera dan beruk, takkan ada kesan, unless tempat yang dorang berpijak tu basah. 
 

Namun, kera dan beruk ni bijak tau, dorang takkan nak kaki dorang basah, so, selalunya, dorang akan jalan elok-elok dan makan daun-daun tu sesikit. Tetapi! kalau cam tempat kebun kami ada lembu, lembu orang bela, pelihara lah, itu mungkin menjadi musuh jugak, tetapi, kalau ada pagar, lembu pun tak nak masuk juga, lainlah kalau pagar tu cam goyah-goyah sikit, or pintu tutup tak kemas, jadinya, dorang akan masuk. Tapi selalunya, gembala lembu ada menjaga lembu tersebut.

Dan lagi satu, kalau lembu tu makan daun getah, pokok getah, HELLO!!! takkan takde kesan kat tanah kan? Takkan lembu tu terbang cam burung kelicap sambil makan daun pucuk muda. Hahahhaa.. kadang-kadang kelakar tengok pemikiran orang. Kot ye pun nak marah, fikir dulu sebab bukan apa, makan jasa dan keringat orang lain ni, besar dosanya, kalau Allah tak balas sana, mungkin Allah balas kat Dunia. Itu je lah.

Maaf lah yer, kadang-kadang pelakunya lain, konsep sama boleh diapply dimana-mana pun. janji pandai applykan.

Assalamualaikum WBT

p/s: sebab tu saya tunggu ayam-ayam saya, takut dorang makan sisa-sisa makanan orang lain. 

Niat nak menziarah, bukan nak duit!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Walaupun dah beberapa hari beraya, tapi mengikut pengalaman beraya di tempat orang lain, hari-hari yang dah suam-suam kuku ni dihangatkan kembali dengan mengadakan rumah-rumah terbuka or open houses untuk dengan niat memberi sedekah.
 
takkan budak secomel ni tak nak dibagi duit
raya kan?
Baiklah, bercakap mengenai sedekah, saya ada satu topic yang boleh dibincangkan di sini, ada lah cerita ni yang sampai ke telinga saya. Kesian jugak kedua-dua pihak. Macamni, nak dijadikan cerita, ada lah satu keluarga ni pergi beraya, malangnya, sesampai je ke rumah yang dituju, dengan niat nak menziarah, tuan rumah terus cakap, "Amik duit tu nak bagi duit raya" but in very harsh way lah.

I was stunned listening to that story. I was like, what??? Tolonglah, memang nak bersedekah, mungkin niatnya suci tapi caranya tidak! Why? I know, please, I was too have the very bad syndrome where orang selalu terasa hati with me, why? Sebab the way saya bercakap, tapi try lah berubah kan, nak-nak kalau orang yang kita bercakap tu orang tua, lagilah. Okay berbalik kepada cerita tadi, dan mengikut kata keluarga yang pergi menziarah tu, dia takkan pergi dah lah ke rumah itu. 

See, betapa hebatnya, komunikasi. Komunikasi mampu menghancurkan dan komunikasi juga mampu untuk menyatukan, pokok pangkal, hati. Itu sahaja sebenarnya. Saya pun dulu ada juga terasa hati dengan orang, time raya jugak, okay, kami dengan beberapa ahli keluarga nak pergi beraya, malangnya, tuan rumah pergi melawat rumah maknya, then, his husband called her because we were in the house and we were the guests kan, takkan lah kami nak memandai-mandai, Do you what she said? and God! We heard her loud and clear darlings... loud and clear *fingers snapping. 

She said, "Lah.. takkan lah takde keh orang lain ni tak boleh makan, orang nak berjalan pun tak boleh, kalau dia berjalan tak apa", She was blabbering to her husband. OMG! after that year, kami tak pergi dah ke rumahnya. It was full with hate, we could not bear what she said and we finish our meal and gone with the wind *well.. hahagaga.. 

So, kalau nak marah pun, jangan tunjuk depan tetamu okay dan cuba ikhlaskan hati untuk menghidangkan dan melayan tetamu. Payah sangat ke? huahuahuahua.. Letih memang letih, tapi nak buat camne kan? orang datang nak melawat, menziarahi saudara-mara, memang lah letih, sape tak letih, orang yang berjalan tu pun letih jugak, so, fair and square lah kan.. hihu...

Jadi, jadikan segala yang tertulis sebagai cadangan, penambahbaikan dan sempadan untuk kita sama-sama berubah, bukan susah pon.

Assalamualaikum WBT

p/s: sakit gigi lak!!

Monday, August 12, 2013

Masih raya tapi tak rasa raya?

Assalamualaikum wbt

Entry ni post raya lah kiranya..hahaha.. hari ni ramai orang sudah bekerja dan raya masih ada lagi tapi sudah berbaki cam gitu2 jer.

Saya yang tak kerja ni pun masih terasa cam raya sudah habis. Well... sebab orang dah ramai kerja so, rumah pun rasa cam sunyi lah... kuih2 raya pun rasa cam tinggal sisa2 jer. Huahua..lemang? Takyah cakap lah, dah berada di jalan yang benar dah, cuma, my mum nak masak lemang esok sebab my aunt nak balik KL, so mak akan masak lemang lagipun memang nak mak suka buat lemang. Hhahaha.

Saya hari masak gulai asam tempoyak daging lebihan (selodeh), haaa.. itu panggilannya. Kwang2.. tak tau la korang tau ke tak, tapi itu lah.. sedap masakan ni, cara membuatnya pun senang. Cuma, kadang2 kalau tak betul amount tempoyaknnya, automatically, rasanya tak sedap. Hehehe..

Eyh!terbanyak cakap lak. Dah la, nak tengok masakan.

Assalamualaikum wbt

P/s: banyak dah kereta dari kelantan ke kuala lumpur. Huhuhu

Sunday, August 11, 2013

Beraya ke Rumah cikgu-cikgu lama Sekolah Menengah Kuala Atok Class 95'-00'.

Assalamualaikum WBT,

Hidup di dunia ni kalau tak berkawan memang susah. Itu tajuk kita pada petang ini. Bukan apa, tadi saya pergi beraya dengan kawan-kawan serta kembar saya, yang perginya, saya, kembar, Laila, Imah, Eggy, Zeli dan Ainuddin serta Elah dan keluarga. Itu jelah, ada ramai lagi tapi mungkin mereka ada hal, ada yang buat family day during this hari raya, ada yang sibuk with things that they think are far more important than friends. Whatever, as long as you tak mintak duit dengan saya and family, sudah! itu sudah baik. 

Kan saya ada post sal keputusan Malaysia menentang Barcelona FC last night kan? Well, I am so sorry for the kesalahan yang saya buat, Iya, sepatutnya 1-3, dan iya, Amri Yahya menjaringkan gol 'kemenangan' tu. Okay, saya mintak maaf. Okay? Fine? Thank you very much. 

Okay, baik, berbalik kepada pengalaman berhari raya yang sememangnya agak hebat untuk tahun ini. Seawal 10.30 pagi saya dan kawan-kawan telah pergi beraya ke rumah cikgu-cikgu kami sewaktu kami bersekolah di sekolah rendah dahulu, Sekolah Kebangsaan Kuala Atok Kelas 95-00, haa.. itu lah kelas kami. Alhamdulillah. Amin.

Mula-mula kami pergi ke rumah Guru Besar kami di Kampung Dong, Cikgu Ghazali, haa...lama jugak di jadi guru besar tadi kami pergi rumah dia, keadaan agak pagi kan, so kami makan kuih je lah... hahaha.. lepas tu, kami pergi ke rumah cikgu Hishamuddin Lan dan kat situ saya dan Laila pergi ke rumah kawan kami masa bersekolah agama dahulu, Ayuni, borak-borak jap, dan kebetulan dia nak pergi ke rumah saudaranya di Benta, so, kami sekejap jelah. Then after that, terus pergi rumah cikgu Hishamuddin Lan, makan pulak kat situ pecal. kenyang saya!!! hahahha.. kuah pedas sikit tapi manis, sedap! suka!

Then. kami pergi ke rumah Cikgu Zaharuddin, rumah bapaknya pun yadoi, besar nak mampus! ter ber! gila kentang cipsmore! sekian terima kasih! kan, gitu! *memang terbesar di kawasan area kampung lah, tak dapat den nak nolong eyh! hahahha.. kat situ, kami makan kuih muih, tetapi!, cikgu zahar ajak kami makan kenduri di rumah sebelahnya!! ha... kenyang pulak kat situ, walaupun makan sikit je, tapi ya Ampun, kenyang! sesudah makan kat situ lak, kami pergi beraya di rumah cikgu Subri bin Basiron, makan lagi kat situ!! roti jala dan mee kari, Saya makan roti jala jer, mee kari tak makan, sebab kenyang nak mampus! hahahah... 

Last house? Kami pergi beraya ke rumah Elly kat Kampung Sejuk. Makan kuih je, tapi sebenarnya, dapat melawat dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan lama, cikgu-cikgu lama yang tak berjumpa membuatkan kita berasa seperti berada di zaman yang lalu, zaman di mana kami sedang melompat-lompat keriangan dan masih innocent. HUahuahua.. sekarang? Tak innocent mana dah, semua tahu! hahaha..

aduh,, nak post gambar sikit tapi malangnya, payah no nak masuk dalam komputer. kena berperang bagai, tak nak lah, payah!!! dah la, itu lah pengalaman untuk hari raya ke 4, orang dah balik kerja, kami duk beraya lagi!! hahahha.. sengal!

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok gak!!

Saturday, August 10, 2013

Malaysia kalah!!! 3-0 dengan Barcelona FC.

Assalamualaikum WBT,

Mesti sekarang orang ramai duk tengok bola kan? Iya lah, Barcelona lawan Malaysia wehhh.. takkan nak buat dunno je kan? Orang yang tahu sikit-sikit sal bola Malaysia akan sokong Malaysia, barulah semangat bola Malaysia kan? Go Harimau Malaya!!! Kasi gigit itu mat saleh! hahahaha.. 



Eyh... kalah dah eyh? hihu.. saya tak tengok bola weh.. kurang minat, Saya minat Cristiano Ronaldo je, dia pakai no 7 kan? well..., ala yang main untuk Real Madrid tu, Sekian, terima kasih! hahahha.. other than that? oh wait, I have one more, Xherdan Shaqiri [dʒɛrˈdan ʃaˈciɾi] *ni sebutannya.. Pemain Switzerland, huahuahua.., okay korang semua, Xherdan pakai no 23. huahuahua.. saya lahir 22nd August.. so.. *tetibe!! hahahha... and dia main untuk Bayern Munich, so, saya minat Bayern Munich gak lah! hahaaha..*tetibe lagi..

dah lah cerita sal bola ni, saya takkan pandai, off side pun saya tak tahu camne, huhuhuh...
okay, memandangkan hari ni masih raya, tapi ada sesuatu yang saya hendak tulis, Penting sangat! Hormat. Menghormati ibu bapa adalah yang paling utama kan? Tetapi, isteri kena menghormati suami kan? sebab apa? Sebab suami adalah orang yang akan menjamin si isteri tu masuk syurga ataupun tidak. Sebab itu peranan dan tanggungjawab suami adalah amat berat. Segala benda tentang isteri perlu diambil tahu dan kira oleh suami, Seriously. No kidding. 

Baik, si isteri jugak, janganlah bercakap tak menentu kan? kalau rasa nak cakap tak menentu *tak payah kawen, sebab kalau rasa hanya hendak menyakitkan hati orang lain *niat tak betul, batalkan je perkahwinan tu. Iya lah, orang sekarang kebanyakkannya kawin sebab nak glamour, nak menepati kehendak ibu bapa *kot, nak menunjuk-nunjuk baju kawen ribu-ribu, macam-macam niat lagi lah. entah lah! hahaa.. tetapi, kalau yang kahwin tu, jangan percakapan. 

Bukan apa, saya ada pengalaman, *bukan kahwin eyh!! bukan!!, pengalaman yang saya tengok lah, kat tv, dan lain-lain situasi lagi. Kadang-kadang, walaupun yang belajar agama tetinggi pun masih kurang adab dan hajar dengan si suami. Letih tengok. Kesian si suami. Tak guna dek non belajar agama tetinggi, jadi ustazah bagai tapi mulut cam sial! kan? tak guna weh.. rugi hidup preaching things good to your jemaah but you keep doing the wrongs to your husband. Bullshit? yes! hahaha,, Bukan apa, memang betul orang kata, orang belajar agama ni tak semestinya mendapat apa yang dipelajari kerana, jikalau apa yang diajari dihayati dan dirasakan dengan betul, rugi. 

Kalau suami tu cam saya, dah lama bergaduh sakan. Huhu..memang perlu kesabaran, tapi kalau hehari, tak tahan jugak kan? Well, mungkin saya masa ditahap dimana kesabaran perlu dipupuk dengan betul dan baik dan mesra, gitu! haa...

Dah lah, saya nak berbaring-baring dan membuat senaman jap untuk kekurusan dan kesihatan. HUahuahua *BM berterabur. hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Malaysia kalah 3-0 dengan Barcelona FC.

Amik Mood Untuk Berhidang!! haha

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, hari ni menu untuk juadah kot-kot ada orang datang ialah Pecal Kuah Kacang dan Rojak. Gitu!! hahaha, kuah kacang dah siap dah, all the grinding, saya yang buat, tapi yang masak, mak. Wajib lah mak yang masak, sebab mak masak sedap, tapi yang goreng kacang kemain lama nak mampus tu, saya lah!! Ya Allah, lamanya nak goreng kacang, rasa nak nanges! *ehh!! nak masuk MasterChef, jangan nanges! hahahaha.. 

haa.. tadi sempat lah masak, sekejap je pun, tumis-tumis bawang, lada kering dan kacang, then proses menunggu seterusnya, mak lah!! hhehe.. bukan apa, tadi ada orang nak datang umah akak, so, saya ke lead the way lah, lau tak, tak dapat lak, kan? gitu...

Dan sekarang saya sedang duduk-duduk je sambil menunggu kak, mak, abang n makde balik beraya. Malas sungguh nak membuat makan untuk depa kat luar tu, ada orang datang ni, tapi saya duduk dalam bilik semata-mata untuk update blog. Hahahha. amacam? kurang hajar tak? *bukan nak bangga yer, tapi mata mengantuk dan letih *dok makan, kwang2..

Baru je post gambar kat FB, mintak glamour sikit! hahahaha.. perasan!

Dah lah, dapat mood dah untuk menghidang. 

Assalamualaikum WBT

p/s: keletihan tapi gagahkan jugak!