Nuffnang Ads

Tuesday, February 25, 2014

Cara Membuat Mother Sauce Tomat.

Assalamualaikum WBT,

Tadi I had a small breakdown and I just kept thinking about things that I should not think, even though that breakdown was small but the impact was quite big. I had to calm myself down and really think thoroughly about things that I have a deep thought. 

Tu lah, minda penuh imaginasi kan? Sebab tu lah, then after that fierce thought, I pergi beli barang untuk buat spageti. Hamek!!! hahaha..at least it soothes me kan? takde la nak mencuka memanjang, gittuuuu... hahahha...

Dah, siap makan dah, tadi saya buat sauce tomato, tu kiranya mother sauce gak, hihu... one of the mother sauces. 

Saya beli 5 biji tomato yang memang ripe, then potong semua, cam dadu lah.
Then, amik dalam 3 biji tomato, blend kan ia. Biarkan sekejap.
Then, potong bawang besar dalam 2 biji (besar) (small dice), then bawang putih (minced) dalam 1 labu, okay lah, kalau tak suka banyak, then buat je la sikit. Hahaha...
Panaskan minyak masak dalam kuali/periuk, then dan panas, masukkan bawang putih then bawang besar. Biarkan sekejap, then masukkan tomato yang dah didadukan tu. Masak dalam 5-10 minit, sampai ia menjadi lembut, then masukkan the rest yang dah diblend tadi tu. Ha.. camtu lah. And the secret ingredients adalahhhhh... Italian herbs!!! Beli je dalam botol, ada. Then letakkan italian herbds ni dengan garam secukup rasa. Pastikan taste dan cam dah mereneh, ini option lah, beli Prego spageti paste Tradisional yang kecil je, yang cam RM6 tu je... then, masukkan sebelum semua masak. Ia membuatkan kuah kita tu lagi best! wahhhh... tunggu sekejap, then siap mother sauce kita. Wahahaha.. senang je wehh.. dalam 30 minutes paling lama, itu yang segera la, kalau cam nak makan sangat dah, tapi nak lagi best, reneh lelama, then baru blend, itu lagi best!! seriously!!!

Okay lah, itu je la, hihu... 

Assalamualaikum WBT

p/s: ni nak g makan lagi, maklumlah, makanan beta terhad sekarang ni, tak ley makan itu ini. kesian kan?

Monday, February 24, 2014

3 BE sekali. Gila!

Assalamualaikum WBT,

Panas-panas ni, apa kata kita beli air conditioner nak??? hahahaha.. mesti tertanya-tanya kan kenapa buat entry camni kan?

Baik, ni ada En Nuffie bagi kita BE, bukan 1, tapi 3 BE, so kenalah buat sesuatu, nanti kalau dorang bagi, boleh lah korang click kat BE saya eh? Hahaha... 

Kepada yang air conditioner tu, ini dia punya company. Air Cond. Syarikat dari Jepun yang sememangnya tersohor dan terkenal sejak dahulu lagi. Memang hebat syarikat nih, memang dipercayai, dorang pun ada nama dah, jadi, no hal lah kan kalau korang nak beli peralatan elektrik ke kan? Lagipun, dorang ada warranty. Senang lah.

Second, syarikat buku. Syarikat buku ni memang teramat popular, memang popular, semua orang tahu pun nama syarikat buku ni. Ini dia, Syarikat Buku. Gila tak popular, saya selalu je pergi kedai buku ni, lagipun, barangannya memurah, takkan nak biarkan saaja ia berlonggok di atas rak or almari tu kan? gila? no way gurl!! saya takkan biarkan! Ada satu masa tu, kedai buku ni buat sales.. rasa nak pecah kepala sebab harganya murah nak mampus!!! pening kepala. seyes!!

Last but not least, syarikat makanan segera. Makanan Segera. Saya jarang makan makanan segera ni, bukan apa, hehehe.. jenis memang tak minat makan burger, so camtu lah... hahahaha.. 

Jadi, jangan memalu nak click okay? give them support. Love.

Assalamualaikum WBT

p/s: camtu lahhh


Berjuang Untuk Kesihatan Sendiri.

Assalamualaikum WBT,

Bila kita sakit kan, baru kita tahu betapa besarnya nilai sesuatu kesihatan itu. Iya la, Allah sebenarnya dah cakap dalam Al-Quran, Ingat lima perkara sebelum datangnya lima. Salah satu daripadanya adalah nikmat kesihatan. Sihat sebelum sakit.

Jadi, iya, kita ni sebagai manusia sering terlupa akan nikmat sebenarnya. Nak-nak nikmat sihat. Kadang-kadang bukan apa, bila sakit baru ingat siapa pencipta kan?

Dipagi ini, *jarang bangun pagi tetapi semalam memang tak sihat sampai pakai stokin untuk tidur, menunjukkan betapa sejuknya saya, saya jap lagi nak pergi ke klinik, amik keputusan darah yang saya buat 2 weeks ago kot, kalau tak silap lah, itu pun kalau masih ada lagi, kalau takde, nak buat camne kan? hehehe.. biar je la, jaga je la makan, hehehe..

Sebenarnya, menjaga makan adalah salah satu perkara yang amatlah susah untuk dilakukan. Kenapa? Sebab dari boleh makan hampir semua kepada boleh makan hanya sedikit, memakan masa untuk adapt. Like me, saya tak boleh makan ikan bilis, sikit pun tak boleh, dalam kehidupan seharian kami, ikan bilis adalah satu elemen penting dalam masakan. Semalam, saya makan mee hoon goreng yang mak saya masak, terlupa, dalam masakan tersebut ada ikan bilis sebagai pes, Terus sakit kaki saya. Jadi, sekarang saya menjadi amat memilih bab makanan. Zaman makan saya sudah tamat, kini yang tinggal adalah zaman berjuang untuk kesihatan sendiri.

Namun, saya redha, nak buat camne. Itu sudah ketentuan-Nya. Aku terima Ya Allah.

Assalamualaikum WBT

p/s: sedih tapi nak buat camne.

Sunday, February 23, 2014

Gout menyerang diri. Lagi.

Assalamualaikum WBT,


Selalu kan, kalau makan, makan je takde fikir-fikir benda yang saya makan tu boleh makan ke tidak, tetapi since last January, saya terpaksa menjaga makan dah. Sebab? Gout menyerang diri ini. Huhuhuhu.. susah dan admit tetapi itulah yang sebenarnya terjadi. 

Selama ni saya sendiri cuba deny apa yang berlaku. Kononnya tak nak ada penyakit or tak nak akan ubat or entah, cuma tak nak orang tahu kot. Tapi, bila dah banyak kali tersalah makan, makan apa yang sepatutnya tidak boleh makan, makin menjadi lah sakitnya, jadi, officially, iya, saya ada sakit gout.

Orang kata, gout ni takde ubat, sampai mati katanya. Entah lah, saya pun tak tahu. Ia terjadi selepas saya makan makanan laut dengan hebatnya. Dan sejak daripada itu, terus, kaki saya sakit. Takde la sampai straight, on off on off camtu lah.

Like yesterday, saya makan sikit je sambal ikan bilis, terus! saraf dalam kaki ni cam terus membengkak dan amat sakit. Nak jalan pun terhencut-hencut. Sakitnya takyah cerita lah, kalau boleh menangis, dah lama meraungnya.

So, apa yang selalunya saya buat adalah, saya amat pain killers. Orang kata, kalau gout ni, pain killers tak jadi apa-apa, entah lah, saya boleh je, mungkin buat masa sekarang kot, nanti kalau lelama, entah lah. Tetiba ia tak menjadi kan? Tapi buat masa sekarang ni, saya amik pain killers, minum air bebanyak, makan betik dan pisang untuk pelawas (petua kawan). Jadi, in shaa Allah, menjadi la kot, tapi sebenarnya, ia tidak hilang, ia masih ada dan ia tidak hilang. 

Pada saya, yang paling hebat sekali untuk gout ni adalah ikan bilis, udang, sotong, kerang. Ini adalah elemen penyumbang sakit yang paling hebat, saya, after that day yang sakit nak mampus tu kan, udang, sotong, kerang saya memang tak makan dah, tetapi ikan bilis memang ada dalam menu harian untuk perasa setiap orang kan? Jadi ikan bilis adalah ajen yang paling hebat bagi saya dalam penyakit gout ni. Sakitnyaa.. wahhhh..makan sikit je terus sakit! wa cakap lu... entah apa ada dalam ikan bilis cenonet tu, saya pun tak tahu...

Jadi, sekarang ni saya kena memilih makan juga lah, protein yang selalu saya makan adalah ayam, ikan, telur, itu sahaja. Yang lain, nikmat makan sudah ditarik oleh Allah SWT. Hurrmmm... nak buat camne kan? Salah diri sendiri jugak, makan tak hengat dunia.

Dah la mengenang nasib diri, nak dicomparekan sakit saya ni, ramai lagi yang kronik, kan? apalah sangat. Cuma tu lah... hurrmmm..

Assalamualaikum WBT

p/s: sakit adalah ujian, ujian untuk dimelupakan-Nya.
p/s: Sesiapa ada cadangan untuk ubat or ada ahli keluarga ada sakit gout, sila comment kat bawah ni after baca, nak tahu juga camne dorang cope with this disease.

Wednesday, February 19, 2014

Erra Fazira sudah bercerai.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti sihat kan? Lama tak guna ayat ni.

Baik, sekali lagi industri hiburan tanahair digemparkan dengan kes penceraian primadona Malaysia, Ratu dunia lakonan, tidak lain tidak bukan, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik yang sebelum ini adalah isteri kepada Engku Emran.

Sebelum ini, Erra telah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim namun mereka sempat melayari bahtera perkahwinan selama tiga tahun, dan kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran pada tahun 2007 dan sempat melayari bahtera perkahwinan selama lebih kurang tujuh tahun. Engku Emran dan Erra Fazira dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya.

Saya doakan kebahagiaan kedua-dua individu ini, both Erra Fazira dan Engku Emran, kedua-duanya ada rupa dan sama cantik sama padan, mungkin benar, jodoh tiada. Mereka mungkin telah berusaha untuk mengekalkan perkahwinan mereka, tetapi apakan daya, jodoh sudah tiada. Siapa salah, siapa benar, itu bukan hak kita sebagai orang luar untuk mengesahkannya. Jadi, kepada yang sedang melayari bahtera perkahwinan, janganlah anda menidakkan ketentuan jodoh. 

Cuma saya kesal satu perkara je, dalam Sinar Harian ada dialog Erra mengatakan, "Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi". Baik, banyak perkara tersirat yang mampu dirungkai sebenarnya, tapi sebagai pemerhati mungkin kita cuba ungkai benda yang bukan dimaksudkan oleh Erra sendiri kan? Mungkin benar dia bercakap untuk dirinya kepada wartawan hiburan yang selama ini cuba mendapatkan isu sebenarnya, penjelasan sebenarnya, tapi dari segi sudut yang lain, kita semua maklum, *bagi mereka yang follow Erra lah, maklum dengan ada ura-ura yang Engku Emran berkahwin lain dan sebagainya. Tapi itu lah, mungkin dia membenarkan gossip tersebut atau dia hanya memikirkan kes perkahwinan tersebut sahaja kan?

Tapi seperti yang saya kata tadilah, mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Kepada Erra, awak kerja keras sangat kot, mungkin takde bahagi masa untuk family awak. Kalau lepas ni ada jodoh lain, cuba kurangkan aktiviti seni awak, kurangkan yer, bukan tamatkan. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Ayah saya kata "Apalah, kahwin, cerai, kahwin cerai, apa nak jadi".

Monday, February 17, 2014

Hanyalah Sekadar Update!

Assalamualaikum WBT,

Rasa cam malas je nak update blog, iya lah, saya ni bukanlah blogger sepenuh masa macam Abang Ben kan, tapi apa-apa pun, bayangkan kita letakan diri kita dalam diri dia. Dia berblog untuk menyara keluarga, ke event sana, ke event sini, dan tak boleh rasa malas untuk update.

Bayaaaangggkaaannnn... *mengelamun sekejap.

Kan? Cuba bayangkan, kalau cam KekNis, dia dulu blogger halftime, sebab dia dulu student dan model kan, even sekarang pun, tapi sekarang dah jadi sukutime sebab dia jadi pengacara,pelakon dan masa terhad untuk update blog, jadi itu bukan malas lah, itu takde masa kan?

Tapi nak comparekan dorang ni, they do what they love dan in the end of the day, they are creating their names and that is not easy. Building image and reputation in the short matter of time is not an easy task, plus in this world yang penuh dengan pancaroba dan orang bercakap sana sini sebab tak puas hati kan? Biasa.

Tadi tengok The Face UK, Naomi cakap,

"I would not be here, mentoring you girls if I listened those bullshits?, NO!"

So, tapi apa pun, bukanlah kita ignore terus, amik mana yang perlu je la kan? Kalau yang tak perlu tu, nak amik buat apa, bukan ada faedah pun. 

Okay, berbalik kepada isu malas update tadi tu, malas ni sebenarnya bukan apa, kalau malas menulis blog ni ia berasal dari idea. Takde idea menarik, takde cerita menarik, payah nak update. Kadang-kadang blogger ni jugak adalah sebagai forecaster kot, seeing things that people want to read and predict things yang people want to hear. Haaa.. camtulah, tapi takde la sampai buat cerita kan? hahahha...

Alhamdulillah, waktu sekarang sudah pukul 9.30 malam, dan udara terasa sungguh sejuk, mungkin nak hujan kot,  ada petanda hujan ni, kalau ada serangga yang berterbangan dalam rumah tu, maknanya nak hujan lah tu. Lagi satu, ada serangga yang bising tu.. hahahha.. itu memang tanda nak hujan, tapi entah lah, itu semua kuasa Allah kan? Hujan pun dalam kategori rezeki, hanya Allah yang tahu. Hujan juga membawa kepada kehidupan, kan?

Dah lah..nak menikmati udara sejuk.

Assalamualaikum WBT

p/s: hehehe


Kembali Ke Udara!!!

Assalamualaikum WBT,

Lama sungguh tak udara nihh!! lama sungguh, rindu rasanya... iya la rindu nak menaip dan menari-nari jemari di atas keyboard nih.. hahahha..

Baik, sebaik sahaja saya buka internet, banyak perkara positif yang berlaku, dan yang paling hebat adalah penghijrahan ramai artis kat Malaysia ni, dari 'bogel' kepada berhijab. Syukur alhamdulillah. Baguslah kan? At least, sedikit demi sedikit menjadi perkara kebiasaan, walaupun ia sudah biasa pun sejak dahulu lagi, tapi apa-apa pun, takde negative nak dicakapkan, syukur Alhamdulillah. Semoga ramai yang mengikut perkara yang sungguh indah dan baik ini. Amin.

Then, terbaca lak teguran terbuka seorang memang top chef kat Malaysia dan namanya setaraf dengan Chef-chef dunia yang lain, beliau adalah Chef Wan. Beliau menegur satu rancangan masakan yang dikendalikan oleh seorang chef muda, katanya pengalaman perlu dikutip dahulu sebelum membuat rancangan, menulis buku dan lain-lain. Well, ada betulnya, dan yang paling hebat, set yang digunakan oleh chef muda tersebut memang hauk weh!!! pelamin belakangnya, pergh, mencocok mata sangat!! kalau berlatar belakangkan pokok-pokok pun dah cantik, ini tidak. Pergh! sangat! Tapi mintak-mintak lah chef muda tu tidak mudah melenting, tetapi ambil teguran terbuka tersebut dengan hati yang terbuka, bukan senang nak kena tegur dengan Top Chef wehh.. at least ada yang tegur daripada yang nampak awak hanyut tetapi hanya sekadar melihat, at least Top Chef ni bagi awak kayu supaya awak bertaut kan? Tak gitu?

Okay lah, saya baru balik ni dari Selayang, duduk-duduk rumah then ada job baru pergi balik, hihu...  

Assalamualaikum WBT

p/s: panas kan sekarang ni... terbakar sana sini.. huhu..

Wednesday, February 12, 2014

Segmen Baru di Era FM!!!

Assalamualaikum WBT,

Salam Panas 1 Malaysia!!

Wahh... cam catchy lah kan... hihu, takde lah, aritu kan Salam Fefeling Sejuk 1 Malaysia, lepas hilang salam tu, now ada salam baru, Salam Panas 1 Malaysia. Nasib kita baik, tak jadi macam nun kat Australia yang panas melampau sampai terbakar hutan, bahaya tau!!!

http://www.era.fm/

Okay, saya ada cadangan ni untuk satu stesen radio swasta yang hebat, maybe untuk meningkatkan rating dorang, seperti mana yang kita semua tahu, radio Matahari *alih nama, ada satu rancangan hebat tiap malam yang mendayu-dayu, berkaitan dengan cinta, sayang, kasih sayang, peluk-peluk dan sewaktu dengannya lah. Kalau saya, maaflah, saya suka dengar lagunya je, sebab lagu dalam segmen tu tangkap leleh, tapi cara percakapan? Mintak maaf banyak-banyak, rasa cam nak cair taik telinga saya. Kejam, well, itu pendapat saya.

Okay!!! ini my cadangan, saya nak propose ni kat Era.FM, saya dulu sebenarnya peminat Era.Fm tapi bila dah lelama, ada banyak stesen radio baru, saya rasa cam nak mengikut peredaran masa, jadi!!! ini adalah cadangan saya, saya cadangan supaya Era mengadakan satu segmen pendek untuk pendengar, dengan tahu Era Cinta, dengan tagline Adakah Cinta di Hatimu? then, penyampainya, WAJIBLAH Mak Jemah!! saya tak nak orang lain, sebab bayangkan pemanggil buat panggilan dan confess percintaan kepada subjek lain lah, then Kau Rasa apa yang Mak Jemah akan jawab? Mesti kelakar kan? Pedulik!!!! hahahaha.. ini bukan ciplak, mungkin nama sama tapi storyline yang berbeza. Sejam dah lah, 2-3 pemanggil je kan? Then Mak Jemah boleh komen sal percintaan tu. Lagi Kau Rasa, sedih? Gembira? entah.. janji pendengar rasa gembira. hahahha..

Memalam pun okay or pepetang pon boleh untuk segmen ni, jangan la memalam sangat, takut orang tak tidur nanti, alih-alih bukan stesen lain, kan?

Okay, kepada Era.FM, kalau nak keudarakan segmen ni, sila bagitu saya, saya nak sangat dengar!!! hahahhaa.. tak sebut nama saya pun tak kisah... janji segmen ni meletop!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: publisiti? Tak kisah, cuma saya nak dengar benda yang mampu menggembirakan hati je lah... hahahah

Tuesday, February 11, 2014

Sayangi Ibu Bapa Anda.

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya tonton GLEE season 5 and that episode fasal 'The Quarterback', episode khas untuk Cory Monteith aka Finn Hudson yang juga karakter utama dalam GLEE.

Dalam episode tersebut, sememangnya ia berkisar tentang kesedihan yang melanda para pelakon dan juga crew di mana mereka menyanyikan lagu yang berkisar tentang bagaimana mereka ingin Fin diingati sampai bila-bila, dan mereka memilih untuk menyanyikan perasaan mereka.

Easy right?

Tapi ada satu scene ni, Finn's mum, Burt Hummel and also Kurt, dorang berkemas untuk memilih barangan yang ada untuk disimpan atau dibuang dan juga untuk diderma. Dan at the end of that particular scene, Finn's mum mengucapkan satu perasaan yang sungguh berat. Sungguh berat.

"Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana perasaan seorang ibu yang kehilangan anak. Apabila mereka bangun pagi, mereka sedar yang mereka sudah kehilangan anak mereka dan mereka cuba untuk melupakan, tetapi mereka tetap akan teringat kembali kisah tersebut. Saya juga terfikir, bagaimana mereka bernafas? Sebab apa yang saya sendiri rasakan sekarang, adalah, sukar untuk bernafas.".

Bagaimana saya dapat relate dengan perkara ini? Sebab my older brother passed away when he was 24 year old. Muda kan? Masa tu saya baru tingkatan 1, 2001. Masa tu, ada terfikir fasal mak saya. I know, it was very very hard for her, tapi semakin kita tua, semakin saya tua, semakin umur saya meningkat, saya tahu apa yang emak saya rasakan.

Ada satu masa, masa baru-baru abang saya meninggal, my mum menoreh getah dan batang-batang getah, daun-daun getah, burung-burung dalam kebun getah menjadi saksi betapa luluh dan hancurnya hati seorang ibu tatkala menangis pemergian anaknya. Anak yang dikandung selama 9 bulan dan sakit selama lebih 40 hari, berulang-alik ke Hospital Besar Kuala Lumpur, kerana anak sakit kaki, sampai tak boleh berjalan pergi dahulu sebelumnya. Alangkah luluhnya hatinya bukan?

Entah lah, saya mungkin tidak dapat menyelami hati mak saya sendiri, tetapi, jikalau diizinkan Allah, hidupkanlah mereka lebih lama, lebih lama dari saya pun takpe. Jasa mereka, jasa kedua ibu bapa memang tiada tandingannya.

Lately, perasaan saya sungguh sensitive, I really do not know why, but I really cannot lose them. really. NO! I can't! please! Don't take them away from me, please! I know, no one wants they parents to be taken away from them kan, but please. Let my heart be strong first to be facing something like this. Please Allah, please.

Saya sering berkata, 

"Saya tak kisah Najib, saya tak kisah Anwar Ibrahim, saya tak kisah berapa ramai guru dalam dunia ni, saya tak kisah berapa ramai fashion designers dalam dunia ni, saya tak kisah berapa ramai penyanyi dalam dunia ni, saya tak kisah berapa ramai tukang masak dalam dunia ni, saya tak kisah berapa banyak duit dalam dunia ni, sebab my parents are the best PM, the best oppositions, the best teachers, the best fashion critics, the best singers, the best cooks, the best bank ever!"

Assalamualaikum WBT,

p/s: I am a little bit sensitive now. Sorry.

I am sorry. So sorry.

Assalamualaikum WBT,

Kadang-kadangkan ada banyak perkara yang membuatkan saya sendiri terfikir.

"Jikalau saya boleh bercakap dengan seseorang, siapakah yang saya ingin berborak?"

Baiklah, sejujurnya, diri kita tidaklah sesempurna yang kita rasakan, tetapi once kita learned how to accept things and learned how world is moving and learned how people are being people, kita tend to feel something. Yup, sesuatu yang kita sendiri akan rasa.


Berbalik kepada 'siapa' itu tadi, jikalau lah saya boleh bercakap dengan seseorang pada masa lampau, I wish to talk to the old me, I want to let him know what has happened in these 4-5 years. How things were difficult and how things are not going to his plan. Saya nak bagi tahu dia, supaya dia berjalan di jalan yang betul, jangan menyimpang, jalan lurus je. Belok hanya sekali dua supaya dia mengingati apa yang telah berlaku supaya ia menjadi pengajaran kepada dirinya sendiri.

Saya juga akan beritahu dia, jaga tingkah laku dia sebab ia akan mencerminkan apa yang awak ingin paparkan kepada umum. Saya akan beritahu dia, supaya jangan boros, jangan sesuka hati berbelanja, simpan duit, jangan boros. 

Saya juga akan beritahu dia, jangan menyusahkan kawan sendiri, sebab kadang-kadang mulut adalah lebih hebat dari mata pedang. Iya lah, kadang-kadang tak semua orang boleh menerima apa yang kita katakan kan?

Saya juga akan beritahu dia, jaga mulut, jaga tingkahlaku, jaga hati, jaga nafsu. Saya akan beritahu dia, belajar elok-elok, belajar dengan penuh dedikasi supaya tiap semester dapat dean's list, make your parents and family proud. At least you have to try your hardest. Kan?

Saya juga akan beritahu dia, jaga relationships dengan lecturers, setiap lecturers dalam universiti dan fakulti dan jikalau mereka tegur, amiklah teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Kalau mereka bergurau dengan awak, awak kena hormat mereka, kalau mereka bercakap benda yang bukan-bukan, redha kan sahaja sebab itu perasaan mereka. Awak kena maafkan mereka sebab mereka adalah insan yang mendidik kamu.

Jikalau saya boleh bercakap dengan seseorang, saya akan bercakap dengan diri saya yang telah lepas, saya akan beritahu dia, cuba menjadi insan yang baik, insan yang diterima oleh orang ramai, jangan sombong, jangan sombong dan jangan sombong. It is not the nicest thing ever, jadi jangan sombong sebab orang sombong akan selalu dipandang serong walaupun hati baik. Sebab orang akan feast their eyes first before eating the cake kan?

Saya juga akan beritahu dia, buat baik dengan setiap rakan-rakan yang ada dalam kelas anda. Jangan downgraded orang lain, sebab kita semua sama, yang membezakan kita hanyalah usaha. Ingat tu?

Kalau lah saya boleh lakukan apa yang saya inginkan diatas, sudah tentu ia tidak menjadi macamtu kan belle?

Assalamualaikum WBT

p/s: Maafkan saya the future Akmal Razlan, saya tak mampu bekalkan apa yang terbaik untuk anda.

Monday, February 10, 2014

Jangan gaduh-gaduh sebab bola sepak boleh???

Assalamualaikum WBT,


Sekarang ni kan... kemain lagi hal fasal bola diperkatakan di sana sini. Agaknya dorang ni tak malu ke ha? Baik, terbaru, TMJ ada masalah dengan seorang pemain T-Team. Ya Allah, apahal lah? Ni nak main bola ke nak bertinju?

Saya pun cam, kenapa jadi camni? these past years, bola sepak kita, bola sepak Malaysia tak famous langsung, kalau kat stadium tu, berapa kerat je ada, fine. Time tu takde sangat yang kononnya nak amik berat fasal bola Malaysia, sebab hampir kesemua hadap Menyu, Arsenal, Liverpool dan lain-lain. 

Okay fine, kita semua tahu lah kan Kelantan antara pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi, dalam diri pemain mahupun penyokong, tetapi, sekarang nih, semua negeri mempunyai semangat kenegerian yang melampau-lampu sehinggakan ada yang sanggup menghina asal-usul penyokong negeri lain. Ya Allah, dek kerana bola kita bertelagah? Apa hal? Cuba cakap apa hal? 

Kadang-kadang kesian je tengok, ramai penyokong bola sepak ni dalam kalangan orang Melayu kita yang bersaudara, tetapi bila jadi camni, kesian lak. Kita bertelagah sendiri sebab apa? Sebab kalah bola? Menang bola? 

Iyaa.. semangat kenegerian memang tinggi yang ada dalam setiap penyokong, tapi agak-agak lah, kawal diri sendiri, malu ke orang lain. Okay?

Dah, muhasabah diri kita sendiri okay? Saya tengok surat khabar, baca online websites, berita tv, malu rasanya. huhu..

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya minat gak bola, tapi berpada, saya lebih suka badminton.

Kontroversi Video Teresa Kok dan Sembang Rakyat Tentang Hudud!

Assalamualaikum WBT,

Saya selalu cakap kat diri saya sendiri, jangan mengada sangat update fasal politik sebab nanti orang cop blog politik, blog macai, blog pembangkang lah, uhhhh.. tak nak!!! tapi saya nak update juga sal dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai sifat yang sama yang menjurus kepada penghinaan.


Baik, siapa pernah tengok dua video ini, Sembang Rakyat Tentang Hudud dan Onederful Malaysia CNY 2014? Kalau siapa yang pernah tengk Onderful Malaysia CNY tu bagus, cuba tengok pulak Sembang Rakyat Tentang Hudud tu, bukan apa, Teresa Kok menghina Melayu tetapi kalau dalam video SRTH tu, ia menghina Islam.

Rasanya, video-video ini masih ada berlegar di dalam youtube, saya pulak lupa nak save aritu, masa saya tengok tu, kalau tak boleh saya postkan kat sini, kan?

Ada beberapa NGO membuat laporan mengenai SRTH ni, tetapi ia tidak sebanyak laporan yang dibuat terhadap Teresa Kok, mungkin pendekatan yang berbeza diambil oleh penghasilan video SRTH tu, sebab SRTH ia lebih kepada sifat dalang, ia menggunakan pelakon tanpa ada kehadiran Ahli Parlimen atau orang kenamaan, tetapi ia berbeza pulak dengan Teresa Kok yang sendiri melakonkan watak di dalam video tersebut. Jadi, mungkin disadvantage terletak kepada Teresa Kok.

Baik, kepada yang masih belum tengok, sila la tengok, dan analisis kedua-dua video ini dan cubalah berfikir secara mendalam sebelum membuat laporan polis, kalau boleh, nak buat laporan polis tu, buat sekali dengan penerbitan video SRTH tu, sebab laporan sal tu sikit sangat, tak mendalamkan air langsung! okay?

Assalamualaikum WBT


p/s: nak tidur lak..

Tuesday, February 4, 2014

Perkhidmatan Bas Dari Raub ke Cameron Highlands!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? saya baru le lunch, hehehe.. terbiasa, okay je, makan sekali sehari, okay lah, dapat kuruskan badan. hehehe.. tapi kena makan sayuran dan protein, tak boleh makan buah je kan? hihu... 

Baik, ni nak khabarkan sikit, kami kat Raub ni, ada perkhidmatan bas ke Cameron Highland!! Yeay!! walaupun tripnya hanya satu sahaja sehari, tetapi ia tetap memberikan sinar harapan kepada mereka yang ingin fefeling tourist! hahahaha.. macam saya.

Saya sebenarnya bukan tak nak naik kereta ke, cuma iya lah, kalau nak fefeling tourist tu, kenalah ikut touristkan, tahan-tahan motor or kereta nak naik ke atas nun kan? kekononnya. hahahha.. padahal kat Cameron Highlands tu, kat bawah dah ada banyak benda dah.. hehehe..

So, ini dia detailsnya...




Dari Kuala Lumpur ada... dari Raub ada, dari Sungai Koyan pun ada, jadi senang lah!!! hahaha.. tapi kalau hotel, korang check la kat sana eh, yang paling penting, atur perjalanan sebelum membuat perjalanan, bukan apa, kalau walk-in hotel, makan hati nanti, terus takde duit nak makan. hahahha.. kalau kenyang makan hati takpe, kalau lapar? makan angin Cameron Highlands la jawabnya wehhh..

Jadi, kepada semua, ini berita baik ni, usually, the tourists, I mean, the foreigners, they love using public transportation to go from one place to another, therefore, this trip to Cameron Highlands is highly appreciated because, they'll love the scenery there, trust me!

For those who read my blog here and read this information, thank you very much, I just trying to help. You know what, there are buses going up there from a few places but since this trip is new, plus, the scenery using the Sungai Koyan route is actually quite amazing. When you close to Cameron Highland, you will find amazing scenery from the bus and for those who love greens and want to see one of the tallest bridges in Malaysia, please! Do so, hop on this bus and enjoy being on the bus. Plus, the ticket price is amazingly cheap, yes, to me it is cheap. Really. Enjoy!

Nak naik la nanti, boleh fefeling tourist!!! hahahaha.. pakai topi besar, pakai singlet kekonon, then tahan kereta nak naik atas, ala-ala tourists lah.. hahaha..

Love.

Assalamualaikum WBT

p/s: tak sangka ada trip ke Cameron Highlands. hehehe.luv.

Monday, February 3, 2014

Busy sangat!!! Tak Sempat Update Blog!!

Assalamualaikum WBT,

Waaahhhh!!!! baru dapat update. Sorry lah, takde masa. Internet ada, cuma tu lah, takde masa nak update. These past days were amazingly, greatly, busy-ness! Yes. Loads of things need to be done and alhamdulillah, we done it, perfectly! yeay.


Well, for these past days, starting from 31st January 2014- 2nd February 2014, there were three events that we've done. Exhausted but fun, well, in kind of way. Hahaha... And now, I am home in Kampung Jenud, well, memula nak duduk kat Bentong je, but after thinking a few minute, okay, balik je la, macamlah jauh sangat kan? hahahaha... So, bebila nak balik Selayang balik, then naik je la bus kan? Macamlah jauh... Selayang tu dekat je.

Alhamdulillah, at least I am doing something kan? Why not? Cuma iya lah, kat Malaysia, selagi mana kita tak kerja 9-5 job, ia bukan di consider sebagai satu pekerjaan. Huhuhu... mungkin mereka betul, mungkin mereka salah, tapi jikalau itu yang mereka fikirkan, ikutlah. Hati masing-masing mempunyai spots yang berbeza kan? kadang-kadang hitam lebih, kadang-kadang putih lebih, kadang-kadang, ada hati yang legam terus. 

So, now, I'm home, so, nothing much to do except for sleeping. I need to sleep, I need sleeps! Yes! I have to sleep. I have, must!

Now, that is all, luv.

Assalamualaikum WBT

p/s: baru je balik, my aunt suruh jahit things dah... waaaaa