Nuffnang Ads

Thursday, January 30, 2014

Nikmat Makan Sudah Ditarik.

Assalamualaikum wbt,

Waaahhhh... agak lama saya tak update blog, bukan apa adik-adik abang sekalian, saya sekarang ada kat Selayang, menyambung kerje. Hehehe...

Last nak join tapi malangnya kaki buat hal pulak... sakit kaki aritu lah, dan minggu ni saya join balik sebab kaki dah alhamdulillah, elok sikit... tapi semalam, ada salah makan sikit kot.. sakit sikit. Huhuhuk...so.. memang kena jaga-jaga la makan sekarang ni... masih jaga makan tapi tak seteruk la..tapi tu la.. now, kena jaga benar-benar lah.. kalau tak.. mampus saya... huhuhu...

So, makan wajib dah makan kosong-kosong je la.. huhuhu...

Assalamualaikum wbt

P/s: tak ley makan banyak benda daa..

Friday, January 24, 2014

Jom Pergi Konsert Dato' Siti, Where The Heart Is!!!

Assalamualaikum WBT,

Baik, semalam saya komen kt IG kak Rozi (rozisangdewi), PA Dato' Siti Nurhaliza (ctdk). Saya komen lah,

"Kak, saya nak ticket free boleh untuk konsert Dato' Siti?"

Test market wehhh... fefeling orang penting lah kononnya kan... padahal tak tau lagi berlambak orang penting lain lagi kan... fefeling je.. tapi ni tak baca lagi hal sebenar fasal Konsert Dato' Siti tu... hahhaha.. 


Then komen lah kat IG anak DCT, Adib Khalid (adibkhalid), aah, yang handsome cam Dato' K tu... huahuahua.. handsome saya lagi kan? Dia putih je *teringat kata kawan kat kawan sorang lagi... hahahha.. kisah dedulu.. saya komen la kat IG Adib... by saying

"wow, can you get me a ticket for dct's concert? hihu..."

dah tu, kau rasa.. apa yang dia jawab, btw, saya sebenarnya tak expect pun dia jawab.. tehetapi!!!! dia jawab...

"Buy it for good cause. Funds raised is 100% for charity!"

Exclamation mark darling! kau rasa... okay...hahaha...

Then I search on the internet, Ahhhh..patutlah jawab mereka begitu... rupa-rupanya.. ia konsert amal eksklusif di Plenary Hall, KLCC. Patutlaaahhh.. jadi, nak cerita sikitlah fasal konsert ni.. jom!

Konsert Amal Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza "Where The Heart Is" yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Februari 2014 di Plenary Hall, KLCC adalah satu konsert pembuka 2014 untuk industri muzik Malaysia. Konsert ini seratus-peratus amal dan segala kutipan akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa dan konsert ini adalah hasil kerjasama Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza Production dan SimplySiti Sdn Bhd. 

Tiket bagi Konsert ‘Dato’ Siti Nurhaliza Live in Kuala Lumpur Convention Centre – Where The Heart Is’ adalah terhad dan boleh didapati pada harga RM 800, RM 518, RM 388, RM 238, RM 118 dan RM 88 secara online melalui www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari 2014. Untuk pembelian secara korporat, sila hubungi Cinta Shafiyana dari SimplySiti di talian 03-2163 8383.

Selain itu, ada tawaran istimewa ke atas pengguna barangan kosmetik SimplySIti di mana 100 pembeli yang pertama yang membeli barangan SimplySiti berjumlah RM150 ke atas di www.simplysiti.com.my sebelum 1 Februari 2014, akan mendapat tiket percuma ke Konsert ‘Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is’.

Kepada yang berminat untuk membeli ticket untuk konsert amal ini, bolehlah menghubungi nombor yang tertera atau pergi ke website yang diberikan diatas, okay? Ini tujuan amal, okay lah, sambil berhibur kita beramal. Iya lah kan, berhibur-berhibur jugak, tapi mereka yang kurang bernasib baik, janganlah dilupa kan? Tak gitu DCT?

Kalaulah saya nak beli pun, saya mungkin akan beli yang RM88 tu kot.. murah sikit, gitu.. Iya, orang selalu kata, 

"Dik, kita nak beramal ni, tak kisah berapa pun?"

Tapi ayat cam kisah je berapa nak bagi kan? Tetengok bagi RM1, kau rasa? kan!! hahahaha... takpe lah, niat DCT dan Yayasan Nurjiwa ni baik, jadi, takde hal lah, saya approved konsert ni *fefeling penting lagiii... adoyai...  hahahaha.. 

Okay, sapa nak beli, jom kita beli ticket ramai-ramai, kita meriahkan konsert DCT ni, dan tau konsep dia apa? Konsep dia, Putih Suci. Jadi kepada peminat-peminat yang nak hadir konsert ini, sila pakai baju putih okay? Ini bagi merealisasikan niat DCT. Iya la, putih kan warna kesucian, lagipun, warna putih ni ia menaikkan seri muka, reflection putih kat baju tu dapat memutihkan muka, walaupun kan! hahahaha.. okay lah, mencarutz banyak sangat ni, kang ada yang tak nak baca kang... kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak pegi ke tidak... hurrrmmmm...

Thursday, January 23, 2014

Dog Barks.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Sihat kan? Mesti sihat, alhamdulillah.. 

Siapa selalu suka tengok movie??? Okay, fine, saya suka, tapi takde la sampai pergi tengok ke pawagam kan? takde-takde. Haha... saya suka tengok movie, tapi movie yang hanya ada dalam laptop saya je lah. Sekarang, hari-hari saya tengok cerita Pitch Perfect. Iyaa.. hari-hari. Kadang-kadang tengok movie ni membolehkan kita lari dari dunia nyata seketika.

Iya lah, kadang-kadang, dunia nyata ni menyakitkan. Iya, ia memang menyakitkan. Iya lah, kadang-kadang dunia ni memang best, kadang-kadang ia menyakitkan, nak-nak kalau orang tak kenal kita kan? Hahaha...

Sabda Rasulullah, "Sesuatu amalan bergantung kepada niat". Kalau niat kita baik, baiklah jadinya, kalau niat tu jahat, jahatlah jadinya. Jadi!!! Jangan niat jahat okay? Niat mesti baik-baik okay? Hehehe...

Sesetengah orang, diluarnya nampak kuat, tapi dalamnya, Allah sahaja yang tahu. Apa yang penting, kita ni manusia, buat salah, buat baik, buat jahat, tak buat apa-apa. Jadi, kita ni kenalah pandai, dan kenalah pandai-pandai untuk diri kita sendiri, okay? 

Kadang-kadang movie dalam dunia ni mempunyai jalan cerita yang berbeza. Kadang-kadang ada yang dipandang hina, ada yang dikeji, ada yang dipuja, ada yang biasa-biasa je, ada yang bagai melukut di tepi gantang, keluar tak kurang, masuk tak menambah, hanya di situ sebagai pengisian kosong. Rugi kan? Tetapi jikalau hanya diingati sebagai sesuatu yang tidak baik, apakah bezanya dengan melukut di tepi gantang, kan? 

Kalau hidup saya dijadikan filem, mungkin cerita saya adalah cerita sesedih, gembira sikit, sakit hati sikit tapi a lot bitchiness... Hahaha.. but in my own way lah.. takkan nak tunjuk-tunjuk kan? Nanti ramai lak yang tak suka... gituuuhhh.. hahahha..

Dah lah, nanti bila saya dah 60 tahun, saya nak buat cerita sal diri sendiri je la, cam Dato' Siti Nurhaliza nak buat citer sal dia, hihu... Sekarang ni saya tengok cerita Hoorey! Hoorey!. Dalam cerita tu ada sebut sal satu ni,


"Jadilah seperti matahari, orang suka ke tidak, orang tetap perlukan matahari".

Dan ada satu lagi...

"Budak besar-besar ni kiut".

Sekian, terima kasih!! hahahaha

Betul tak? hahaha.. takde hal.

Assalamualaikum WBT

p/s: sorry entry agak bercelaru, sebab minda pun bercelaru, sorry.

Projek Mega Jambaterowong Kukup, Malaysia - Pulau Karimun, Indonesia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Saya, alhamdulillah, sihat. 

Tadi saya pergi ke pekan sekejap, then beli 3 jenis surat khabar ni, Sinar Harian Pahang, Kosmo dan Berita Harian. Selalunya saya hanya beli Sinar Harian dan Berita Harian, tetapi, hari ni, saya amat tertarik dengan tajuk besar yang dipaparkan oleh Kosmo
 
Melaka Dumai Bridge and Tunnel.
Tajuknya adalah Projek Jambatan, Terowong hubungkan Malaysia (Kukup) - Indonesia (Pulau Karimun). Untuk pengetahuan semua, pada Ogos 2009, satu cadangan untuk membangunkan satu jambatan dari Melaka - Dumai (Indonesia), namun, ia tidak dipersetujui oleh Presiden Indonesia Soeharto ketika itu dengan alasan pembinaan jambatan ini hanya menguntungkan rakyat Malaysia, (Sumber). Ada juga ura-ura untuk membangunkan semula, tetapi, Indonesia mengambil langkah tidak tergesa-gesa dengan idea tersebut. (Sumber). 



Hari ini, kerajaan sedia untuk membuat kajian menyeluruh mengenai cadangan sekumpulan pakar supaya dibina kombinasi jambatan dan terowong dasar laut bagi menghubungkan Kukup di Pontian dengan Pulau Karimun, Riau. Dianggarkan, projek ini akan menelan belanja RM15 billion. 

Kementerian Kerja Raya Malaysia mengambil contoh Tokyo Bay Aqualine yang menghubungkan Kisarazu City dan Kawasaki di Jepun sepanjang 15 kilometer telah dibuka pada Disember 1997 untuk RAKYAT Jepun. (Sumber, Sumber, Sumber. Sumber, ) 

Baik, ini komen saya pulak. Memang projek yang diperkatakan ini masih dalam tahap perbincangan, siasata kesesuaiannya, tetapi, adalah lebih elok RM15 billion tersebut digunakan untuk pembangunan Semenanjung Malaysia ke Sarawak/Sabah. Takpun, buat projek lain selain this projek, bukan apa, pada pemikiran saya yang hanya biasa-biasa ni, kenapa kita perlu buat projek mega seperti ini sedangkan banyak lagi dalam negara kita sendiri yang memerlukan pembangunan. Dengan RM15 billion, banyak perkara yang boleh kita lakukan. Iya, memang duit ini duit pemaju yang dari China tu, tetapi, kenapa perlu projek begini? Projek ini mungkin boleh di ambil kira (Click Sini)

Professor Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Alias Abdullah berkata, perlaksanaan projek ini perlu dilihat dari pelbagai sudut dan salah satu daripadanya adalah keuntungan faedah kepada Malaysia. Sebab apa, kalau rugi, buat apa keluar banyak belanja, ye dak? 

Pelbagai contoh dan projek-projek mega dunia yang dijadikan rujukan kepada projek ini, seperti:


Channel Tunnel menghubungkan United Kingdom dengan Perancis, Seikan Tunnel menghubungkan Honshu dengan Hokkaido (Jepun), Vardo Tunnel menghubungkan Pulau Vardoya dengan tanah besar dan Sydney Harbour Tunnel menghubungkan dua expressway (Waringgah dan Cahill Expressway) di Australia dan ia dimaksimumkan sebagai pengelak kesesakkan lalu lintas Sydney Harbour Bridge. Ini adalah contoh-contoh terowong bawah tanah(laut) yang sudah siap dan dimaksimumkan penggunaannya. Rata-rata projek ini mengambil masa 10 tahun dan keatas untuk membinanya. Tetapi ia bergantung kepada sumber kewangan dan jarak sesuatu projek. Seperti Vardo Tunnel, Norway, ia hanya memakan masa lebih kurang 4 tahun sahaja.

Tetapi, rata-rata projek mega ini adalah untuk penduduk negara tersebut. Jadi, what I could I say? Melainkan Channel Tunnel di England dan Perancis, di mana, mereka hanya menambahbaik secara hebat apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Channel Tunnel sebenarnya telah diilhamkan oleh Albert Mathieu, seorang pelombong Perancis pada tahun 1802 dengan tujuan untuk memudahkan import dan export kedua-dua negara. Apa-apa pun, banyakkan membaca je la kalau bab-bab macamni kan? hihu...

Apa-apa pun, kalau nak buat jugak, fikir lah dalam-dalam sebelum membuatnya, sebab apa, banyak masalah nanti, takut ekonomi tak elok, projek terbengkalai, nama negara busuk dan macam-macam lagi. Kajian ekosistem kena dilakukan secara menyeluruh dan terperinci, kos kerja, macam-macam lagi. Please, jangan buat keputusan yang terburu-buru okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: projek mega, duit mega, kesan?

Wednesday, January 22, 2014

Cute Chicken Around The World.

Assalamualaikum WBT,

Hahaha.. iya.. call me crazy tapi I am now really obsessed with chicken. Baik! tadi kekononnya nak mencari la facts fasal chicken, nak tau tak, ayam ni bukan setakat ayam serama, ayam kampung, ayam daging, ayam api, tapi kat dalam seluruh dunia ni, ada ayam-ayam lain tau. Iyaaaa....

Dan, bentuk dan bulu ayam-ayam tersebut adalah berbeza-beza. Ayam di Jepun dan China adalah berbeza dengan ayam di tempat yang panas. Nak tengok ayam-ayam ni? Saya bagi sedikit gambar.. yup.
 
Orpington Chicken
Leghorn Frizzle Chicken
Phoenix Chicken
Blue Cochin Chicken
Coq Orpington Fauve
Australorp Chicken
Mesti ada yang diantara kita fikir, 

"ala... ayam je kan".

Hahahha.. tapi tu lah... comel kan ayam-ayam ni. Saya suka yang gebu-gebu tu.. gemok je... cute sangat!!! comel!!! tu la ayam seluruh dunia, ni baru sikit, tapi memang banyak lagi ayam-ayam ni. HUahuahua...

Nak tau jenis ayam.. click sini. Chicken Around The World. Macam-macam jenis lagi sebenarnya!!! memang macam-macam, nak tengok click je situ... hahahha..

Assalamualaikum WBT

p/s: payah lah.. susah nak masuk Malaysia ni kot... hihu...

Cerita Fasal Ayam.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di malam ni? Mesti ada yang masih di dalam jam kan? Or ada yang sudah sampai rumah dan berehat-rehat. Well, I know. I've been there. *katanya!!! hahahaha.. 
Apa-apa pun, hari ni saya takde apa sangat yang dibuat secara hebat. Maksudnya, nothing great happened to me today, cuma!!! saya nak kongsi berita ni, well, you all know kan, saya ada pelihara ayam. Ada 4 ibu ayam yang saya miliki dan all of these hens sebenarnya dah bertelur dan dua daripadanya telah mengeramkan telur mereka. Nak dijadikan cerita, a few days back, menetaslah dua biji telur dan ibu A yang mengeramkan telur tu. Then, ada pulak ibu B ni yang juga mengeramkan telurnya tetapi tidak menjadi but then she keep mengeramlah. Nak dijadikan cerita, menetaslah sebijik telur dibawah perut ibu B. Ya Ampun, so sepatutnya ada tiga ekor anak ayam lah kan, tetapi, ibu B ni, claimed the anak, tiga-tiga anak ayam tu, then dia yang jaga. Tapi, ibu A ni, nak jaga jugak. Bayangkan.

Bayangkan, dua ibu ayam sama-sama jalan, g sana, g sini, jaga tiga ekor anak ayam!!! Bayangkanlah.. it was like, what the hell??? kan. I mean. Saya pun pening memikirkan kelakuan dorang ni. Jadi, ibu A ni bagus sikit dalam mengeramkan telur tu, so, this afternoon, saya letak telur lain bawah perut dia then dia eramkanlah telur tu dengan harapan dia akan dapat anak lain. In shaa Allah, telur tu elok lagi, it just need eraman je, then its okay kot. Tengoklah, kesian jugak dengan dia. 

And anak-anak ayam tu!!! Comel gila!!! wahahahaha.. and the best part is, ibu A and ibu B tak marah pun dekat saya. Saya siap boleh pegang-pegang lagi dorang berdua tu. Hahahaha.. gila nak patuk beta, beta lempang, terus mampus! hahahhaa.. tapi suka dorang berdua tu, ibu ayam kan, cute je. 

Then ada lagi dua ibu ayam C dan D yang masing-masing masih lagi bertelur dan tak tau sampai bila akan tidak bertelurnya. dan dekat 2 bulan lebih lah, hari-hari ada telur. Bayangkan kalau kami ni makan telur ayam kampung je, mungkin dah penuh kot 3 sarang telur ayam biasa tu. 4 ekor ayam, hari-hari bertelur for these past 2 and a half months. Ya Ampun... pening kepala.. hahahahaha..  seriously!!! dimana-mana ada telur ayam kat dapur tu. Yang besar, yang kecil, yang makan telur biawak pun ada! serioulsy!!! I was like.. what.

Seronok tau pelihara ayam ni. Di UK, ayam menjadi peneman some of the pensioners. Bukan apa, kalau ayam ni, kalau diorang gemok, memang seronok, cuma kalau kurus tu agak ups sikit, tapi okay je. Kalau korang tired or kucing, anjing, sugar glider, hamster, cuba bela ayam pulak. Seronok! hahahha.. 

Assalamualaikum WBT

p/s: mesti pelik kan baca?

Kubur, Al-Fatihah.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar, pagi tadi saya pergi ke satu majlis pengebumian seorang saudara dalam kampung ni. Alhamdulillah, sudah selamat, alhamdulillah. Amin.

Tadi sempat tangkap gambar di kubur tadi. Apa nak takut kan? Tempat kita jugak nanti. Hihu...
 

Ni kalau tak silap saya, kubur wan saya. Saje je tangkap gambar, takde niat pun nak tangkap entiti-entiti kejadahnya kan... takde2.. saya bukan pencari hantu, entiti, setan ke apa, cukuplah manusia yang berlakon dan act macam setan.

Assalamualaikum WBT

p/s: Entah, selalu cam takut.. tapi tadi rasa tenang je g kubur...hihu...

Tuesday, January 21, 2014

Lelaki dan Penjagaan Muka.

Assalamualaikum WBT,

Kalau cakap bab kecantikan dan penjagaan diri, sebenarnya, kalau nak diikutkan, memang ia dalam jajahan kaum wanita, tetapi, kaum lelaki sekarang ada yang telah membuka mata betapa pentingnya penjagaan diri. 

Baik, dalam Islam pun ada dihi-litekan fasal penjagaan diri. Jadi, kita kenalah ikut kan? Betul tak? Tak makan bawang putih or bawang besar merah juga adalah sebenarnya tips penjagaan diri, mengelakkan badan bau macam bawang. Perghh!! Kalau ada bau bawang ni, memang agak! uh! ugh! okay...

Produk untuk wanita, memang berlambak lanar kat pasaran dunia dan Malaysia kan? Tetapi, untuk lelaki agak kurang. Kalau cam saya ni, takde la nak sampai kulit putih mulus licin macam Erra Fazira. Kena fikir jugak, kalau muka je putih melepak, tangan hitam, tanned, nak buat apa kan? oh!! ada.. buat malu! 

Okay, saya pun ada jugak menggunakan produk penjagaan muka ni, saya dah lama menggunakan Clean & Clear. Ada lebih kurang 3-4 produk yang saya gunakan dalam line Clean&Clear ni. Ia amat berpadanan dengan kulit muka saya sebenarnya. Banyak jugak saya guna jenama-jenama lain, tapi malangnya, ia tak sesuai. Mula-mula ia okay, tapi lama-kelamaan, ia menjadi sensitif. Kulit saya tak dapat terima jenama lain. Mahal ke murah ke, memang tak boleh.

Baik, kalau untuk cleanser, saya guna 3 jenis produk ni,

Clean&Clear Daily Pore Cleanser (bertindak sebagai scrub)
Clean&Clear Deep Action Cleanser (pemutih)

Clean&Clear Essentials Foaming Facial Wash

Then untuk malam, saya guna,

Clean&Clear Essentials Moisturizer

Okay, sebenarnya, ni produk untuk wanita dan takde pun, Clean&Clear untuk lelaki. Haha.. tapi what the hell, kalau ia elok untuk muka saya, apa salahnya kan? Betul tak? lagipun ia memang selesa. Heheh.. 

Dan malam semalam, saya ada buat DIY Facial... saya masak air panas, then letak dalam baldi then letak muka dalam baldi tu then tutup dengan tuala. Jangan lelama, takut lemas. Jadi, sekejap-sekejap je okay? Jangan lama-lama sangat. Panas lak tu... hahahahaha... iyaa woo.. memang panas, tapi segar weh, segar. Ini trick kawan aku, Belle, then after panas tu, pori-pori terbuka, then korang nak buang blackhead memang senang. Sebab ia dah longgar kan? Betul tak?

Tapi ini kerja dua orang sebenarnya, ia memang seronok dan best. Rasa segar sangat, nak-nak after korang buang blackhead tu, korang boleh sapu masker ke, sebab muka dah agak sakit kan time tu, then sejukkan dengan masker. Memang best! seperti mana yang saya buat. Seronok. Hehehe.. best. Love it.

Kalau korang nak cuba, apa salahnya, cuba lah, tapi hati-hati, air panas tu. Then.. yang hebatnya, kalau dah siap guna air panas tu untuk muka, tambah sedikit air, then letakkan kaki dalam tu. Segarrr!!! best tau. Segar sangat.. rasa cam, segar lah... best! lagipun rendam kaki dalam air panas ni memang best tau. Hehe...

Dah lah, ni nak buat sesuatu jap. Sapu moisturizer kat muka. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Hebat Iqram Dinzly berlakon jadi tentera dalam citer Astro tu.. hahaha...kasar suara.

 

Media Massa.

Assalamualaikum WBT,

Media. Tahu apa itu media? Media bermaksuda Medium. Kalau dalam bahasa Melayunya, medium tersebut adalah saluran,jalan. Media terbahagi kepada dua, elektronik dan bertulis. Media elektronik adalah seperti tv, radio, internet manakala media bertulis pula adalah seperti surat khabar, majalah, risalah. Itu adalah sebahagian daripada contoh.

Media telah menjadi satu elemen penting dalam kehidupan kita sejak bertahun-tahun lamanya. Sejak zaman dahulu lagi media menjadi satu perkara yang amat penting. Seperti di Malaysia, kita bermula dengan radio, kemudian tv (hitam putih), tv berwarna dan kemudian zaman internet. Dan it keep evolving menjadi sampai sekarang, di mana, berbagai-bagai jenis subset media ada sekarang. 

Jadi, itu dari segi sejarah dan teknikalnya dan dari segi kita sendiri pula sebagai pengamal media. Siapakah pengamal media? Baik, mungkin kita tidak sedar, sebenarnya, dengan adanya Facebook, Twitter, Instagram dan berbagai lagi social media yang lain, kita secara tidak langsung menjadi pengamal media. Apa itu tugas pengamal media? Pengamal media adalah mereka yang menggunakan media sebagai pengantara dan mengamalkannya. Seperti kita membuka Facebook. Kita ber-facebook lepas tu kita baca dan komen dan share. Semua itu adalah tugas-tugas pengamal media, tetapi etika atau tidak, itu perkara lain. Iya, untuk menjadi seorang pengamal media baharu yang beretika, kita sendiri kenalah mengambil inisiatif untuk mencari bukti bagi kesahihan sesuatu berita. Jikalau tidak, kita mungkin jatuh di dalam pengamal media yang tidak beretika.

Seperti mana kita sendiri semua maklum, ada di dalam teori komunikasi bahawa, segala maklumat yang ada disalurkan kepada kita menerusi kedua-dua media di dalam sesebuah negara adalah DITAPIS oleh kerajaan yang memerintah. Kerajaan adalah sebagai gatekeeper kepada salur maklumat umum. 

Jikalau boleh, jangan terus dipercaya akan sumber dari tv dan bertulis, ini kerana, banyak daripada sumber-sumber yang diusulkan adalah kadang-kadang berat sebelah. Saya bercakap mengenai berita-berita yang dipaparkan di dalam tv dan surat khabar. Kadang-kadang ia terlalu berat sebelah, jadi, kepada semua, pengamal media, blogger ataupun hanya orang biasa, memilih media telah menjadi satu perkara penting sejak dahulu lagi. Jadi, jangan takut untuk membaca dari sumber lain, kadang-kadang, ia membuatkan kita lebih berfikir.

Assalamualaikum WBT

p/s: Media terutama adalah Al-Quran, Hadith dan As-Sunnah.

Monday, January 20, 2014

Jom Jangan Bunuh Diri!!!

Assalamualaikum WBT,

Okay, hari ni alhamdulillah, dengan izin-Nya, kaki saya telah beransur pulih dan ubat doctor kerajaan menjadi sandaran. Terima kasih Allah. Nama ubat tersebut adalah Dicloran. Ubat penahan sakit ni, alhamdulillah.



Alhamdulillah dah agak baik tapi itu tidak bermaksud saya boleh makan bagai-bagai kan? Jadi, diet continues, bak kata Belle tadi, 

"dah 26 tahun makan ayam, sotong, kerang, udang, so, for 10 months berhenti lah sekejap. Lagipun, tak pupusnya kalau mu tak makan".

Sentap sangat kan? hahahhaa... kau belle, kalau berkata-kata kannnn... hahaha.. Iya lah.. saya berpantang jugak la ni... banyak gak benda yang saya tak makan dan tak tau nak makan apa. Bangun je pagi selalunya makan nasi lemak, telur dua biji and this morning, tadi makan apa je. tak tahu nak makan apa. Tadi sebelum dinner, makan dua keping roti. Makan lunch tadi, makan nasi dengan ikan je. huhuhu.. tak tahu da nak makan apa.

makan daging takut... takut memberikan kesan yang lebih mudarat. Tadi waktu sengang-sengang, tak tau nak buat apa, nak exercise tak boleh lagi, takde apa buat, makan epal hijau. Huhuhu..mak saya kata,

"Kalau setakat makan epal hijau time sakit, tak payah, benda tu kena consistent".

Sentap!!! Malu muko den omak eh... tapi iya la kan, tu la kadang-kadang mak masak sedap. Macam tadi, mak masak gulai lemak ikan senangin. Angin betul, nak makan banyak-banyak tak boleh sebab lemak sangat, so, makan ikan je lah. HIhu.. dan tadi mak buat ikan kerisi asam pedas. Kau rasa? memang termanggu kejap, tapi as usual, makan ikan jugak, amik bahagian isi je. hahaha.. gitu lah..

Hehehe.. tapi air memang saya minum banyak lah. Malam je minum air at least 3 liter. Kau rasa? Tak gemuk air beta, kencing tak yah cakap laaa.. memang sekejap sebentar nak terkencing... tapi perkumuhan itu bagus kan? hahaha... Clean je.

Takde hal lah, dedulu, masa memuda, kesihatan buat tak nampak je, tapi bila umur dah meningkat ni, kesihatan menjadi keutamaan lak. Berat badan memang kena turun la, nak tak nak. Kena, wajib! kalau tak nak mati awal. Eh... kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: memang kita tak tahu mati bila, tapi at least, cuba la elakkan 'bunuh diri' kan?

Kempen Jom Makan Cili.

Assalamualaikum WBT,

Beberapa hari ni saya banyak sikit membaca kan, then, saya ada baca tentang makanan-makanan yang baik-baik untuk diri kita sendiri.

Sebenarnya, banyak makanan-makanan yang baik untuk kita, madu, daging kambing, ikan salmon, sayuran hijau, semua ini adalah baik untuk kita. Tapi, saya ada jumpa satu ni yang memang bagus, nak tahu apa? Meh sini saya bagi tahu...

Vitamin C ni sebenarnya amat berguna untuk tubuh badan manusia. Baca je la kat internet, banyak. Hihuuuu... Dan sebenarnyaaa..  bukan dalam oranges je ada vitamin C, nak tahu dalam apa lagi ada vitamin C???

Okay.. dalam betik ada vitamin C dan bell peppers.. dalam cili padi yang kita makan tu pun ada vitamin C, sooo!!! lepas ni, mintak pedas-pedas tau, tapi jangan la sampai menyakitkan perut... kan? hihu.. kalau perut tak tahan, payah wehhh...

Assalamualaikum WBT

p/s: Kempen Jom Makan Cili.













Vitamin C is an essential nutrient required by the body for the development and maintenance of scar tissue, blood vessels, and cartilage. Vitamin C is also necessary for creating ATP, dopamine, peptide hormones, and tyrosine. As a powerful antioxidant, vitamin C helps lessen oxidative stress to the body and is thought to lower cancer risk.
Read more at http://www.healthaliciousness.com/articles/vitamin-C.php#PZMyxX6aJzMkOU5r.99
Vitamin C is an essential nutrient required by the body for the development and maintenance of scar tissue, blood vessels, and cartilage. Vitamin C is also necessary for creating ATP, dopamine, peptide hormones, and tyrosine. As a powerful antioxidant, vitamin C helps lessen oxidative stress to the body and is thought to lower cancer risk.
Read more at http://www.healthaliciousness.com/articles/vitam

Kecelaruan Jantina.

Assalamualaikum WBT,

Manusia biasalah kan buat kesalahan, tapi kalau kesalahan mengarut, so, mengarutlah kan? hahahah..

Jadi, hendak dijadikan cerita, saya pergi clinic, seperti dalam entry sebelum ni tadi.. so, ada benda nak ditunjukkan ni.


Hebatkan kesalahan dorang ni? hahahha.. apahal lak la.. padahal terpaku saya dihadapan dorang tu... huhuh.. lantak lah.. tapi ia sesuatu yang memang lawak. pening pun ada tengok misi tu tadi... hihu..

tapi apa-apa pun, saya okay je, takdelah saya nak marah-marah ke apa. I found it funny and takde hal lah... hahaha..

dah lah, kena kemas bilik ni,

Assalamualaikum WBT

p/s: "refreshing yet displeasing to the eyes".

Mencari penawar.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar di pagi Isnin yang hening ini. Hehee.. saya pergi klinik hari ni. Hihu... hal kaki tu kan? Hari ni baru boleh ke klinik kan baru bukan sebab hari2 lepas kan cuti...Thaipusam, Sabtu Ahad... so.. takde arah lah.. duduk rumah je dulu then hari ni baru pergi ke klinik. Hihu...

Apa keputusannya? Jangan tanya... sebab masih menunggu giliran. Hahaha 

Assalamualaikum wbt

P/s: mencari ubatan.

Sunday, January 19, 2014

MasterChef Malaysia All Stars - Michael Ang Tersingkir Bermaruah!

Assalamualaikum WBT,


Tadi sempat menonton MasterChef Malaysia All Stars kat Astro. Michael Ang terkeluar tapi apa yang paling penting, mesej yang disampaikan di akhir rancangan. Dia sebenarnya tak kisah pun terkeluar sebab memang niat dia nak sampai top 5 je, jadi niatnya terkabullah kan? Apa-apa pun Michael, tahniah sebab dapat top 5, bukan senang, ramai lagi yang mencuba terkubur di tengah jalan. *terkubur kau? hahaha.. tak,tak, tersingkir, terkeluar.

Baik, dia pun cakap, kita semua ni sebenarnya manusia biasa, takde taraf-taraf, selebriti, bukan selebriti, cuma kadang-kadang diri rasa nak diva kan? Jadi takde hal lah, hihu... tapi tu lah, dia pun cakap, yang membezakan kita adalah kepercayaan agama, other than that, we are humans, so, human we are. 

Betul apa yang dicakapkan Michael Ang tu sebenarnya, cuma tu la kadang-kadang kita terasa hebat, terasa diva, terasa ada pangkat, lama duduk di sesuatu tempat, kita merasakan kita adalah yang terhebat tapi padahal, kita semua manusia yang biasa. Manusia biasa yang kadang-kadang hanyalah manusia, hamba kecil. 

Saya pun akui, kadang-kadang saya pun ada juga sifat kekonon diva melampau, tapi dengan kucing je lah.. hahahha. takde-takde, sifat ni sebenarnya boleh dipupuk untuk menjadi baik, cuma ia makan masa, kadang-kadang ia tidak sebaik orang lain sangka, tapi kadang-kadang ia sebaik sangkaan orang lain. 

Kadang-kadang, ada orang kata, "I'm being myself and I think no one could stop me for doing that". Well, guess what? Memang boleh tapi considering other people, kita hidup bermasyarakat, tak kisahlah kalau masyarakat tak kisah, tapi kalau masyarakat kisah? Tu agak pening lah nak explain, everyone is involve in everything. Tapi apa-apa pun, its very complicated, very complicated to explain, furthermore, it all about feeling right? Feeling is subjective. But whatever it is, we need to really think about ourselves too, kadang-kadang, kita ada je buat salah, tapi hakikatnya, diri sendiri tak nak mengaku. Kau rasa? huhuhu...

Iya la kan, kadang-kadang kita rasa dijudge, tapi hakikatnya, kita sendiri judge orang lain. Camne?

Assalamualaikum WBT

p/s: trying to re-live the goodness in me. hihu...

Health : Varicose Veins atau Urat Bersimpul

Assalamualaikum WBT,

Setelah melakukan sedikit research, saya terjumpa satu lagi penyakit yang mungkin relevant dengan apa yang alami sekarang.


Varicose Veins atau lebih mesra dipanggil dengan nama Urat Kaki Bersimpul. Simpul apa? Simpul bunga kot or simpul selimpat. Entah, saya pun tak tahu, tapi apa yang saya dapat dari pembacaan, varicose veins ni memang menyakitkan. 

Varicose veins ni memang berlainan dari gout. Gout menyerang sendi-sendi tetapi tidak dengan varicose veins atau urat bersimpul, ia lebih kepada kepincangan terhadap urat-urat. Ia berlaku apabila kaki tidak mendapat oksigen dan ia tidak ada kaitan dengan makanan.

Mereka yang mendapat varicose veins mempunyai urat kaki yang berselirat dan ia seolah-olah membengkak dan ia jelas nampak pada luarnya. Ia seolah-olah kaki itu di-flex-kan tetapi ia tidak. Ada dua jenis varicose veins, iaitu, blue veins (urat biru) dan spider veins (urat labah-labah). Urat biru adalah apabila sakit itu ada, urat yang keluar seolah-olah kebiru-biruan dan ia kesan daripada pembengkakan dan urat labah-labah pula, ada keseliratan urat tersebut membentuk seolah-olah labah-labah. 

Ia agak berbahaya sebenarnya, tetapi tidak ada lagi kes kematian yang dicatatkan di dunia berkenaan dengan Varicose Veins tapi kena berhati-hati lah juga kan. Mengikut Harian Metro, terdapat 4 sebab kenapa varicose veins ini terjadi, keturunan, kehamilan, berat badan dan pekerjaan. 

Jadi, I really need to go to the clinic tomorrow and have a blood test, whatever it is, I need to perform that. Really! yup. I have too, kalau tak I takkan tahu apa yang ada dalam badan I ni kan... 

Sumber :


Itu je lah dulu.. anything saya update lagi eh..

Assalamualaikum WBT

p/s: Jadi doctor dah saya ni.. hahahha

Semua fasal GOUT. Mari Baca.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua di tengahari Ahad yang sungguh... urmm.. hangat ini. Panas wooo.. semalam, malam semalam, sejuk yang amat, tapi tengahari ni, panas. Ini semua salah manusia, pembangunan tanpa perancangan serta segala lagi perkara yang dibuat tanpa memikirkan kesan di masa akan datang. 

Okay, sekarang saya nak tulis fasal GOUT. Saya takde la dapat confirmation about me menghidap gout tetapi this is actually for light reading. Bukan, apa, penyakit ni sebenarnya memang ada dalam setiap badan manusia, sebab apa? Nanti saya ceritakan, ini adalah selepas beberapa pembacaan yang saya lakukan dengan thoroughly. 



Ikutkan Wikipedia, gout adalah, 
Gout is a type of arthritis. It occurs when uric acid builds up in blood and causes inflammation in the joints. Acute gout is a painful condition that often affects only one joint; Chronic gout is repeated episodes of pain and inflammation. More than one joint may be affected.
 Gout ni adalah salah satu daripada sakit sendi. Ia terjadi apabila asid uric yang terkumpul di dalam pembuluh darah dan ia menyebabkan kebengkakan *tak tau apa nak guna... hahahha... di sendi. Tapi memang sakit woooo... memang sakit. Saya memang betul-betul berharap apa yang terjadi kepada saya bukanlah gout, kalau gout, memang menyakitkan hati. I have to berpantang makan, almost everything saya tak boleh nak makan wooo.. memang tak best langsung!!!

Okay... after reading lots of websites dan sebenarnya, saya kepeningan. Adduuuhhh.. baik, saya bagi links untuk further readings.


Pada zaman dahulu, penyakit gout ni diberi nama sebagai "penyakit orang kaya", "penyakit Raja". I just do not know why. Hahaha... Okay, penyakit gout bukanlah satu penyakit yang boleh membawa maut kot, tak pernah lak saya dengar orang mati sebab gout tapi who knows kan, no one knows. 

Then saya cari lak makanan or jenis-jenis makanan yang penghidap gout tak boleh makan. Ya Allah, terasa cam nak menjerit je... huhuhu.. 


Sotong
Ketam
Kerang
Udang
Asparagus
Alkohol (saya tak minum.. gila?)
Pengambilan daging berlebihan
Pengambilan ayam berlebihan
Hati
Organ
Sardin
Kupang
Ikan Bilis
Herring
Ikan (selected)
Cendawan
Peas
Beans
Bunga Kobis
Bayam
Kacang Kuda

OMG!!! see? sakit hati kan? 

Tapi apa-apa pun, kita kena minum banyak air untuk mengelakkan penyakit mendatang, Who knows kan? Jadi, banyakkan minum air. Air masak ye bukan air gas *salah satu daripada benda tak ley makan...  dan kita juga perlu perbanyakkan pengambilan Vitamin C. Okay, dalam websites orang putih, takdelah saya nampak sal jeruk ke limau, lemon ke apa yang menyebabkan causes untuk gout tapi dalam website orang melayu ada. Saya keliru sikit. Sebab apa, omputih cakap, penyebab paling hebat yang menyumbangkan kepada gout adalah, kekurangan vitamin C dalam badan. Jadi!!! Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan kan? Mari saya tunjukkan buah-buahan yang banyak Vitamin C.


Red and Green Hot Chilli Peppers
Guava
Bell Peppers
Fresh Herbs
Dark Leafy Greens
Broccoli, Cauliflowers, Brussels Sprouts
Kiwi Fruits
Papayas
Oranges and Clementines (Tangerine)
Strawberries

So, itulah buah-buahan yang memang kaya dengan vitamin C... huhuhu... Jadi, katanya takley makan broccoli tapi katanya broccoli banyak vitamin C... camne tu???

Tapi itulah, boleh makan kot, cuma kena kurangkan, lebihkan makan buah-buahan seperti betik, strawberries, kiwi dan lain-lain, makan banyak green leafylah.. kan?

So, itulah dia, gout.

Assalamualaikum WBT

p/s : camne tu? kena pantang nihhh

KFC Vs Marry Brown?

Assalamualaikum wbt,

Saya kalau nak ikutkan, sebenarnya memang jarang makan fastfood selain KFC, sebab saya rasa KFC adalah antara fastfood yang memang sedap dan mengenyangkan.

And today, lepas beli songkok dan kopiah untuk anak sedara saya, dorang ajak makan kat Marry Brown. Saya sebenarnya memang jarang nak makan kat sini. Hahaa.. memang tak best pun tapi ada bubur dia la best, itu memang saya suka la but other than that..please. hahaha.. not criticising tapi hakikat. Palate masing-masing lain kan.. jadi fair enough la..

Dah la... okay.. kat Marry Brown Raub ni ada la lelaki unik yang bekerja dan nak taub sebab apa anak sedara aku suka g sini... hahaha sebab dorang nak menyaksikan lelaki unik ni berjalan.. bercakap... menjerit.. hahahahha.. now i know why.

Im not discriminating anyone but anak sedara aku suka tengok dorang... not my fault... hahaha..

Assalamualaikum wbt

P/s: i makan bubur je...

Saturday, January 18, 2014

Minum AIR banyak untuk elak penyakit!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar dan salam hujung minggu semua. Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah, apa-apa pun kita semua kena minum banyak air. Sekarang saya baru tahu kepada air amat penting bagi badan manusia. Kita kena minum banyak sebab, ia mampu menyingkirkan segala toksin-toksin dalam badan kita supaya kita menjadi sihat. Okay, sesetengah daripada kita kata,

"alaaa.. malas la minum air aje, kadang-kadang tak haus, camne nak minum air. berliter-liter lak tu kena minum, memang susah lah".

Pernah tengok orang chinese tak? Dorang daripada kecil diasuh supaya bawak air ke sekolah kan? Kecil-kecil botol air dah ditangan, kita? Takdenye... huhu.. itu yang sememangnya kita tahu kan? Tapi cuba tengok lak kat tempat keja, cuma botol air lebih cantik lah, tapi iya, tak semua bawak botol air ke tempat kerja or sekolah tapi kebanyakkannya bawak botol air kan? Itu adalah salah satu perkara yang kita sendiri boleh ambil, lagipun, benda baik bukan? Tak salah rasanya, sebab apa, ia keperluan kesihatan, kalau kita tak minum banyak air, banyak masalah kesihatan yang mungkin kita akan dapat. Kulit kering, bibir kering dan lain-lain lagi.

Baiklah, ada sebab jugak saya minum air banyak ni, saya ada banyak kalau ingin mengelakkan pelbagai penyakit, minum air masak banyak-banyak, jadi segala toksin dalam badan akan dibuang. hihu... camtulah.. suspect gout kan..kenalah minum banyak air.. tak nak makan ubat!!! tak nakkkk...

dah lah, saya ada terfikir nak post something yang agak berat untuk malam ni nanti, tapi tengok lah dulu camne, nak kena compose dulu.

Assalamualaikum WBT

p/s: pening dengan politik Malaysia. Pening.
 

Perihal MULUT dan OTAK.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Well, ni kalau update entry banyak-banyak ni, maksudnya, saya ada di rumah sekarang ni. hihu... jadi, disebabkan kaki kanan sakit, duduk rumah je lah, without doing anything. Please, saya ni jarang sakit, tapi kalau sesekali sakit, aduh, memang agak lama... huurrmmm.. tapi takpe, dah makan ubat dan agak berpantang dan saya semalam je, malam, saya minum 2 liter air. Untuk hari ni, in shaa Allah, saya akan minum 8 liter air. Iya...every 2 liter for 25 kilogram. Maksudnya, saya ni 100 kg la kan? oleh itu, pengurangan berat badan adalah amat diperlukan. Yup, diet saya? Air. Itu je yang paling murah dan boleh dilakukan. Minum air masak or mineral secara konsisten. Hehehe...

Takyah makan benda-benda lain macam segala produk yang ada dalam Malaysia dan dunia ni. Lagipun, kita tau bahan kimia yang ada dalam produk tu. Tak pernah pulak kita tengok dan baca bahan kimia yang ada dalam ubat tu kan kat kotaknya kan? Hihu...

Okay, lagi satu, nak cakap sikit fasal perihal mulut dan otak. Tahu tak mulut dan otak? Kalau mulut akan menjadi bangang apabila tidak berkawan dengan otak dan otak pulak akan jadi nothing jikalau tidak berkawan dengan mulut? Okay, contoh, kita beri ucapan di sesuatu tempat untuk satu majlis ke, tetiba, dengan kita rasa kita hebat sebab hanya kita kita RASA kita hebat, kita tersalah cakap. Macamne tu? Itu adalah mulut tanpa otak, tapi kalau otak tanpa mulut lak, senyap je lah. Kalau fikir je tanpa cakap, tak jadi juga kan?

Bukan apa, sebagai pemimpin, seseorang pemimpin kenalah menjaga tatasusila, perilaku, mulut, otak, perbelanjaan, dan macam-macam. Sebab apa? Kalau seseorang pemimpin terlalu menunjuk-nunjuk, maka, ramai yang akan berfikir macam-macam, tak payahlah saya sebut kat sini kan sebab kita semua tahu apa yang setiap orang akan fikirkan kalau melihat sesuatu perkara yang agak mencurigakan.

Iya lah, mesti kita akan tertanya-tanyakan? 

Seorang pengemis pakai kereta BMW. 

Kau rasa? Apa yang kita akan fikirkan? Macam-macam kan? Takpayah la saya sebut. kan? 

Baik, setiap manusia mampu untuk berfikir sebenarnya, kemampuan kita untuk berfikir adalah hebat sekali. Cuma kita je yang kadang-kadang agak sakit untuk berfikir. Dalam dunia yang penuh kepura-puraan ni, berfikirlah untuk mendapatkan kebenaran. Jangan hanya kita percaya kepada satu perkara sahaja, bukan apa, biar kita kecewa sedikit daripada kita kecewa dengan banyak kan? 

Okay lah, saya nak continue a few things yang I left dulu, okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: kaki dah kurang sikit sakitnya... salah urat kot...

Friday, January 17, 2014

Sakit GOUT ke???

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah, saya walaupun saya sakit tapi tetap alhamdulillah kan? Semua itu adalah kifarah bagi segala dosa saya. Itu yang saya belajar. Orang kata, kalau kita sakit, baru kita tahu di mana kedudukan agama kita. Maksudnya, sebagai Muslim, kesakitan adalah pembayaran dosa dan kita akan automatik mengenali Tuhan kita. Di situlah kita akan tahu sejauh mana hubungan kita dengan Allah SWT.

Okay, 3 days back, saya ada sakit kaki, but last night memang kaw-kaw punya sakit, sampai saya tak boleh nak tidur LANGSUNG!!! I was like, what happened to me and while I was in Kuala Lumpur, this morning, we went to a clinic, Klinik Rakyat kat PJ and the doctor gave me pain killer and ubat gout. Yup, I really hope that its not gout. Huhuhu.. Kalau gout, memang susah la saya nak makan banyak and memang susah lah saya nak merasa makanan. Huhuhu.. please.. huuurrrmmmmm...

Malam semalam, saya memang tak boleh nak tidur weehhh... kaki tu cam berdenyut-denyut. I really hope its not gout kalau ia gout memang letih la saya.. huhuhu.. I will not be able to eat lots of food. uuuhhhh... 

tapi itu lah, sekarang saya kena control makan, tak ley makan seafood, ayam berlebihan, meat berlebihan, sayur sesejuk (asparagus, kobis, timun dll), bayam dan macam-macam lagi dan paling hebat, tak ley makan sos sebab dalam sos tu ada cuka. huhu...cuka ada asid, so, the cuka berkumpul dan dihadam dengan elok, apa tah panggil asid urik kot.. tu lah yang menyebabkan segala sakit yang amat tuuuu.. tapi now I know la kot, I takley nak makan asam-asam dah... kena jaga betul-betul pemakanan kuuu... huuuuuuuuuuuuu...

dah la, nak rehat, dan sambung tidur sebab semalam LANGSUNG tak dapat tidur. so, good night.

Assalamualaikum WBT

p/s: Love u all.