Nuffnang Ads

Saturday, November 30, 2013

Master Chef Malaysia All Stars 2013 - Pemikiran Ikhlas.

Assalamualaikum WBT,

Hari ni rasanya nak taip gedik lah! hahahha..


Okeyh semue... mak jemah hari nak citer lah sikit kan.. wah wah wah.. kemain uols.. tadi mak jemah tengok marathon Master Chef Malaysia All Stars, amboih-amboih, molot masing-masing uols!!! macam mintak seleparrrrr *sembur air liur jew chuols!!! vavavah!!! kemain seseorang. Macam mintak sangattt jeew.. MENYAMPAH tengok!!!

Okeyh lah uols.. mak jemah bukan apa. Mak jemah suka jugak masak-memasak niew, tapi takde la cam drama kemain macam Master Chef Malaysia All Stars tu *mak jemah rasa panjang sangat lah, jemah singatkan okayhh? MCMAS 2013. Okeyh uols... jemah suka sangat tengok orang masak-memasak ni, jemah tengok jugak Master Chef Australia, Masterchef USA, dan kalau jemah nak compare dua ni uols... MC Aus ni lebih sopan dan chef-chefnya pun lebih friendly *peserta uols!!! sorry, kalau MC USA ni pulak, molot-molot judges tu cam haram! Memang jenis mintak seleparrr jepunnnn jeewww.. padahal buat makanan je pooonnn.. nak tegas sangat, masuk haskarrr lah weeiii!!!

Kalau MC Malaysia pulak, contestants ala-ala Diva, *kalah jemah uols, semua nak jadi macam Diva Mak Hayam Azwan Ali, gitu! jemah takde la pulak kata salah kan, memanglah setiap produksi ada cara tersendiri untuk menarik penonton khen? tapi tu lah, takkan lah sampai nak censored kan perkataan kau? Takde hadap kew?? kew memang percakapan harian kaw memang macamtuew? Eiii.. uols, takkanlah cakap dengan hahli kuarga sendighi camtu uols? *goyang-goyang badan jemah taip entry ni sebab nak dapatkan mood gedik mintak seleparrr jehepon tuh!!! *haip! *tunduk.

Okay-okay, tapi sebenarnya, macam Ah Hong cakap lah, banyak karakter dalam kumpulan dia *sajian luar PBSM, retis-retis memang confirm-confirm lah karakter besar kan? MASUK TV UOLS!!!! takkan nak kecik-kecik, kemut-kemut ala-ala muslimah sejati tengah dating makan agar-agar durian kan? mesti lah nak jerit sana, jerit sini, rayu sana, rayu sini sebab nak dapatkan perhatian kan? Lama tahan dalam MCMAS ni lama lah seket peluang uols nak stay kat kaca tv jemah kan??? Astro pon... pandai tau, strategi-strategi.. curlasss!!

Tapi khen, selain Che' Lah, *orang cantik pun pandai masak tau... *pandai ke?? kelass... yang bukan retis-retis tu, takde lah nak gediks-gediks ke kan, Along dengan Zamir tu ala-ala coverina gitu kau, hahaha. takde lah. jemah saje je, jemah rasa, Along tu nak jerit pekik macam Tarzan lain kan, cuma tu lah, ingatkan tv, orang tengok, nak mampus! balik rumah, kau nak jerit, jerit lah sampai habis suara... tapi dalam TV, kekaver sikit..bukan apa, orang memerhati dek non. gitu kan? 

 most of them have big personalities..

Lagi satu, jemah menyampah betul dengan perangai si apa nama tu, ehm.. Michael Ang. Amboih-amboih, bajet pandai masak la kononnnya? Terdengar sebab dia kembali ke MCMAS 2013 ni, Chef Zubir rasanya cakap, "Komplen, komplen, komplen, masuk pantry takde barang itu, takde barang ini". Amboi kau? takkan semua barang nak disembah sujud kat kau Ang?? puhluessaaahh lahhh... kan? Nama pun cabaran, kalau semua barang yang ada dalam dunia ni ada dalam pantry tu, TAK SEMESTINYA KAU MENANG Ang, please lah.. adapt okay?? adapt. Paham??? gituuhhh.. katanyah!!! 

Letih weh jadi jemah ni, saya bukan apa, nak jadi karakter lain dalam menulis ni sebenarnya best jugak, lagipun, memang betul pun ada yang saya cakapkan tu. hehehe..

dah lah, sudah la mencarut, pening lah. nak muntah.

Assalamualaikum WBT

p/s: siap makan dinner. Alhamdulillah.
p/s: terasa cam sengal je taip camni...hahaha

Selamat Hari Lahir Kepada Mereka Yang Lahir Pada Bulan November.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? mesti semua sihat kan?

Entry ni saya nak tujukan kepada beberapa orang yang lahir pada hari ni, 30 November.



 Pertamanya, kepada Abang Ben Ashaari, daddy kepada Qhaliff dan blogger terkenal serta banyak lagi gelaran beliau. Tahniah Abang Ben, ni dah 3 series kan? ke 4 series? takpe, rahsia okay. hahaha.. 

Keduanya, sepupu saya, pemilik Ratio Design, Zul Mazrie. Very hard working man. Selamat ulangtahun Along.

Ketiganya, kepada kawan saya, Kak Yuni yang memang seorang yang hebat dan komited. Tahniah, kak yuni ni classmate saya dulu. 3 Series dah kan kak yuni? tetap anggun dan cantik.

Haa.. ramai kan yang lahir pada november ni. Tahniah, tahniah, dan saya ucapkan selamat ulangtahun kepada yang lahir pada november. Kalau dalam tepon saya, ada saya buat date untuk tarikh lahir tu kan, ini lah mereka yang lahir pada November.

1 November
Nadhirah Ahmad ( BEN Classmate, Usahawan, Student)
Xuan Mei Fan (FBK frenz, TESL, photographer)

2 November
Jagjeet Singh (FB fren, English Native Speaker)
Nur Aina Mardhiyah

4 November
Nrl Najwa (MaTiC Fren,)

5 November
Dean Yeo (BEN Classmate, MA, Unpowered Ministry)

6 November
Adam Nadra (FBKer, Ex-TESL, BENs)

8 November
Munirah Zulkifly ( Cikgu Bakery GIATMARA Raub)

9 November
Erna Safikah (GIATMARA Raub fren)

10 November
Hezreen Nadia (FBKer, ex-TESL, BEN, penari)

19 November
Amal Amzar Awang (BEN, humanity work)

21 November
Liey Adli (FKI, Ustaz, Atlet, Kawan)
Sharifah Fadlullah (Kawan MaTiC, akak, TA)

24 November
Nurnasihah Rashid (Seha) (Sengal, Ex-TESL, BENs, Melaka)
Puvanes Puva (BEN, JR, Convo)

25 November
Iman Zulhamad (FB Fren, Cosmopoint T'ganu, Muslimah)
Jia Xin Jess (Foodtech, U fren)

26 November
Izzan Izzatie (ex-tesl, budak baik, kecik, MSU)

28 November
Jaa Hashim (Super JR, BEN, baik budak ni)
Liza Rusli (akak, MaTiC, baik )

29 November
Nur Fadzliah (yang ni panjang sikit boleh, TLC, Sabun, Sengal, #takpernahjumpadepandepantapimacamjumpalama budak baik, UITM, English, kawan drama, minat Omar Borkan)

30 November
Haqita Liyana (GM Raub Fren)
Nadia Abdul Rahman (STPM Fren, SMKD )
Zul Mazrie (Cousin, Ratio Design owner, hardworking)
Nik Ayuni (komited, akak, fren, kelam-kabut)
Ben Ashaari (Daddy Blogger, Qhalif, BENASHAARI.com, The Influencer)

Haaa.. rasanya boleh kenal lah kot melalui tag nama dorang tu, hehehe.. 

kepada semua yang lain, those tags tu yang popped on my mind. Itu yang saya ingat tentang anda. Thanks.

Assalamualaikum WBT

p/s: pergh, terpanjang pulak entry hari ni..

Friday, November 29, 2013

Jahit Baju Lelaki Lebih Susah Dari Jahit Baju Wanita...

Assalamualaikum WBT,

Sebenarnya kan, pakaian wanita lebih senang untuk dibuat berbanding pakaian lelaki, sebab tu kalau saya buat pakaian, susah sikit nak fikir untuk lelaki. Sebab apa, kalau nak buat cam baju biasa je, cutting tu akan jadi a little bit feminine. *rasanya dah cakap dah dulu, tapi lantak lah... hahaha..

Pastu, kalau design pun, saya memang buat design baju wanita je, kalau baju lelaki, susah sikit, kalau buat kemeja, Ya Ampun, menangis tau!!! huhuh.. masa saya belajar kat GiatMara Raub aritu, takde la sampai menangis je, cuma ada sebak rasa di dalam dada sebab baju kemeja tu susah nak mampus nak construct. I better buat baju wanita. Blouse tu pun at least tak la susah sangat kan, cuma, kolar tu je. kalau baju kemeja, ada panel lak kat bahu tu,, menyampah wehhh.. menyampah!!! hahahha.. tapi dek kerana nak belajar, saya gagahkan juga dan jadilah, *malu nak tunjuk sini. huhuhu...

Orang lain masa saya belajar tu pun lebih kurang sama je, ada langsung tak siap. Hehehe..kemampuan individu adalah berbeza, jadi tak boleh nak kata apa lah. Walaupun peralatan cukup semua, tapi kalau tak mampu nak keep up with the others, nak buat camne kan? Redha dan redah je lah... hehe..

So, sekarang saya tumpukan kepada yang cutting memudah je, hehe.. takde la cam complicated sangat kan, untuk ahli keluarga dan anak-anak saudara je,ada terfikir nak luaskan kuasaku, tapi tu lah, I need to revise more on my own ability, lots to think, deep thinking.

Saya pun dah start sketching yang light-light and focus more on few demographic markets. In shaa Allah...

Assalamualaikum WBT

p/s: bukan senang babe..
p/s: igt tak aritu janji nak post gambar bebaju yang saya jahit kan? hihu.. sabar je la dek non sekelian...

PROJECT ARA : Maternity Dress.

Assalamualaikum WBT,

Ha.. ada ada project baru nak buat ni, in shaa Allah, nanti siap saya akan cuba postkan kat sini, sebelum tu, ini dia punya lakaran.

Sketch ni biasa jer.. tapi ni dah edit ni, so, gambarnya jadi teramatlah cantik. hahahaha..kepekatan warnanya memang menipu segala pemandangan, macam dalam jualan internet tu, camtu lah.. kan? 

Sila Klik Untuk Pembesaran Besar-besaran.


Ha...ini lah projeknya.

Assalamualaikum WBT

p/s: Needs to put meself together.

Thursday, November 28, 2013

ADIK konon!! hahahha..

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di nak ke tengah malam ni? Tidur lena tak? Eh? malam ni malam Jumaat, takpe sempat lagi baca entry saya ni....muahahahha...

Okay, baik, saya ada benda nak cerita ni. Well, semalam, kipas dinding saya rosak, then saya amiklah kipas lantai yang pendek tu, well, kepunyaan ayah saya lah, saya pinjam. Hehehe.. nanti pulang lah balik kan.

Tadi ayah saya tanya,

"Kipas adik rosak apa ke?"

"aahh.. pinjam dulu kipas ayah ni".

Okay-okay, the main reason saya nak cakap kat sini bukanlah fasal kipas. Hahahha.. tapi my dad call me ADIK okay. Biasalah, anak bongsu, takkan nak panggil abang lak kan, gitu! hahahaha.. 

Well, I don't actually care about other people nak panggil apa pun, but my dad and mum mesti call me adik. Kadang-kadang tertukar dengan anak sedara saya sendiri, Nadim yang 2 tahun lebih tu dengan Fitri yang nak masuk 7 tahun tu. Hahahha.. saya? umur? hahahahha.. so, bayangkan kalau my mum panggil, 

"Adik!, makan".

saya pun menyahut sekali tuh.. tak nak kalah.. hahahhahaha... tapi saya ada je nama lain yang dipanggil pun, Mey or Mei gitu... *ikut sebutan lah... so, itu lah ceritnya, dilemma anak bongsu yang tak berapa nak di dalam dilemma pun. Hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Takut nak letak gambar, takut jadi macam Encik BEN tu.. click sini.

PENDEDAHAN : Perbandingan Gaji PM dan MB Selangor.

Assalamualaikum WBT,

*bagi salam Sunnat Muakkad, jawab salam, WAJIB bagi orang Islam.

Baik, tadi tengok berita di TV3, as usual, berita panas,

Gaji MB dan lain-lain di Selangor yang dibandingkan dengan gaji PM Malaysia serta TPM dan lain-lainnya.

Baiklah, alang-alang dah tunjukkan, apa kata, tunjukkan perolehan gaji SEMUA kerajaan negeri di Malaysia ni, dan semua MENTERI-MENTERI, TIMBALAN MENTERI dan individu-individu lain yang ada dalam kerajaan. Sebagai contoh, Naib Canselor, Ketua Hakim Negara dan lain-lain.


Alang-alang nak berterus terang kan, boleh terus Isytihar harta, kan? Tak gitu? Siapa setuju? kalau setuju, kita kemukan cadangan ini kepada meraka yang lebih arif. Bukan nak suruh mereka menunjuk, tetapi, alang-alang dah begini jadinya. kita teruskan je la kan? Mesti ada rakyat ingin tahu juga kan?

Bukan setakat gaji pokok je, elaun-elaun yang ada tu, boleh lah masukkan sekali, kita tengok berapa puluh juta SEBULAN untuk gaji dan elaun SAHAJA? Boleh camtu? Saya pun nak tahu jugak... bukan provoke ke apa, cuma ingin tahu, kalau telus, baru boleh percaya bukan?

Assalamualaikum WBT

p/s: best jugak Isu ni keluar.

Ben Ashaari, Dead Mine dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Takde kaitan!

Assalamualaikum WBT,

www.benashaari.com

Terkejut saya baca yang Abang Ben dari blog Ben Ashaari masuk web reality programme, The Influencer. Perghhh.. tengok, rezeki anak. Orang dok kutuk-kutuk dia cakap asyik feature gambar anak je... dah, landed rezeki lain. Iya la... gila kau? Takkan nak letak gambar Ben tengak menerap ke, panjat gril pintu ke, main air dalam kolam mainan tu ke, dia dah serik wehhh.. kang ada lak yang amik gambar dia buat benda-benda yang berunsur gay. Tak kuasa dia nak letak da, itu pun dah dekat puluhan riban acc fb *joke dalam FB sahaja, tempat lain tak tau lah.. apa-apa pun, good luck untuk Abang Ben atas rezeki tu, semoga Abang Ben menang eyh?

Kalau gambar budak-budak takpe, cam Qhaliff tu, orang tak kata pape pun, kalau Abang Ben buat cam Qhaliff tu, memang lah, hahahha.. siap lah, esok lusa adalah FB acc gay tu... hahahaha.. *moga Abang Ben tak marah la yer.. lawak je...


Baik-baik, itu selingan, tadi saya tengok cerita Dead Mine, seronok jugak, penuh karut marut bangang! Hahhaa.. tapi saya tengok sebab ada artist Malaysia berlakon, Carmen Soo, patut tengok cam familiar jer, rerupa, Carmen Soo, terus tengok sampai habis. Haha.. tapi motif cerita tu, memang tak kuat sangat, hihu...yang lawak tu, ada manusia hidup dalam tu sejak perang dunia kedua. Mampus, bapak menipu!

Sebelum tu, saya tengok cerita Before and After kat Life Inspired. Perghh.. kekaguman terlampau. Jepun ni memang hebat lah, kreatif dan hebat. Tak tau nak cakap camne dah. Tadi tu, diorang revonate satu kedai ni kat pulau kat Jepun tu. Lupa lak nama pulau tu, tapi memang teramat best lah. Kagum sangat, kalaulah dapat buat camtu kat Malaysia ni kan best? Hehehe...

http://en.wikipedia.org/wiki/Shahidan_Kassim 
 


Sebelum itu, saya tengok Parlimen, kan hari ni hari Khamis, so ada sidang Parlimen Malaysia ditayangkan di TV1. Saya tengok tu dan dalam banyak-banyak soalan dan jawapan yang diajukan dan dijawab oleh ahli Parlimen, saya tertarik dengan jawapan YB Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjawab isu promoting homestay dan produk yang mampu untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Malaysia. Baik, Datuk Seri tadi bercakap juga mengenai how we Malaysians always try to improve things in our own country but the fact it things that we want is already here. Dan Datuk Seri juga ada bercakap, penyataan akhir sebelum berhenti menjawab,


"Kalau saya tanya ahli Parlimen (semua) kat sini, apa yang ada di Muzium Negara? Mesti ada yang tak boleh nak jawab sebab tak tau. Kalau tanya fasal apa ada kat Muzium London semua tahu nak jawab apa. Itu lah kehidupan".

Lumrah manusia. Iktiraf apa yang berasal dari luar. Sama juga dengan negara kita, tubuh jawatankuasa yang rata-rata ada pemikiran luar, kononnya pemikiran orang luar lebih develop. Kesian.

Ramai je jurulatih luar kat Malaysia ni, kononnya mereka mampu untuk mencorakkan pemain dengan lebih sempurna. Hebat sangat mereka?

Dah la mencarutz... 

Assalamualaikum WBT

p/s: cuba nak seikhlas Abang Ben, nak mujur dapat job blog. hahahha.
p/s: BTW, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Wednesday, November 27, 2013

GAME : Code Breaking.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar sekalian? 

Pernah tak main masa kekorang kekecik dulu main cari perkataan dalam perkatan lain? perkataan paling famous yang selalu kitaorang main ialah, KAPAL TERBANG.

Tadi tengok Da Vinci Code, tengok sekejap je, tapi teringat lak,...

"Eh, aku pernah main permainan ni dulu, tak tau pulak boleh breaking code kan?"

Naive nya lah kan? Sampai sekarang tak tahu dengan that thing kan. Haha.. padahal, benda yang selalu main tu adalah code breaking, so siapa yang cipta yang those perisik take things very berat, amik berat, kami selalu ke memain untuk menajamkan minda. Tak sangka! hahahah...

Contoh permainan breaking code ni camni,

KAPAL TERBANG

EPAL
KEPALA
KELAPA
REBAT
PALA
ALAT
PEKAN
KENA
ANAK
RABA
BARANG
ARANG
ARA
LEPAT
LEPAK
KEPAL
TERPA
LAPANG
LAPAR

Dan banyak lagi perkataan lain...haa.. camtu lah kalau nak breaking code, nak-nak kalau dalam Da Vinci Code tu, kemain lagi, hahah.. tapi kadang-kadang takde pun, kot, dalam filem je agaknya, entahlah, creative film ni suka buat-buat andaian, kalau dalam jenayah betul-betul, agaknya, takde pun, entahlah...

Siapa pernah main game breaking code ni? best tau, boleh menguji ketajaman minda.

Cuba lah..

Assalamualaikum WBT

p/s: Boleh cuba Mother Word lain pun...

Project ARA : Najwa Maxi Dress (Jubah kot)

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Sihat kan? Baiklah, hari ni saya ada projek sederhana besar tapi modelnya agak chubby. Haha.. anak sedara saya, Najwa. Aritu saya ada belikan kain untuk dia, specially untuk dia lah sebab baju tu ada corak yang memanjang ke bawah so, nampak lah dia tinggi dan kurus. Hehe..

Baik, untuk rekaannya, saya buat cam jubah biasa je, cantik juga lah, hehe.. meh saya tunjuk.

Ni lah design yang saya try untuk Najwa, tapi saya jatuhkan banyak pinggan tu sebab nak bagi dia senang duduk, sebab dia ni chubby sangat dan cepat naik badan, so, adalah molek jika saya buat agak besar, jadi, ia agak besar lah, hehee.. okay lah, cantik kan? Gambar dia posing kat bawah ni... hehee.. rambut ala-ala Rihanna gitu... letak sebelah...hahaha..


Itu saya sendiri direct dia untuk buat posing camtu, nampak kurus kan? Biasalah, jejalur tu, tapi, saya masih tak pandai nak buat jejalur tu sama dengan kain bawah tu, hihu...  tapi tu lah.. good review from my jiran, mum, bro.. hahaha.. tuan pakai apatah lagi, suka je lah... hahahahha..kelas kau!

Ada juga kritikan sebab length kain tu panjang sedikit tapi, Najwa ni suka pakai kasut tinggi, tapi takde lah tinggi sampai 5-6 inci.. tapi, okay lah.. hahaha.. cam wedges gitu, dia pakai... hahaha.. so, I keep the length je lah, malas nak potong sebab berapa inci je tu sebenarnya, ini dia tak pakai kasut or wedges, kalau dia pakai, okay je sebenarnya... hehe..

So, next project, Baju untuk sepupu saya punya isteri, dia nak baju cam maxi gitu, pepanjang. hahaha..padahal saya pakai lining je, tapi nampak mahal uols!!! 

Dah mencarut.. kang jadi permusuhan di TV Azwan Ali dan Michael Ang, sebenarnya kan, saya suka tengok dorang berdua, bukan bertemu buku dan ruas, cuma, dorang memang dua-dua mempunyai mulut longkang dan MCMAS memang naik la rating wehhh.. tahniah Astro, pandai main strategi... bagus2.. 

Dah, nak kemas bilik, *siap menjahit, bilik cam tongkang pecah. Mampus.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak mula cari supplier lah... *gitu.. haha
p/s: ARA adalah Akmall Razlan Atelier (ARA)

Tuesday, November 26, 2013

Friso Gold Incredible Journey dan Brand New Me Songs.

Assalamualaikum WBT,

Kalau tengok iklan Friso Gold kat TV kan, mesti seronok kan? Dengar lagu yang memang soothing camtu, suara soprano Ann Bai (Bai Ann), Well, kalau korang click nama tu, takde dapat membantu pun sebab takde pun maklumat fasal nyanyian dia untuk Friso Gold tu.


Kalau nak tengok kat youtube, click link ni je.. memang best. Suka sangat lagu ni. Friso Gold Lagu Tema. Saya dengar lagu ni memang banyak kali dah, dapat je download terus dengar tak berhenti. hahaha.. memang soothing tau lagu camni, suka sangat, bila lah artis Malaysia nak nyanyi genre lagu camni... 

Bukan apa, genre lagu camni memang payah sikit tapi itu kalau kira market lah, tapi kalau kira kepuasan bekarya kan? mesti best kan? Lagipun, lagu-lagu camni memang membuatkan rasa tu best, susah hendak diluahkan dengan kata-kata tapi percayalah, memang ada je peminat lagu camni. 

Lagi satu lagu yang saya jumpa hari ni adalah lagu dari Alicia Keys yang bertajuk Brand New Me, pergh.. tadi tengok Storytellers kat MTV, live babe, memang best gila dia nyanyi live, nak terberak rasanya dengar dia nyanyi. Iyaa, sebab sedap sangat, hihu...Walaupun lagu ni keluar December 2012, tapi sebabkan saya tak dengar lagi kan, so, memang sedap lah, menepati telinga saya, lagipun orang dok sebok dengar lagu Girl On Fire kan? nak-nak dia nak datang Malaysia tak lama laig, eh, ke dah datang, tak hengat lak.. hehee.. tapi bile dengar lelama kan, lagu Brand New Me tu, cam sesuai dengan Pink je, sebab entah, genre tu kot, cam bercerita fasal diri gitu.

Lagipun, suara Alicia Keys ni, kalau tinggi dia menipis, serak-serak nipis camtu, kalau Pink lain, kalau tinggi, suara dia serak-serak kasar dan tebal, best. Mesti best kalau dia bawak lagu tu, Kan? Alicia Keys, I would love you could give this song to Pink, it would be the best thing ever! Not saying your voice is not good, NO, but I just feel that Brand New Me was made for Pink, but hey, you created video clip for this song already right? So, I guessed, its a no, and its too late already, the song was out in Dec 2012, now it Nov 2013, so its a no-no la...

So, the things is, lagu-lagu camni la yang saya suka, slow, mellow, RnB, suka, sebab lagu lelaju tak boleh nak bawak, saya dengar lagu-lagu camni je lah...hehehe..

So, nanti saya postkan lirik lagu Incredible Journey and Brand New Me ni yer? Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: need to revise things.

Monday, November 25, 2013

Oprah Winfrey dan Program Bual Bicara di Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti semua sihat kan? rindu dengan saya? Kalau rindu bagus lah.. kalau tak rindu takpe.. saya tetap rindukan anda semua.. wahhh.. gitu.. hahaha...

Baik, untuk waktu sekarang ni, memang banyak rancangan-rancangan yang menarik yang boleh ditonton di Astro, seperti :

1. Masterchef All Stars Malaysia
2. Maharaja Lawak Mega 2013
3. Pencetus Ummah

Dan banyak lagi rancangan-rancangan yang seronok yang boleh ditonton oleh pelbagai jenis masyarakat.. it is actually up to which television programme that you want to watch.


Bercakap fasal television programme, of course la saya ada rancangan yang saya sendiri suka kan, but there are a few talkshow programmes yang memang saya sendiri takkan boleh lupa, kalau kat Malaysia ni, ia seolah-olah bermusim tau, tapi kalau kat luar negara, The Oprah Winfrey Show (Oprah) and Ellen Show (Ellen) memang best. 

To have great show, a production needs to have a very great team. Team maksudnya di sini adalah dari wartawan, props men, lighting men, floor manager, all, semua, memang kena hebat dan bagus, salah satu great talkshow untuk sekarang ni adalah Primadona. Rancangan yang membicarakan isu-isu wanita dan lagi satu rancangan adalah Wanita Hari Ini.

Wanita Hari Ini yang dilangsungkan (live) di TV3 adalah rancangan bual bicara terulung di Malaysia ni. Rasa-rasanya dah berapa lama dah dan masih terdapat banyak isu-isu yang boleh diketengahkan lagi satu rancangan di NTV7 ialah Bella. Bella dan Wanita Hari Ini mempunyai persamaan in their own ways lah, tetapi Bella is more to audience yang bukan berbangsa Melayu, most of their viewers are chinese and indians, but ada jugak orang melayu tengok, bukan salah pun, cuma, pendekatan yang lebih youthful diterapkan oleh NTV7 menerusi Bella untuk menarik viewers dalam kalangan youth untuk menontonnya.

Ini kerana Wanita Hari Ini di TV3 lebih menjurus kepada viewers yang agak berumur, tapi ada je golongan muda yang menonton WHI ni. Takde masalah. Range topic yang dibincangkan juga adalah luas, cukup mencakupi segala aspek. Cukup bagus.

Berbalik kepada Oprah, rancangan yang sungguh iconic ini telah membantu ramai manusia dalam kehidupan. It started in year 1983 dimana Oprah mula-mula masuk ke tv dengan mengacarakan AM Chicago dan bermula dari situ, pelbagai sangka buruk dan negatif diberikan dan amazingnya pada tahun 1986, Oprah dapat rancangannya sendiri. Bermula pada 8 September 1986, Oprah memandang kehadapan dan terus memacu rancangannya sendiri, The Oprah Winfrey Show yang memang hebat dan telah menyentuh banyak hati. Amazing. 


Dan pada 25 Mei 2011, Oprah mengakhiri rancangan Iconicnya itu dengan menegaskan bahawa, "I feel that 25 is a good number and I really love this show and there will be not goodbyes but just I will see you next time". Dan pada 1 Januari 2011, Oprah melancarkan rangkaiannya sendiri, Oprah Winfrey Network yang sememangnya hebat to have her own OWN. Hebat bukan?

Kebanyakkan cerita saya berkisar tentang rancangan yang diacarakan oleh wanita kan? hebat mereka bukan? Jadi lain kali, saya cerita fasal dominasi lelaki pulak dalam dunia pengacaraan. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Still love Oprah Show. Love it.

Sunday, November 24, 2013

Kebaikan Cuti Hari Jumaat dan Sabtu.

Assalamualaikum WBT,

Baik, kita semua tahu yang negeri Johor Darul Takzim akan melaksanakan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah.

Dan sebenarnya, ini adalah satu idea yang amat bagus, perkara ini bukan baru lagi, Johor dah pun mengamalkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti jugak, jadi, mungkin generasi baru tidak tahu.

Okay, kebaikan cuti Jumaat dan Sabtu antaranya,

1. Keberkesanan kerja lebih baik.
2. Boleh elak jam hari Jumaat.
3. *tambah sendiri

Okay, kalau Jumaat hari kerja kan, camni, 

8.00 am - Masuk kerja
10.00 am - Minum pagi
10.30 am - Masuk pejabat
12.00 or 12.30 pm - Keluar ke masjid, Solat Jumaat
2.00 /2.30 pm - Balik ke pejabat
5.00 - 5.15 pm - Balik rumah

Nampak tak berapa banyak gap kat situ? Kalau cuti hari Jumaat, takde pun gap ni, sebab cuti, then bawak ke Ahad, terus takde solat Jumaat dan takde lah gap,gap ni kan? Dapat tak kat situ?

Mungkin yang pernah melaluinya dapat tahu lah, saya duduk di Terengganu, belajar selama 4 tahun, so mungkin biasa, dan ada kawan-kawan yang mungkin pernah rasa, takde masalah lah kot, sebab ia mungkin agak membebankan kaum wanita yang ada kat pejabat je lah. Dorang pulak kena cover untuk kaum lelaki. So, agak susah lah kan situ kan? hihu... kata nak adil kan? 

So, kepada yang komen kata tak bagus la apa lah, sebenarnya, ia bagus, dapat memaksimumkan kerja pun, mungkin pada mulanya rasa cam... huuu.. tapi lelama okay lah kot. dan yang paling penting, No More Blue Monday... hahaha.. nampak tak kat situ...

Assalamualaikum WBT

p/s: Pahang patut buat jugak lah...

Ayah dan Ibu.

Assalamualaikum WBT,

Orang selalu kata,

"Ayah adalah seorang lelaki, hati keras, payah nak menangis, lain dengan mak. Emak seorang wanita, hati mudah tersentuh dan terasa".

Kita semua sedia maklum jugak kan, emak tiga kali lebih penting daripada ayah kan? tetapi, itu tidak bermaksud kita tidak harus hilangkan rasa sayang dan hormat kepada ayah sendiri. Mungkin kita tidak perasan kot, yang paling banyak mencari rezeki untuk kita semasa kita kecil adalah ayah, mungkin kalau yang tiada ayah daripada kecil itu, ibu mereka lah yang mencari rezeki tetapi, kita pandang dalam konteks emak dan ayah.

Sebagai contoh, anak-anak pergi belajar then, memang betul, segala sumber kewangan adalah tanggungjawab ayah kepada anak-anak, tetapi apakah tanggungjawab anak-anak kepada ayah sendiri? 

Baik, saya juga masih mencari kerja dan saya juga cuba sedaya upaya melaksanakan segala apa yang ayah saya sendiri suruh. Mungkin perkara kecil-kecil, tapi jikalau diikut, impaknya besar. 

Tapi iya lah, kononnya bila dah besar, dewasa kan, ayah seolah-olah tidak diperlukan sebab katanya segala apa yang dilakukan adalah tanggungjawa sendiri. Pernah tak terfikir, bin dan binti siapa masa kita sendiri hidup dalam dunia ni? dan binti siapakah bila kita ditalkinkan nanti?

Mungkin kita tak pernah bertanya kepada diri kita sendiri kot. Kalau kita tahu kita akan mati bila, mesti kita akan bermaaf-maafan dengan mak dan ayah sendiri kan? mesti punyalah, tapi malangnya, kita tak tahu kita mati bila. Hebatkan Allah SWT? 

Kalaulah Allah SWT beritahu rezeki, hidup mati dan jodoh, mesti kita akan meroyan kan? Iya lah... *fikir sendiri. Tapi iya lah, kita hanya manusia biasa, hamba-Nya yang tidak mempunyai apa-apa sebab semua dipinjamkan Allah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Sedaya upaya mencuba untuk menjadi lebih baik untuk my parents.

Wartawan Desa.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semuanya? okay baik, seperti tajuk di atas tu, tajuk entry tu, takde la nak self-proclaimed ke apa kan? cuma... hahaha... kadang-kadang diri je terasa gituw... hahaha...

okay-okay, kalau kita cakap sal wartawan ni, macam-macam wartawan ada dalam dunia kewartawanan ni. Seperti, wartawan hiburan, wartawan sukan, wartawan ekonomi, wartawan tv, wartawan majalah.. macam-macam jenis wartawan tau. Memang ramai, memang banyak jenis, ada jugak, wartawan desa. Hehe..

Kalau ikutkan, wartawan desa ni dari dulu lagi dah ada dah, dari dulu-dulu lagi. Apa itu wartawan desa? Kalau ikut time dedulu nun, wartawan desa adalah individu atau kumpulan yang bergerak dari rumah ke rumah atau tempat keramaian untuk mencari bahan-bahan cerita untuk diJAJA atas kepuasan diri sendiri.

Dapat tak definisinya di situ? Dapat kan? Alhamdulillah kalau dapat, tetapi kalau tak dapat saya ada istilah yang lebih senang dan mudah untuk difahami, JOYAH. Kan nama Joyah itu sendiri mempunyai maksud tersendiri kan? Sebab apa, kalau dalam dunia perfileman, watak JOYAH yang dibawa elok oleh Norlia Ghani mempunyai sifat seperti suka jaga tepi kain orang, suka buat cerita, suka bawa cerita dan macam-macam lagi. 

Tapi definisi wartawan desa untuk sekarang sudah berubah sebenarnya, mungkin ada lagi sedikit-sedikit sifat joyah dalam diri masing-masing tetapi wartawan desa yang ingin saya perkatakan adalah, wartawan yang benar-benar wartawan. Bukan yang Joyah tu. Tugas wartawan yang sebenar-benarnya adalah menyampaikan berita-berita yang diakui kesahihannya. So, saya tak la kot kan? kalau camtu kan? hahaha..

Saya bukanlah wartawan kalau camtu, hanyalah seorang yang suka menulis dan menyampaikan apa yang difikiran boleh membuahkan daya pemikiran. Kan? hehehe... 

Dah lah, dapat menulis kat blog ni pun dah seronok dah, hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Norlia Ghani masa jadi Joyah, bapaklah bestnya...hahaha

Sketching New Sketch.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua di petang Ahad ni. Hari ni terasa cam mengantuk gila, bangun pagi pun agak lambat hari ni... hihu, dan as always, when it is Sunday, it is always Sunny day. Really. Sekarang ni sangat panas, Giler kentang tol panasnya. Hahaha...

Okay, ada yang nak tempah baju nihh,, so, kena sketch dulu lah... hehehe.. at least I have the guide kan untuk buat baju-baju tu nanti. Ala, apa susahnya, biasa jew... hehee...

Biasa-biasa, tapi tak siap-siap jugak kalau verangan jew kan? hahahaha...

Dah-dah, untuk mengelakkan asyik verangan jew, saya nak buat sketch dlu then.. nanti baru draf pola semua...okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: baru je lepas makan buah kundang, bapaklah masam. Sekian. hahah

Saturday, November 23, 2013

Tukang Masak Ekspress, KATANYAH!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Meminta semua sihat lah yer.

Alhamdulillah, walaupun pening sedikit sejak pagi tadi, tetapi tetap beberapa aktiviti biasa buat dibuat jugak lah... hehe.. 

Masalah kepeningan ni saya amat jarang dapat, tetapi, pagi tadi, selepas je saya mandi, terus pening tu datang, berpusing-pusing dunia ni rasanya, Waaahhhh.. pening-pening wehhh.. berpusing-pusing. Ni sekarang pun agak pening jugak, menguap tak tentu fasal. Memang sakit hati tol.

Okay lah, tadi saya pergi kenduri, Kenduri sepupu dia, klik sini. So, macam biasa, start makan pukul 11.30 camtu kan, memang selalunya jemputan dah start makan time tu da.

Nak dijadikan cerita, nasi minyaknya tak masak elok, terlebih air. Lembik giler... macam jadi nasi impit dah, bayangkan, camne nak makan kan? Bukan apa, nak menolong tu memang amalan mulia, tetapi, amalan mulia itu akan bertukar menjadi amalan pembaziran JIKALAU masak main campak-campak je, main sesuka hati je letak then kononnya chef berpengalaman. Apa ke jadahnya? 

Niat tuan rumah nak bagi makan orang, nak bersedekah kepada yang layak, tetapi, bila jadi camtu, nasi lembik sehinggakan mendapat jolokan nasi impit. Apa kenanya? Hello, chef profesional pun guna sukatan tau. Kalau nak buat nasi untuk makan sendiri, dipersilakan, nak buat nasi bubur pun, lantak lah, kalau itu yang digemari, tetapi, ni nak bagi makan orang.

Then, bila orang tegur, cakap lah orang sombong la, apa lah, suruh buat sendiri lah, masalahnya, kalau sesekali takpe, ini tidak, dah banyak kali, tak belajar lagi ke? Rugi lah kan, orang guna pengalaman untuk buat perkara yang lebih baik dan orang mengharapkan hasilnya yang hebat, tetapi, semakin banyak pengalaman semakin buruk hasilnya, Kenapa? 

Tapi tu lah, payah lah KONONNYA pandai masak, malangnya, hasil tak seberapa. Orang memang tak tahu, tapi itu dilemma TUAN RUMAH, pembaziran. Kesian kan? tapi tu lah, orang camtu mana tahu perasaan tuan rumah, janji dapat nama "Tukang Masak Ekspress" pun dah okay dah agaknya. Kononnya pandai, tapi HAUKKK!!

Assalamualaikum WBT

p/s :Wartawan Desa. hahaha

Baju Kurung Peplum dengan Kain Duyung - Akmall Razlan Atelier (ARA)

Assalamualaikum WBT,

Okay, saya hari ni tunjukkan hasil kerja saya, hehe.. takde lah, aritu, last week rasanya, buat Baju Kurung Peplum+Kain Duyung

Ni gambar dia..





Maaf sebab gambar tak edit, hihu.. susah sikit nak edit sekarang ni, PS tak berapa nak helok...gitu.. ada beberapa kesilapan kecil, tapi alhamdulillah, semua cantik di badan model ni. BTW, model ni namnya Aida, tinggi 5 kaki je kot.. pendek sikit tapi okay lah, tak banyak pakai kain, lagipun, kain ni kain dia bagi, jadi, okay lah, senang lah kan. Masa amik buat outfit ni dalam 1 minggu, *saje je buat lama sikit, hehe.. nampak sibuk.. hahahah..

Semuanya direquest oleh  mak kepada Aida, kain duyung tu saya buat sendiri pola nya dan pinggang guna full getah. Senang sikit. hehehe...

tu je lah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Akmall Razlan Atelier. hehee...

Maharaja Lawak Mega 2013 - Tulang Tersingkir.

Assalamualaikum WBT,

Wahaha.. mohon seribu kemaafan sebab lambat update untuk hari ni, sorry sangat-sangat, jadual penuh *ala-ala sibuk kunun retis gitu...hahahha...

tapi, tadi ada orang kahwin, sedara kahwin, so, saya pergilah menolong-nolong, alhamdulillah, kami masih mengamalkan aktiviti gotong-royong, bukan apa, itu lah time nak menengok sedara-mara kan? hehe.. tadi saya masak hati ayam goreng dan kisar lada kering, okay what...

Malam tadi saya tengok Maharaja Lawak Mega 2013, ada team yang bagus, hebat dan ada team yang ala-ala minta penyiku dan ada yang mereng hauk ke laut gitu. Memang saya akui, payah untuk buat orang ketawa, kena banyak homework kan? tapi ikhlaskan diri konfirm niat akan sampai.

Saya rasa, untuk menjadikan lawak tu lebih difahami dan mampu untuk diketengahkan dan dikembangkan, Watak Rantaian perlu ada. Contoh, Jep buat minggu lepas Tok Ketua dan minggu ni, dia buat watak Tok Ketua, bukan kehabisan idea, cuma dia perkembangkan sahaja. Elok kan?

Lagi satu team sepatutnya, kembangkan watak/ watak rantaian adalah Zero, dorang ni kelakar cuma, kena bijakkan sikit lawak tu, elok dah. Watak Mawar tu kena kembangkan lagi. hahahaha.. "hai Tuan, saya Mawar..." hahah *time tu saya ketawa gila...

Sepahtu memang bagus, Boboi, SYJ, Nabil, Bocey, Comey, Zero, Shiro, Wala. Wala pun bagus sebenarnya, bersahaja tetapi bijak. Bagus, saya suka. Untuk Tulang, Kucai, sorry.

Team yang tersingkir malam semalam adalah Tulang.

Assalamualaikum WBT

p/s: Kesian Tulang.
p/s: Nanti nak start review lah...

Thursday, November 21, 2013

Ali dan Mak Cik Karipap.

Assalamualaikum WBT,

Saya mulakan entry kali ini dengan satu dialog yer.. *dialog rekaan tapi ada isi di dalamnya, sila hayati.

Ali : Mak cik, saya nak karipap tiga biji, bungkus yer?

Mak Cik : Okay nak, *sambil mengambil tiga biji karipap dan meletakkannya ke dalam plastik.

Ali : Berapa yer mak cik?

Mak Cik : Semuanya RM 30, biasalah, macamtu lah, sebab itu termasuk dalam kos-kos pembuatan kuih, mak cik guna tepung berkualiti tinggi, air bertapis 100 kali, eh, tepung tadi tu pun bertapis jugak, dalam 200 kali lah, then, mak cik guna garam bukit yang memang tinggi-tinggi nun, ala-ala Gunung Everest dan untuk memasaknya, mak cik menggunakan minyak yang berkualiti tinggi yang diimport tadi luar negara, tapi masih menggunakan minyak sawit gred A+++, tiga lagi plus nak. Lepas tu, ni plastik ni, mak cik guna plastik import dari Korea, sebab mak cik rasa, untuk pelanggan mak cik, supaya pulangan mak cik lebih banyak, biarlah mak cik berbelanja sikit, lagipun, mak cik nak semangat tu, nanti puluhan ribu orang datang beli kuih mak cik, secara tak langsung, ekonomi mak cik meningkat. Syukur kepada Allah, Malaysia masih aman.

Ali : Kenapa mahal sangat mak cik? Kenapa perlu guna barang import semua, lagipun, barangan Malaysia kan ada? Mak cik ni takde semangat pat-rio-tis-ma langsung lah, kan ada kempen gunalah barangan Buatan Malaysia, lagipun, berkualiti apa.

Mak Cik : Bukan apa nak, mak cik nak menarik ramai pelanggan dan repeat buyers, lagipun, kos-kos ni semua, anak bukan tahu, mak cik yang buat segalanya, so, mak cik tahu lah. Nak tak nak, anak kena terima jugak sebab semua ni mak cik dah bungkus. Lagipun, RM30 tu bukannya mahal kalau nak dibandingkan dengan kos lain yang mak cik kena tanggung. 

Ali : Laa.. mak cik kan berniaga biasalah tu kan?

Mak Cik : Anak, mak cik ni berniaga karipap yang memang dah siap, ibarat kata, mak cik diberikan segalanya, tajaan lah kiranya, so, takde benda lah kan? Mak cik goreng je then mak cik jual, sikit-sikit lama-lama untung jugak, ramai juga orang datang ke gerai mak cik ni, macam sambutan lak jadinya.

Ali : Mak cik, takkan ada repeat buyers untuk produk mak cik ni kalau harga mahal macam ni. RM30 mak cik, kepada yang membelinya memang mahal, lagipun, mak cik bukan guna produk buatan Malaysia, kalau mak cik guna produk buatan Malaysia, semangat untuk repeat buyers, mesti ada. Kita ada banyak kaum dalam Malaysia ni, apa salahnya kalau mak cik guna sikit sana, sikit sini, takde lah orang nak pertikaikan nanti, ini tidak, produk luar jugak yang agungkan. 

Mak Cik : dah lah, anak, mak cik ni nak menjual karipap ni, lagipun, ramai lagi mereka yang nak beli. Nak bayar ke tidak ni?

Ali : Nak la mak cik, mak cik buat macamane pun, saya tetap akan beli sebab saya memang nak, tapi takkan ada repeat buy dari saya dah sebab saya dah serik. Seolah-olah mak cik menipu saya dan menipu Malaysia terus dengan mengagungkan produk luar.

Mak Cik : dah tu, awak nak panggil audit la ni??

Ali : okay lah mak cik, assalamualaikum.

Mak Cik : Waalaikumsalam.

So, moral of the story?

Cari sendiri dan banyaklah mendengar berita dan baca surat khabar.

Assalamualaikum WBT

p/s: kepada yang tahu isu hangat ni, mungkin dapat relate kot. Saje je buat camni, bagi berfikir.

Villa Nabila hendak difilemkan???

Assalamualaikum WBT,

Haa.. heboh satu Malaysia fasal Villa Nabila yang terletak di Johor kan? Entah-entah sampai ke luar negara nun kot, Tapi baguslah, boleh cover sal kita No. 1 penduduk ramai dapat Diabetes tu kan? Eh? ke? gitu lah.. cover baik punyaaa...

Okay, dengar kata seorang producer film terkenal Malaysia nak buat filem bersumber inspirasikan incident Villa Nabila tu.. gitu.. saya ada tajuk dia? nak tau? takpe saya listkan kat bawah je lah...

1. Villa Itu Villa Nabila
2. Nabila, Hantu Si Pemilik Villa
3. Hantu Si Pemilik Villa, Nabila
4. Nabila
5. Villa Nabila
6. Budak Hilang Itu Di Villa Nabila
7. Sebenarnya Villa Nabila Itu Dia
8. Nabila, Kawan Budak Hilang
9. Nabila, Si Penghuni Villa Selamanya
10. Hantu Villa Nabila
11. Hilang di Villa Nabila
12. Penunggu Villa Nabila

Aduh... banyakkan? Ala.. banyak nama takpe, lagipun sekarang kan trend bagi nama drama or movie camtu, takde dah unsur-unsur sastera dalam cerita, macam SSID *Sebenarnya Saya Isteri Dia, Suami Ku Playboy, boleh je nak buat tajuk hauk-hauk pun,,janji jalan cerita hauk sekali.. okay je dek non... lagupun, orang akan pergi tengok jugak, *support filem Malaysia KATANYAHH!!!


Tapi kalau jadi cerita ni difulemkan? *saje buat salah tu...agaknya genre apa lah, sebab kalau ikutkan kisah sebenarnya, budak yang 'hilang' tu, tak hilang pun, cuma dia pergi rumah kawan, rasanya, kalau nak buat cerita ni, harap-harap lah filem komedi, okay sikit, boleh kita ketawakan hantu dalam panggungkan? gitu? takpun, buat cam cerita Misi Mustahil *hehee.. takpun James Bond tu, tapi tukar lah, hantulah yang jadi hero, amacam? Sanggup sahut cabaran? gittuu..

So, nama-nama filem yang kat atas tu, saya redha je kalau producer tu nak amik, saya tak amik royalti pun... 

Assalamualaikum WBT

p/s: Siapa yang agak jadi Nabila? Wawa Zainal? Kot.. Takpun Nabila Huda... hihu..
p/s: tu gambar Hantu tu... hahahha