Nuffnang Ads

Thursday, April 24, 2014

Sudah Berhijab, Masih Seksi????

Assalamualaikum WBT,


Terpanggil diri ini yang kerdil untuk memberikan komen 'sempurna' pada diri sendiri tetapi mungkin tidak pada orang lain.

Ramai dah berhijrah kepada berhijab, alhamdulillah, kepada yang tidak tu, takpe la, mungkin hati masih berasa kurang enak. Mungkin, siapa tahu, Allah sahaja yang tahu. Kalau dari sekolah rendah dah bertudung, didikan dari awal, kadang-kadang ia membuatkan remaja rasa malu untuk tunjuk rambut. Tetapi, ada juga yang bila sudah habis sekolah, mereka memilih untuk menayangkan rambut yang dishampoo dan dibelai bak menantang minyak yang penuh untuk tatapan orang ramai. KATANYAHH! hahaha... entahlah.

Sekarang, alhamdulillah, ramai selebriti sudah memilih untuk berhijab, walaupun kadang-kadang auratnya hanya di kepala. Takpelah, at least dia cover rambut kan, compared dengan yang tak cover langsung? Gituu... 

Tapi kadang-kadang ada yang buat pernyataan,

"Si polan sudah berhijab dan sudah tidak seksi lagi".

Dek non, ni saya nak cakap siki, sapa kata berhijab/bertudung tu tak seksi?? sapa cakap? pada saya, orang yang bertudung ni ada 'seksi'nya dan contoh eh,

Ahmad ada beli ayam kepsi, bahagian PEHA dan DADA, tetapi dibiarkan terdedah di atas meja makan. Tetiba dihurungi LALAT, LANGAU, DIBERAK CICAK, DISENTUH CICAK dan sebagainya. Ada yang nak makan? huhuh.. tetapi adiknya juga membeli kepci, tetapi adiknya masih meletakkannya di dalam kotak dan ditudung pula dengan tudung saji yang menghalang pandangan lalat serta makhluk perosak. Elok dan cantik lagi ayamnya. Walaupun ia hanya KEPAK.

jadi??? apa pengajaran di situ deknon semua?

Haaa... nak makan sedap, kenalah pandai simpan. gitu? Takkk.. yang bertutup tu orang suka, dan yang terdedah tu, orang akan pandang je, tetapi geli, malu nak tengok sebab terdedah. Whats left if everything is shown?

Gitu?

Assalamualaikum WBT

p/s: nak hujaannnnn..

Wednesday, April 23, 2014

Pitch Perfect 2. Lovely!

Assalamualaikum WBT,

Haa.. untuk kali ni saya nak ceritakan fasal movie yang akan datang ke Malaysia kot, rasanya movie ni takde pape yang mampu memesongkan akidah manusia. Rasanya sebab ia fasal nyanyi-nyanyi je, takde unsur-unsur sensitiviti agama.

Okay, filem apa? 

Filem Pitch Perfect 2!!! Yes darling, after the success of Pitch Perfect which released on 2012, the sequel of Pitch Perfect is going to be in cinemas on May 15, 2015!!! ahhh.. excited! well, about ten months from now right? ow, 11 months.. something like that laa..

Tapi apa-apa pun, loads of things can happen in these 11 months kan.. tapi apa-apa pun saya memang nak sangat tengok cerita ni sebab after watching gazzillion of times Pitch Perfect, of course la nak tengok Pitch Perfect 2, lagipun, Rebel Wilson, my immediate favourite comedian is going to be in that movie. Hows that?

Memang nak tengok cerita ni, hahaha.. 

Assalamualaikum WBT

p/s: dieting..

Buat Duit Di Social Media!

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar? Sihat? 

Ya Ampunn.. panasnya hari ni... hari-hari panas wehh.. terasa cam duduk kat Zimbabwe, walaupun tak pernah pergi, walaupun kan! hahaha.. takde lah, cam kat Zimbabwe tu orang semua 'putih-putih melepak' jadi, anggapanku semuanya panas berdering... lalala~~ btw, berdering tu loghat.

Baik, hari ni rasa macam idea kering sebab hari terlampau panas, jadi, idea pun jadi tak menentu. Tapi apa-apa pun, kena tulis jugak. hehehe.. 

Ada orang tanya saya,

"Blogging ni boleh dapat duit ke?"

Ehem! saya jawab,

"boleh tapi kena lah betul caranya, kalau nak start business, boleh je buat guna blog ni tapi promote kaw-kaw teow lah, pastu kalau semata-mata nak harapkan Encik Nuff tu, memang tak lah, follower ratus ribuan dulu baru lah kaw teow masuk duit".

Gitu!!! sumpah tak paham kalau saya cakap kat orang camtu kan? hahaha.

Saya pun dah lebih 3 tahun kot berblogging ni, menulis tanpa henti tapi sikit je di Acc Nuff, bukan tak nak usaha lebih, cuma saya berasakan bahawa menulis ni adalah sekadar hobby. Gitu... hahaha.. hobby hobby juga tapi kalau ada duit, apa salahnya kan? Tak gitu?

Ramai orang membuat social media ni sebagai tempat untuk berniaga dan menarik potential customers sebenarnya. Tetapi, kalau macam blog ni, orang jarang sikit sebab wujudnya Facebook, Instagram, Twitter yang lebih micro dari blog kan, jadi ramai yang memilih mereka. Tak salah pon nak berniaga guna social media ni. Takde hal lah, memang ramai je yang maximumkan kegunaan media micro ni.

kalau macam Instagram kan, pergh!! kalau pergi ke IG2 artis-artis, tak kira besar ke kecil artis tu namanya, asal dikenali je, terus!!!

Visit my IG for....
Visit my lovely IG for...

Sumpah annoying. Bukan apa, ada kan tempat yang disediakan artis seperti Hanis Zalikha yang memulakan #sayajual untuk sebagai jenis perniagaan. Dari sekecil-sekecilnya hinggalah sebesar-besar perniagaan. Sumpah boleh cari. Contoh, awak nak cari pengetip kuku berkartun Pokemon, taip lah #sayajualpengetipkukupokemon .. rasa jumpa tak??? hahahha.. kalau jumpa, memang hebat! Teruskan penjualan pengetip kuku pokemon tuh, untung kot!

Jadi, kita duit ni dapat banyak sumber, dari kerja dengan orang sampai lah kerja sendiri. Tapi ikut kemampuan diri juga, kena tabahkan hati, kena kuatkan semangat. Untuk memulakan sesebuah perniagaan memang susah. Memang susah, tapi itu adalah cabaran. Lagipun, ramai je orang yang kerja kerajaan mulakan perniagaan sendiri sekarang, jualan langsung, MLM, kecilan, IKS, semua ada. Yang kerja swasta pun ada buat perniagaan, bukan apa persediaan diri. Duduk bandar besar, bukan senang, payah woo.. sebab tu ramai yang hendak balik ke kampung dan start perniagaan di kampung sendiri, ada potensi apa yang hendak dijual, jual!, silakan. Buat nasi lemak jual tepi jalan pon pakai kereta hebat. Dah? apa lagi? Masa pun ada untuk keluarga. 

Ada pros and cons, tapi itu lah, atas kita la pulak.

Dah, panjang lah, dari buat duit kat blog ke buat duit di alam realiti. hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: panas wehhhh...
p/s: Picture dari BY Clive.

Tuesday, April 22, 2014

Kita Manusia, Kita Belajar! Kita Pelajar!

Assalamualaikum WBT,
 
belajar lah di mana2..
Apa khabar semua? Memintak pada Allah sihat lah semuanya ye.

Baik, malam ni saya nak tulis fasal belajar.

Okay, baiklah, dalam dunia ni sebenarnya kita seorang pelajar. Lahir-lahir je dah menjadi seorang pelajar. Tak percaya? Cuba tengok bayi yang kecik-kecik tu kan, mak ayah dorang ajar dorang menjadi orang yang berguna dari kecil, walaupun menangis, mak ayah akan pujuk,

"okay, anak...cakap, nak apa,, nak susu yee?, jap,jap"

Walaupun dia tahu anak dia yang kecik tu tak pandai cakap, tapi dia membiasakan anak dia dengan bahasa yang digunakan. Jadi, minda anak kecil tersebut mempelajari bahasa yang digunakan oleh mak ayah dan serta keluarga dorang. Tak percaya lagi? Ada sesetengah linguists cakap yang language is innate. Memang dah ada dalam kepala. Saya dulu kononnya percaya lah sebab nak dapat A, takdenye.. hahaha..

Sebab apa, sebab bila sudah masuk ke alam bukan belajar formal dari buku dan baca buku yang linguists tulis untuk mendapatkan nama, saya menjadi berfikir secara waras, kalau language tu innate, kenapa perlu budak kecik tu menangis sampai merah muka mintak susu? Kan? cakap je la... jadi, sedari bayi kita menjalani proses pembelajaran, tetapi ia masih terhad. Ada limitation lah, nak lebih, sila baca buku.

Then, bila dah besar sikit, kita meniarap, merangkak, duduk, bertatih, berjalan, berlari, dan sebagainya. Proses tersebut bukan keluar dari perut ibu terus berjalan sambil pegang tongkat. Takk! kita menjalani proses satu demi satu, setahun demi setahun, dan sebagaianya. Kenapa? Kalau keluar terus pandai, bukanlah ia dinamakan satu proses. 

Bila kita sudah besar, kita tetap belajar, dengan dunia yang penuh teknologi sekarang ni, proses pembelajaran memang TIDAK AKAN berhenti. Tanpa dunia teknologi sekali pun, kita tetap akan belajar, hari-hari kita akan belajar sesuatu yang baru. Kadang-kadang kita dah memang expect, kadang-kadang ia datang tidak terduga. Cuma, ia berbalik kepada kita untuk menghadapi perkara tersebut. 

Sebagai contoh, mereka yang ada masalah untuk memahami isi kandungan berita di tv. Itu adalah satu proses pembelajaran CUMA, di tv mereka memaparkan apa yang mereka INGIN penonton lihat. Jadi, itulah yang mereka paparkan dan proses pembelajaran berterusan bagi mereka yang ingin memahami dan ingin melihat kepada yang lebih tersirat pemikirannya. Bagi mereka yang lebih kepada isi tersurat, maka, tidaklah pembelajaran mereka terhenti, tidak, tapi ia lebih kepada perlahan. Ia memperlahankan apa yang sepatutnya mereka mampu.

Lagi contoh, apa beza budak sekarang dan budak zaman dahulu, mungkin 20 tahun dahulu. Budak sekarang ada tv, tv berlambak-lambak channel, Disney, Disney HD, Disney XHD, Nickelodean, Ceria, CN dan macam-macam lagi. Sumpah, macam-macam. Minda mereka telah disekat. Jika dibandingkan dengan budak-budak dahulu, mengikut pengalaman sendiri, saya dengan rakan-rakan ibarat raja di kampung. 

Iya lah, saya budak kampung yang mandi dalam sungai, jumpa lintah bagai. Ia menjadi satu pembelajaran bagi saya, dengan udara yang tidak tercemar, jenayah yang tiada lagi pada masa itu, masih tidak tahu apa tu jenayah, rogol, liwat dan sebagainya. Dunia terasa tidak ada pengakhiran. Imaginasi berkembang luas. Namun tidak terlupa untuk balik ke rumah menolong ibu di dapur. Tidak lupa ye. Macam dulu, kami main sembunyi daun di dalam sungai. Kami menekup muka ke arah lain dan seorang akan menyembunyikan daun di dasar sungai yang keruh dan setelah disembunyikan, kami akan mencarinya. Ia membuatkan kami berfikir, dan menjadikan kami lebih baik dari segi permainannya. Bukan hanya bermain tetapi berfikir.

Tidak seperti budak sekarang, pendedahan imaginasi lebih kepada sumber tv yang rata-rata memberikan pengaruh kurang baik. Well, boleh pilih sebenarnya. Baik, saya akui, saya ada anak sedara yang memang suka menonton tv. Bagaimana cara untuk menghentikan mereka? Amik remote tv then alih channel. Confirm lagi, kalau menangis, suruh mereka buat perkara yang lebih mendatangkan buah fikiran untuk mereka. hehe..

Berbalik kepada topik pembelajaran itu tadi, tidak kita berhenti, kita akan belajar sampai kita mati. Sebelum mati pun kita akan diAJARkan. Kalimah Syahadah yang akan diajarkan kepada kita sebagai orang Islam. Jadi, pembelajaran tidak hanya di sekolah, universiti, kolej, tempat kerja tetapi melalui sebagainya. Kita melihat langit pun kita boleh belajar. Kita lihat pokok pun kita boleh belajar, inikan pula melalui buku-buku. 

Kadang-kadang ilham manusia itu sendiri adalah dari Allah SWT, yang baik lah, yang jahat tu datang dari manusia itu sendiri. Jadi, bangun pepagi esok, jangan lupa lihat ke langit dan lihat ke bumi, jauhnya langit, dekatnya bumi bukan? Apa maksudnya?

Jangan lupa belajar. Ia tidak akan terhenti semalam, ia akan terus kehadapan.

Assalamualaikum WBT

p/s: terpanjang pulak kali ni... ehehe

Transformasi Muka.

Assalamualaikum WBT,

Kita ni kalau nak tengok perubahan diri, kita kena tengok gambar kita lelama kan? I mean, gambar lama.. jadi baru kita boleh tengok perubahan diri kita, drastik ke tidak, gituu..

jadi, saya nak buat sekarang la ni.. hehehe..

2008
2011
2012
Ogos 2012
February 2014
Mac 2014
 Haaaa.. camne? tak banyak perubahan kan? gemuuk cam biasa.. huhuhu..

Assalamualaikum WBT

p/s: Nampak sangat lighthing memainkan peranan penting dalam sesuatu gambar...
p/s: Transformasi muka tu hanya tajuk, takdenye saya buat pembedahan weehhh..

Sunday, April 20, 2014

Akmall Razlan Atelier NEW PROJECTS!

Assalamualaikum WBT,

Untuk entry ni, saya nak postkan perkara yang saya usahakan. Apakah ia? 
Floral Printed Long Dress

Mahani's Zebra Printed Kimono Cardigan

Sally's Printed Long Kimono

Isra' Dress Pleated
Isra' Dress Pleated (Details)

Zaynab Long Skirt

Rayhan Long Dress

So, inilah projects yang saya buat sekarang. Hihu... inspirasi? Ulyana Sergeenko, seriously! hahaha.. Saya sebenarnya lebih suka buat baju budak-budak sebab I could experiment dengan my creations, sebab they will look good in any clothes dan dorang cepat membesar. Komersial values ada kat situ sebenarnya... hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Hebat? entahlah... hihu...

Saturday, April 19, 2014

Biar dihina, jangan Menghina.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Maaflah sebab tak update entry semalam, bukan apa, sibuk sikit. Ada job. Haha.. siapkan mana yang perlu dulu then baru lah buat mana yang patut. Okay?

Okay, nak tulis apa ni? Baik, ini nak ditulis.

Bismillah,

Pada hari semalam, hari Jumaat yang sungguh suci dan sungguh hebat, saya pergi menjahit di kedai. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Saya dengan sepupu saya masa tu, tapi bila ada je bas sekolah lalu, ada lah beberapa makhluk Allah yang sungguh biadap serta mempunyai akal yang tidak panjang, menghina dan mencerca kami.

Saya akui, saya tidaklah mempunyai badan sehebat Malek Noor yang boleh mereka panggil sebagai ahli bina badan, tidak. Namun, apa yang diberi Allah, itu yang saya pakai, itu yang saya syukuri,namun memang ada rasa untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Maaf, bukan ubah tapi perbaiki. Saya memang selalu ingin memperbaiki diri ini. Selalu.

Tetapi, kata-kata seperti itu bukan lah satu ucapan yang baik untuk diucapkan. Saya sendiri tidak sanggup hendak menghina orang lain untuk kepuasan diri sendiri. Itu sudah menjadi satu kesalahan yang amat sangat. Menyakiti hari orang lain adalah satu perkara yang berdosa, kecil atau besar, bukan itu yang kita lihat, namun, ia tetap berdosa. Selagi mana insan tidak meminta maaf atas kesalahan mereka,makanya sampai bila-bila lah mereka berdosa.

Saya juga kadang-kadang terfikir, sebenarnya, kalau saya nak menghina balik, saya boleh. Boleh sangat, mulut ini memang sangat lancang, sebab tu jarang saya membuka mulut. Namun, bila difikirkan kembali, orang yang 'calling names' terhadap kami tu, bukanlah juga seorang yang sempurna, jikalau hendak diklasifikasikan, mungkin jauh lebih teruk kot daripada saya sendiri, tapi entahlah, jikalau dia rasa diri dia sempurna, maka sempurnalah dia. Jikalau sebaliknya, maka sebaliknyalah.

Tapi itu lah, orang kata, seseorang yang berbuat perlakuan membuli ini adalah mereka yang mempunyai masalah dengan diri mereka sendiri serta mereka juga sedang berhadapan dengan masalah. Tapi itu lah, itu hanyalah kajian.

Namun, terima kasih kepada Nadhirah kerana memberikan video yang sungguh comforting untuk menenangkan diri saya sendiri. Terima kasih. I am pretty sure everyone has at least, one person calling names towards you. These bullies are so full of themselves sampaikan they think that other people are weak and not good. 

Well, guess what, Allah created Man equally great and we are not the one who could easily downgraded Allah's creation. So, beware.

Saya pun selalu je pesan kepada diri saya sendiri, bila dah tua-tua ni, biasalah, dekat dengan mati kan? hehe... ingatkan diri supaya lebih banyak mengingati mati, bersabar, kurangkan bercakap. Lagipun, cakap lebih-lebih tak guna kalau ia hanya mengeluarkan dosa, tak gitu?

Assalamualaikum WBT

p/s: Siap satu baju melayu leher teluk belanga. Alhamdulillah. 

Wednesday, April 16, 2014

Terima Kasih Mak Dara!!! Luv U!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Semua sihat kan? Hahaha...

Saya nak sangat-sangat berterima kasih kepada Mak Dara aka Mak Dara. *eh? hahaha.. memang panggil mak dara, so, takde lah aka kan? hehee..

http://www.bicaramakdara.com

Kenapa nak berterima kasih? 

Kalau nak berterima kasih ni, kadang-kadang tak perlu pun alasan yang besar-besar kan? Tapi kali ni memang besar, hahaha.. mak dara telah buat satu segmen kan? Then lebih kurang 10 blogger lain follow saya dan of course saya follow balik mereka,..tapi ada yang saya click gambar profile dorang, tapi tu lah, takde link, payah saya nak follow balik.

Kepada yang baca ni, kalau boleh, tolonglah betulkan setting dan juga, lagi senang, letak je link anda kat ruangan komen kat bawah entry ni, senang, kan? 

Jadi, ini banner Mak Dara, kepada yang tak follow dia lagi, sila lah.

Assalamualaikum WBT

p/s: thanks Mak Dara!!!

Monday, April 14, 2014

Fashion Designer : Ulyana Sergeenko.

Assalamualaikum WBT,

Okay kepada yang suka berfashion tapi risau dengan keadaan fashion sekarang ni kan. Baik, korang boleh refer kepada sorang fashion designer ni, dia mereka yang agak muslimah lah walaupun dia bukan muslimah, tapi nilai yang dia letakkan dalam setiap rekaannya boleh dianggap sebagai agak sopan dan santun *mostly lah...

Siapakah dia? 


 Ulyana Sergeenko is the crowned Russian queen of fashionable ladies and the most high-profile figure of the so called Russian Fashion Pack, Russian Mafia or the Czarinas  (the core members of which are: Miroslava Duma, the daughter of a Russian senator and editor of a fashion and style site - Buro24/7; Vika Gazinskaya, a fashion designer known most for her numerous geometric hairstyles and Elena Perminova, a model and the wife of Alexander Lebedev, a former spy for the K.G.B. that is now a banking magnate and owner of The Independent and The Evening Standard of London newspapers - more on them later). Source.

Kalau nak baca boleh lagi. Bukan apa, most of her pieces are dresses, long dresses yang menjadikan ia amat boleh di pakai di Malaysia. Cuma, confirmlah kalau ada yang pakai dress nanti orang kata gila kan? Sebab apa? Sebab long dress memang bukan budaya kita. Baju kurung adalah budaya kita, tapi jikalau ia menutup aurat, apa salahnya bukan? Tak begitu?

So, mari kita tengok this fashion designer yang memang hebat dan dia juga bukan calang-calang orang, mari kita tengok dia punya rekaan.
 Ini la hasilnya, dia ada 40 seamstresses yang memang hebat, untuk yang couture, it takes up to months to finish one garment, hows that? nak mampus. hahahha... aku buat pun sekejap je.. iya la kan, couture, semua made by hands. Semua! Sekian. Kalau Chanel dresses yang couture tu pun dibuat dari tangan, 100 per cent. Pergh!

Okay lah, tu je lah, 

Assalamualaikum WBT

p/s: memang inspired gila tengok Ulyana Sergeenko ni, my cousin yang tunjukkan, dan I jatuh cinta dengan her works! gila hebat!

Lekat Tulang!

Assalamualaikum WBT,



Baik, seminggu yang lepas, saya makan kari ikan tongkol hitam, mak saya masak. Memang sedap! then, hari Isnin kalau tak silap, saya makan lagi ikan tu, nak dijadikan ceritaaaa.. saya terlekat lah tulangnya...

Selama...

1 minggu... lama kan? 

dah macam-macam cara dan jalan yang telah saya lakukan, kepal nasi, telan, tak jadi. Minum air dalam senduk, tak jadi. Cuba muntahkan, tak jadi. Jolok guna jari, tak jadi. Pendek kata, memang tak menjadi lah..

Then semalam, saya pergi ke rumah satu pak cik ni, sedara jugak lah, saya kiranya, berjampi lah. Tapi istilah kat sini, panggilnya, 'ber-alin tepung'. Adunan tepung tu dari tepung beras. Tetapi, kalau nak berjampi lekat tulang ni, JANGAN CAKAP KAT PAK CIK TU YANG AWAK LEKAT TULANG. nanti, tak menjadi! Sumpah! Seyes, biar pakcik tu sendiri yang tahu.

Saya datang tu dalam kol 8 malam camtu kot, tapi tak berjampi lagi, sebab ada orang lain dulu, orang yang datang dulu tu lagi hebat! macam-macam masalah. hahaha.. aku ada satu masalah je, then lama sikit la tunggu, tapi takpe, sabar menanti pon.

Lepas tu, giliran saya. Pak cik tu tanya,

"Sakit apa?"

Mak saya jawab dari jauhhh..

"Sakit nak menelan, sakit tekak".

Motif, tak nak saya terlepas cakap. Saya pun senyap je lah... hahahha..

Then dia alinkan tepung tu dekat tekak saya, dia adalah bacaan yang dibaca, saya percaya sebab dia ada ayat al-Quran yang di baca tu, lagipun,dah lama dah dia berjampi, sejak zaman arwah ayah dia lagi. 

Kali pertama dialinkan tepung tu, takde apa-apa lagi, kali kedua tu, dia hembus je, then dia buka tepung tu, dia rasa guna jari dia, ada! Ada tulang ikan. Sebelum tu, pak cik tu cakap,

"Ni macam tulang ikan je".

Aku? Senyum je lah... 

Pak cik tu tanya lagi, 

"lama dah lekat ni?"

"Dah seminggu dah".

"Oh, patutlah, dah luka dah ni, patut bawa air tadi".

Ohhh... macamtu, tak percaya? Itu ikut masing-masing lah, sebab aku percaya. Ia terjadi depan mata aku, nampak tercacak tulang ikan tu, dua weh!! dua. DUA. Memula tu dapat yang besar sikit, then kedua tu dapat yang kecil sikit. Haaa? macamne? Alhamdulillah, sekarang, aku takde masalah dah nak menelan, dan takde dah rasa sakit. Alhamdulillah sangat! Syukur kepada Allah SWT.

Orang selalu kata,

"kenapa nak percaya bomoh-bomoh ni? Syirik!"

Haa... ni meh saya nak cakap sikit. Ini bukan ikut logik eh, memang kalau percaya sesungguhnya yang apa-apa boleh mengubati ke, mengubah takdir hidup ke apa ke, adalah sangat syirik TETAPI, jikalau kita BERSANDARKAN kepada pak cik, niat kerana Allah SWT untuk mengembalikan kesihatan kita, rasanya, in Shaa Allah, takde masalah. Janganlah sampai bercakap bukan-bukan, pak cik hebat lah, kalah kuasa yang Maha Besar lah, apa lah, Itu iya syirik qubra. Dosa ya amat.

Alhamdulillah, sudah baik sekarang, cuma now, tak ley makan benda yang pedas-pedas dan kena banyak minum air. Sebab untuk membaikkan luka dalam tekak tu. Hehe..camtulah.

Saya pernah gak lekat tulang dulu, tulang ikan terubuk, masa rumah lama. Perghh.. lama tak naik ikan tu ke rumah lepas daripada tu. Tapi, dah lama okay lah. Takde la sampai fobia. Agak-agaklahhh... hahahha...

Nak jadi kan, kadang-kadang kita dah makan elok-elok dah, pilih betul, jadi jugakkkk! tu lah. Dah la membebel, 

Assalamualaikum WBT

p/s: Takde maknanya nak serik makan ikan tongkol. Feveret kottt...

Saturday, April 12, 2014

YAHUDI dan YUHUU.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Mari, hari ni saya nak bawakan satu perkara yang orang selalu buat, apa?

TYPO.

Seperti mana yang kita semua tahu, typo memang selalu terjadi kepada almost semua orang, tapi typo selalunya dekat-dekat dengan huruf-huruf yang hendak ditaip, kan? 

Jadi, contoh typo yang saya sendiri nak highlight hari ni adalah,

YAHUDI dan YUHUU

Kepada yang tengah online sekarang, sila lihat key board anda.

Huruf Y ada di kedua-dua perkataan kan?
Huruf A dan huruf U adalah jauh dari tempat masing-masing.
Huruf H adalah sama.
Huruf U adalah sama.
Huruf D dan huruf U adalah jauh dari tempat masing-masing.
Huruf U dan I adalah bersebelahan.

Baik, itu penerangannya untuk typo.

Selalunya typo atau salah taip ini terjadi apa bila seseorang hendak menaip dengan cepat. Kalau macam saya, saya ada faktor lain, jemari saya besar tetapi kadang-kadang disebabkan selalu precautious, saya selalu tengok dulu apa yang saya taip sebelum sent. Tapi saya tak tau la orang lain kan?

Kalaulah saya nak ceritakan semua agaknya, macam-macam pulak nanti, tapi biarlah, Kita tengok dari segi teknikal saya ye. Tapi iya lah, ikutlah macamne pun, hanya Allah SWT yang tahu, kata orang salah faham, kata saya, saje dibuat. Tau tak isitlah sindiran lembut? Ini adalah salah satu daripadanya.

Assalamualaikum WBT

p/s: malas nak tunjuk printscreen.
p/s: macamane lah dulu cik tu survive.
p/s: Haters?
p/s: BM ada autocorrect eh?

Sunday, April 6, 2014

Balik Kampung!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Lama gak saya tak update entry, maaf lah, ada job aritu tu, buat pelamin. hihu...

Ni Selasa lak, nak tolong sepupu kemas rumah, dah pindah rumah baru, alhamdulillah, lebih cantik, lebih besar, lebih hebat dan lebih putih. Hoho...

Hari ni saya balik rumah kat kampung dulu, kemas-kemas bilik, mana yang patut sebab masa aritu left macam tu je, tanpa kemas-kemas kekemasan penting, jadi, hari ni kena lah kemas, nasib baik hari ni tak panas, sejuk jeeee... best! rasa macam duduk kat Maldives *tak habis-habis dengan maldives, ikut Chef Wan... hahahahha..

Tadi sampai rumah awal juga la, dalam kol 8 am camtu, naik dengan Angah *cousin. Angah nak gi keje then naik dengan dia je lah. Then saya lelap jap, pastu mak ajak pergi pasar minggu. Then saya pergi la, dengan mak dan abang kembar saya. 

Pastu, tu je la, sekarang depan laptop update mana yang patut. hahaha..

Tetiba rasa nak berhenti blogging, lagipun, macam dah tak banyak entry je nak update. Hurrmmm...

Assalamualaikum WBT

p/s: Rasa cam nak lelap lagi jeee...

Wednesday, April 2, 2014

Bila Haram Menjadi Murah...

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, saya sihat, ada sakit sikit, but in shaa Allah, lepas makan ubat mintak-mintak la baik nanti. 

Entah, semakin hari semakin pelik dunia ni kan?? Semalam saya ada buka twitter, sedih dan terkejut dengan ada sepasang manusia ni ambik gambar tengah buat perkara yang tak elok then postkan kan media social. What happened to moral values? 

Then aritu ada terbaca fasal,

"Bila halal menjadi mahal,
"Haram menjadi murah"

Mendalam sungguh maksudnya ni sebenarnya. Bukan apa, cuba tengok sekeliling kita sekarang, apa benda yang haram yang dijual secara murah dan senang untuk didapati. Bahaya woo...

Siapa pernah pergi Pulau Langkawi, saya pernah pergi juga sebenarnya dan ternyata barangan disitu adalah tiada cukai. Rokok, arak, antara barang yang tidak dikenakan cukai. Kenapa? Senang nak beli camtu? Sepupu saya ada cerita jugak,

"Yang beli arak bertin-tin tu, bukan orang Cina sangat, orang Melayu mengalahkan dorang lagi, letak dalam bag, then lalu kat kastam, tak tahan pun".

Iya, ada. Tak caya cuba pergi la tengok, ramai sangat yang menggunakan kelebihan ini untuk kepuasan nafsu sendiri. Arak bukan untuk orang lain, beli untuk dorang sendiri, kalau bukan Melayu Islam takpe, ini tidak Melayu, dalam IC ada tulis Islam, mungkin lah dorang tak nak menganut agama Islam kot. Nauzubillah... 

Entah lah, mungkin nilai-nilai yang diajar oleh setiap keluarga itu berbeza, tidak sama dan mungkin ada yang lebih mementingkan keduniaan, mungkin la saya tak tahu. Tapi apa yang saya tahu, dua-dua kena balance, tapi lebihkanlah sikit dunia akhirat tu, bekalan ke sana bukan senang nak dapat kan? Tapi kalau betul caranya, senang je nak dapat kan? huhu... tapi hati kena ikhlas lah... itu atas diri sendiri laa pulak...

Jadi, jangan lah tunjuk sangat diri tu jahil, bukan apa, kita hidup dalam zaman yang penuh teknologi ni, ia dah menjadi satu cabaran. Dulu masa mula-mula ia diperkenalkan, ia menjadi satu perkara yang agak janggal, sekarang ia merangkumi semua aspek, keperluan, kebaikan, keburukan, cabaran. Bahaya kan? Tengok atas penggunaan pulak lah...

Dah lah, panjang sangat lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: mintak jauh lah...