Nuffnang Ads

Thursday, October 31, 2013

Dato' Siti Nurhaliza di Diari AF 2013.

Assalamualaikum WBT,


Tadi saya tengok Diari AF di Astro Ria, Dato' Siti Nurhaliza jadi Inspirer untuk minggu akhir, so, apa lagi, mesti tengok kan...hehehe..

Suka sangat dengan Dato' Siti handle kelas tu, tadi tu paparkan camne para pelajar menyanyikan lagu mereka,, seronok. Mungkin saya lebih minat Dato' Siti Nurhaliza dari dua inspirer yang lain tu kot, so, sebab tu saya rasa Dato' Siti lebih disukai kot.. not saying the other two Inspirers that disukai tak, cuma, dari hati saya, lebih ruang untuk Dato' Siti. Faizal Tahir, I suka lagu you begitu juga dengan Melly, I love your songs. 

Banyak Dato' Siti bantu para pelajar dalam cara nyanyi mereka tadi, tapi tadi dengar sedikit lagu Aisyah, sorry to say, cara nyanyian dia sama dengan masa mula-mula dia masuk dulu, kenapa? aduus.. Amira pulak ada masalah dengan note, melody dan key lagu, adusss.. memang lah baru tapi, Keroz Nazri tu bapak hal hebatnya, telinga cam hape je, note dan key salah, terus dengar, saya kagum, nak jadi cam dia boleh? Takyah buat lagu pun takpe lah, dapat dengar key, note dan whatnot about music pun jadi lah...hahahahha..pleaseee... tapi, lagu baru yang diberikan kepada Amira tu memang best, kalau betul cara nyanyiannya, memang sedap lagu tu, boleh hits tu, lagu Faizul pun sama, the others tu so-so la kot, tak pasti sangat, tak dengar sangat lagu dorang..hihu...

So, ini adalah senarai lagu untuk hari Sabtu ni, dan maaf sebab haritu lagu Nabila lain, tetiba tukar lak kot..hihu...

Solo Songs

Azhael - Harus Terpisah
Faizul - Sandiwara Cinta
Aisyah - Price Tag
Amira - Awan Yang Terpilu
Nabila - Gelombang
Indah - Jangan Kau Mimpi

Battle Songs

Nabila VS Indah (Sangkar Cinta)
Aisyah VS Amira (Elegi Sepi)
Azhael VS Faizul (Nakal)

Okay, sebelum tu, saya nak predict battle song untuk dorang ni.

Nabila VS Indah (Sangkar Cinta)

Well, kalau nak dilihatkan kepada kemampuan vokal, of course lah Indah akan menang. She has great pipes, so, dia akan menang. No doubt about that. Sorry. Sorry, memang Indah yang akan menang, lagipun, suara Indah memang built for this kind of song, yang rancak camni, rancak tapi vokal maintain, so, Nabila, you have to figure things out lah to on par with Indah. Its hard, but hey, life is hard, so.

Aisyah VS Amira (Elegi Sepi)

Lagu camni, sebenarnya ia memberikan kelebihan kepada Amira sebab dia mempunyai suara yang memang built to this kind of song, tetapi, dia kena berhati-hati sebab kadang-kadang lagu yang bernada rendah boleh membuat dia menjadi mendatar, so be careful. Untuk Aisyah, memang suara ni susah sikit untuk lagu camni, tapi mungkin arrangement di buat untuk fit both voices kot. Kita tengok jela nanti.

Azhael  VS Faizul (Nakal)

Ini adalah lagu Gigi, like the most popular rock band in Indonesia, so, lagu ni penuh attitude, kalau dengar melody dan music lagu ni pun cam nak menari je kan, tetapi ia penuh attitude. So, rasanya korang takde masalah kot bringing the attitude to the table kan?

So, who will shine the most? Who will be the brightest? Kita saksikan bersama Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 8 pada hari Sabtu, pukul 9 malam di Astro Ria.

Assalamualaikum WBT

p/s: tahniah Dato' Siti.

Kejohanan Sukan Tahunan SK Kuala Atok 2013.

Assalamualaikum WBT,


Tadi sempat saya pergi ke Sukan Sekolah Kebangsaan Kuala Atok kali ke 19.  19 tahun da sukannya, perghhh!!! kelamaan yang amat dan masih seronok! wahahahha.. memang seronok, teringat zaman masa kurus-kurus dan kecil kemetot dulu, *saya dulu masa sekolah rendah, kecil yee...




Masih saya ingat tentang lari 100 meter, tarik gelung besi, lari dalam guni dan pelbagai lagi, cuma dulu sukan sekolah adalah satu perkara yang besar, ramai orang kampung hadir, tetapi sekarang mungkin sebab ramai yang telah berhiijrah ke luar, ramai yang tak hadir tapi masih meriah dengan kehadiran ibu/bapa dan penjaga murid. Dan ada juga bekas pelajar SKKA yang hadir untuk menyokong anak-anak murid yang ada. Tahniah ada support itu, tanpa supports given, the event would not be the same. Thank you. 

Kalau dulu, banyak gerai-gerai yang dibuka untuk sukan sekolah, ini kerana, akan ramai yang hadir tetapi sekarang tidak lagi, mungkin pihak sekolah mendapati ia agak menyusahkan pihak ibu bapa untuk memberikan wang saku kepada anak-anak, instead, the pihak sekolah memberikan makanan kepada ibu bapa penjaga dan juga murid-murid. How thoughtful, thank you.

So,rumah yang menang adalah Rumah Purple.


Majlis dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub, Encik Mohd Azra bin Abd Wahab. Looking very leisure today yes Mr Azra? 

Tu je la kot, and btw, Mr Azra mewakili YB Dato' Aziz bin Mat Kiram and also YB Dato' Azimuddin yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang MEMANG tak boleh nak dielakkan, so, anything that has been asked and it was approved. So, thank you all.

Okay, tu je la,

Assalamualaikum WBT

p/s: panas hari ni, panas sungguh.

Wednesday, October 30, 2013

Encik BEN dan Encik MAT menjadi Inspirasi. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Dalam setiap apa yang kita lakukan, kita mesti ada guide or panduan, so, dalam berblogging ni, lagi la kena ada pandua, kadang-kadang panduan datang dengan kita bertanya atau mungkin dengan hanya banyakkan membaca.

Macam saya, saya ada panduan atau blog yang menjadi panduan saya. Ada beberapa, tapi saya highlight dua blog ni sahaja lah eyh?

1. Ben Ashaari
2. Dapur Tanpa Sempadan

Dua blog ni memang saya suka. Kalau Encik BEN dia tulis je fasal apa pun, tapi benda yang ditulisnya ada maksud tersirat yang membuatkan kita berfikir. So, kepada yang cam malas je nak fikir maksud tersirat yang Encik Ben tulis, baca je la surfacenya. Dulu Encik Ben tulis sal hal macam-macam, tapi sekarang minat terhadap yang lain tu dikurangkan dan dilebihkan kepada anak beliau yang comel sungguh, suka buat duckface, pipi tembam, Qhaliff Iman. Anak pertama Encik BEN, so, biasalah kan. 

Keduanya, Dapur Tanpa Sempadan dari hasil nukilan Encik Mat Gebu. Kalau tiap kali saya buka dashboard, kalau saya nampak makanan jer, itu la tanda blog encik Mat telah diupdated, dengan gambar-gambar makanan yang membuat saya terliur. Aduuuhhh... perut kenyang jadi lapar, kan? Siapa tak follow lagi blog encik Mat ni, sila lah follow, memang kenyang perut korang nanti.

Dan saya ada satu lagi sebenarnya, 

3. Kak Jee

Kak Jee dulunya wartawan, pelakon dan sekarang dia buat macam-macam, pendek kata, ahli perniagaan milliun je lah senang, habis cerita. Ada satu masa aritu, saya tengok cerita kat tv3, cerita lama, pastu, tengok-tengok, tengok dalam-dalam, lah!!!! Kak Jee rupanya!!! berlakon dalam cerita apa tah, tapi ada Mr Os, AR Badul dan entah sapa lagi. Suka sangat tengok Kak Jee time tu, berlakon memang tak dibuat-buat, real weehhh.. hebat!

Dan, saya nak gtau ni, sepanjang saya berblog, Google.com.my memanglah menjadi enjin carian kan, tetapi, dua blog diatas juga menjadi sumber yang baik, mari saya tunjukkan.




Blog kawan saya Nadhirah pun menjadi penyumbang jugak, Thanks. Walaupun tak banyak pageviews dalam masa 3 tahun ini, tapi tetap saya gembira menjadi blogger, walaupun tak sepenuh masa. Terima kasih kepada yang menyokong secara langsung dan tak langsung. Dan kepada Inspirers yang memang hebat! Terima kasih diatas tunjuk ajar.

Assalamualaikum WBT

p/s: terharu...
p/s: kepada yang nak tengok blog dorang, click kat Bloglist kat tepi kanan tu..

Cerpenbergam : Anak Harimau Bintang Kesesatan.

Assalamualaikum WBT,

Ni ada satu cerita,
Seekor anak harimau bintang telah sesat di sebuah padang ragut di luar negara.

Tiba-tiba, ada seekor musang (fox) yang melihat peluang yang anak harimau bintang tu kehilangan ibunya. And whats the fox say?

Takde, fox tu takde cakap apa-apa cuma, dia cuba untuk menyerang anak harimau bintang yang gemuk lagi gebu dan comel itu, atau mungkin fox tu hanya nak cubit pipi anak harimau bintang tersebut.

So, anak harimau bintang tu berbunyi dengan kuat lagi sebab takut dan dia memanggil ibunya untuk datang menyelamatkannya sebab dia tak tau jalan nak balik rumah.

Pastu, sekejap je, mak dia datang terus gendong anak dia balik ke sarangnya. Sesampai di sarangnya...

"Makkk... kita nak mintak maaf sebab kita jenjalan tadi, tadi kita tengok fox tu nyanyi lagu, so kita ikut la dia... kita cuma nak dengar dia cakap apa je, itu je... sorry mak..."*kata anak harimau bintang kepada maknya sambil memeluk ibunya. Mak dia jawab, "Lain kali, jangan nak mengada okkay?????"*sambil menguap! 

So, seronok tak citer ni?

Assalamualaikum WBT

p/s: baru dapat idea tadi.
p/s: Cerpenbergam tu adalah Cerita Pendek Bergambar

Source (pictures) : Dailymail UK

Pembinaan 1,000 Menara Telekomunikasi Di Seluruh Malaysia? Iya ke?

Assalamualaikum WBT,

Telah diumumkan di dalam Bajet 2014, sebanyak RM1.8 billion untuk peruntukkan pembangunan komunikasi di Malaysia, ini adalah buktinya.

KUALA LUMPUR - Peruntukan RM1.8 bilion bagi melaksanakan fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) merupakan pengiktirafan kepada sektor telekomunikasi sebagai pemangkin dan pelengkap pembangunan ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini adalah menyeluruh dan memberi fokus dalam membangunkan prasarana telekomunikasi supaya ia dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

"Penambahan kelajuan jalur lebar di pinggir bandar dan luar bandar serta pemasangan kabel dasar laut baharu akan menjadikan hubungan integrasi antara penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak lebih akrab dan kuat.

"Malah, 1,000 menara telekomunikasi yang akan dibina di setiap kawasan luar bandar juga akan meningkatkan hubungan internet, dan dapat menghubungi sesama saudara dengan lebih pantas lagi," katanya.
Menurutnya peranan telekomunikasi sangat penting dan amat mempengaruhi kehidupan harian rakyat Malaysia.

Ahmad Shabery berkata, dengan peruntukan itu, Malaysia dapat menyerlahkan lagi kedudukannya dalam bidang telekomunikasi di peringkat antarabangsa.

"Dalam beberapa tahun akan datang, Malaysia akan berada di tahap baharu dari segi hubungan telekomunikasi dengan mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan bermaklumat melalui penggunaan rangkaian telekomunikasi yang moden dan canggih," katanya. - Bernama
 
Okay, baca dah baca kan? Ini adalah sumber BERNAMA, credential news centre, so, jangan main, *kawan saya kerja kat situ... saya bangga dengan awak!!! hehehe... 

Saya sebenarnya agak skeptikal dengan benda ini, iya, kita semua tahu selalunya benda-benda yang bertender ni, projek bertender akan selalu ada ketirisan, sebab apa? sebab ia selalunya mengutamakan kenalan-kenalan dan rakan taulan yang ada syarikat yang membuat perkara itu dan ada juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa, mungkin sedikit daripada apa yang diberikan akan diberikan semula sebagai hadiah. Sejauh mana perkara ini, mungkin kita dapat lihat di Audit pada tahun akan datang, okay?

Baik, ni saya nak cerita sikit, kampung saya adalah salah sebuah daripada kampung yang ada di Malaysia yang memang PAYAH untuk dapat line telefon. Entah kenapa, selang dua kampung dari kampung saya, di Kampung Jerkoh, KUALA LIPIS adalah satu menara telekomunikasi, di Kampung Jeram Besu, RAUB, ada satu menara telekomunikasi dan selang satu kampung di Kampung Temalir, RAUB ada satu menara telekomunikasi dan di Kampung Sega, Raub ada satu menara telekomunikasi dan di Benta, KUALA LIPIS, ada menara telekomunikasi yang bapak besar dan banyak TETAPI MALANGNYA!!! di kampung saya signal dari kesemua menara telekomunikasi ini tidak SAMPAI, apakah ini semua perlu terjadi?

Saya pun pelik, selalunya kalau situasi macam ini, capaian signalnya mungkin tinggi, tetapi, bila kami nak menggunakan telefon kan, like my telefon, ya Ampun, susahnya!!! kadang-kadang, ada beberapa bar tapi malangnya, tak dapat. Penipuan ke? ke camne? sedih? memang sedih! tak tau la nak buat camne dah, takkan nak redha je. Letih juga, contoh, kalau ada kematian ke apa, susah jugak, kena letak tetinggi, baru dapat line. Pening.

Dah lah, nanti komplain lagi, biar lantak. Katanya, kalau komplain banyak gila, disuruhnya kita buat kerja dia. Bodoh!

Assalamualaikum WBT

p/s: panas hari ni, Alhamdulillah, amin. Syukur kepada Allah SWT.

Budu, Tempoyak dan Belacan.

Assalamualaikum WBT,

Setiap orang dalam dunia ini ada benda yang mereka suka dan mereka tak suka. Tapi saya orang Melayu, satu benda je diantara benda-benda yang boleh dimakan yang saya tak boleh makan ialah gajus, hazel nut, badam dan satu lagi adalah buah perah. 

Kalau macam gajus, hazel nut, badam serta buah perah ni jenis kekacang dan mempunyai lemak yang saya tak boleh nak tolerate. Kesan gajus, hazel nut dan badam kepada saya adalah lepas makan je, walaupun sikit, mesti saya akan muntah. Ia seolah-olah menggaru tekak ni dan menyebabkan saya muntah, dah banyak kali dah. That is why la kalau cam kuih-muih raya yang ada badam, hazel nut dan gajus ni, memang tak la saya makan. huhuh. dan the new one is buah perah, buah perah ni lemak juga dan ia membuatkan saya pening kepala. Tak tau la kenapa, so saya boleh makan, tapi tak banyak lah, sesikit je.

Tapi kalau kekacang ni biasalah lah, hampir ke semua orang suka makan, so, lagi satu yang saya suka adalah, BUDU (fermented anchovies turned into liquid), tak tahu nak letak apa dalam English. Tapi, kalau budu ni, ramai orang yang tak boleh tolerate, sebab apa? Sebab sesetengah daripada kita rasa, ia mempunyai bau dan rasa yang tak menyelerakan. Katanyalah, saya tak tau sebab saya memang suka makan budu ni, tapi takde la teguk macam air kan.

Saya suka juga makan belacan, tapi nak buat sambal belacan ni tricky sikit sebab kalau terkurang or terlebih sesuatu bahan, tak sedap wooo. Nanti rasa lain macam, hihu... dan tempoyak, huuuu.. memang suka. Kadang-kadang kalau takde lauk sangat, guna je tempoyak buat air asam tempoyak dengan ikan bilis, habis cerita, sedap dah pun makan dengan nasi, kenyang!

Tapi iya la, ramai je yang tak mampu nak makan macam saya lah, tak boleh makan gajus, hazel nut ,badam dan buah perah sebab memang tak boleh nak makan, nak buat camne kan? hihu...

Kadang-kadang nampak cam mengada-ngada sebab tak boleh nak makan, tapi hakikatnya, memang tak boleh nak makan, nak buat macamne kan? So, terima je lah.

Assalamualaikum WBT

p/s: so, kira alergi la kan?

Tuesday, October 29, 2013

Akademi Fantasia 2013 : Lagu Tugasan Minggu Ke 8.

Assalamualaikum WBT,

Aduh.. tak update pun siang tadi kan, itu lah... siang tadi cam blur sikit.. blurred lines gitu.. memang rasa cam blank and kosong and blur je all the time, so, that is why la saya tak update blog.

Baik, hari ni adalah pemberian lagu tugasan untuk Persembahan minggu ke 8 di Akademi Fantasia 2013. Siapakah yang mendapat lagu yang paling sesuai dengan kemampuan vokal mereka? Mari kita tengok... saya buat dengar review sekali ye? bukan review lah.. cuma prediction. gitu...


Azhael - Harus Terpisah (Cakra Khan)

Okay, melody lagu Harus Terpisah dari Cakra Khan ni sebenarnya tinggi, nampak je suara Cakra yang nyanyi rendah, tapi sebenarnya, tinggi, cuma, kita dengar rendah sebab suara dia yang husky dan weight yang berat camtu kan, siapa tengok APM 2013 dan masa tu, Dato' Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ini secara duet? Masa note tinggi tu, sikit lagi nak terkucil, sebab apa? Note lagu tinggi weh.. so, I think there would be no problem for Azhar dan Hael untuk menyanyikan lagu ini, lagupun, suara dorang memang tinggi, dorang memang boleh catch up lagu ni, dah I personally think that ini adalah lagu untuk make dorang back to the top. Iya. 
 
Faizul - Sandiwara Cinta (Republic)

Lagu yang diberikan ini juga adalah lagu yang baik untuk Faizul memaparkan kemampuan vokal seterusnya, emosi. Faizul ni kan, ada his way of singing the song tu, like fidgeting his feet tau, cam gerakan tu too much la, but if that his style singing songs, why not kan, cuma kurang kan sikit. Dato' Siti pun ada, tapping of her mic time nyanyi, dari dulu lagi, and look where she is now. World class baby...
 
Nabila - Lepaskanlah (Wanna Ali)

Lagu ni lagu slow, tapi kalau Nabila tak control suara dia ni, memang akan nampak suara dia pecah, sebab apa? sebab Nabila ada suara yang sebenarnya kuat, loud, dan cuba test decible suara dia mesti tinggi, so, keep calm and just hear (not listen, listen and hear ada dua benda yang berbeza). And, btw, saya suka lagu ni, melody dia catchy sikit camtu, so, watch out Nabila, sing with candy in your mouth, kot-kot lah nak jadi sweet nyanyian tu kan...


Siapa pernah dengar suara Jessie J? Power kan? so, boleh kah Aisyah nyanyi lagu ni? Rasanya, dengan arrangement yang baru, mungkin boleh, I really hope so, dia pun dah nyanyi lagu Ikut Rentakku dengan baik aritu kan. Note, lagu Price Tag ni lagu penuh attitude tau, it speaks about music itself where, she made it clear that actually music is one of the best way to unite us all. So, tell that to the audience and kepada Aisyah just be bold and give the umph! in your performance, lagipun lagu ni memang kena ada umph! tu. 
 
Amira - Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)

Ha.. ini satu lagi lagu yang memang bagus yang diberikan kepada pelajar. Dato' Siti cakap dan tegaskan, "pelajar ehh", dan saya cakap, bagus, masih bukan bintang lagi. Saya tak sempat tengok habis tadi, tapi rasanya, kalau lagu Awan Yang Terpilu ni dapat ke Amira memang best lah, melihatkan penghayatan yang diberikan dalam lagu Mendung Tak Bererti Hujan duet dengan Hazama minggu lepas, rasanya, memang takde masalah untuk Amira soar dengan lagu ni, lagipun, lagu ni sesuai dengan suara Amira dan penghayatan dalam lagu Amira memang bagus, so, good luck!
 
Indah - Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah)

Ini sebenarnya adalah salah satu lagu favourite saya, saya suka lagu ni dan Siti Sarah adalah salah seorang penyanyi wanita kat Malaysia ni yang mempunyai suara yang bagus, walaupun genit, tapi suara makau!!!! hebat dan Indah, lagu ini sebenarnya amat sesuai dengan kebolehan menyanyi awak. Dont feel left behind and dianaktirikan, biasalah tu, you started late in this mainstream industry so, dont be sad, just focus on the competition, okay? 

Overall, lagu-lagu ini adalah bagus dan to me, kalau yang tak menonjol pun adalah Nabila, sorry, if you really want to be accept in this entertainment industry yang kejam gila ni, letakkan diri anda sendiri di aras yang kuat dan bagus, kalau tak improve, sorry. No one could help you.

Assalamualaikum WBT

p/s: Dato Siti pun cakap, yang negative jangan dibuang tetapi amik untuk self betterment, so, start now.

Monday, October 28, 2013

Kita Lelaki Kena Pandai Masak!

Assalamualaikum WBT,

Orang kata, nak memikat lelaki, si wanita itu haruslah pandai memasak.

Tapi, pada zaman sekarang ni, janganlah letakkan semuanya keatas wanita, kita sebagai lelaki pun kena pandai memasak. At least, tau nak masak nasi camne kan? Air untuk beras tu berapa, berapa kali basuh beras. At least tahu, bayangkan kalau wanita (isteri kita) wahhh.. sakit. Camne? takkan nak makan kat luar sentiasa? Kan? Kalau ada orang gaji tu lain cerita lah, tapi kalau sendiri punya cerita kan? Lagipun, pembantu rumah sekarang mostlynya tak boleh dipercayai kan? Gitu.

So, berbalik kepada lelaki memasak. Ramai lelaki yang menjadi chef, tapi janganlah guna alasan itu semata-mata hendak berbangga. Tak payahlah nak fancy-fancy macam restaurant 16 bintang Michelin tu, tak payah *BTW, Michelin kat sini bukan jenama tayar tu eyh.

Tahu masak nasi, masak ayam goreng, masak telur goreng, nasi goreng dan air tea o dah cukup hebat dah, sebagai seorang lelaki yang memang nature-nya bukan seorang tukang masak, tetapi takkan lah nak tahu itu sahaja kan? Ambil lah inisiatif untuk belajar memasak, kalau isteri masuk dapur, janganlah duk duduk je kat depan tv tu, at least, tolong isteri memasak, potong bawang putih, bawang merah, letak minyak dalam kuali, mesin kelapa *kalau guna kelapa. So, kalau isteri ada hal ke, outstation ke, at least dia takkan risau sebab hubby dia pandai masak, dan takkan kelaparan.

Rasanya, rata-rata semua lelaki tahulah basic memasak kan? Takkan lah tak tengok mak korang memasak dahulu, takde lah nak suruh buat lemang ke tiap-tiap malam kan? Please lah dan cake takkan orang buat setiap malam unless kau buka kedai kek kan? Haa.. nampak tak situ?

Jadi, rajin-rajinkan memasak untuk isteri anda dan ask dia supaya jujur dengan masakan itu, tapi janganlah isteri kata tak sedap, BOOM! terus hempas kuali dan pinggan dan merajuk TERUS TAK NAK MASAK! hahaha.. ingat chef yang ada nama sekarang ni tak kena kritik ke? Dorang pun kena kritik jugak lah.. so, jangan expect masak dua kali terus rasa cam chef terkemuka punya masakan. Kadang-kadangkan, ada luck jugaklah.

Contoh kita buat kari, kari ayam, contoh eyh, kali pertama masak, pergghh!!memang world class, sebab ikut resepi, kali kedua masak, huurrmmm.. rasa, tak sedap! sebab? kononnya sebab dah sedap kali pertama, kali kedua dah boleh tackle kari tu, hurmm.. silap! last-last longkang yang kenyang. Kali ketiga, tengok resepi dan guna guts, instinct, jangan lupa guna lidah untuk merasa masakan, kalau rasa sedap dan rasa cam orang lain punya kari, so, kari tu sedap lah dan at least, kita dah belajar something kan? dan kita akan ingat apa yang kita belajar tu.

Memasak ni, selalu saya cakap, its all about guts, instinct, creativity dan improvisation. Sebab apa? sebab kadang-kadang, kita ada bahan tapi tak mencukupi, so, improvise lah kat situ kan? BTW, pandai masak dan tahu masak adalah dua perkara yang berbeza ye... ingat tu.

So, kita sebagai lelaki haruslah pandai memasak. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: bukan susah pun...hehehhe

Akademi Fantasia : Time dedulu.

Assalamualaikum WBT,

Sebelum decoder ASTRO dilanggani, ini lah yang kami beli. Iya, dek minat yang mendalam, *sengal! hahaha.. kami beli yang ni, tapi ada juga yang cetak rompak, hello... masa tu tak berapa ada wang. Masa ni saya Form 5, lama kot, berapa puluh tahun dah. hehe.. baru 8 tahun...kwang2..



Lepas tu, kami amik decoder Astro dan ia pada tahun 2005 jugak lah. Excited giler time tu, iya la.. selalu tengok TV1, TV2 dan TV3, *tempat kami tak dapat 8TV, NTV7 yer.. time tu, tu je yang ada channel pun, sekrang? terbuka mata untuk semua possibilities. Kan? Cuma kita je nak buka mata atau kecilkan mata dan lebih teruk, tutup mata terus. 

dah la, ngarut dah.

Assalamualaikum WBT

p/s: wangi bau masakaannn!!!

REVIEW : Akademi Fantasia 2013 Minggu ke 7.

Assalamualaikum WBT

Apa khabar semua? Mari kita review persembahan pelajar-pelajar Akademi Fantasia 2013 untuk Minggu ke 7.


Persembahan pembukaan.

Persembahan pembukaan dari pelajar-pelajar Akademi Fantasia 2013 adalah baik dan masuk je Dato Siti Nurhaliza, the persembahan memang the bomb! saya tengok tadi sebab Dato Siti, pandai Astro nak naik ratings eyh.. bagus2. good marketing strategy. Bagus2. Gile nak review persembahan Dato Siti, memang world class. Hands down!

Persembahan pelajar-pelajar:
 
Indah – Terlanjur Cinta feat Aril

Macam Roslan Aziz cakap, almost no flaws in Indah's performance, cuma, yang saya dapat tengok lah, Indah ni ada style nyanyi yang suka buat messa di voce. Kenapa? Cuba sustain je the note tu, bukan apa, teknik nyanyian tu, kalau banyak sangat guna dalam sesuatu lagu, payah kitaorang pendengar nak dengar lagu ni, setiap patah lirik dalam lagu tu takde, ilang dek teknik tu. Ingat tu, bukan tak boleh nak guna langsung, cuma, kalau banyak sangat, tak best jugak ye dak? Lagipun, tone suara Indah ni bagus tapi bila dia nyanyi weight tu kurang, its thin. Yup. Tapi, Duet yang baik, tak Terlanjur Cinta terhadap Indah.

Bintang : 7/10
 
Suhada – Hanya Memuji feat Mila

Hurm... tadi tu Roslan Aziz cover je tu, kan? Well, sorry, for this performance, he was outshone by Mila. Mila ada bagi chance untuk Suhada shine, tapi malangnya, dia chose to not to shine. Meaning, dia menari instead of nyanyi. So, To me persembahan dia takde flare, memang lagu Hanya Memuji ni agak senang untuk dibawa, tetapi, Suhada memberikan lebih perhatian kepada Mila, so, takde lah. Saya Hanya Memuji Mila kerana menyanyikan lagu ni dengan baik. Nasal awak tu masih ada lagi eyh?

Bintang : 5/10 (effort menari)

Aisyah – Sembunyi feat Hafiz 

Okay, to be honest, jika hendak dibanding dengan minggu Pertama Aisyah di AF 2013 ni, banyak improve. She keep on improving herself and I could really see those improvements to night. She can hit the high notes actually, walaupun suara dia cam shaky sikit, tapi she did waaayyy better that those previous weeks. Dia juga sustain the note of the music. Bagus, suka dengar, instead of bringing the note down with weird singing style, she sustained the notes, suka!!! Saya masih ingat yang Roslan Aziz cakap supaya bagi dia lagu yang cam pop candy, pop rancak camtu, baru minggu ni dia dapat, lamanyaaa... Hafiz, nak cakap apa fasal dia? Dia menang dengan Dato Siti okay, so, hands down juga!!

Bintang : 8/10
 
Amira - Mendung Tak Bererti Hujan feat Hazama

Syafinaz dalam AF Buzz selalu tidak bersetuju dengan comment the jurors, tapi rasanya kali Amira did good. Good je eyh, takde la sampai great, her suara with that kind of arrangement memang brought out the goodness of her voice. memang bagus, cuma, memang kita tahu, kalau dengan suara yang dimiliki oleh Amira, memang dia takkan dapat hit the high note with ease, cuma dia hanya boleh guna contralto yang dia ada untuk membawakan lagu yang sebeginilah, mellow sikit, tapi tone dia saya suka. Rata-rata penggiat muzik suka suara camni, ada beberapa sahaja dalam Malaysia ni, Zur Eda, salah seorang daripadanya. Kalau dengar suara Zur Eda, memang resemble Amira ni.  Hazama? Good companion for Amira, to me their voices compliment each other, so, baguslah kan? 

Bintang  : 8/10

Nabila – Keliru feat Alif Satar

Hello, even the juror tak tahu nak cakap apa kan? Dorang pun terkejut dengan undian yang diperolehi oleh Nabila bila didedahkan dipermulaan persembahan. Saya pun terkejut, ramai sangat ke peminat Nabila ni. Huhuhu.. saya terbayang tadi, bayangkan kalau AF2013 ni, Nabila menang? Aduhhhh... hahahha.. kalau dia menang, jelaslah undian menentukan segalanya, even Edry cakap tadi, kalau camni la undiannya, Astro has to do something to the format of the competition. Tapi kalau dia menang, itu menunjukkan betapa HEBATNYA undian kan? In the end, they have to crown someone to be the winner kan? Nabila ke akan jadi juara? Entah lah.. dan kembali kepada penilaian nyanyian, hurrmm. Keliru dengar nyanyi Nabila, to be honest, I was trying very hard to find one good thing about her singing, tapi malangya, I could not find any. Honestly, suara Nabila ni lain sikit, kecil dan out of place kot. My sister tak pernah dengar suara Nabila, and when Nabila bagi salam, my sister terkejut dengar suara Nabila, dia cakpa "Lah.. ini ke suara dia ni? Kenapa camtu? siapa pilih dia ni?" Saya jawab, "Fakulti yang pilih, entah kenapa". Sekian kan? Alif Satar banyak bantu Nabila dalam persembahan tadi tapi tu lah, nak buat camne kan? huhuhu.. Kesian.

Bintang : 5/10

Faizul – Penghujung Cintaku feat Adira

To me, ini persembahan duet yang terbaik sekali!!! Memang hebat! penghayatan dari Faizul memang terbaik setakat ini. Dia ni menjadi cam Zahid AF 2 tau, slowly and gradually shine, so, sekarang dah minggu ke 7, dia buat yang terbaik dan everyone knows that he did amazingly, so, memang baik lah. Those previous weeks yang dia kena bambu tu, terbayar dengan persembahan yang terbaik dan amazing ni. Adira memang mempunyai suara yang baik dan great support from her untuk Faizul. Walaupun Adira cuba memainkan vokal akrobatik dalam persembahan tadi, Faizul tetap maintain, falsetto Faizul memang bagus, clear and concise. Bagus. I have nothing to say about Faizul anymore except fo, I am fan! Dia ni yang akan menang AF2013 bak kata Edry, "At the finale, a star will born and that star is you Faizul".

Bintang : 10/10
 

Azhael – Menggegar Dunia feat Stacy

Tak menggegar sangat dan they could not top the Khayalan song tu. Yes. Bukan vokal mereka tak bagus, ada sesuatu yang membuatkan ia menjadi moderate. Camne nak cakap eyh, its like when they want to do something, its tak sampai, like Amani dan Roslan cakap lah. Tak sampai. Bukan vocal tak bagus, cuma I think, this song is not for them la, tapi good effort to try something new kan? Lagipun, to on par with Stacy yang memang gila hebat, full of energy tu, memang takkan lah, Adam je kot yang boleh. Sorry eyh. Saya sebenarnya bosan tengok tadi, bila ada Stacy tu je saya cam excited balik, before that, huhuhu.. takde feel babe, takde.

Bintang : 7/10

Persembahan bonus : Zizan Razak feat Kaka (Infinity Cinta)

Ingat nak bawa pelajar sekali perform tapi tak. hihu... "saya nak perform lagu saya boleh tak?" cute eyh? memang cute pun. hahahha.. sengal kau Zizan. Jadi Dato' Siti eyh? aduuuuhhhh!!!! hahahhaha... sengal, kau pun tak tau yang video tu akan ada sekali kan? kau ingat video lain kan? kan? kan? Tapi bagus lah, Kaka pun boleh nyanyi live, suka lagu korang.

As expected, Suhada menjadi pelajar yang meninggalkan AF2013 di Persembahan Minggu ke 7. Siti wants to help him tapi apakan daya, tiada daya untuk tidak membantu Suhada, mungkin Suhada akan mencari jalannya sendiri di luar, menjadi penari bawah Alam Wakaka mungkin? 

Jadi, apakah Dato Siti mampu untuk membentuk para pelajar ini di Minggu ke 7? Iya, cuma Nabila, awak kena improve lagi, yang lain ada perubahan. Tapi time juri commented flaws during the performances pelajar tadi, camera fokus kat Dato' Siti, amboih, tak senyum langsung Dato', mencuka je, take note eyh? hihu... takpe, ada dua minggu lagi, so, keep it up yer Dato', I know you can! Yes, you can! dulu pernah dah kan jadi Mentor, so, no problem lah. Boleh punyaa...

So, itulah review untuk Persembahan Akademi Fantasia Minggu ke 7. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Kecewa dengan Nabila, Sorry.

Sunday, October 27, 2013

Wanita Ibarat KEK, ROTI atau DONUT??

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat tak? 

Baik, tadi sedang saya dinner, mak saya tengok tv, dan ada dialog dalam tv tu, rancangan memasak, ia berbunyi begini,

"Gebu betul kek kita, sedap ke agaknya ye?"

Saya memang takde lain dah fikirnya, hahahha.. maaf lah, mungkin sesetengah orang fikir benda yang betul-betul tersurat, tetapi ada banyak maksud tersirat dalam dialog itu. Tapi takkan la saya nak huraikan dengan panjang lebar lak kan, taknak la saya... hehee..lain kali lah kot.
Tapi, saya pernah baca satu kenyataan lah, sebagai wanita, nak jadi apa, ROTI atau KEK *ibarat lah.. dalam kenyataan yang saya baca tu, 


kalau KEK, ia cantik di luar tetapi biasa-biasa *kadang-kadang tak sedap di dalam. Maksudnya, cantik dengan icing sugar coated or dihiasi dengan pelbagai hiasan tetapi dalamnya biasa-biasa sahaja. *tapi kek red velvet sedap apa.. tapi saya pernah makan yang masin, huhuh.. masin sangat.. tak sanggup nak telan dek non... nak muntah lagi ada. Berbalik kepada kek kita tadi tu, kalau kek camtulah, kalau diibaratkan wanita, jadi kek cam, cantik berhiasan di luar tetapi di dalam biasa-biasa je.

kalau ROTI pulak, tak berapa cantik diluar seperi kek tetapi lembut dan wangi di dalam. Camne tu? tapi mestilah kita.. *kita pulak!! hahahah... wanita mesti la nak dua-dua kan, cantik diluar macam kek dan lembut dan wangi di dalam seperti roti.

So, kita buat resepi baru nak???


Kita buat cam donut tu, kat luar kita hias cecantik, then dalam donut kan lembut. So, jadilah DONUT, jangan jadi ROTI atau KEK. hahahah..

Donut pulak.. aduh.. Doooonnnuttt!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: nak tengok AF lak!!

Salam Ahad Semua!!! Jom Rehat!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?? Mesti semua sihat kan? as usual, hari ni adalah hari Ahad, dan selalunya, hari Ahad ni memang sunny sikit dan agak panas, tapi dua tiga hari kebelakangan ni, tempat saya hujan, so, tengok je la nanti camne.

Okay, syukur sangat hari sebab ada lagi seekor ayam betina saya dah mula bertelur, tetapi, saya tidak tahu yang mana satu gerangan ayam betina tu. Bangga jadi mak ayam ni. *hahahhaa.. sengal tak? bukan lah, betul la kan, saya bela ayam, dari kecil confirm-confirm la jadi mak kan, dan well, at least yang memberi mereka makan dan minuman, wah! gitu.. *mak ayam lah jadinya...hehehe..

Hari ni saya takde nak buat apa lagi lah, mungkin kejap lagi kot, lagipun hari ni hari Ahad dan mungkin saya nak rehat je. Letih wehhh...hehehe...


dah lah, dan saya nak buat clutch for my bestie. hehehe.. yup! nanti saya antar ye.. BERNAMa eyh?

Assalamualaikum WBT

p/s: katne nak beli leather kat Malaysia ni? nak buat clutch kenalah ada leather, tapi lets see cmne..hehehe

Bersihkan Minda dan Hati.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Saya adalah orang Pahang dan malam ini adalah perlawanan bola sepak diantara Pahang dan Sarawak. Excited? Saya agak lah tapi takde sampai nak pergi ke Sarawak pergi tengok kan, hihu.. maaf, tapi mungkin saya akan tengok kat TV je nanti, tapi rasanya saya nak baca Laporan Pembentangan Bajet yang saya dapat dari Surat Khabar lah,, ha.. nak baca bagi paham betul-betul. 

Tapi tengok lah dulu macamne nanti, tengoklah eyh. hihu...

Okay, hari ni saya nak cakap fasal internet dan kesannya. Mungkin rata-rata pembaca tahu akan apa itu internet dan rata-rata tahu apa kesannya kepada masyarakat jikalau ia disalahgunakan. Baik, kita semua maklum, sesetiap apa yang kita buat, ada baik dan buruknya, jika tidak kepada diri sendiri, mungkin kesannya kepada orang lain, kan? Oleh itu, dalam menggunakan internet, kita semua maklum, banyak kesan buruk berbanding kesan baik (pros and cons), tetapi ia berbalik kepada niat kita sendiri.

Jikalau kita menggunakannya kearah yang negative maka, negativelah yang kita akan dapat. Kita boleh dapat macam-macam dari internet, dari belajar hinggalah kepada perkara-perkara yang kita sendiri tak tahu akan kewujudannya. Jadi, kita hendaklah pandai untuk menilai baik buruk sesuatu tindakan.

Ia sebenarnya berasal dari diri kita sendiri. Kita hendaklah tidak terpengaruh dengan apa yang berada di sekeliling, bukan bermakna kita tidak langsung ambil tahu akan apa yang berlaku disekeliling kita, tetapi, cube menjadi subtle in action, meaning, jangan terlampau terpengaruh dengan persekitaran. Persekitaran mampu 'membunuh' kita sebenarnya. Sebagai contoh, Ahmad membeli dan menggunakan telefon pintar yang agak mahal harga dan dia memperolehnya dari hasil dia berkerja dan menyimpan duit harian sekolah, tetapi, kita hanya tahu yang dia membeli telefon pintar dan tidak hasil penat lelah yang dia lakukan, dan Ali ingin juga menggunakan telefon pintar sebab dia melihat Ahmad menggunakan telefon pintar dan Ali menginginkan dengan kadar yang segera. Jadi, Ali menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan telefon pintar, mungkin dengan mencuri atau merompak. Persoalannya? Adakah ia salah Ahmad kerana membeli telefon pintar? Adakah ia salah Ali kerana ingin mendapatkan telefon pintar? atau Adakah ia salah Ali kerana salah pertimbangan?

Mungkin ada yang bertanya, apa kaitan insiden itu dengan pengaruh internet? Mungkin lah, mungkin kita tidak nampak kesannya secara langsung, tetapi, percayalah jikalau tidak pengaruh internet, mungkin juga ada pengaruh dari filem-filem dan television. Internet dengan television mempunyai kesan yang hampir sama, tetapi television mempunyai kesan yang lebih. 

Jadi, pertimbangan berasal dari pemikiran dan pemikiran terbentuk dari persekitaran. Memang benar, tidak semua yang dari persekitaran yang baik mempunyai hati yang baik, tetapi kita tidak juga menyangkal yang berasal dari persekitaran yang jahat tidak baik. Ia sebenarnya berasal dari hati. Dalam membuat pertimbangan hati dan minda sebenarnya kena bersama. Mungkin kadang-kadang logik akal memikir ia betul, tetapi kita juga kena tanya hati untuk mengetahui kebenarannya. Jadi, pertimbangan yang baik berasal dari hati dan minda yang sempurna. 

Mungkin perincian saya sedikit menyimpang, tetapi, percaya lah yang ia memberikan rantaian yang baik. Baik buruk sesuatu perbuatan adalah dari pertimbangan minda dan hati yang baik. Oleh itu, bersihkan hati dan minda, in shaa Allah, segalanya akan menjadi baik.

Assalamualaikum WBT

p/s: All I wrote is in general right? hahahha