Nuffnang Ads

Monday, March 31, 2014

Salam Satu Isnin Satu Malaysia. *eh? hahahaha

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sorry la tak update entry sebab ada job kat Kuantan. Jauh kan? huhuhu... biasalah... jauh pun job, nak buat camne...

Okay, hari ni saya dah balik rumah dah, dan ada beberapa perkara yang perlu sangat-sangat saya sudahkan. Yup, sangat perlu, amat. Penting.

Jadi, otak pun masih agak tepu lagi, takde input menarik yang boleh diketengahkan kat sini, jadi, later on, saya akan update eh, jangan risau. Ni baru balik dari Bentong jugak dan masih agak mamai, ni baru pas mandi, so, segar dah lah... *diari kehidupan.

Dah la, nanti saya cerita lagi,

Assalamualaikum WBT

p/s: kak wani dah sakit-sakit perut dah... tak lama nak beranak lak.... chaiyok kak wani!!!

Wednesday, March 26, 2014

Wordless Wednesday.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, ucapan syukur kepada Allah SWT kerana-Nya kita hidup di dunia ini. Ramai yang pergi meninggalkan kita. Kita yang masih hidup, masih tertanya-tanya.

Wordless Wednesday.



Percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Mungkin ada yang pelik, 

"kenapa penguin?"

Tengok penguin tu, dia sorang kan? DiSANA pun kita sorang jugak nanti.

Assalamualaikum WBT

p/s: Alone.

Tuesday, March 25, 2014

Aku Masih Berharap. MH370.

Assalamualaikum WBT,



Hati ahli keluarga mana yang tak hancur luluh tatkala mengetahui kehilangan ahli keluarga mereka?

Hati ahli keluarga mana yang tak sedih tatkala mengetahui ahli keluarga mereka hilang?

Hati ahli keluarga mana yang tidak hancur tatkala mengetahui yang ahli keluarga yang mereka sayangi hilang buat selamanya?

Hati mana?

Mungkin ada hati-hati yang dingin tidak merasai emosi yang menyelubungi semua rakyat Malaysia sekarang.

Ingat tak peristiwa 9/11 yang dijadi di Amerika Syarikat dimana sehingga bertahun-tahun kesalahan diletakkan ke atas Muslim SELURUH DUNIA. Pelik kan? Ada yang mengatakan bahawa ia adalah konspirasi USA sendiri. Entahlah.. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

MH370 hilang sejak awal Mac lalu dan semalam sidang media pada pukul 10 pm semalam mengatakan bahawa AAIB ada menemui serpihan (debris) yang besar dan menyerupai pesawat. 

Sejujurnya, saya masih lagi ada mempunyai harapan dan saya memang berharap yang mereka masih hidup. Jikalaulah benar itu adalah debris tersebut, maka, tolonglah, tolonglah tunjukkan debris tersebut dan sebarkanlah kepada awam. Letaklah ditv-tv, paparkanlah di dada-dada interent supaya kita semua sendiri dapat menerima berita ni. Tolonglah. 

Mungkin ada yang mengatakan,

"Kita kena percaya, ini semua ketentuan-Nya".

Ia betul, jikalau ia ketentuan, tolonglah tunjukkan, sebab kalau dah confirmed, kepada tak ditunjukkan imej yang dijumpai oleh AAIB tu? Kenapa ia terlalu rahsia untuk didedahkan kepada umum. Standard Operation Procedure ke? 

Iya, mungkin betul, siapa saya? Saya bukan siapa-siapa dan saya tidak mempunyai sesiapa pun di MH370 tu, tapi hati mana yang tak sedih jikalau kebenaran tidak ditunjukkan? 

Bukan apa, negara Malaysia kita ni kecil je. Kecil sangat, tapi these past years, negara kita memang antara negara yang memang bold dan juga mempunyai ekonomi yang agak kuat. Dan akhir-akhir ini, negara kita menjadi tumpuan, *sebelum kejadian ini. Entah, nak cakap pun tak tahu sangat sebab ini semua diluar kemampuan kita, luar kemampuan saya sebagai manusia yang lemah.

Namun, hati saya masih kuat mengatakan bahawa MH370 masih ada dan crew and penumpang masih lagi selamat, cuma mereka tidak tahu mereka berada di mana. 

"Ya Allah, selamatkanlah mereka. Engkaulah tuhan sekalian alam (nyata dan ghaib), Engkaulah tempat kami (Muslim) mengadu nasib, Engkaulah tempat kami (Muslim) memohon bantuan, Engkaulah tempat kami (Muslim) meminta-minta. Jikalau mereka (crew dan penumpang) masih selamat, Engkau tunjukkanlah kebenarannya. Engkau tunjukkanlah kekuasaan Engkau, Ya Allah. Engkau hapuskanlah musuh-musuh mereka, Engkau tunjukkanlah. Amin."

Assalamualaikum WBT

p/s: Tolonglah jangan hilang harapan.

Faith vs Frustration (Iman vs Kecewa)

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat? Entah kenapa, hari ni saya nak tulis fasal ni.

SHAH ALAM – Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilihat sebagai satu perancangan yang baik untuk sistem pendidikan, namun masih ada kelemahan yang perlu diberi perhatian.

Ketua Pengarah Institut Kajian Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Saidun berpendapat, ramai guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah luar bandar tiada kelulusan yang sewajarnya.

“Pelan yang dikemukakan ini satu pelan yang baik tetapi perlu dikaji. Kelemahan-kelemahannya pun banyak terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

“Di kawasan saya sendiri, kita tak mempunyai cikgu yang sangat arif dalam bahasa Inggeris. Cikgu-cikgu yang mengajar Bahasa Inggeris ini bukan lulusan Bahasa Inggeris, jadi, dia tidak dapat memberi input yang secukupnya,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas sesi dialog ‘Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Satu Perspektif’, anjuran Sinar Harian, hari ini.

Malah beliau berpendapat, hasrat kementerian untuk melaksanakan wajib lulus Bahasa Inggeris pada tahun 2016 itu perlu ditangguhkan.

“Apatah lagi, kementerian mewajibkan kelulusan BI pada tahun 2016, saya rasa, kena tangguh dulu. anak-anak Melayu di kawasan luar bandar akan menjadi mangsa.

“Jadi, kementerian kena pastikan bahawa guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris merupakan guru-guru yang benar-benar berkelayakan terutama sekali di kawasan luar bandar,” katanya.

Kenyataan sama dikeluarkan wakil badan bukan kerajaan dari Putrajaya, Wan Arkamal Shah Wan Stapa.

“Pendidikan dalam bahasa Inggeris ini kita bermasalah. Rata-rata guru mengajar Bahasa Inggeris ini, di rumah mereka berbahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing.

“Ia perlu ada penghayatan dalam pendidikan bahasa Inggeris ini. Jika ini berterusan, mungkin harapan kita untuk melihat bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia lambat tercapai,” katanya.

Beliau berharap agar kementerian mempunyai mekanisme yang lebih baik dalam menangani isu tersebut.

Sementara itu, pelatih peringkat awal kanak-kanak yang juga seorang ibu, Haryati Abd Ghani berharap agar kementerian menjelaskan kepada ibu bapa tentang sistem baru itu.

“Ibu bapa perlu mencari isu semasa di Internet sendiri. pada masa sama, ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk mendapat maklumat terkini.

Kadang-kadang kami susah juga nak mendapat maklumat dari pihak sekolah kerana mereka masih belum mantap lagi dengan sistem baru. Jadi mereka pun tak boleh nak jelaskan kepada kami,” katanya.

Menyentuh tentang prestasi anak-anaknya, Haryati akui kehendak sekolah yang mengutamakan kualiti prestasi sekolah menekan anak-anak.

“Saya mulakan pendidikan anak saya dari pendidikan awal lagi. Jadi, apabila ada menerima isu yang baru, ibu bapa kena ambil tahu juga supaya anak-anak tidak tertekan dengan kehendak semasa.

“Kehendak sekolah yang mahukan kualiti untuk prestasi sekolah mereka dengan menekan anak-anak kami,” katanya.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Saharuddin Badaruddin berpendapat kelemahan yang ada pada pelan terdahulu perlu diperbaiki.

“Bagi saya, dalam perancangan sekarang ini, segala kelemahan yang terserlah dalam pelaksanaan yang lalu terutamanya pelaksanaan PPSMI, perlu diperbaiki.

“Kalau boleh kita dapat memastikan supaya penguasaan bahasa Inggeris itu dapat dijadikan penguasaan yang baik tetapi pada masa sama masih mendaulatkan bahasa kebangsaan negara ini,” katanya.

Wakil YDP SMNK Telok Gadong, Klang, Saad Hassan berharap agar guru berkualiti dapat ditambah terutama di kawasan luar bandar

“Cadangan ini wajar untuk generasi akan datang. Kalau boleh kurangkanlah beban guru-guru ini. Kekuatan guru-guru mungkin boleh ditambah. Terutama guru luar bandar,” katanya. SUMBER.
Entah kenapa. Betul, masih minat untuk menjadi guru Bahasa Inggeris, sumpah demi Allah, tetapi, entah kenapa memang takde rezeki. Iya, kedengaran seperti alasan, Sumpah Demi Allah, rezeki memang Allah yang aturkan. Saya masih baca buku English language pon sebab apa? sebab saya yakin dengan Allah SWT. Dialah sumber segalanya. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Kedengaran kecewa? agaklah...

Monday, March 24, 2014

Hadiah Dari Si Dia!! Terima Kasih.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, baru je lepas lunch. *eii.. lunch pun nak update, sukati saya lah.. hahahha. *nampak sopan guna saya dalam ayat kurang hasam.

Baik, sambil-sambil browse internet then...

"Assalamualaikum... ada bungkusan untuk Akmal Razlan"- Posmen.

"waalaikumsalam...jap eh"- kataku.

Ha? Bungkusan? Bila masa lak saya beli pape dari internet? Huurrmmm...

Dah siap-siap sain bagai, borak-borak jap dengan posmen, blah bla lallalala~~~.

Then, anak-anak sedara ku cakap,

"buka lah, buka lah.."

Saya bukalah depan dorang.. 

"Apa benda tam?" *dorang panggil saya Tam.

"Pen. Cantik".

"ahh! cantiknyaa... nak?"

Gila? Takkanlah saya nak bagi ke anak sedara saya yang rahamai tu, ada 6 orang, pen satu nak kerat 6? Harap maaf. 

"ahh.. takyah!, g main sana". Saya cakap.

Orang kata, hadiah ni adalah satu pernghargaan. Iya, kita dapat rasa kalau hadiah tu ikhlas, sebab saya memang suka hadiah ni. Kepada yang memberi dan saya tak nak mention kat sini, terima kasih so much!!!! walaupun masih tak keje, tapi I will definitely use this pen nanti. Teirma kasih sangat-sangat!!! Suka sangat... saya tak tau nak cakap macamne, memang best, hadiah best! suka best! memang sangat suka! Memang saya suka pen pun. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Cantik kan?

Sunday, March 23, 2014

GOUT : Comes and Go and Please, Dont Come Again!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Semua sihat ke? Kalau semua sihat, alhamdulillah. Amin. 



Baik, beberapa hari lepas, hari Rabu, malam, kaki saya sakit yang teramat sangat!!! Huhu, memang sampai saya pergi ke hospital lah saya disebabkan kesakitan tersebut. Huahuahua... saya dibagi ubat Dicloran dan juga Magnesium Trisilicate. Dua-dua kena makan la of course. Huhu.. malam tu saya makan, tapi saya sakit juga. nak buat camne kan? Hari khamis tu ada rasa okay sikit, but then bila banyak bergerak, kaki sakit juga. 

Dan, some people cakap, 

'Laa... kenapa tak amik injection je?'

Well, sebenarnya, memang boleh amik injection tapi pergi hospital masih bearable sakitnya... gagahkan jugak sebenarnya, walaupun sakit, sebab hospital dah bagi Dicloran kan, ubat hospital sebenarnya kuat dari ubat pharmacy. I mean, ubat hospital government, hihu... 

So, pastu, Jumaat, I did not go to Solat Jumaat sebab sakit kaki, nak duduk antara dua sujud tu amatlah seksanya. Huhuhu... memang tak boleh and all this while, saya sembahyang atas kerusi. Duduk atas kerusi. Itu lah.

Then tak pergi la join my cousin buat wedding event. Memang tak daya, bayangkan masa hari Rabu tu, saya jalan guna KERUSI. Kerusi as my tongkat lah, Ya Tuhanku!!! seksanyalah... memang pergh! 

Sabtu, kat kampung ni ada jugak weddings, a few, then tak pergi jugak sebab kaki masih sakit dan jalan terenjut-enjut. Tak kuasa lah saya... huhu.. today, Ahad, alhamdulillah, kaki baik sikit, sebab apa? Sebab saya kontrol makan dah tak makan benda pelik-pelik serta musuh-musuh kepada GOUT. huhu... kadang-kadang saya terfikir jugak, gout ke, sebab sakitnya macam sakit urat je, tapi entah lah, sebab utamanya saya sakit adalah, budu, saya termakan sikit je, I mean, letak sikit je dalam nasi, then it striked! Padan muka kan. Huhuhu... Memang bahana. 

Budu dan ikan bilis yang dahulu menjadi makan penting, *penting ke? dalam hidup saya, kini telah menjadi musuh utama. Kesian, macamtu lah. Sedih woo... sedap lak tu!!! sekarang?? huwaaa...

Dah beberapa hari juga la saya tak makan nasi, saya makan roti je... sakit gak hati, then tadi saya pergi ke orang kahwin tu, saya makan lah nasi but not nasi minyak but saya makan nasi putih dengan lauk yang paling boleh saya makan. Ayam. Tu je, lain-lain, noway. Dan saya amik buah dengan banyak. Tembikai, oren dan semalam, saya amik manggis. Alhamdulillah, kenyang lah.

Sekarang, kaki sudah beransur pulih, cuma lenguh sebab tak banyak bergerak, and there was one morning, kaki saya kejang. Huhu.. dah la sakit sendi, kejang pulakk.. Ya Allah... sabar je lah.. 

dah la bragging fasal sakit saya kan? hehe... takpe lah..sekali sekala... hihu..

Assalamualaikum WBT

p/s: well, ada ke yang baca? hahahha..
p/s: And kepada kawan saya, Siti Nurlaila binti Hussin, tahniah diatas perkahwinan siang tadi dan semoga gembira dan tenang menjalani kehidupan yang baru. Amin.

Thursday, March 20, 2014

Terima Kasih Semua!!!

Assalamualaikum WBT,

Selamat pagi semua? Apa khabar? sihat tak? Kerja macamane okay?

Hari ni adalah hari last kerja bagi negeri-negeri yang cuti Jumaat dan Sabtu macam, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor kan? Negeri lain, esok masih kerja. Teruskan berkerja yer, bagi yang kerja sendiri, takde istilah Mon-Fri (9-5) lah, memang takde, hanya ada ialah, istilah kerja. Kan?
Well, 

Hari ni memang bangun awal, disebabkan sakit kaki ni, saya memang kena bangun awal, entah sebab apa, rasa macam memang kena bangun awal je mungkin sebab orang tua-tua kata, 

"kalau sakit kaki, kena bangun awal-awal, buat senaman sikit untuk melembutkan urat-urat di kaki".

Ada betulnya, tapi kaki saya ni bukan sakit kaki sebab sakit urat, saya ni gout. huhu.. bukanlah sesuatu yang hendak saya banggakan.

Cuma, saya amat berterima kasih kepada semua yang ingin menolong dan ada juga yang memang ingin menolong dengan cara nasihat. Itu saya suka, sebab apa, sebab bila kita sakit, at least ada yang ingin nasihatkan kita dengan cara yang kita suka. Dan ada juga yang ingin promote bahan makanan kesihatan, alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada yang promot tu, semoga perniagaan anda semakin maju dan semakin ramai yang akan membeli dengan anda. Maaf, saya tak makan supplement ni. Saya percaya, khasiat yang kita dapat dari makanan yang kita makan. Contoh, buahan yang kita makan, mesti ada khasiatnya kan? Cuma apa yang anda hendak jual tu, ia telah diubah bentuk dan khasiatnya mungkin sama, mungkin tidak. Saya tak tau sebab saya tak cuba, sebab apa saya tak cuba? Sebab saya serik.

Itu la jawapannya. Jadi, kepada yang nak promote barang boleh, saya hanya akan dengar dan tindakan selepas saya dengar tu mungkin berbeza dengan apa yang anda harapkan, tetapi percayalah, tak semua orang berkesan dengan apa yang dimakan, bukan?

Bukan apa, kalau bab pemakanan ni, memang atas diri sendiri sebenarnya. Gemuk atas kehendak sendiri sebab terlebih makan, kurus kering atas kehendak sendiri sebab tak makan, dan macam hal saya, tak sihat atas kesalahan diri sendiri sebab salah makan. Hehe..

Jadi! penyeselesaiannya, control makan dan exercise untuk kurangkan berat badan. Itu je lah, supplement or makanan kesihatan? Well, nanti-nantilah saya fikirkan ye? Boleh? kalau saya dah buat research sikit nanti fasal makanan kesihatan mana yang terpaling bagus dan baik, saya akan contact anda yer? Jangan risau...

Assalamualaikum WBT

p/s: hehe..

Wednesday, March 19, 2014

Filem Malaysia Tandus, The Journey Tetap Terbang.

Assalamualaikum WBT,

Saya semalam sempat menonton cerita yang kat Astro tu, citer Melayu tu, apa nama dia, hurmm.. Bukan Aku Tak Cinta.. ha.. tu la citernya..

There are reason why saya tak tengok cerita tu sebenarnya, 

1. tak minat

then tengok la sebab apa orang ramai dok tengok, then semalam saya tengok la... berbangkitlah pulak sebab lain..

2. cerita ni memang tak sesuai langsung untuk mereka yang ada anak kecil sebab apa?

1. ada unsur-unsur yang 'terlebih romantik'.

Ada yang suka, tapi pada saya, tak payah lah, kita bukan Omputih yang nun duk agung-agungkan benda-benda macamtu, kalau citer macamni, tak hairan la kalau parti-parti yang ada berlangsung kat Malaysia ni jadi macamtu. 

Entah, saya tengok juga cerita-cerita lain, takde la macamtu bagai. Kalau macamni, baik tengok cerita omputih je, tu ha.. Devious Maids tu, lagi lahh... takde beza sebab standard sama. 

Saya suka cerita kat TV3, yang cerita Filipina tu, Becareful With My Heart. Jujur dan cute, kenapa kita tak mampu keluarkan cerita yang macamtu. Dorang pun setnya walaupun tak kaya nak mampus *kekononnya cam kita kat Banglo besar-besar, hakikat?. Set kat Filipina tu cam tempat setinggan je, tapi best, rasa best, macam cerita yang Umie Aida buat tu, Ummi. Bapaklah bestnya, menunjukkan rona-rona kehidupan yang sebenar, bukan kehidupan yang dibuat-buat. Memang ada orang yang hidup dalam keadaan macamtu, kaya, rumah besar, Dato-dato, Datin-datin, tapi tak rasa ke macam kehidupan tu agak terlampau cliche? gangster, cliche?

Nak tau sebab apa The Journey dapat kutipan hebat? Kalahkan producer film-film lain? Isu yang dibawakan memang sentiasa dibawakan oleh pengarah melayu, penulis melayu, tetapi The Journey menambat hati semua orang.. sebab apa? Sebab cerita tu kuat dari segi emosi dan jalan cerita. Ada pelakon hebat dalam tu? Ada pelakon kutipan juta-juta dalam filem tu jadi pelakon? Takde, pak cik tua je yang kecewa dengan anaknya yang hendak kawin dengan omputih. Kenapa orang tengok? Sebab itu pun yang terjadi sekarang, cerita yang jujur dan bukan filem Gangster bunuh-bunuh, hantu makan orang ke, apa ke tak.

Jadi, apa yang dipelajari nanti? Peniruan beramai-ramai filem The Journey. Sekian terima kasih.

Btw, cerita KIL yang lakonan Redza Minhat dan Christine Suzanne tu best jugak! Suka!

Assalamualaikum WBT

p/s: Pendapat ikhlas. tak suruh baca dan marah, suruh baca je.

Tuesday, March 18, 2014

MARI KETAWA : Seluar Dalam.

Assalamualaikum WBT,

Saya ada satu cerita menarik yang ingin dikongsikan dengan semua pembaca blog ini.

Baik, cerita ni cerita lawak gak lah, then nama dirahsiakan bagi menghormati sensitiviti orang yang ceritakan kepada saya.

Situasi : Nabila sedang makan-makan disebuah kedai makan dan ditepi kedai makan tersebut ada sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan cuci kereta. Ada sorang pekerja di kedai tersebut datang dan menanyakan kepada Nabila,

Pekerja: A dan B
Nabila : N

A : Salam kak, akak nak cuci kereta tak?

N : Boleh juga, kereta akak kotor sangat tu. Kejap eh, akak keluarkan barang-barang.

Nabila dan pekerja berjalan ke kereta. Sesampai sahaja di kereta, Nabila membuka pintu kereta dan pekerja bertanya,

A : Nak basuh luar dalam ke?

N : (Dengan kuatnya) Haaa? Seluar dalam?? Mana ada akak basuh seluar dalam sini. *sambil mencari-cari kot-kot ada terjatuh seluar dalam kat bawah dan dalam kereta.


A : Taak, saya tanya, akak nak basuh kereta ni, luar dalam ke?

N : *Masih terpinga-pinga,Nabila menjawab "ahh.."

Dengan rasa agak malu, Nabila pergi semua ke kedai makan dan pergi makan. Huhu..

Sesudah siap kereta Nabila, Nabila pun pergi ke kedai tersebut.

B : Jumpa tak seluar dalam akak tadi?

N : Dengan rasa penuh malu dan tersipu-sipu macam *tak tahu nak cakap apa, Nabila menjawab dengan senyuman.

Sekian, cerita Nabila dengan luar dalamnya. Moral of the story, TOLONGlah dengar betul-betul, tolonglah!!

Assalamualaikum WBT

p/s: saya dengar cerita ni pun rasa nak menangis. hahahha.. ketawa dalam tangisan kau!!!

Monday, March 17, 2014

Business : Alfa's Wardrobe!! Jom tengok!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar kalian semua? Mesti semua sihat kan? 

Baik, untuk entry ini, saya ada sesuatu yang saya hendak promote. Mintak-mintak semua dapat bagi kerjasama yer. *wahh...macam nak buat press conference lak... hahaha..

Baik, selalunya korang cari kain kat mana? Kat kedai kain? Kat kedai tayar? Or kat interent, bank-in duit then sampai, macamtu? Kalau anda pilih yang ketiga tu, maknanya, amat bertepatlah dengan apa yang saya hendak bagitahu ni,

Mari kita like Page ni!!!
https://www.facebook.com/pages/Alfas-Wardrobe/1477677189124594
Facebook Page : Alfa's Wardrobe

Alfa ni kawan saya, dia buat business ni pun dengan penuh dedikasi, dia juga adalah Lepasan Giat Mara dann!!!  dia juga sangat pandai menjahit, dia jahit kemas woo,, cantik! suka tengok hasil kerja dia. Dia pun ada amik tempahan menjahit, kepada rakan-rakan blogger yang hendak pakai baju yang well fitted and made to measure, boleh la contact dia, selain dia jual kain, dia jual expertise dia jugak iaitu menjahit! 

Memang gila kalau pergi kat Page dia ni, sakit hati sangat sebab semua cantik-cantik!! rasa nak beli semua je, selagi boleh semua nak beli. Hahahaha.. Tu la, lagipun memang cantik!! waaahhhhh..ni malas kalau buka page dia ni, hahaha.. 

Orang kata "eh, payah la guna online ni, takut kena tipu". Hello, ni saya jamin! memang takkan menipu, kalau menipu, no no no!! memang takkan menipu, lagipun dia nak cari rezeki halal yang memang halal, lagipun dia nak membantu ahli keluarga dia, so!!! kepada sesiapa yang berminat nak membeli kain dengan dia, sila lah, memang banyak kain cantik-cantik, harga pun okay lah, 4 meter boh!!! Nak apa lagi kan?

Ni tak lama nak raya, baju baru untuk raya da ada dah??? kalau takde, haa,, ni la time nya!!! cepat-cepat tempah baju dengan dia, Alfa ni jahit cantik, dia jahit sendiri okay, takde nak suruh-suruh orang, lagipun memang cantik dia jahit. *ulang.. kenala ulang sebab memang dia jahit cantik, nak buat macamne kan? hahaha..

Baiklah, mari kita tengok dulu contoh-contoh kain yang dijualnya...




Facebook : Alfa's Wardobe
Instagram : Alfa's Wardobe
Berminat sila whatsapp 0192390467

So, berminat tak? Kalau tak berminat takpe, tapi cuba click dlu then tengok okay? 

Assalamualaikum WBT

p/s: best tengok kain, sonok!

Sunday, March 16, 2014

Jangan Politikkan MH370, please!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Sorry, ada dua blog ni agak susah sikit. Iya lah, situ nak, sini nak, NAK UPDATE lahh.. hahahha..

Okay, hari ni dah masuk hari ke-9 Pencarian MAS MH370 dan semalam sudah diberikan leads yang baru oleh DS Najib, Perdana Menteri Malaysia, beliau tak jawab soalan dari media tapi well, apa yang diucapkan mungkin daripada kita dapat mengagak apa yang terjadi.

Tapi tu lah, agakan hanya seperti spekulasi. 

Saya juga sebenarnya kesal sebab ada beberapa blogger, yang popular lah, ada yang mengatakan Kapten Zahari tu penyokong FANATIK DS Anwar Ibrahim, ini sebenarnya dah masuk politik dah, kalau ada kait-kait tu, saya fikir,

"Aduhh.. menyampahnya, kenapa lah macamni, kenapa nak kaitkan dengan politik dan apa yang terjadi pada waktu sekarang tu kan".

Malas sebenarnya nak benda camni, aritu dah tercemar imej Turki dengan apa yang dikatakan menggunakan passport palsu. 

Saya bukan pro pembangkang, jujur saya cakap dan saya sebenarnya sokong kerajaan tetapi banyak perkara yang saya agak tentang sebagai contoh, pembaziran macam apa yang dalam surat khabar tu kan yang Datin Seri Rosmah pergi Qatar dan perbelanjaan sampai RM300 ribu, kenapa? Naik apa? Berapa lama duduk? Makan apa? Minum apa sampai perbelanjaan sampai macamtu sekali? Aduh.. ini adalah salah satunya.

Kalau yang pembangkang pulak, bukan nak cakap lah, macam tempat saya, tu apa namanya, Dato Ariff Sabri, puih! muka pun tak nampak! bangang! menyampah! jujurnya, saya tak undi dia, sama juga dengan calon BN Dato Hoh Kai Mun yang menjadi calon aritu, kalah then hilang. Yang ada hanyalah ADUN, Dato' Shahiruddin dengan Dato' Aziz Kiram, yang lain? HARAM! 

Jatuh hukum haram agaknya kalau jejak kaki ke Parlimen Raub or ADUN Batu Talam ni. Agaknya, entah, saya bukan alim ulama nak jatuhkan hukum.

So, kalau nak sokongan orang, jangan tabur duit, nak sokongan orang, cuba dapatkan dengan ikhlas. Saya ingat yang paling suka turun ke Parlimen sendiri adalah Dato' Ir. Soffi ADUN Benta, setahu saya, tiap minggu gak la dia turun ke Pekan Benta untuk beramah mesra dengan penduduk, tapi entah la sekarang ni, dulu ye. Selalu je nampak, bagus dia.

So, saya juga pengundi, juga pemerhati, juga penduduk dan juga pengharap. Memang harap terbesar di beri kepada Allah SWT sebab manusia hanyalah medium pengharapan. Tapi jangan sampai yang percaya hilang harap. Kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: BTW, saya emailed already the exco and MB untuk signal telekomunikasi, mungkin esok dorang baru jawab. (Dato MB, YB Shakir Fauzan dan juga YB Shahaniza). Tolonglaaahhhh..pleasee....

Saturday, March 15, 2014

The English Journey Blog. Learning English Grammar.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? 

Baiklah, pertamanya, saya nak ingatkan kepada semua, jangan hilang harap terhadap MH370 sebab harapan adalah perkara yang kita amat perlu sekarang. Kita semua mesti berharap serta berdoa agar penumpang dan anak kapal MH370 selamat dan dijumpai secepat mungkin. In Shaa Allah, segalanya akan terjawab, yakin dengan Allah dan semua akan menjadi.

Baiklah, saya sebenarnya takde apa sangat nak diceritakan hari ni, cuma, I have something to be shared with you all reader. I actually have this other blog yang memang saya khaskan untuk saya mengarut dalam Bahasa Inggeris, an English blog that I made last year if I am not mistaken and I have been writing ever since, not quite much but it is quite okay, actually. Hahaha.. bukan apa, I have to write, for my passion. Sebenarnya saya memang suka English language pun, orang kata susah but to me, its not that hard to achieve the impossible, lagipun, English ni bukan impossible sangat pon. hahaha..

Ini linknya...

http://theenglishjourney.blogspot.com/

 Cuba click on the banner kat atas ni, then it will lead you to my journey, rasa nya the word journey tu mengadakan? Padahal bukannya saya duduk kat England ke apa ke, Im here, in Malaysia pon. Mengadakan? But hey... biarlah, takpe je, at least it motivates me, kalau pun saya tak lepas ke sana, at least Im living the dream having myself speaking in the mirror to myself right? Pathetic? whatevs! 

Well, that the least that I can do to help other people, currently saya menulis fasal Learning English Grammar, try la bukan its not that difficult pun English language, takde la nak fancy-fancy words tu, kalau nak fancy-fancy words kena banyak membaca, I am writing on the other blog is just simple English language, simple words, nothing less. Feel free to drop by, nak follow pun takpe, tak nak follow pun takpe, seriously, tak kisah, lagipun kalau pin tab pun takpe je, at least ada yang membaca kan? hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: The Journey started last year.. the blog.

Friday, March 14, 2014

Film : Mama (2013)

Assalamualaikum WBT,

Semalam saya mimpi wehh... disebabkan minat mendalam terhadap Harry Potter series, semalam I was at Hogwarts and study there. Bengong! Iyaaa wehhh... punya la minat sampai termimpi-mimpi, bukan lah saya tengok HP tu tiap hari, no, cuma last few nights saya tengok camtu, but takde la sebelum ni bawak sampai dalam mimpi bagai... 

Tapi, dua malam lepas saya tengok cerita MAMA. Cerita ni memanglah cerita hantu kan, as usual, saya memang jarang tengok cerita hantu ni, bukan apa, hati ketar sikit kalau tengok cerita hantu, but nak tengok jugak sebab dah termula. hahaha.. 


Cerita dia camni,

There were two kids (female) left in the wood kan pastu their mummy and daddy dah takde. Kena bunuh rasanya, then, sepanjang mereka duduk dalam hutan tu, they dijaga oleh satu entiti yang menggelarkan dirinya MAMA. This entiti jaga those two kids sampai besar gak la, Victoria and Lily, masa ditinggalkan, Lily dalam setahun lebih, now she is 3 - 4 tahun camtu, so, lama gak lah, dorang hanya makan buah ceri yang diberikan oleh Mama. Dan, after that, they found Victoria and Lily in the wood, dalam cabin. Then, they took them to a facility for children, like special care lah kot. Intensive care camtu. Nak cerita lebih lanjut? Tengok la cerita ni... hahaha..

Tapi in the end, tears from Victoria dan Lily overcome the monstrous form formed by Mama, memang Mama tu menakutkan tapi kasih sayang Victoria to Lily, Annanbel to Victoria and Lily immediately overcome keseraman yang dibawakan oleh Mama tu. hihu...

Memang best la cerita ni, Rotten Tomatoes pun gave them 66%, Metacritic gave them 57% so, okay gak la kan? hihu... saya bagi? 7/10 sebab seram memang seram dan kasih sayang ada dan its interesting too. Love it.

So, sesiapa yang ada Astro, boleh la tune in, mana tahu kot ada, tengok la nanti, dan kepada siapa yang takde Astro, banyak pilihan yang boleh dilakukan untuk tengok cerita ni kan? hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Ada keje sikit.

Thursday, March 13, 2014

Pengalaman Sekolah Rendah - Belajar Sebab Minat.

Assalamualaikum WBT,

Sekolah Rendah.

Mestinya semua pernah belajar di situ kan? Jangan tipu. hahahaa.. okay, apa yang saya nak post ni, agak serious. Macamni, masa saya kecil dulu saya pernah juga sekolah rendah, hehe.. memang sekolah rendah pun, then, isu nya di sini, GURU/CIKGU/TEACHER, memanglah setiap guru mempunyai pandangan yang berbeza untuk mendidik dan mengajar.

Ada yang mengambil langkah menjerkah murid, ada yang mengambil langkah untuk bertindak seperti garang tetapi hakikatnya tidak, ada juga yang lebih selesa untuk family approach di mana mereka lebih mesra dengan murid untuk menggalakkan murid supaya belajar.

Iya, difahamkan setiap guru sudah ada programme dan class sendiri tatkala belajar di maktab atau universiti, maksudnya, kelas pedadogy (mengajar). Tapi ada juga yang amik psychology untuk men-psychology murid-murid supaya berasa ingin belajar.

Tetapi tidak semua. Ada sesetengah merasakan bahawa, menjadi garang adalah membuatkan murid lebih berminat untuk belajar. Well, let me ask you, "awak nak murid belajar kerana minat atau takut?" Kalau hendak murid belajar kerana takut, well, congratulations, memang anda berjaya. Tahniah! Saya juga ada guru yang saya takut dahulu dan dalam kelasnya selalu fail sebab motivasi untuk meningkatkan diri tiada sebab terlalu takut. Mungkin sesetengah orang kalau terlalu takut membuatkan mereka menjadi hebat tak tentu hala, kan? Tidak saya, apabila takut, rasa menyampah itu kuat dan terus menerus kepala memikir,

"Saya takut dengan guru so, itu semua sampah".

I had one this science teacher from Terengganu, masa saya Tahun 4 kalau tak silap (1998) dan sangat la garang sampai apa yang diajar, langsung tak masuk dalam kepala. Buat kerja pun kerana terpaksa bukan kerena hendak belajar. Alih-alih, mintak tukar mengajar balik ke Terengganu, obviously, cikgu tu stress mengajar kat sekolah kami, sempat 1 tahun je kalau tak silap.

Then, ada cikgu Rosman, orang Pulau Pinang, handsome, fair, tapi babun! garang nak mampus, there was one time, where my friend and i main congkak, dia nak lalu, then kami bagi la lalu, kami main congkak kat tangga, hihu. *bongok gak time tu pun. but, kalau kami dah bangun then bagi lalu, apakah hukuman ketuk kepada dengan buku tebal *report guru tu berbaloi? Dulu iya, sekarang tak. Then saya tak ingat where he is now, kalau tak silap dia mengajar kajian tempatan kot, ke, entah lah, cuma yang saya ingat, dia handsome. Hahaha, maaf, kehandsome awak tidak mampu untuk mengcover kegarangan itu. Jadi, after 3-4 years kot, dia tukar. Padan.

So, ni nak cerita betapa saya suka dengan cikgu-cikgu yang baik, when I was form 6, ada cikgu ni, mengajar Pengajian Perniagaan, Yusnira Yunus ke Yusuf, lupa lah... tapi dia garang tapi garang di bertempat. Dia sempat mengajar sampai kami form 6 bawah je, then form 6 atas dia takde. During her time, i was like, alhamdulillah, cantik la result tu, takde je dia, motivasi hilang, hancus. huhuhu... btw, dia memang cantik. Normal sebentar. hahaha.. takde lah, memang dia cantik pun dan dah berkahwin, now rasanya dia mengajar kat Kuantan. Entahlah, but she is one of the best teachers I had. Love her.

Then ada juga, cikgu Aniza Abdul Rahman, mengajar pengajian perniagaan kertas dua serta ekonomi  (makro). Cikgu ni best, dia cikgu pakar Pengajian Perniagaan Kertas Dua, walaupun jarang skor tetinggi kelas dia, but dia memang best. Sebab apa? Sebab dia boleh tahu orang tu membaca atau tidak dengan jawapan yang diberikan. gila?? memang gila, cikgu ni memang direspek lah, memang hebat dan saya sendiri belajar kerana dia mengajar dengan niat untuk mengajar bukan hendak marah-marah.

Lagi, when I was in university, there are lecturers yang memang best mengajar, they know what they taught. Love them. Ada juga yang buat-buat hebat, pergh! rasa nak lempang je but whatever it is, they are great, kalau tak, tak jadi lecturer kan? pfftt..

Dah lah, motifnya, guru yang mengajar dengan muka yang senyum dan garang sebentar-sebentar boleh membuatkan muridnya menjadi baik dan murid akan menghormatinya kerana sifatnya bukan takutkannya. Seperti cikgu Hishamuddin Lan serta cikgu Zaharuddin. Dua cikgu ni memang epik, mereka memang best, sorang mengajar Bahasa Inggeris then sorang lagi mengajar Bahasa Melayu *time tu BMelayu. hihu... 

So, kepada yang mengajar yang membaca ni, ini adalah luahan hati ku yang murni. Saya maklum, waktu sekarang memang susah, murid-murid memang liar. huhuhu... cabaran kamu, mungkin caranya berbeza, tapi tu la, tidak semuanya liar kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: well, luahan hati kecil. hahaha

Hari Keenam. Harapan tetap ada!

Assalamualaikum WBT,

Recent event yang berlaku kepada Malaysia dan ia telah melibatkan banyak negara, iya, misteri kehilangan kapal terbang MAS MH370 sudah berlanjutkan kepada 6 hari. Hari ini adalah hari keenam dan masih tiada petunjuk concrete yang membolehkan pesawat tersebut dijumpai. Masih samar yang ada cuma tekaan dan siasatan pakar-pakar aviation yang cuba untuk meramal dimana kedudukan kapal terbang tersebut berada.

Harapan tetap ada untuk anak kapal serta penumpang untuk selamat. In shaa Allah, Allah Maha Mengetahui. Lagipun, kepada siapa kita hendak mengadu nasib? kan? Takkan bomoh pulak? huhu...



Baiklah, setelah enam hari siasatan dilakukan, macam-macam spekulasi telah dibuat oleh ramai orang, termasuk lah media, orang perseorangan, orang awam, media asing, ini kerana mereka menginginkan maklumat yang terperinci daripada sumber utama iaitu kerajaan (mereka yang pergi menyiasat).

Sejujurnya, terdapat beberapa kekeliruan setelah enam hari ini, ini kerana, mungkin, maklumat yang disampaikan terdapat percanggahan, ia hanya masalah komunikasi sebenarnya, seperti DCA dan beberapa panglima (Udara, Tanah dan Air) yang masing-masing cuba untuk  menjelaskan tetapi ada terdapat kekeliruan. Sekarang, DS Hishamuddin (Pemangku Menteri Pengangkutan) akan mengambilalih sidang media yang akan diadakan, meaning, he will be there at the PC to ensure that dissemination of information is correct and according to the information. Obviously, the government could not afford to have any confusion in disseminating the information. It is because, once the information is incorrectly disseminated, the media (local, esp. foreign) will get the opportunity to 'twist' the information and make the Malaysian government tries to hide something and this is just faulty. They can do that actually but the it will cause trouble to the Malaysian government. So, that is why, clear crystal PC leads by Hishamuddin will not only make the viewers satisfy with the answer given but also, it will create good environment to those who watch it. Lagipun, some has done great trouble the country. 

Tapi apa-apa pun, dengan izin Allah SWT, in shaa Allah, kita akan jumpa balik pesawat yang hilang tersebut, namun, walaupun harapan tetap ada untuk mereka selamat.

Iya, 

Assalamualaikum WBT

p/s: Jangan patah semangat!!
p/s: bomoh-bomoh.

Tuesday, March 11, 2014

Kita ada Allah SWT!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah saya sihat.

Tatkala dunia masih buntu dengan apa yang terjadi kepada MAS MH370, semakin ramai manusia yang membuat andaian-andaian tidak berasas terhadap kejadian tersebut. Kesian kan?

Kalau saya paparkan kesemuanya, mesti rasa marah kan? Saya tak nak dilabel sebagai blogger yang suka mencari perhatian dan suka mengadakan cerita. Saya tak nak bukan apa, ramai sangat dah yang buat tajuk-tajuk dan cerita-cerita yang boleh dibaca dan tidak boleh dipercayai. Susah weh nanti...

Lagipun kita ni sebagai sumber ketiga, keempat dah. Nak tengok carta sumbernya,

Sumber pertama : Mereka yang pergi menyiasat.
Sumber kedua : Perdana Menteri, menteri dan orang besar-besar.
Sumber ketiga : Wartawan semasa PC dibuat.
Sumber keempat : Public (kita)

Tapi bila ada sesetengah daripada kita yang membuat cerita yang tidak berasas, kita dah menjadi satu carta lain, atas lagi dari sumber pertama dengan cerita-cerita yang tak munasabah. Itu kalau dipublishkanlah, tetapi kalau hanya simpan untuk pemahaman diri sendiri, tak kisahlah kan? Itu perkara yang tidak akan menjejaskan sesiapa pun.

Baik, semalam saya sempat mendengar temubual yang dilakukan oleh TV3 dengan Kapten Norudin yang memang rata-rata mengatakan apa yang perkatakan oleh beliau adalah betul dan ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakannya. Kembali kepada Allah SWT. Tu je.

Well, memang patut pun, kita dah berapa hari dah ni guna teknologi, jadi, apa kata kita guna Allah SWT pulak, lagipun kita kan hamba-Nya, jadi sama-samalah kita berdoa kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan.

#prayforMH370 #prayforthepeopleinside #prayfortheirsafety #prayforthem

Assalamualaikum WBT

p/s: Takut pulak, banyak sangat dah kapal kat perairan kita dan negara jiran. Kapal hebat-hebat lak tu, US bagai, Singapore dah la sekutunya... huhuhu.. tak nak!!!

Sunday, March 9, 2014

We Dare To Hope, Its Just Our Nature.

Assalamualaikum WBT,



Sekarang berita fasal pesawat #MAS #MH370 yang dilaporkan hilang masih dalam siasatan.

Okay baik, memandangkan masih tiada penemuan, tetapi saya nak cakap sikit fasal segelintir manusia yang tidak mempunyai sifat sensitiviti dalam diri, takyah banyak lah, sikit je dah lah. Ini tidak, ada yang tweet, buat FB status yang entah hape-hape, cakap itu lah, ini lah.

Kalau benda-benda macamni dan melibatkan ketidaktahuan macamni, tak payahlah update benda-benda yang boleh menaikkan kemarahan orang ramai. Iya, Malaysia tak macam negara asing lain, bila terjadi macamni, rata-rata rakyat Malaysia akan terkesan sebab yang ada dalam pesawat tu adalah rakyat Malaysia juga. Walaupun ramai rakyat negara lain juga tapi bila ada rakyat Malaysia sendiri, rakyat sendiri, rakyat yang juga menapak di atas tanah Malaysia ni, tetap kita terkesan dengan apa yang berlaku. Perkara seperti ini berbeza dengan apa berlaku di sana sini di Malaysia sebab ini tidak tak tahu hujung pangkal dan hanya bergantung kepada sumber maklumat kerajaan.

Oleh kerana itu, banyak spekulasi yang dikeluarkan dan diterbitkan, tetapi, sebenarnya, rasa ingin tahu menjadikan ia begitu. Rasa ingin tahu membuatkan kita rasa apa yang kita tulis itu adalah betul, walaupun hakikatnya ia tidak.

Mungkin sesetengah orang sudah bosan dengan update FB yang cakap #PrayforMH370 #PrayforMAS #Prayforthem , hello, kalau ada rasa simpati, korang takkan teragak-agak untuk diam dan cuba berdoa untuk keselamatan mereka. Itu sahaja.

Ini tidak, keluarkan bermacam-macam FB status yang could easily create stirs, ini yang sepatutnya diharamkan dan ditangkap, KDN pun.

Tapi, kita manusia, rasa simpati membuatkan kita ingin tahu. Itu sahaja sebenarnya. Kalau tidak ia tidak akan menjadi macamni. In shaa Allah, hari sekarang ni panas dan in shaa Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Percaya pada Allah dan Dia akan membantu kita semua.

Assalamualaikum WBT

p/s: Presiden tu dah minta maaf, senang je kan?

Saturday, March 8, 2014

MH 370, DSAI dan Ultraman.

Assalamualaikum WBT,


Terkejut dengan kenyataan yang pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang dalam ruangan udara Vietnam. Kenapa boleh jadi macamtu? Mintak-mintak tiada lah kejadian yang tidak elok berlaku kepada pesawat ini serta anak kapalnya. Semoga semuanya dalam keadaan selamat dan please.. please.. no hijacking. Please...

Dan satu lagi perkara yang ingin saya kemukakan adalah, yang isu Ultraman yang diharamkan tu kan, of course lah, kalau ikut imej dan reputasi, boleh je syarikat Jepun tu saman, sebab apa, industri anime dan kartun di sana adalah antara penyumbang terbesar kepada ekonomi di sana jadi, memang patut pun kalau syarikat yang publish serta terjemah buku tu disaman.

Saya ada baca semalam dan What the hell kan, terjemahan yang agak bangang dan sengal sampai ke langit ke tujuh wehhh... Seriously, boleh je modify kepada yang lebih society mesra kan? ini tidak, pening kepala baca.. all and all, dulu saya tengok citer Ultraman Taro dan takde masalah pun. Tak mendatangkan kepincangan serta penyelewengan akidah pun. huhuhu...

Then, penyabitan kesalahan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau dikenakan hukuman 5 tahun penjara. Lagi kena, aduh, entah lah, hanya Allah SWT Maha Mengetahui, ingatlah, segalanya akan terbongkar di SANA nanti. Kepastian.

Dah lah, isu berat-berat lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: apa nak jadi dengan dunia ni.

Friday, March 7, 2014

"I diet uolsss!!!" - Mrs Gorilla

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti sihat kan? Well, alhamdulillah, hari ni dapat saya menunaikan Solat Jumaat, alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT.

Baik, semasa saya makan sebelum saya pergi solat tadi, terfikir fasal DIET. Iyaa.. diet. Mengikut kamus Wiki, diet bermaksud jumlah keseluruhan makan yang diambil oleh seseorang manusia atau seekor haiwan. Tetapi, bila ia masuk ke dalam dunia nutrisi, ia bertukar dan maksudnya sudah menjadi lain, seolah ada penambahan satu lagi maksud kepada perkataan ini. Diet dalam dunia nutrisi sudah menjadi nutrisi kesihatan atau weight management camtu.


Tetapi, itu maksud dari segi perkataan tetapi masuk pulak dari segi komuniti atau society, ia sudah bertukar menjadi pengambilan makanan untuk kurus. Rasa??? melencong sikit lah, tapi masih dalam konteks yang sama.

Okay, kalau kita dengar dalam National Geographic ke kan, contoh cerita fasal gorila. Let say,

"This pack of gorillas consumed about 100 kilos plants a day and their diets include ...."

Jadi, the word 'diet' di sini adalah jenis pengambilan makanan, itu adalah maksud sebenar 'diet'. Jadi, bila ia sudah bertukar ia jadi seperti ini...

"wahhhh.. awak nampak kurus lah, diet eh?"

See, pertukaran maksud tersebut dan lagi...

"huuummm,,, aku nak diet lah, baru nampak kurus sikit, nanti nak pakai baju kahwin".

Gitu kan? nampak tak pertukaran maksud perkataan itu sendiri. Kan?

So, kalau orang kata,

"eh... awak nampak gemuk lah sikit.."

Awak jawab je,

"ummm hello, aku diet lah, and my diet includes KFC, McD, Pizza dan salad (coleslaw)"

amacam? Clear?

Ahahahahhahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: mampus camni, tak kurus da...

Thursday, March 6, 2014

Be Passionate With You Passions.

Assalamualaikum WBT,

Tadi tengok tv sekejap, sekejap je sebab malam ni memang nak kemas saya ni, rasa macam tak macam bilik dah... huhuhu, in shaa Allah akan kemas dengan baik serta kemas malam ni. Hihu... itu jap lagi lah... 

Then, berbalik kepada cerita yang saya tengok tadi tu, saya tengok cerita yang nak last-last dah tadi, memang setepatnya sebelum iklan. Haha... then dia ada cakap, 

"if you want to start blogging, you have to be passionate and you need to have great knowledge to actually write things"- Fashion Blogger

Ni sememangnya betul, sebab kalau buat takde rasa memang takkan menjadi lah kan?

Tanya je la sesiapa yang ada buat perkara yang tidak selalu dilihat sebagai dapat menjamin kehidupan di masa akan datang. Contoh, saya ada kawan dia dulu lecturer, makan gaji tapi dia berhenti selepas mendapat her true calling, business. Sepupu saya, buat business services, rough at first tapi he gained trust along the way. Biasalah, slow-slow memang slow, lelama, kalah gaji PM, kau?? hahahha... rasa? Makan hati kan?

Tapi itu semua adalah kerja keras, kerja keras dan kerja keras. Itu sahaja. Itu adalah rahsia kejayaan mereka. Hebat kan? Sama je semua orang dalam dunia ni, kalau takde kerja keras buat apa pun tak jadi, khen? hihu...*pandai je orang yang tulis ni cakap, hehehe...

Dah lah, seperti mana yang dikatakan, nak sambung kemas.

Assalamualaikum WBT

p/s: Sabun Marine wangi. Still wangi.


Sabun Marine Essence yang memang hebat!!

Assalamualaikum WBT,

Haa... ini ada satu produk nak cerita ni, perghhh.. produk ni memang best!! 



Kalau search kat Google tu, iya la.. encik Google tu kan? Berlambak lana orang telah menggunakan produk ni, produk apa? Produk Marine Essence Bauty Bar, itu nama kaw-kaw naw-naw hebatnya, nama yang lebih senang untuk orang-orang macam saya ni adalah, Sabun Marine atau lebih dikenali sebagai Sabun Ketiak!!! Iyaaa deknon dan bangnon semua... sabun ni memang tersangat boleh digunakan oleh semua.. mari saya ceritakan sedikit fasal kehebatan sabun dan serta khasiat yang ada dalam sabun ni.... wahhh...

Rumusan yang ada dalam sabun ni adalah Khas Anti-Oksidan dan Minyak Asli.
- Garam buluh
- Pheno-SFE (Ekstrak Teh Pu-erh)
- Ekstrak Liquorice
- Minyak Tea Tree
- Vitamin E
- Aloe Vera

Ada yang bertanya, 

"Laaa... elok ke produk ni?"

Saya ni kan, jenis orang yang macamni, kalau saya tak percaya terhadap sesuatu produk tu, memang saya takkan beli. Sama gak dengan makanan, kalau saya tak percaya saya takkan beli. Produk ni memang terbukti kehebatannya, semua orang nak cantik dan cerah kan? Jadi, sabun ni adalah menjadi sandaran kepada semua untuk menjalankan tugasan tersebut.


Lagi hebat, Sabun Marine ni kan, tadi saya pakai sabun ni masa mandi, dalam pukul 2 petang lebih camtu, then sampai sekarang wangi lagi, tanpa pakai syampu! jadi, sabun ni adalah wangi, dan korang pun kalau rasa pepening duduk dalam rumah kan, letak je hidung korang kat sabun tu, dan hidu sekejap, memang wanggiii dan boleh menghilangkan sakit kepala uolsss... seyes!!

Sabun Marine ni memang sesuai untuk muka dan kulit. 

Antara kehebatannya adalah :

- Dapat mencerahkan kulit yang kusam
- Membantu mengurangkan masalah seperti jerawat di belakang badan
- Mengurangkan excema (radang kulit)
- Menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak, celah peha, leher dan juga buku lali
- Mengurangkan parut di mana-mana
- Membuatkan badan kita terasa segar sebab ia sabun yang wangi. Serious!!!

Ada juga yang tanya..

"laaahhh... ada khasiat rumusan anti oksidan dan minyak asli tu tadi?"

Baik, memang nak cerita lah ni...

Garam buluh memang sangat kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit kita dan ia juga bertindak sebagai anti-bakteria, anti-alergi serta anti-keradangan.

Pheno-SFE (Ekstrak Teh Pu-erh) ni dijumpai di Yunan, China dan ia mempunyai khasiat seperti anti penuaan, dan ia mempunyai sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya.

Ekstrak Liquorice membantu mengurangkan perubahan warna kulit dan binti-bintik hitam dan ia juga membantu mencerahkan pigmentasi kulit.Terdapat satu kajian di University of Maryland Medical Centre mengatakan bahawa, liqourice gel dapat membantu mengurangkan simpton eczema seperti gatal-gatal, bengkak-bengkak, dan juga kemerahan. Hipotesis yang dipaparkan adalah 2 peratus liquorice adalah lebih baik daripada 1 peratus liquorice. Bayangkan!!! yang profesor ni guna gel, dan dalam sabun Marine ni ekstrak Liquorice, jadi, lagi hebat kan? - Sumber

Minyak Tea Tree ini membantu untuk menjadi anti-bakteria serta anti-kulat. Ia juga adalah baik untuk sesiapa yang ada eczema kerana ia membantu untuk mematikan kulat yang ada pada kulit.

Vitamin E adalah anti oksidan serta anti penuaan. Ia juga menjadi penyembuh kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Aloe vera. Terdapat banyak khasiat aloe vera ni, tapi biar saya high-light satu je kebaikannya, ia adalah untuk kulit. Kita semua tahu yang aloe vera ada banyak air kan, lebih kurang 99% air dan adalah salah satu cara untuk hydrate, kelembapan dan juga rejuvenate kulit. Cantik lah!!! Aloe vera juga meningkatkan keanjanlan kulit dan menjadikan kulit lebih flexible melalui collagen dan elastin repair. Aloe vera juga membantu melembutkan kulit. Ia membantu oksigen ke kulit dan ia meningkatkan kekuatan tisu kulit sebab ia menyerapkan dalam kulit. Aloe vera meningkatkan perjalanan darah di dalam kulit. Hebat kan?

Banyak sangat dah ni... wahahahaha... tapi apa salahnya kan? berkongsi segala kebaikan dengan orang lain, lagipun kalau kita berkongsi, orang dapat tahu, itu adalah lebih baik bukan? 

Jadi, kepada sesiapa yang hendak mengetahui lebih lanjut fasal produk ini, sila hubungi Nur Fadzliah di 010-2200414.

Assalamualaikum WBT

p/s: Kita membuatkan sabun ni sebagai sandaran kerana semuanya datang dari Allah SWT. Kan?