Nuffnang Ads

Monday, September 30, 2013

Tulis Fasal Anak Pun Kena Maki?? Aduuhhh.. Pening.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat tak? 

Baca tak blog Encik Ben? Kalau tak baca, sila pergi kat bloglist saya tu. 

Kesian dia kan? Tulis fasal anak pun kena kutuk, tulis fasal diri sendiri pun kena kutuk, pastu nak tulis fasal apa? Orang mungkin pandang remeh fasal blog ni. Menulis bukan hanya menyampaikan maklumat,kadang-kadang ada perkara yang kita rasa nak share tapi takde la cam berita gempak sangat kan? tapi tetap rasa nak share. Tak salah langsung, janji niat kita nak share tu bagus. 

Saya banyak baca blog, orang kongsi macam-macam jenis perkara, ada yang kongsi fasal anak (Encik Ben), ada yang kongsi fasal berita-berita menarik (Lulu), ada yang kongsi fasal makanan (Encik Mat DTS, Kak Jee dll), ada yang kongsi fasal kehidupan seharian (Mak Dara, saya, dll). Ini semua adalah pandangan masing-masing, janganlah kerana diri sendiri tak suka baca, kita kutuk dan keji pihak yane menulis isi yang ditulis, kalau tak suka, jangan baca, tapi kalau tak suka juga, cari jalan untuk nyatakan isi hati tu, cakap lah elok-elok. Saya pun dulu pernah kena, anon cakap, blog saya buruk, blog gedik, blog suka cari fasal, blog provoke. Mungkin pada masa itu, saya masih mencari gaya tulisan yang sesuai dengan diri saya. Jadi, segala cemuhan dan kritikan itu saya ambil dengan perlahan lah.

Saya juga membaca blog-blog yang biasa-biasa, blog kisah catatan harian. Pada saya, blog ini adalah diari catatan harian tetapi tidak semua kita kongsi dalam blog ini. Ada benda yang kita boleh kongsi, ada benda yang kita perlu simpan. Betul tak? 

Minat terhadap sesuatu adalah subjektif. Begitu juga blog, ada orang suka letak lagu dalam blog, saya tidak, jadi, itu semua adalah minat tetapi, kepada pembaca yang mungkin juga ada blog, kalau tak suka carilah jalan yang baik untuk nyatakannya. Janganlah terus serang camtu je. Betul tak?

Tapi apa-apa pun, semakin dikenali sesuatu blog itu, semakin banyak cabaran. Begitu juga manusia, semakin banyak ilmu, semakin banyak cabaran dan semakin glamour seseorang itu, semakin banyak cemuhan. Manusia, biasalah.

Assalamualaikum WBT

p/s: terasa pakar motivasi tak bertauliah pulak!!! hahahah

Sunday, September 29, 2013

My Sewing References. Home Sewers.

Assalamualaikum WBT,

Sebenarnya, I have been reading a few great webs and blogs about stitching, sewing, patterning, and what not about this seamstressing. hahahaa... *just do not know that word to be used. Sorry. My English is not as good as before, which before was worse, sekarang ni tahanlah sikit. hahahha.. *LOL

Well, as far I am concern, actually I have different views on sewing, not the point of views but the, apa nak cakap eyh, macam, in Malaysia, kot lah kan, I don't think so lah kan, we do not have like ready pattern sold on the market, macam, takde lah pulak saya pernah jumpa, pattern, or pola yang memang dah ada jual kat market ke, kedai kain ke, tak jumpa, tapi tak tau la pulak kat bandar-bandar besar, kan? hehe.. But, it is way different with those who are in Australia, England, America where they have these amazing patterns are being sold in fabric shops, maybe, I dont really know, the reason why I wrote that is because, I have been reading a few blogs and all I can see is that, they use ready made pattern to draft on their fabrics. So, easy for them la kan but me, I have to look for the measurement, and I have divide things and calculate the exact measurement. So, susah sikit lah, but i remember the way to actually calculate things lah kan. hehehe..

Tapi, kadang-kadang lupa juga, saya pun manusia jugak, tapi takde la sampai menyepak terajang manusia lain. hihu... *pedas tak? 

These are the blogs that I read and I will keep on reading for more information and guides. Love them


So, people usually say, being a great fashion designer, one must have its own identity and esthetic. Well, to be honest, I am very much looking for it right now, I want too to be like DVF who created wrap dress and gosh, she is amazing. So, something to be remembered all the way, for the entire life. Kan?


Ann, The Winner.
But hey, I could just easily look for it somewhere right? Right?

Assalamualaikum WBT

p/s: British even has a TV programme on sewing, Great British Sewing Bee. Good. They are finding British Great Home Sewer.

Berniaga lah, jangan meminta sedekah!

Assalamualaikum WBT,

Bila bercakap fasal pengemis atau peminta sedekah, kita mesti ada rasa sedikit was-was dan takut sebab apa, disebabkan oleh ada cases yang mengatakan ada orang tengah yang cuba mempergunakan orang yang kurang upaya ini untuk mendapatkan wang. Memang ada dan sebab itu lah kita sebagai rakyat merasakan, hal ini perlu dibendung tetapi, kita juga tidak dapat lari dari merasa was-was dan seterusnya merasa tidak ikhlas untuk memberi sedekah. Kalau ikhlas, alhamdulillah lah kan, tapi yang tak ikhlas tu sehinggakan membuat andaian bukan-bukan, tak payah lah, tetapi, kalau nak beri sedekah, janganlah fikir benda yang penerima sedekah itu akan buat dengan duit itu, cukuplah kita sedekahkan duit or barang, dan selepas itu, apa yang dia hendak buat, itu dia dengan Allah SWT, kita dah lepas dah, tapi kena ingat, ikhlaskan diri.

Sebenarnya, saya bercakap ni bukan apa, saya juga manusia biasa dan ada juga kadang-kadang terniat dihati nak beri sedekah tetapi banyak fikiran lainnya, jadi, terbantut. Okay, baik, di tempat saya ni, ada seorang lelaki yang kelainan upaya dan dia tidak mampu untuk berjalan dengan normal, tetapi, walaupun begitu, dia berniaga. Berniaga apa? berniaga cili, limau nipis, asam keping, petai tapi all in moderation lah, dia takde lah jual banyak-banyak. Dia pun tau kemampuan dia sendiri. Okay, kalau nak ikutkan, harga yang dia letak dengan kuantiti barangan yang ada tu, sebenarnya agak mahal, tetapi, jikalau hendak dibandingkan dengan peminta sedekah lain, daripada dia begging for money, lebih baik dia berniaga kan? itu lebih baik bukan?

Saya pun kadang-kadang beli dengan dia sebab to me, it is better to buy rather than just give the money, at least, walaupun tak secara langsung, dia mendapat pendapatan yang halal daripada hanya meminta sedekah kan? I would prefer that way. Biarpun hanya berjual beli, niat itu lebih baik dan lebih ikhlas. Niat nak menderma pun ada, niat untuk membeli pun ada. Jadi, saya lebih suka yang macamtu. 

Contoh lain, kalau ada yang pak cik, mak cik yang jual tisu tu kan, biarpun beli satu tisu, at least, kita menolong dia. Kita nampak dia camne, so, kita beli lah, at least dia tidak meminta sedekah, well, at least tidak secara direct. Jual beli tetap ada, kan?

Jadi, berniaga la kan, jual tisu pun okay dah.

Assalamualaikum WBT

p/s: ramai yang mengambil kesempatan ke atas OKU ni sebenarnya.

Saya Telah Belajar Nak Buat Peplum,,,,yeay!!

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, hari ni saya telah belajar buat Peplum dress.. walaupun orang dok cakap peplum ni dah outdated trend kan, tapi meh sini saya nak tanya, 

"ang pandai buat tak peplum????" 

Main kasaq na? chek bukan apa, saja ja nak try cakap Penang sebab chek ada kawan duduk kat Penang, lama tak cakap dengan dia.. Dia pun dok sibuk ngajaq budak sekolah, chek malaih ar kacau dia. Hehhee. Mila Said, aku cakap fasai ang lah ni...

Orang ada Instagram, Saya pun ada Instagram.. tapi dalam Instagram tu takde la gambar pelik-pelik, yang paling pelik pun, gambar saya selfie. Hahahahahha... Camera does lie, kalau tak guna perfect angle for your own face, then, jangan mengada nak post okay...hahaha.. takut nanti tak kenal diri sendiri.

Eyh, btw, tadi saya cakap saya belajar buat peplum dress kan? Saya belajar di Kolej Komuniti Raub yang mana, kursus tersebut adalah kursus sehari sahaja, dan alhamdulillah, saya dapat menyiapkan dress tu 80 per cent. 20 per cent lagi? tak sempat, masa tak cukup, hihu, biasalah, cikgu tu ajar basic dulu, then kalau nak advance beli buku, belajar dalam buku, gitu, kan?

Tapi apa-apa pun, hari Sabtu adalah hari yang dipenuhi dengan aktiviti yang menarik. Alhamdulillah.

dah lah, mengantuk lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: thinking and thinking.

Friday, September 27, 2013

Dengar cakap Kek Nis okay????

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? mesti semua sihat kan? Okay lah, saya malas la nak amik port fasal kontroversi-kontroversi yang ada kat Malaysia ni, bukan apa, nanti orang kata,

"eleh, dia nak up traffic blog dia lah tu... dengan tulis cerita-cerita camtu!"

Saya tak nak lah orang cakap camtu, iya lah, memang lah kita tak tau apa yang orang lain cakap kan, kalau dorang tak komen or buat entry, saya pun tak tahu. kan? nak buat camne sebenarnya, kita hidup dalam dunia ni bukan kita je, seperti Kek Nis cakap, Hanis Zalikha.. kenal tak? namanya ala-ala Katniss dalam Hunger Game kan? kat header dia ada tulis,

"Macamne nak suruh semua orang suka diri awak, sedangkan awak pun tak suka semua orang"

Itu dah ditranslatekan ke dalam Bahasa Melayu dah. Malas nak tulis dalam English. hehe..

dah lah, hari hujan kat tempat saya ni, alhamdulillah, kalau tak paaaaanas je hari. Almost 2 weeks dah panasnya, so, hari ni hujan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, amin. Terima kasih Allah.

Assalamualaikum WBT

p/s: pening kepala.

Isteri Mat Yo Minta Maaf????

Assalamualaikum WBT!!!

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari ini lebih afdal untuk berbuat kebaikan. Bukan hari-hari lain tak boleh, boleh sangat, cuma as I said, LEBIH AFDAL.

Iya lah, minta maaf pun afdal juga, tetapi kalau kita minta maaf tetapi kita menyalahkan orang lain, dha la tu, tak sebut pulak nama orang kita buat salah tu. Lain kali, study case Anzalna dengan Neelofa, tengok Neelofa, betapa CERDIK PANDAInya, dia buat teks untuk Anzalna supaya dia dapat apa yang dia nakkan. Kan? hahaha *kelakar.


Baguslah dia nak minta maaf, tapi cuba anda semua baca isi kandungan surat minta maaf tu?

1. ada dia sebut nama pak cik Azman tu? Pak guard yang kena sepak terajang tu? ada?

2. Dia salahkan pulak orang lain sebab tersebarnya video. *pening ke apa?

3. Dia ingat orang Malaysia ni cam orang China agaknya, tak hiraukan isu perikemanusiaan camni?

4. Dia minta maaf kat Rakyat Malaysia? wow...

5. Dia salahkan rakyat Malaysia sebab tengok video tu?

6. Dia cuba mendapatkan kesian di perenggan akhir.

comel kan??? hahahahaha
 Kenapa jadi camni? jangan disebabkan perkara ni, awak menyalahkan orang lain. Moral values, nilai murni dan  common sense kadang-kadang tak perlu diajar. Takkan menghormati orang tua kena berajar dalam kelas? kadang-kadang, kita tengok orang lain menghormati orang tua, kita boleh belajar dah. Tapi itu terpulang kepada diri sendiri pulak, samaada sanggup diajar or mahu kurang hajar.

Sebenarnya, banyak benda dalam tulisannya yang mampu membuatkan dia jadi salah balik, its like backfire lah. Lain kali, kalau nak minta maaf, minta maaf sahaja, jangan menyalahkan orang lain pulak. Dah memang jelas itu salah awak, awak nak salahkan orang lain pulak? kalau orang tak letak video  ni dalam Youtube? orang will buzzing about this dan eventually, people will know. Yup.

Just put the blame on yourself.

Assalamualaikum WBT

p/s: kurus pahala Jumaat saya.

Thursday, September 26, 2013

Untung Orang Tengah!!! Rege Mesin Jahit Pun Mahal!

Assalamualaikum WBT,

I am so desperately need Mesin Jahit Tepi yang ada 4 benang, so senang saya nak menjahit segala jenisnya. Saya dah survey dah, mahal lah jugak. Sebenarnyakan, mesin jahit tepi ni memang mahal, dalam RM1300 dan keatas. Kalau Brother memang lah mahal, tapi kualiti terjamin lah kan.. 

Saya tengok lah kat Amazon kan, sebab ada dalam Instagram tu, yang saya follow, ada mesin overlock aka serger ni, then tengok hargnya, USD260 jerrr!! memang jeles aku!! yang peliknya, kalau tukar ke Ringgit Malaysia, lebih kurang RM700 ke RM800 je kan.. dah kenapa boleh jadi sampai RM1700 satu mesin Brother tu? 

Cuba buka link ini.




ada yang tulis

MESIN INDUSTRI JAHIT TEPI (OVERLOCK)

Updated about 10 months ago
JAPAN BROTHER DL752-3

RM2550

High Speed Overedgers
Suitable for hidden sewing and curling operation
Suitable for sewing knitted coat and underwear as well as inserting cloth strap in general knittde outside material
Suitable for sewing thick knittde material for coat and underwear
Suitable for sewing decorations for female shirts and handkerchiefs

Kebabunan???? sampai RM2550? Kenapa yang tadi tu murah je???

Yang ni pulak?

tagline Brother, At your side. Kalau camni lah.. at my side je, memang makan penampo lah..harga mahal!!! hahahahha..babun kau Brother! Kalau korang rasa mampu, click la kat banner tu.. puluhan ribu pun ada. Gila! 

Hah! malas la tengok.. sakit hati!

Assalamualaikum WBT

p/s: nak pengsan jap, sampai esok. Selamat malam!

Lagu The Star Spangled Banner, USA National Anthem.

Assalamualaikum WBT,

Okay, saya ada new song yang memang saya suka, weird sikit, tapi memang suka lah. The melody is playing on my mind, I could not let it out. aaarrgghhh... *torturing.

Nak tahu lagu apa? Okay, lagu tersebut adalah USA National Anthem, Star Spangled Banner, sebenarnyakan, lagu tu, susah nak nyanyi, kalau tak percaya, cuba Youtube, mesti ada ramai yang nyanyi dan ramai juga yang suffer nak nyanyi lagu tu.

Sama juga dengan lagu Negaraku, national anthem untuk negara kita, Malaysia. Susah sebenarnya nak nyanyi lagu Negaraku tu, tak percaya? cuba nyanyi dengan penuh semangat dan cuba capai note tu. Tak ramai kot yang boleh nyanyi.

Okay lah, untuk lyric Star Spangled Banner ni, dia from poem and it was melody-es by I-do-not-know-who then diorang buat jadi lagu negara dorang. 

The Star Spangled Banner

Oh, say, can you see, by the dawn's early light,

What so proudly we hail'd at the twilight's last gleaming?

Whose broad stripes and bright stars, thro' the perilous fight,

O'er the ramparts we watch'd, were so gallantly streaming?

And the rockets' red glare, the bombs bursting in air,

Gave proof thro' the night that our flag was still there.

O say, does that star-spangled banner yet wave

O'er the land of the free and the home of the brave?

  
Try lah search kat Youtube, ada banyak version, Mariah Carey, Whitney Houston, Demi Lovato, Christina Aguilera, Arethe Franklin, Destiny's Child, Beyonce, Celine Dion and many more. Try lah cari..hahaha.*cam pakse lak...

dah lah, nak rehat, baru je balik dari Karnival Usahawan Desa 2013 Putrajaya. Letih.

Assalamualaikum WBT

p/s: keletihan, kepeningan,

Karnival Usahawan Desa 2013 Putrajaya.

Assalamualaikum WBT,

Saya hari ni akan mewakili ayah saya untuk pergi ke Karnival Usahawan Desa 2013 yang berlangsung di Putrajaya. Jom!



 Assalamualaikum WBT

p/s: bersiap!!! hjahahaha

Wednesday, September 25, 2013

3 Cendawan (Shitake, Buna Shimeji Putih, Buna Shimeji Coklat) masak Sos Tiram dengan Kobis Panjang.

Assalamualaikum WBT,

Seperti yang dijanjikan, saya akan tulis entry fasal hidangan yang saya buat pada tengahari tadi. Hehehe.. Bersedia?


3 Cendawan (Shitake, Buna Shimeji Putih, Buna Shimeji Coklat) masak Sos Tiram dengan Kobis Panjang.

Bahan-bahan :

1 bungkus cendawan Shitake
1 bungkus Buna Shimeji Putih
1 bungkus Buna Shimeji Coklat
Bawang Putih (4 ulas)
Bawang Besar Merah (separuh)
Sos Tiram
Kobis Panjang Cina (potong biasa)
Garam
Minyak masak

Cara-cara :

Bersihkan cendawan buna shimeji dengan air dan toskan bagi kering.
Bersihkan cendawan shitake, tetapi jangan basuh dengan air tetapi hanya kuliti batangkan cendawan tersebut sebab ia sedikit kotor dan bertanah. Tetapi jangan basuh payung cendawan tersebut, kalau ia menyerap air, nanti tak sedap.
Ketuk bawang putih.
Hiris halus bawang besar.

Cara Memasak.

Panaskan kuali. Jangan isi minyak lagi.
Masukkan cendawan shitake dan saute *masak tanpa minyak untuk mendapatkan bau salai. Jikalau cendawan sudah agak coklat keemasan, angkat dan ulang proses yang sama untuk dua lagi cendawan.

Panaskan kuali dengan 4 sudu besar minyak masak. 
Masukkan bawang putih dan bawang besar tadi. Goreng sehingga naik bau. 
Masukkan cendawan, kobis panjang cina, garam, sos tiram dan sedikit air. 
Masakkan lebih kurang 3-4 minit dengan api besar.
Rasa masakan anda. Apa yang terkurang sila tambah sendiri. *hehehe..improvise okay?
Kalau sudah masak, sedia untuk dihidang. 
Makan dengan nasi, memang sedap!

Haa.. ini adalah resepi yang amat senang. Resepi ini adalah resepi yang selalu mak saya masak dengan ikan siakap, tetapi, untuk beberapa kali kebelakangan ini, saya buat camni sebab malas nak masak dengan ikan siakap. I let the cendawan shine instead of letting the siakap shines, gitu! hahahha.. Resepi ni senang je, so, this one is Chinese based resepi lah, cuma takde biji bijan je, kalau ada mungkin lebih sedap, kan?

Selamat mencuba.

Assalamualaikum WBT

p/s: hati-hati semasa membeli cendawan shitake, sebab kadang-kadang ia agak berbau hancing so, it will effect the dish, jadi, pilih elok-elok okay semasa membelinya? okay?

Project Runway Malaysia S1 : The Designers NOW. Di mana dorang?

Assalamualaikum WBT,

Setengah orang tahu dah yang kat Malaysia ni ramai giler fashion designers and dressmakers yang memang buat baju untuk their own customers lah kan. They are good in their own ways. They certainly have the X factor to make things happen. Love them all. 

Remember Project Runway Malaysia, well, should I put Season 1? I should not right, because its the one and only season running, so, PRM should do. In that very first edition, there were fresh faces and they really want to make it work,*famous line of Tim Gunn. To be honest, most of the contestants in the season really strive for success. 
 
I was searching for their names and I Googled their names but a few were showed, not all of them. So, saya letak je la mana yang ada kan? hihu.. yang takde tu, bukan bermakna mereka takde cuma they off the radar, or stay in the closet? *joke! hahahha.. I searched for Alex Chin, the winner and this was came out. Klik je link ini Alex Chin. Saya tak tahu apa yang berlaku kepadanya, always like that kan? You won the competition then you got the money, you disappear. Unlike the others, they need to breathe and they work their arses off to make the scene happens for them. 

Saya juga Googled Alexandra Yeo, the 1st Runner Up, this is what I found. Alexandra Yeo Blog, She updated the blog like 100 million years ago, so nothing much on the news. *sigh. The latest article was from Tongue and Chic, *click on the link given

Enough with those two, so we go to 2nd Runner Up, a famous fashion designer amongst the Malaysian celebrities and fashionistas. Hatta Dolmat. Trademark? Dark, heavy heavy things put on the dresses and cutting. Dalam PRM dulu, *entah lah,, saya tak ingat sangat sebab masa tu saya tak tengok TV sangat. hahaha.but he is doing great now, amazing and well known to the public. Congratulations. 

Fitri Zainal Abidin, saya searched this singer turned fashion designer or should I say, fashion desinger? hahaha..no no no... dia dulu adalah Alumni Akademi Fantasia 2, suara? okay lah, tapi he choose fashion to strive more. Okay lah kan? I follow his Instagram, so for those yang hendak tengok dia, search Fitri on Instgram. ada. Okay? 

Alywn Chua, nowhere to be found. Sorry.

Zery Zamry. This guy too has impressive works, dia buat baju untuk Ziana Zain, *Hello!!!.. Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Rozita Che Wan dan ramai lagi. Baru-baru ini, dia buat baju untuk Dato' Siti Nurhaliza, untuk Konsert Lentera Timur di Istana Budaya, tapi bukan dia sorang je lah, ada lagi, cam Hatta Dolmat, Noreen Idris dan lain-lain lagi. Dia pun active di Instagram. 

Danny Kok, Allison Chong are nowhere to be found. Saya cari tapi tak jumpa. Sorry.
 
Jezmine. Very petite girl dan dia ada nilai estetik dia sendiri. Cam vintage, soft, quirky, awkward camtu lah kot. She create good clothes too, care to visit her IG and also her blog. Click on the name there. 

Mumtaz Bibi, sorry, nowhere to be found too. Sorry.

Nurita Harith. Nurita Harith ni quite famous. She has a boutique at Bangsar and my cousin's wife, pilih dia untuk buat baju nikah. Yup. Cantik. Kepada yang nak tengok dia punya baju semua, click on the given link. ada lah kat situ and she does create amazing pieces. Love it. Soft.
 Khairi Sufi. Khairi Sufi ni time PRM takde cam famous sangat, biasa-biasa je but after PRM, he really got the attention sebab dia create cam cocktail dresses yang memang sesuai untuk event and dia juga buat long dresses. Sorry la sebab blog dia tu memang untuk saje buat camtu, entah kenapa dia buat camtu. He should actually update his blog, tapi most of people sekarang tak guna blog dah kan? so, follow his Instagram. Khairi Sufi. Dia juga buat pieces for Fazura, Sharifah Amani and many more.

Jenny Yap, sorry.
Hanizam Abdul Wahab, remember her? yang mak cik umur 40 tu, yang buat gown orang kahwin tu. So, takde jugak, sorry.

 Anizam Yusof. Dia ni meanwear punya designer sebenarnya. Kepada yang hendak tengok dia punya works, the Rhu Couture, click the name given. Anizam ni pun has impressive resume. Buka blog dia and you will find the details. Love it. 

Most of these guys, fashion designers were coming from UiTM. Yes, see their educational background, so, actually they have set the standard for the students. They were struggled and yet they strive. Congratulations.

So, itu je lah, ini pun saya amik reference dari wiki, ramai lagi designers dari Malaysia yang ada nama kan? next, saya cari yang lain pulak. heehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: mampukan ku?
p/s: pesanan kepada these fashion designers, you ada team you sendiri kan? keep updating your blog or website. Sebab kadang-kadang orang nak buat review thru your blog or web pun susah, takkan nak amik details kat IG je kan?

Masakan Calon MasterChef Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

Haaa.. setelah sekian lama memilik camera..tapi malangnya, tak amik gambar pun. Camera saya cam biasa je. Canon biasa, takde lah nak 'tembak' sangat kan..bukan DSLR...hahaha.. tapi kualitinya memuaskan jugak lah...seronok.

Baik, hari ni, saya nak post gambar yang saya tangkap. *maafkan tarikh tu, saya tak pandai nak ubah. 

3 Cendawan (Shitake, Buna Shimeji Coklat dan Buna
Shimeji Putih) masak Sos Tiram (kering).
     
Sup Tofu (Tofu Telur dan Tofu Lembut) dengan
Sawi Putih Pendek





Tomyam Merah Seafood
Alhamdulillah, ini yang saya masak hari ni untuk keluarga. Hehehe.. tiga masakan yang lahir dari  hati dan kreativiti. Amin. Dah rasa, semuanya sedap belaka. hahahaha..

Nanti saya postkan resepi, tak sempat sekarang ni.

Assalamualaikum WBT

p/s:  jom makan!!

Random Entry For Today!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Selamat pagi semua... moga-moga semuanya sihat belaka. 

Kadang-kadang kan, kalau kita terlebih sikit daripada orang lain, we tend to show off. Yes, bukan apa, tapi tak semua orang camtu kan. Tapi, mungkin with the knowledge that some people acquire, they tend to do such things. Sometimes, keep it to yourself is torturing right? I know, I know. Lacks of love from people you think you know, love. Spread the love for once.
Susan Train, Babs Simpson, Tonne Goodman, Carylne Cerf,
Polly Mellen, Grace Coddington, Phyllis Posnik, Camilla Nickerson,
But, I am not going to brag about it. *eh, tertulis dalam English lak, btw, I have another blog and written strictly in English and the reason why I open up that one other blog is actually to polish my English back. Yup, menulis saje-saje untuk suka-suka. *eyh, cam lirik lagu Candy tu pulak. Tapi, apa-apa pun, kalau nak terjah, ini dia linknya.


Kalau korang suka, korang boleh follow or make it your favourite kat tab kan? kalau tak suka, no worries, I am not gonna report you to the police. They have done enough and miserably. So, do I need to add things up? Not really.

Sapa suka baca Daily Mail UK, saya suka!! hahahha.. I got my information about England there, I mean, all over the world pun, nak-nak entertainment news. I did comment on the post too. Love it. I too learned new words, reading is different from speaking, so, perfect your grammar with reading and put it in written form *blogging. Use all the given materials and improve yourself.

Dah lah, banyak mengarut lah..

Assalamualaikum WBT

p/s: telur mata dua biji untuk breakfast. Mana badan tak besar.

Tuesday, September 24, 2013

Isteri Pemain Bola Sepak Malaysia Tendang Pegawai Keselamatan?

Assalamualaikum WBT,

Apa perlu kita buat kalau kita buat salah? Tendang orang yang tegur kita? maki orang yang tegur kita? dan buat drama di tempat orang yang menegur kita? naaaa.. tak. kita seharusnya cuba munasabah diri, kalau dah parking di tempat yang tak boleh parking, apakah jadahnya marah kat orang lain kan? dah salah sendiri? nak marah lagi? tidak lain tidak bukan, itu kejadah kebodohan terlampau dan banyak makan semut. 

Bukan apa, kadang-kadang dalam Malaysia ni, ramai pemandu hebat, laju bawak kereta atas jalanraya, highway, kawasan perumahan even, kena bumper, marah kat bumper, padahal diri sendiri bawak kereta cam pelesit. Takkan nak tendang bumper lak kan? itu kerja bodoh.

Ini adalah satu peringatan kepada semua. Kalau nak buat scene pun, jangan memandai sangat lah, bukan apa, sekarang banyak CCTV, nak-nak premis kerajaan. confirm-confirm lah nampak jelas terpampang kan? tak fasal-fasal, dek kerana kebodohan diri sendiri dan mungkin ada tae kwan do yang perlu ditunjukkan, sepak terajang pak guard. *panjang intro saya hari ni. hahahha.. 


Nak tahu fasal apa? fasal ini, Isteri Mat Yo Tendang dan Maki Pak Guard.  Dan lagi heat, dia hanya menyaksikan sahaja perkara ini. Sejauh mana kebenarannya, sila tengok video yang dipaparkan di dalam blog itu, sila click link diatas itu.

Kalau lah ayah saya yang kena benda camtu, memang hancurlah muka bini dia tu, memang saya tumbuk lah. Nasib baik bukan ayah saya, so, maki, keji serta pelbagai lagi kata-kata nista dilemparkan masyarakat kepada Isteri Norshahrul Idlan Talaha (mat Yo) diatas perlakuan yang sungguh tidak berperikemanusiaan langsung. Masyarakat sudah pandai menilai sekarang, maka, tanggunglah akibatnya wahai perempuan.

Assalamualaikum WBT

p/s: takut tengok, ganas.

In Vogue : The Editor's Eye

Assalamualaikum WBT,

Saya tadi tengok HBO Original Documentary, "In Vogue : The Editor's Eye". Seriously, memang best! Memang!!! I was very inspired by their amazing works and how they change the fashion world. As you all know, Anna Wintour is now the Editor-in-Chief at Vogue US. She entered Vogue US since 1988 and still going very strong. She was actually from British Vogue (1986-1987). 

Vogue started in 1917 (May Issue). Amazing how first issue was released with amazing picture *at that time. hehehe.. but memang amat mengagumkan, the people who used to manage the magazine died but the magazine lives. Yes, the magazine-that-lives. Amazing. hahahaha.. Btw, Vogue in French means 'in-style'. 

the first issue of Vogue
Actually, Vogue has undergone amazing transformation through its amazing years. Well, talking about Anna, she is very powerful and the runway will not start until she sat on the given chair *front row darlings. 

But all and all, it was great, amazing, documentary done by HBO, thanks HBO for this amazing documentary. Love it. There was another documentary called September Issue where talking about how Vogue was created, but that one was written form. Imagine the thickness of it. Would love to watch it. hehe..

Apa-apa pun, memang very-very inspired, kalau ada masa, cari the DVD and tengok, best! love it.

Assalamualaikum WBT

p/s: love it!

Monday, September 23, 2013

Nasi Lemak Rendang Itik. Sedap.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah.. saya baru je lepas makan. Sarapan lambat giler hari ni, pagi tadi bangun awal then sempat sarapan dengan mak.. makan bee hoon dengan air tea panas. Sikit je sebab ayah nak pergi meeting.

Nak tau meeting kol bape? 7.30 pagi. Mampos! Hahahahah...

Kenyang.

Assalamualaikum wbt

P/s: rendang itik. Tu leher itik.

Sunday, September 22, 2013

Selamat Berehat di Petang Ahad Semua!!!

Assalamualaikum WBT,

Salaam Ahad semua, apa khabar di petang Ahad yang memang panas terik ni. Kaw-kaw panas ni, kalau letak baju terus kering. Hahahaha.. tapi apa-apa pun, bersyukur kepada Allah, tanpa panas tu, takde kering baju uols!!! ala.. panas sikit je, boleh berpeluh kan? kalau banyak berpeluh.. boleh kurusss... hehehe..

Okay, hari ni saya takde buat apa pun cuma jap lagi nak buat research on a few things jap. Iya lah, memulakan perniagaan, bukan camtu je, kenalah ada research sikit, kalau takde research, camne nak buat target market dan potential buyers kan? hihu.. *waahhh.. cam syarikat berbilliun je...hahahha.. 

Memandangkan hari ni semua cam berehat dan menikmati petang Ahad yang sungguh panas dan hening ni, saya tak nak tulis pepanjang lah... Selamat berehat semuaaa!! muah! *lama tak guna...

Assalamualaikum WBT

p/s: tut...

REVIEW : Akademi Fantasia 2013 Minggu Kedua.

Assalamualaikum WBT,

Baru tadi saya balik dari Bentong, tengok anak sedara, anak my sepupu, namanya? Marquis Na'il. Kalau tak silap lah, tapi kami panggil Marquis je. Comel!!! geram je, tak meragam sangat. Cute!!! 

Pastu, OTW balik dari Bentong tu, ada kemalangan di simpang Gesing, Kuala Dong yang mungkin melibatkan kematian. Saya takde lah nak berhenti ke apa, tak nak lah, dah la ramai polis kat situ. kang tak fasal-fasal kena orat. hahahahah! *verangan. kwang2. takde lah. saje je. kan ada pesan Suria FM, "jangan me'nonton' kemalangan, bergerak seperti biasa supaya lalu lintas tidak sesak". *lebih kurang lah. *pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan untuk anda oleh, Suria FM. Gituuu...kan!

Okay, sesampai je di rumah, saya mandi dulu lah, macam biasa. Saya jenis yang kalau berjalan malam, kena mandi juga, walau camne pun, kena mandi. Iya lah, kita tak tau apa yang ada kan? hehehe.. 

Siapa tengok AF tadi? Minggu ke dua weh. Saya terlepas minggu pertama last week, so this time, saya tengok lah jugak Akademi Fantasia 2013 Minggu kedua. *saya gagahkan diri menonton. Baik, secara umumnya, AF 2013 ni bagus, arrangement muzik yang baru, fresh, bagus. Ada yang memang great music arrangement to my ears but some, well,it does not worth mentioning it. hehehe..


Saya pasang TV tadi, terus keluar persembahan #suhadaaf2013 yang menyanyikan lagu Hafiz yang memang sengsara saya nak mendengarnya dan orang lain juga perfikiran begitu jugak kot. Then, Darren came out. To be honest, suara Darren tu memang best, tinggi dan clear crystal and Darren, keep on singing your music and put it on Youtube. People know your name now, and you put your own music and your own arrangement that comfortable with singing. Don't you worry about fans, you can gather them there on Youtube. Sebenarnya, suara you memang fresh, saya suka sebenarnya suara #darrenaf2013 . Love it. 

After Darren, it was #aisyahaf2013, kalau tak silap saya lah, saya tak take note pun. Pada pendengaran telinga saya lah, suara Aisyah ni ada potensi, TETAPI, kalau dia buat suara yang macam dibuat-buat tu, yang besar2 tu, no way girl! memang tak best, suara you yang lemak-lemak merdu tu sebenarnya dah cukup, tak yah nak buat-buat suara tu. Tak elok pun sebenarnya, rosak tekak. Pitching? well, Roslan Aziz #roslanaziz cakap, pitching you ada masalah. Hell!, I do no know about pitching. I need to learn more. hehehe.. but, cantik baju you Aisyah, saya suka. 

Then, keluar pulak, #amiraaf2013 nyanyi lagu Dato' Siti Nurhaliza, Pastikan. *saya tahu lagu tu dan banyak perkara yang Fakulti patut tengok pada kemampuan Amira. Nak-nak, pakai kasut tinggi nak mampus lepas tu dengan lagu RANCAK? Lagu Pastikan tu sebenarnya lagu rancak dan walaupun diberi nafas baru, tetap RANCAK. Kalau nak baladakan lagu, makesure ia betul-betul balada, put a piano and she just sing it in the middle of the stage. Tapi, kalau nak buat lagu Pastikan tetapi nak tukar cara nyanyi dan put things that really did not matter to that song, memang tak patut. Memang tak bagus. Kalau nak tukar, tukar the whole thing. Memang best sebenarnya lagu tu ditukar kepada balada. Suara Amira ni bukan macam suara wanita lain, dia dah ibarat Cher lah, *boleh compare ke? tak kot, no no. Kalau korang kenal Cher, suara dia tu Dramatic Contralto kot, tapi dalam group Contralto lah. Tapi dah la cakap sal Amira, tapi saya admire suara dia, sebenarnya, kalau not overdone cara nyanyian dia, everything would be great.

Lepas tu, Nona nyanyi. Saya tak dengar sebab saya pergi bilik air, sakit perut.tapi2... baju yang dipakai masa persembahan tu memang nazak! kenapa pilih baju tu? takde baju sesimple ke? payah sangat ke nak cari baju sesimple then bagi pakai kat dorang? siapa stylist???  hehehe..pastu, #azhaelaf2013 nyanyi kan? Itu saya dengar, dorang nyanyi lagi Ella, *flip hair to side. Sepi Sekuntum Mawar Merah kan? kalau tak silap tajuk dia lah, tapi dorang nyanyi memang best! Front runner dapat nyanyi last. Kelas. Memang best. Tinggi memang tinggi, low memang low suara dorang. Tak pandai menari? Hello.. Mawi dulu pandai sangat ke menari kan? gitu... 

Then the Tarian Menuju Puncak! Ya Ampun, sekian terima kasih. Eyh!! saya tak komen lagi eyh. Baik, kalau semua nak tahu, tarian yang paling saya ingat dah suka adalah Tarian Menuju Puncak Akademi Fantasia 2, di mana, mereka sungguh bersungguh-sungguh dalam menari-kan lagu tersebut. Lagu itu adalah lagu keramat dalam Akademi Fantasia, just keep it simple and yet have punch! tapi the way I saw the 'bintang' danced the lagu Menuju Puncak, please forgive me for saying this. I am not really sure what are they doing, I thought they free-styling and not dancing. Of course. Azhael already said that they are not that good in dancing. And RAPPING in the middle of the song? Dengan tarian yang begitu, do they need rapping? Really? please. Just remember the steps and your rapping Suhada is bad. Sorry.

Kenapa saya memberikan komen? kritik program ni? Mungkin ada yang beranggapan, "eleh, dia tak pandai nyanyi pun, kritik mengalahkan Simon Cowell", Well, Simon Cowell tu menyanyi ke saya nak tanya? tak kan? so? But, he has the knowledge and they way I see his potential to critic is amazing. *macam saya lak kritik Simon. hahaha.. no no no... I know thing or two about music business too. I watched Channel E last night and I watched Jessica Simpson struggles with her music career and her Columbia music personnel said, "Music industry is temporary and cruel". So, keep on doing what you do best and just pray one day things that you have done could pay the bills. Yup.

Camtu la, punya hebatnya music industry. Di mata peminat, music industry ni hebat, nampak gah, artis disanjung tetapi realitinya. Ada jugak juara AF yang tidak berjaya, ada juga juara Bintang RTM yang tidak berjaya, ada juga juara American Idol yang tidak mampu untuk mengukir nama sebaris dengan pemenang Idol yang lain seperti Kelly Clarkson, Carrie Underwood, Jordin Sparks. 

Pokok pangkalnya, AF adalah sebagai platform untuk mengukir nama dan permulaan untuk famous tetapi ia tidak membantu hingga ke akhirnya. Usaha diri sendiri adalah diperlukan. Betul tak barisan tenaga pengajar dan Inspirers di Fakulti? kan?

Wahahh.. terpanjang pulak. harap para Bintang #af2013 dapat membaca coretan saya ni. Search tahu, sekarang korang dah diberikan telefon seseorang, so, search blog saya ni okay? hahaha *traffic maut.

Dan kepada Zizan Razak, belajar lagi okay? Tengok AF dedulu masa zaman Pak Nil dan jugak tengok cara Ryan Seacrest mengacarakan American Idol, you might find something there too, okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: hehehe.. gedik tak komen saya?