Nuffnang Ads

Thursday, May 29, 2014

Terminal Sentral Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Hari ni adalah hari saya ber-travel ke Kuala Terengganu dan sekarang saya sedang berada di Kuantan, Terminal Sentral Kuantan.

To be honest, terminal ni tersangatah hebat!!! Seriiiously. Like believe me. Macam-macam ada kat sini and ia pun dah macam airport. Hebat gila!!! Hahahaba...

Ada departure hall, arriving hall, kedai makan kat atas, kiosk2 kat bawah, perkhidmatan teksi, bus rapid kuantan, apa lagi? Tu belum cakap sal deretan kaunter yang sederet tak perlu jalan jauh-jauh kaww... hahahahah...

Ada escalator bagai, sumpah cantik. Cuma tak sempat bercakap dengan sorang penjaga kiosk kat situ, dia cakap,

'Terminal ni dah lama dah... awal tahun haritu.. sempatlah merasa rugi dek banjir besar tu..'

'Sampai mana dik banjirnya?'

'Sampai dada gak la'

Tinggi wooii.. saya rasa cam kagum lak sebab banjir tinggi, sama kagum dengN tempat ni.. hahaha.

Dah la.. nanti citer lagi.. tu la tak rasa tak tau, dah rasa kagum bagai2. Hahaha.. cantik terminal ni..

Jap saya amik gambar ruangan menunggu aka departure hall.

Assalamualaikum wbt

P/s: naiklah bus..cuba. hahaha

Tuesday, May 27, 2014

Minggu Epic 26 Mei - 1 Jun 2014.

Assalamualaikum WBT,


 Kalau sebut Terengganu, ingat sotong celup tepung...

Apa khabar? Minggu ni memang minggu epic hebat, mari saya cerita sikit..

1. Isnin, saya pergi interview di Pejabat Agama Islam Raub, Pahang. Jawatan apa? Jawatan Guru Sekolah Menengah Agama (SMA), Guru Umum. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Memula tu saya rasa macam, 

"what the heck I am doing here?"

Macam-macam pertanyaan yang saya tanya pada diri sendiri, itu la... ini lah... then bila nampak pulak Ustaz Suhaimi yang dari Sekolah Menengah Agama Dong tu, lagi lah hati berdebar-debar, saya ada sejarah pendek yang agak kurang senang lah, bukan apa, hal aritu tu, yang sepupu saya tu... hahaha.. gugup nak mampus yooo... seyes! Then bila dah masuk, alhamdulillah, segalanya berjalan as planned. Lagipun, saya memang jarang nak cakap dengan fellow candidates, cuma sebelum masuk tu saya ada cakap dengan kenalan, muda setahun saya, sama sekolah agama dulu, so, takde hal lah... hahaha.. yang lain ni, ramai wanita, macamne? Saya boleh je, cuma tu lah, takut dorang malu je lah, maklumlah, handsome.! hahahha. sekian! hahahahahhaha..

2. After interview, balik, then pergi melawat bapa saudara sakit di Bentong. Jauh gak lah, tapi bapa saudara kan, kenalah tengok. Alhamdulillah, masa saya pergi dengan ayah saya, pak sedara saya takde pape, cuma dia kurus sungguh lah. berbeza dengan beberapa tahun dulu. Semoga Abah cepat sembuh. Amin.

3. Hari ni! Selasa, dapat lak tugasan kena memasak untuk kursus RISDA kat Kampung Jenud ni.. saya? masak? helok sikit yea.. saya memang pandai lah masak ni, nak cakap hebat, takde lah, tapi kalau setakat nak membesarkan diri sendiri tu, boleh sangat, dan jugak membesarkan diri orang lain, seharusnya boleh sangatttt... hahahha.. Apa yang dimasak? saya masak kuah untuk Ayam Masak Merah, kuah sedap wehhh.. sumpah sedap. hahahah..kelas, ala-ala catering kaw teow dah!!! huyu... lauk lain? Gulai Lemak Nangka dengan Ikan Masin, Sayur Kangkung, Kangkung Rebus, Sambal Belacan, Nasi Putih... dap dap!!

4. Petang ni, saya main Badminton! lama sungguh tak main wehh.. hampir 3 tahun.. ya Ampun... Ive still got the moves darling.. still got... hahahaha.. seronok main tadi. Walaupun main dengan kanak-kanak, terserlah lah kekanak-kanakkan saya sendiri. Ala-ala fefeling anak-anak manja 17 tahun gitu... hahaha.. anak mak wehhh.. biasa lah.. dan anak ayah jugak. hihu.. manja uols!! manjaaaa...

5. Esok? esok planned nak pergi mengutip getah sebab mak ajak pergi. Okay lah, pergi lah, biasa je lahhh... hehe..dapat duit..hehehe..

6. Khamis? 29 Mei 2014, saya nak ke Terengganu!!! Terengganu here I come!!! walaupun naik bus, hati tetap excited!! nak jumpa rakan-rakan kat sana! ya Allah, tak sabar sungguh, hati rasa macam melonjak-lonjak keriangan nak jumpa dorang! doakan saya ye? hehe..

Tu je lah update hebat..

Assalamualaikum WBT

p/s: Tak sabar sungguh wehhh.. prepare macam-macam ni...

Sunday, May 25, 2014

Piala Thomas Malaysia Menang, Please!!!

Assalamualaikum WBT,


Kau rasa? Tengok final set untuk Akhir Piala Thomas Malaysia menentang Jepun. Nak gugur jantung saya tau dak?

Ayah saya siap cakap,

"Ayah malas nak tengok, kang kalau kalah kan ayah nak marah, baik ayah tido je dulu".

Iya ayah!! saya setuju sangat.. saya pulak duduk dalam bilik sambil update entry ni yang dengan hati berdebar-debar yang hamat? Memang sakit hati wehh..minat tu minat tapi takut,, takut tak dapat terima kenyataan weehhhh.. rasa takut sangatt...

Takuma Ueda tu nampak hebat, ranking #25 dunia, berbanding Daren Liew yang berada di #66 ranking dunia. Tengok ranking memang sakit hati. Tapi perlu diingat Ueda menang keempat-empat perlawanan siri Piala Thomas kali ni berbanding Daren yang hanya menang dua perlawanan.

Ni sebab takut la ni sampai analisis bagai. 

Nak menang!!! tapi takut nak tengok!!! nak tido pun tak boleh. saya percaya orang Malaysia yang tengok pun rasa macam takut gak kan? Berdebar-debar dengan perlawanan terakhir ini, harap-harap Daren menang lah, tapi penyokong Jepun pun hebat jugak! Mental dorang macam kuat jeee... adoyai!!!! please !!! menanglahhh...

saya nak dengar sangat..

Malaysia menang Piala Thomas 2014!!! pleaseeee...

Assalamualaikum WBT

p/s: please laaa menang!!!!

"Awak gemuk yang diterima" - kawan.

Assalamualaikum WBT,

saya nak bangun esok, badan terus jadi camni!!! pleaseeee... hahahahha

Apa khabar anda semua? Mesti sihat kan? Hari ni hari Ahad, sunny sikit. feeling lah.. berjemur bagi tan kulit wooohhooooo... hahahaha... 

Baik, tadi sambil bersenam sekejap, ada teringat kata-kata kawan saya dalam FB,

"awak tu gemuk yang boleh diterima".

Hairan juga. Gemuk yang boleh diterima, kalau saya, saya tak boleh terima diri saya gemok, walaupun! hahahahaha.. sebab bukan apa, kalau gemok ni rasa cam sakit hati je, saya pun masih dalam proses mencuba untuk mengurangkan berat badan dan sejujurnya, saya rasa gemuk la, sebab memang gemuk kan, takde rasa-rasa lah, memang gemuk. 

Cuma, yang mengubah cara saya makan sikit adalah GOUT. Iya, sakit yang membawa kearah kebaikan. Cuma saya bersyukur sebab saya sakit yang boleh lah dikontrol lagi sebab ada sesetengah penyakit yang tak boleh nak dikontrol seperti, kanser, penyakit yang tak boleh diubati. Sungguh saya bersyukur pada Allah SWT.

Saya masih ingat yang mentrigger sakit saya tu adalah...

pada akhir bulan Januari 2014, saya makan udang, sotong, nasi kerabu (3 bungkus), hahahaha.. kau rasa? Kalau gout tak menyerang mungkin sakit jantung terus. hahahha. seyes! time tu, saya makan tak hengat dunia, ya Allah, sumpah! makaaaaaannn jeee.... memang tak hengat wehhh.. pening kepala kalau fikir sekarang ni. hihu... then saya malam tu kaki sakit-sakit sikit, 

tetiba, ESOKNYA!!! hamek kau!!! gout menyerang.. nak menangis saya wehh... sakit nak mampus!!! sakit yang hamatttt.. seriously! memang sakit. memang tak tau nak cakap hape kesakitan tu camne... memang. pergh! titik!

Cuma nak cakap sini, penyakit memberikan kita nikmat. Nikmat itu adalah sakit dan sakit itu nikmat. Camne nak dikatakan nikmat? Kalau kita sakit kita ingat segalanya. Seriously, time tu la kita ingat Allah, time tu la kita ingat mak ayah, keluarga, adik beradik, sedara mara. Seriously. Itu baru sakit gout, kalau sakit lain yang akhirnya mati? Lagi lah agaknya... kan?

Apa-apa pun, sekarang alhamdulillah, sudah dekat 4 minggu saya tidak sakit kaki, mungkin sebab saya cuba untuk mengeluarkan peluh, walaupun setitik, kan? Tapi tu lah, tetap keluar, malam-malam saya exercise. hehehe.. sit up je.. tapi tu lah, 30 je la, lebih dari tu, cramp perut ku.. hehehe..

Dan alhamdulillah, walaupun tak timbang, tapi rasa diri ini agak ringan sebab banyak benda tak makan, musuh utama adalah Ikan Bilis *anything related to ikan bilis anchovy memang saya tak boleh makan! sedih kan? Padahal itulah perisa yang paling deabak! hahahaha..

dah, esok ada interview. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s; wish me luck!

ABPBH 2013 : Komen-komen menarik!!!

Assalamualaikum WBT,



Sapa tengok ABPBH2013 pada malam semalam? 24 Mei 2014, Sabtu? Siapa tengokkkk???

Saya tengok, sampai tak pergi la semalam ke kenduri, hihu.. punya la nak tengok., Takde la taksub cuma memang nak tengok, sebab awal-awal tu dah dikejutkan dengan macam-macam kan.. mari saya kita kejutan yang diberikan oleh ABPBH2013 di PICC tu,

1. memula dah ada orang lalu lalang depan camera, nampak sangat tak tepat masa then rasa macam tengok citer cetak rompak. Tetiba ada bayangan lalu., ingat hantu, tapi tu lah...hahaha..

2. pemenang menang memang kaw teow jauh dari prediction. Nak-nak Siti Saleha, Achey, Shah Iskandar... lu orang memang hebat! nak-nak masa reaksi Siti Saleha menang anugerah Pelakon Wanita Filem Popular, mak aigh!! memang hebat!! hahahaha.. kelas kau kak!

3. Pakaian, overall memang fefeling la, yang dedah dan yang litup sama naik uols!!! yang terdedah tu memang mintak kaki lah,...nak-nak pelakon hebat jadi mak jahat.. Zila Bakarin, kaki kakak, memang cantik! kenapa tak belah sampai peha je kan? alang-alang. Oh sorry, kalau sampai peha aurat sangat? gitu?? kelas kakak! tak mampooooo...

4. Nabila Huda. Entah, saya rasa dia nak jadi cam jungle girl gitu kan.. pakai suar pendek ala-ala Jane masuk hujan nak g jumpa Tarzan, malangnya, alang-alang kan, kenapa tak pakai compang camping je.. uols, lagi dihormati kalau pakai camtu.. cantik pun cantik, takpun, buat gown guna bunga. Mungkin Nabila Huda dah malas nak pakai gown-gown kot, bukan lama pun kuarnya.. hihu...

5. Dato AC makin kurus lah nampaknya. Cakap fasal kurus, Hafiz pun kurus jugak. Takut lak tengok anda, makin kurus, jangan la kurus sampai cengkung.... bahaya dik, orang nanti cakap-cakap, memang la awak ada jawapan, tapi biasalah kontroversi kan. Sabar eh? makan nasi!!!

6. Jihan Musa, kelas kau kakak!!! menang Pelakon Komedi Wanita Popular. Keluar je jihan, mak saya jerit "Ya Allah, kain!!! kenapa macamtu?" Deknon, awak tu pelakon bersih tanpa kontroversi, saya suka tu! tapi jangan lah pakai kain belah-belah ni, takyah! tak belah pun cantik dah, kalau belah tak cantik!!!! tak cantik langsung! jangan lain kali k?

7. Pengacara 4 orang tu memang okay, tapi kalau keluarkan Shiro tu, lagi best kot. Bukan apa, kadang-kadang 4 is too much, I think 2 is enough. Takpun!!!!! kembalikan Gandingan Raja Azura dan Sharifah Shahirah!!! pleaseee.. rindu sangat dengan kakak ku dua orang tu...btw, Kak Shira, hati-hati ye, kepala tu tak baik lagi...

8. Ada lagi Zed Zaidi pertikai kemenangan Aaron Aziz, bodoh sangat ke kau? Kalau orang tu menang then sebab kau tak menang kau nak bising-bising lah? Ya Ampun, buat malu je. hahaha.. sapa pilih? Peminat, Aaron Aziz menang sebab peminat pilih, kau tak tercalon sebab peminat tak pilih pon. Jadi presiden sebab artis pilih, dan clearly artis tak pangkah nama sendiri dalam borang BH, jelas tak kat situ?

9. Apa lagi? Persembahan, suara Asmidar memang best bawak lagi Percayalah tu!!! Cayalah!!! Suara Indah pun Indah tapi macam nipis lak, tapi high note adik memang best!! Asmida, patut diberi lagu camni la pun, feel je dengar. Suara weight best. Zainal Abidin masih berbisa wehh!!! memang sedap suara. Liza Hanim? Nora, ni yang dinamakan Otai Masih Berbisa!!! Nora, tinggi nau sore awak... Persembahan last tu, Magis Alam, semua tengok telepromter, nampak sangat tak hafal lirik. Nak-nak si Ayu Damit tu, suara best, tapi feel kurang sebab lantak nak tengok lirik. Siti Sarah? cantik dah!!! makin kurus.. suara pun masih sedap!!! Salamiah Hassan, memang best! Ratu Jingle yang memberikan persembahan terbahek!!! deabak!! Dayang, tak yah cakap la Dayang, kehebatan memang diakui, lagu Di Pintu Syurga tu memang tinggi, nak-nak part last, sapa boleh sustain note camtu? huuu.. overall, persembahan memang best, cuma transition dari lagu Untukmu Ibu ke Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang tu memang EPIC FAIL! Sedih yang hamat ke gumbira lompat-lompat? apakah??? pening deknon jap.. Dina! awak patut ada persembahan khas dengan Kak Dibah! sekian!

10. Dah, nak masak lah, tahniah AAron Aziz... comel je nak nangies kan? Ingat tak famous dah la tu... Fear Factor membantu awak dan drama dan filem tahun lepas banyak menaikkan nama awak wehhh...

Assalamualaikum WBT

p/s: suka tengok artis-artis fefeling USA,... kelakar. 

Saturday, May 24, 2014

Entry Sangkut : Ketiadaan Talian Telefon Di Kampung Jenud.

Assalamualaikum WBT,
 

Masih berkisar tentang talian komunikasi di tempat saya ni. Saya tak kisah kalau tulis bab-bab macamni, saya cukup suka sebab apa, kalau saya tulis, at least kalau dapat manfaatnya, orang lain pun dapat jugak, Senang kan buat pahala? Islam kan amalkan, 

Buat baik kat orang, orang lain dapat pahala, kita pun dapat pahala.
Buat jahat sendiri-sendiri. 

Gitu ar. Baik, hari ni saya baru je lepas email kepada Sinar Harian Pahang untuk menyatakan ketidakpuashatian mengenai ketiadaan talian komunikasi di Kampung Jenud dan sekitarnya. Baik, susah sebenarnya kalau takde talian telefon ni, susah yang hamat.

Bayangkan cakap menjerit-jerit tapi takde apa yang didengari? Bodoh kan? Rasa bodoh tak? Sangat bodoh sebab kerajaan lebih rela tingkatkan apa yang orang nak tengok berbanding apa yang rakyat ingin tingkatkan. Pening kepala.

Dah la harga getah jatuh merundum dan takde pape pun sampai sekarang untuk menyelesaikan masalah ni. Agaknya sama la macam petroleum yang akan hilang isunya dengan jawapan,

"Harga petroleum bukan bergantung kepada kita, kita ikut harga minyak dunia".

Tup tup, harga minyak naik, kita pun naik juga, sebab apa? sebab nak apply rasionalisasi subisidi. Pening gak kepala fasal tu. Ups, sorry rasionalisasi subsidi tu lebih dilebihkan kepada gula kan? Ke sama je? hahahha.. tengok, pening langsung! 

Malas nak baca fasal minyak, kena baca jugak, nanti ditanya, ternganga. Nak kata bantah, mintak keje dengan kerajaan, terpaksa la berpura-pura untuk itu. hihu..

Baik, berbalik kepada talian komunikasi tadi, iya, memang susah kalau takde talian komunikasi ni. Kalau macam saya ni, saya bergantung penuh kepada perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar yang ada, tetapi macam semalam, langsung tak boleh connect sebab memang tak boleh, saya sendiri tak tau kenapa. dan tadi anak sedara saya cakap, even pencawang talian komunikasi yang terletak dari Jerkoh tu pun mempunyai masalah di mana kalau nak connect Mobile Data, terus takde signal/talian. Apakah itu yang dicanangkan oleh sekalian services providers yang mengatakan bahawa syarikat mereka membekalkan talian hebat sampai ke seluruh Malaysia? Kelakar sangat.

Macam saya, saya menggunakan fixed line dari UMobile tetapi ia plan murah la tapi kadang-kadang RM50 juga sebulan, kalau saya baca hanya RM30 *plan murah tetapi tidak dapat apa yang dijanjikan apakah ia berbaloi? Jikalau itu plan paling murah jika dibandingkan dengan plan-plan lain, adakah saya perlu bayar lebih untuk plan dari syarikat komunikasi lain tetapi dengan service yang sama? Sucks kan? 

Bila cakap macamni ada suara-suara sumbang sumbing kata kita tak bersyukur. Nak buat panggilan keluar pun payah, nak terima panggilan apatah lagi. Kesian woi, tak kesian ke? Email saya dah hantar kepada ADUN di Raub ni yang BN lah sebab saya juga sokong BN tapi tak melulu macam setengah orang, saya hendakkan perubahan dalam BN itu sendiri, tolonglah menjadi lebih baik, bukan menjadi lebih teruk. Saya maklum politik itu kotor tapi tolonglah, tolonglah, fikir apa yang baik untuk rakyat. Tolonglah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Ada mak cik ni suka stalk FB orang then tanya orang ni orang tu yang orang ni pro ke pembangkang. Bodoh mak cik ni sebab mak cik ni penyokong parti taksub sangat, agaknya kalau orang besar suruh makan taik, mak cik tu mesti cakap, "berapa kilo kena makan ni?" euw! habat sangat..

Thursday, May 22, 2014

Panda-money-um?

Assalamualaikum WBT,



Heboh weh citer fasal panda. Haa.. yang ada a little bit black, a little bit white and its Asian. hihu.. pernah dengar lawak tu kan? hihu.. panda, panda.

Saya bukan la percaya sangat tentang khabar angin ni, tapi apa yang telah menjadi viral dalam Facebook dan di mana-mana ni sudah memang jelas terpampang rasa tidak kepastian tentang KOS sebenarnya DUA ekor panda dari China tu. Adakah benda kos tersebut, atau ia kurang atau lebih? Tiada sapa tahu hal sebenarnya melainkan DS Najib sendiri.

Bolehkah kita mendapatkan kepastian dari pihak yang berwajib? Adakah benar kos RM25 juta untuk satu ekor panda tersebut? Kalau dua? Apakah ia benar? Banyak nau duit Malaysia ni lagi?

Sedangkan tempat saya ni takde line telefon? 

Iyaaa.. saya paham, apalah sangat kampung saya dan kampung-kampung lain yang ada kat Malaysia jika hendak dibandingkan dengan panda DUA ekor tu kan? apa nama mereka? Fuwa? entah, maaf, saya tak tahu pun. Tahu-tahu panda dua ekor tu dah ada kat Malaysia.

Agaknya apa sebab sebenar dua ekor panda tu dibawa ke Malaysia ni. Nak ikutkan, mana boleh pegang panda tu, mana boleh belai-belai ke. Kat China pun tak boleh, inikan pulak kat Malaysia dan dijangkakan El Nino akan melanda tak lama lagi. Fuh deknon, nak termuntah mendengar kos elektrik yang akan melambung dek nak bagi panda dua ekor tu sejuk! Bijak? Patutlah ura-ura nak naikkan taarif elektrik tu. 

Nantikan je lah, walaupun tak jadi, katanya, tapi mungkin tahun depan ni? tak lama dah ni pun. huhuhu.. apakah ia naik dalam masa terdekat? memang tak lah sebab panda ada. 

Apa-apa pun saya mintak lah sangat tak lama panda tu kat Malaysia ni, bukan apa, ramai lagi MANUSIA yang perlukan bantuan kehidupan tu. Iya, memang panda tu HAIWAN yang mengalami kepupusan, apakah dengan membawa PANDA ke Malaysia, ia dapat mating dan melahirkan anak? Apakah? Pening.

Dengar kata panda makan buluh sahaja, ia tak makan nasi serta kangkung, jadi kos import makanan dari China tu? Free la? ke? Dengar kata ia makan banyak. Mampus. Kesian panda, kena makan kangkung. Dah mengarut.

Plus, ini yang dikatakan oleh orang...

Panda adalah...
"Mean-spirited, mate-abusing, progeny-mauling, deviant monsters," is the way he described them. There's also the far murkier issue of the so-called "panda curse."
 
Tolonglah baca Washington Post ni!!! PLease.. LINK 

Assalamualaikum WBT

p/s: Kiut je panda tu.

Chawan, Bangsar! Sedap wooo...

Assalamualaikum WBT,

Apakah khabar anda di sana? *ayat kad raya ala-ala 80-an.

Tak sabar nak hantar kad raya, Tahun ni aku memang nak hantar kad raya! like seriously! seriously! sama-sama yang nak turut serta, jom kita semarakkan hari raya dengan kehadiran kad raya!! *over sangat, takde pose lagi pun!! hahahahha..takde niat baik kan?

Baik, sementara saya di Bangsar aritu, saya dengan cousin ada pergi ke satu Restaurant ni... entah nak panggil Restaurant or Kopitiam, mana-mana lah, nanti saya bagi gambar. Masuk satu dah dalam kol 11 kot, or 10 malam, tak ingat.

Cam biasa la, masuk, then duduk, then waiter bagi menu. Tengok je menu, biasa lah, mee bagai-bagai, tetapi!!! ada satu menu yang memang menarik perhatian saya. Ala-ala kampung sikit, saya pun memang budak kampung, iya!! saya bangga! 

Tau tak menu apa yang buatkan saya overly excited tu?? Tau tak? tau tak??? Menunya adalahhhhh...

Ubi Kayu Rebus!!!

Kaw teow excited wehhhh... memang terus order! Rasa? tau tak rasanya?? sedap gila!! bayangkan ubi kayu rebus makan dengan sambal dan kelapa... camne?? memang best woooo... hujan renyai-renyai, ala-ala duduk kampung *walaupun bandar Bangsar tu... perghh!!! memang terhebat! Panas gak lah, tapi takde la macam panas-panas duduk kampung tu, kalau duduk kampung, Ubi kayu tu memang panas la sebab baru masak kan? hehe...

Eh, lupa lak nak bagi nama kedai tu, nama restaurant/kopitiam/kedai tu adalahhhh... 



CHAWAN!!! 

saya minum kat Chawan Bangsar... hehehehe.. sedap, kalau korang nak cuba, pergi lah, no hal, harga pun berpatutan, makanlah agak-agak, kalau makan satu kedai tu, mintak kaki saya tu, hahaha...

ni alamat dia..

69 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia  
+60 3-2287 5507


Sedap, tolonglah pergi, kalau nak murah-murah sikit, nanti saya cerita lagi, ada 3 kedai mamak yang selalu kami makan kat Bangsar tu...hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: kesedapan sangat...

My Other Half, katanya!!! hahaha

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar semua? Mesti sihat kan? Alhamdulillah, baguslah kalau sihat. Amin.

Okay, korang ada berapa blog? Kalau saya pulak, nak diikutkan, saya ada 2 blog aktif. Hehe.. Satu aktif sangat, satu lagi aktif sikit. Gitu... walaupun kan...

Blog aktif sangat = New Interesting Manuscripts yang menulis fasal apa-apa yang penulis *saya lah rasa nak tulis. Yes, tapi beragak jugak la, bukan apa, ada sesetengah guna blog sebagai tempat nak memaki hamun, saya masih ada adab lagi lah.. hahahha... walaupun kadang-kadang terlompat pagar jugak.. sabar je la eh...hihu... emo kononnya...

Blog aktif sikit = The English Journey. Untuk blog ni, ramai orang yang tak tau lagi pun, bukan apa, saya menulis blog yang satu lagi ni, sebagai suka-suka untuk mengelakkan rasa bosan ketika membaca. Iyaaa.. saya membaca. Thanks for the questions. Saya pernah je iklankan blog saya lagi satu ni kat blog ni, takde hal, saya pun menulis untuk orang baca je. Maaflah kalau ada salah silap kat situ. saya pun pandai sangat English language ni, maka kita makan nasi, bukan makan roti ... hahahha.. or should I say scones??? hahaha..darling...

Takpe lah, kalau anda suka, anda baca. no hal... sama-sama kongsi ilmu. kan? tak salah wehh..

Assalamualaikum WBT

p/s: baca jangan tak baca...

Penduduk Takde Line Telefon? Pfffttt....tell me about it?

Assalamualaikum WBT,



Apa khabar anda semua? Susah lah sekarang ni nak post itu ini kat blog ni, connection takde, so! adakah saya patut buat draft dan automatik save? Saya akan consider benda tu nanti... tapi buat masa sekarang ni, saya nak berleter lagi fasal ada satu benda ni...

Semalam saya beli Sinar Harian Pahang dan di section Raub ada memaparkan satu artikel fasal Penduduk Kuala Keloi yang ketiadaan line/signal telefon dan mereka tidak boleh membuat panggilan atau menerima panggilan masuk untuk hampir 2 minggu. Hebat bukan? Itu baru dua minggu dan masuk Sinar Harian, yang kami ni almost hari-hari takde line, takde lak orang nak amik tau...

Adakah saya perlu menyalak ke sinar harian atau stesen tv di Malaysia? Mungkin perlu kot sebab nak ikutkan kat Malaysia ni Kerajaan boleh diibaratkan sebagai Tuan yang memerlukan kita sebagai Rakyat untuk dijaga baik. Walau disepak ditendang, kita perlu patuh untuk mendapatkan sesuap nasi? Begitu? Agaknya kalau ramai-ramai betul-betul bersatu, kemungkinan Tuannya akan sedar kot bahawa kita ni adalah manusia, bukan haiwan.

Saya dah cuba usahakan benda ni untuk kampung saya, tapi tu lah, masih blur, Never mind, saya akan cuba lagi untuk menyelesaikan masalah ni, at least adalah benda yang boleh dibanggakan, kan? huhu...

Dah, nak email several places fasal hal ni.

Assalamaulaikum WBT

p/s: kasar sikit, tapi masih sopan.

Tuesday, May 20, 2014

Pengalaman Pelik Tapi Benar Di Hari Selasa!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti ada yang tak sihat kan Sebab apa? Sebab terkena hujan. hohoho... iya laaaa... hujan je pepetang ni. Semua rasa cam sejuk je kan? hehhe... duduk dalam selimut sambil tengok tv then makan biskut kering, sedap!!!

Korang buat apa tadi?

Saya baru je balik dari KL, hihu... dalam bas ada scene, orang buat drama.. peluk-peluk depan mata saya. Bukan nak judge ke apa, *bukan nak judge tapi kekonfirm judge jugak kan? hahahaa...  boleh pakwe makwe peluk-peluk depan ku, then konon-kononnya lentok-lentok tido. Ya Ampun, nasib baik tak buta mata ni. huhuhu, kalau bute tengok benda-benda camni, dah la da kot agaknya kebutaan. hahahaha!!! Tapi lantak la, sejuk sangat kot bas tadi tu,.. tapi yang peliknya, yang si makwe tu jauh la dari cantik...huuuuuu.. yang pakwe tu, tahi lalat penuh, ala-ala sharifah aini.. hahahha..

Sudah la mengutuknya.. next!!

Tadi ada gak scene hebat, rasa cam duduk dalam filim. Pemandu teksi tu bole bergaduh. Seyes! memang epic kaw teow!!! hahahha... siap tunjuk-tunjuk. Bayangkan dua buat kecil lelaki bergaduh sebab mainan patah ke apa ke, tunjuk-tunjuk camtu. hahahhaha... bayangkan!!! bayangkan!!! tapi versi besar, cina dan kasar. Haaa..camtulah..

Next!!
http://pureglutton.blogspot.com/2010/06/sambal-hijau-delicious-kampung-cuisine.html
Tadi sebelum balik, saya dengan sepupu makan dekat satu restoran ni... sedap!!! Nak tahu kedai apakan? Orang Damansara mesti tau, orang yang kerja kat Damansara mesti tau lah... sebab ia memang famous ya amat.. seriously!!! memang famous... Restoran tersebut adalahhhhhhh... Sambal Hijau!!! yang terletak di Sungai Penchala, Damansara. Lauknyaaa... banyak giloss!!! tadi kami siap jumpa Azlee Senario lagi... hahahahaha...  tak tegur la.. bukan apa, dikenali tapi tak popular. Bukan besar hati, tapi kita datang kedai tu nak makan kan, tengok-tengok camtu je la...dia pun datang kedai tu nak makan, so, what do you expect kan? well, one thing, he was quite lout. hohoho... ni alamatnya...
http://pureglutton.blogspot.com/2010/06/sambal-hijau-delicious-kampung-cuisine.html
Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Then apa lagi.... tu je untuk hari ni, esok-lusa saya cerita restoran lain lagi, esok! saya citer fasal Chawan, Bangsar dan ada menu yang saya suka! 

Assalamualaikum WBT

p/s: sejuk, rasa cam duduk luar negara lak...

Sunday, May 18, 2014

'Pakai kayu api laahhhh!!!'

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar? Mesti semua rasa cammm..

'Aaahhh.. sejuknyaa.. hari ahad lak tu... sambung tidur la lagi laaaa'

Katanya la kan..saya pun rasa macamtu jugak sebenarnya.. hehehe tapi takde sampai lewat petang.. hehe.. cuma kalau tidur lama sikit, dapat merehatkan minda dan jugak badan. Seronok woiii.

Jadi, apa perancangan anda tadi? Or petang ni ke? Sekarang ni ke? Nak buat apa? Jogging? Jalan-jalan? Menari? Zumba ramba?*saya tak tau benda tu.. hahahaha.. tapi apa-apa pun perancangan anda, pastikan...

'Safety first, safety last, safety always'

Hows that sounds? Seronok kan? Kenalah jaga keselamatan...

So, siapa keje hari ni? Mesti ada yang keje kan? Biasalah taarif elektrik naik  kenalah keje, kang bergelap pulakkk, kan? Dan kalau tanya ke DS Najib pun, dia mungkin jawab 'kalau elektrik mahal, jangan guna elektrik, gunalah kayu api, or arang'. Kalau lah ada manusia or menteri yang cakap camtu, tak fahamlah.. rasa macam pening sangat... itu belum masuk rasional cermin gelap lagi... aduh2.. pening sangat..

Dah la.. nak rehat jap... nanti ada keje lak...

Assalamualaikum wbt

P/s: love always.

Friday, May 16, 2014

Anjing Mati Di Panah. Kesian.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Maaflah jarang update entry, sibuk sikit... banyak benda kena settle... hehe..

So, memandangkan ada line ni, saya kat KL ni, ada wedding, hihu... nenanti saya update fasal tu.

Tapi ni nak kasitahu fasal anjing bernama Briana yang ditembak guna panah oleh seorang orang lelaki tua.

Maaf, saya tiada di tempat kejadian, dengar-dengar camtu je. Secara jujurnya, kalau bab anjing ni, saya pun takut. Iyaa la..ia berbahaya sebenarnya, cuma, pak cik tu takyah la sampai nam memanah-manah bagai, fefeling zaman dulukala ke? Halau je tak boleh? Dan lagi satu, owner dia. Owner dia mana?

Dengar kata ada aktivis yang nak ambil tindakan atas kematian Briana. Amiklah, tapi jangan lupa charge yang sama atas owner tu, sebab kalau owner tu tak biarkan sahaja Briana berjalan or maybe tersesat, benda ni takkan terjadi.

Jadi! Memelihara haiwan ni sebenarnya besar tanggungjawab, saya pun ada memelihara haiwan. Saya pelihara ayam, ingat senang, cuma ayam ni takde la garang macam anjing. Takde la dia nak menerkam ke apa ke.

Memelihara haiwan macam anjing dan kucing, terutama anjing memerlukan perhatian yang khusus. Terutamanya kalau berada di kawasan perumahan. Memang kena jaga. Pernah sekali kat tempat perumahan anjing serang kanak-kanak yang masuk berita dulu, ingat tak? Kalau budak tu meninggal camne? Nak salahkan anjing, anjing tu takde akal.

Tuannya la yang salahkan? Kenapa put anjing tu tak bertali. Ni kat Bangsar ni, anjing besar-besar, German Shepherd, Rotwiler, serun tengok. Tapi saya duduk dalam rumah je la, nak keluar takut sebab kadang-kadang ada yang bawak anjing bersiar-siar. Keluar kang takut jugak diserang, buat berani kang  takut digigit. Bahaya woo..

Pokok pangkal, nak pelihaa anjing boleh, ikutlah, tapi SILA JAGA!

Assalamualaikum wbt.

P/s: rehat jap.

Wednesday, May 14, 2014

Entry Balas Dendam!!! Rasakan!!

Assalamualaikum WBT,


 Ya Allah, rasa macam hidup kembali di alam maya ni, iya lah, dua hari wehh saya tak update entry langsung, rasa macam wtheck kan? Tapi tu la, waktu sekarang ni, internet adalah keperluan kepada orang macam saya ni, *konon, blogger kan katanyahhh.. tapi walawehh...hehehe..

Takde internet ibarat hidup tanpa baju, Boleh hidup, tapi malu lah sikit. huhuh...

Dan kepada yang berkenaan, tolonglah ambil perhatian. Sekian untuk cerita pertama.

Cerita kedua, perkahwinan bestie.

Kepada awak, saya akan hadiri perkahwinan tu, dah dapat restu mak saya dah.. hehehe.. malangnya keluarga saya tak dapat hadirlah awak.. saya je, takpe kan? hihu.. luv ya..

Cerita ketiga, kerja.

In syaa Allah, kalau ada rezeki ku disitu, in shaa Allah, doakan ye.

Cerita ketiga.

Ada lak wedding bulan 6 nanti, kalau ada rezeki, ikut setup kalau takde, nak buat camne kan. Mana tau. :)

Cerita keempat.

Haaaaaa... banyak benda nak cerita, tapi tu lah... semalam tengok cerita Boys Over Flower yang memang menjadi kegilaan pada 3-4 tahun dulu, memang best. Terfeeling jap!!! hahahha..ni tengah tengok cerita Go Ni Nam. Hihu... best jugak! rasakan... hahahha..

Cerita kelima.
 pak cik ni buat 3 bulan je.. aku takde lah,,
nak jadi camni lambat sikit ...
pakcik ni g gym, tempat aku takde gym..
so lambat sikit lah..

Saya tengah exercise ni, control makan bagai, tapi hari ni mak masak sedap, rasa camne?? wahhhh..hancus diet..

ni balas dendam entry.,

Assalamualaikum WBT

p/s: Eiii..Rasakan!!! Tak sabar nak jumpa awak!! hihu...

Sunday, May 11, 2014

"Biar orang tak suka, asal Tuhan suka" - Datuk Aziz Satar.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua di hari Ahad yang sungguh sunny ni?? 

Tadi baca BPOP, lama sungguh dah tak baca, ada la dalam 5-6 bulan jugak lah... huhu.. lama, bukan sebab apa, tak beli je, malas! hahaha.. baca Sinar Harian jew...

"Biar orang tak suka, asal Tuhan suka".

Huuuuu... kalau saya dengar ni pun mesti rasa sentap, ni pun rasa dah sentap kemain, tapi jangan sentap ikut suka perut je, kalau nak sentap, kena bergantung kepada kepala jugak, jangan main sedap hati je. haaa.. camtu. Ini tidak, kadang-kadang, bercakap guna perut, sebab tak berfikir. Gitu!!!

Ungkapan ini diungkapkan oleh Allahyarham Datuk Aziz Satar. Beliau bercakap mengenai artikel beliau yang beliau sendiri tulis dan mendapat kecaman dan kutukan oleh orang sebab tulisan beliau. Sejujurnya, saya tidak pernah membacanya tetapi kalau sampai begitu sekali reaksi beliau, mungkin ada banyak kebenaran daripada kesalahan dan DNA gossip.

Apa-apa pun, kena baca dulu artikelnya tu, hehehe.. nanti tak tau pulak apa yang ditulis kan. Hihu.. 

Tapi ada lagi satu, tertarik akan kenyataan Asmidar *ala pemenang rancangan realiti TV tu, Vokal Bukan Sekadar Rupa, kan? Yang disiarkan di TV3 tu, haa.. katanya,

"Kecewa belum popular"

Aduh.. kesian Asmidar ni, tapi takpe la Asmidar, naik slow tanpa kontroversi terpalit didiri lagi bagus daripada popular kontroversi sana sini, rampas laki orang, besarkan payudara lah, makan dadah bagai, dan lain-lain. Nak camtu ke? takde sapa nak pun...huhu..

dah, usaha je Asmidar, nak senang, cuba buat lagu sendiri, kekalkan momentum lagu kupu-kupu awak tu, sedap dah tu, ala-ala lagu lama-lama. Saya suka lagu camtu, candy to my ears kau. ha.. kan?

Dah nak masak jap.

Assalamualaikum WBT

p/s: Al-Fatihah disedekahkan kepada Datuk Aziz Satar.

Saturday, May 10, 2014

Hello Kitty 'Menyerang' Singapore!!

Assalamualaikum WBT!

Haaa... satu lagi kegilaan yang akan mendatang ke Malaysia *kot, tak pasti..hehehe, haritu bulan 4 aritu, 2014 ni la, Singapore telah dilanda kegilaan! Seriously! ini memang serious, takde nak main-main okay!! serious!!

Jap, meh nak tunjuk kegilaan tersebut!! memang gila wooiiii, memang gila...




 Gila tak gila??? 

Kan? Cute, comel, dan tak tau lagi nak cakap apa... yang hebatnya, Singpore adalah satu-satunya yang menjual edisi kali ini, bukan laa. yang first lah, maybe after this ada yang dijual ke serata dunia, tapi persetankan itu! Hello Kitty Kiut Miut ni memang comel gilaaa!!!

Saya pun stress tengok! wahhhhhhh.. nak jugak!!! nak satu set boleh? 

Koniciwa Hello Kitty-kun *sebab dia tua kan..

Ajinomoto suzuki Hello Kitty Sizuka Suneo, doraemon?

Arigato.

Maksudnya
Hi Hello Kitty,

Saya nak satu koleksi Hello Kitty Bubbly World Series 2014, boleh?

Terima kasih!

Katanyah!!! hahahhaaha,

saya tak pasti ada ke Malaysia ke belum, tapi, kalau kiut miut cecomel camni, menggila hati kiut dalam diri nih!!!! hahahaha.., pergi kaunter, kononnya kata nak bagi kat GF, tup tup, sendiri amik! rasa? sesuatu sangatttt! hahahahahha..

Kat Singapore, sampai Internet dorang slow dan Mc Donalds Singapore punya page pun crashed! rasa? gila jugak orang Singapore tentang Hello Kitty ni kan!!! kiut wooo.. saya suka saya suka saya suka!!!

Walaupun kat Malaysia takde koleksi yang macam kat Singapore tu kan, tapi kat Malaysia ada ni!!! Mc Donald's Hello Kitty Circus of Life Plushies 2014 yang teramatlah comel, kiut dan...ugh! comel amat!!!
tengok-tengok! takke gila sebab Hello Kitty! 40 tahun kat Japan dan seluruh dunia ni dan masih tak tua-tua, masih kiut miut lagi...rasa? hahaa.. ada details yang korang kena tau..ni adalah masa yang Mc Donalds Malaysia jual, so, take note lah...
  • 1 May – 7 May 2014: Clown and Magician
  • 8 May – 14 May 2014: Chimp  and Trapeze
  • 15 May – 21 May 2014: Dare Devil and Animal Tamer
Kalau harga pulak!! 1 ekor RM 10.95, so, beli lah ehhh.. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: gila, memang gila!

Dikeji Di Hypermarket!! Sampah!

Assalamualaikum WBT,

Talking about transformation!!
 
Apa khabar semua? mesti semua sihat kan? ke kekenyangan? maklumlah, mesti ada orang kahwin hari Sabtu tadi kan... takpe-takpe, kalau kenyang, duduk-duduk dulu, then baru buat kerja lain.

Ni ada benda nak cerita ni, tadi saya pergi ke Hypermarket di tempat saya ni, hari ada kenduri kan, then pakai jubah, jubah tu adalah cam fashion yang diapplied untuk mengikut citarasa saya yang vogue gitu, katanya kan.

Nak dijadikan cerita, terserempak lah dengan sorang budak dalam troli dengan ditolak oleh ayahnya yang boleh dikatakan bangang serta kurang hajar nak mampus. Begini situasinya,

Sedang saya berjalan-jalan mencari shampoo, ada seorang budak duduk dalam troli sambil ditolah oleh ayahnya.  Saya terpandang akan budak tu, then budak tu pun pandang jugak saya, then dia cakap,

"nak tu..."*sambil menunjuk ke arah saya.

Nak rasa delighted, jauh sangat lah kan, dia ingat saya ni apa?

Then ayah dia jawab,

"nak apa? Tumbuk?"

Disgusting dengan perangai ayahnya yang macam bangang, lalu mulut lancang ini menjawab sambil menjeling ke arah ayahnya itu,

"Gila!"

Nasib baik ingat video yang ditunjukkan oleh Nadhirah tu, kalau tidak mungkin saya sudah bertumbuk dengan ayah budak tersebut, mungkin sekarang ayah budak tersebut sudah kenyang makan shampoo dan deodorant yang saya ambil berada di tangan saya. Mungkin lah, tapi nasib baik tak jadi apa-apa.

Agaknya kalau camni badan saya,
ada ke orang nak keji kan???

Moral of the story,

Kalau ayahnya bangang serta mempunyai perangai macam 100 ekor setan, secara tidak langsung, anaknya pulak bertambahlah kebangangannya serta bila besar nanti, juga akan berperangai seperti setan tapi yang hebatnya bukan 100 tetapi mungkin 300 ratus ekor. Jadi, jangan tunjuk kebangangan anda di public, kalau nak tunjuk, tunjuk dirumah, takpe. Takpe bersifat hipokrit sedikit sebab kadang-kadang, bila kita baik di luar ni, secara tak langsung perangai baik di luar rumah tu akan terbawa-bawa ke dalam rumah. 

Jadi, jangan kutuk orang depan anak sendiri, kalau depan kawan-kawan takpe, hahahaha!!! sebab anak awak harta awak, pelaburan awak. gitu! hahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: nak mencarut bagai, tapi fikir jugaklah... ini sehabis baik dah ni. dan saya juga doakan anak dia nanti tidak mencontohi perangai bangang ayahnya, in shaa Allah. Amin.